Soalan Lazim

 

Apakah peranan IAB dalam sektor pendidikan?

Mandat KPM adalah IAB sebagai sebuah institusi latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan bagi membangunkan keupayaan pengurus dan pemimpin pendidikan di semua peringkat KPM. Selain itu, IAB berperanan menghasilkan organisasi pendidikan yang berkualiti selaras dengan aspirasi negara untuk menjadi maju mengikut acuan sendiri.

Apakah kursus-kursus utama yang ditawarkan oleh IAB

KKPP

KKPP adalah nama singkatan bagi Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan. KPPP diwujudkan bagi melatih pemimpin-pemimpin sekolah yang baru dilantik yang memerlukan pengetahuan dan kemahiran untuk memimpin serta melaksanakan fungsi pengurusan dan kepimpinan dalam organisasi sekolah.

NPQEL

NPQEL adalah nama singkatan bagi National Professional Qualification for Educational Leaders atau Program Kelayakan Professional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan. NPQEL adalah kursus yang diwujudkan bagi melatih kumpulan pemimpin pelapis yang telah melepasi proses taksiran khas yang dijalankan oleh Institut Aminuddin Baki.

Siapakah yang boleh memohon kursus di IAB?

Pemimpin pendidikan seluruh Malaysia. Walau bagaimana pun, kursus-kursus ini ditawarkan mengikut kumpulan sasaran yang telah ditetapkan.

Bagaimana saya ingin memohon kursus di IAB?

Berikut merupakan cara-cara bagi memohon kursus di IAB:

 

  1. Kursus CPD (Continuous Professional Development) seperti Kursus Pengurusan Strategik dsb, permohonan hendaklah dibuat melalui sistem aplikasi i-Permohonan (KLIK SINI)
  2. Kursus NPQEL, sila lawati laman web NPQEL MPPS (KLIK SINI).
  3. Kursus KKPP, permohonan adalah berdasarkan nama-nama calon yang diberikan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

Bagaimana saya ingin mengetahui sama ada permohonan kursus saya berjaya ataupun tidak?

Bagi kursus-kursus CPD dan KKPP, makluman status permohonan boleh dilihat melalui sistem i-Permohonan. Manakala bagi kursus NPQEL, makluman status permohonan boleh diperolehi melalui sistem Permohonan NPQEL.

Siapakah yang perlu dihubungi sekiranya menghadapi sebarang masalah berkaitan dengan kursus di IAB?

 

Permasalahan berhubung NPQEL dan PKPGB:

Seksyen Penyelaras Program dan  Unit NPQEL dan PKPGB, Pejabat Pendaftar, Institut Aminuddin Baki:

En Mazli Hazril bin Hasarudin - Ketua Seksyen Penyelaras Program (ext: 9373)

Tn Hj Suhajanazer bin Suboh - Ketua Unit NPQEL dan PKPGB (ext: 9374)

        Cik Faihanita binti Dzulkefli (ext: 9377)

Bolehkah organisasi luar memohon untuk mengadakan sebarang kursus/bengkel/mesyuarat di IAB?

 

Boleh. Permohonan boleh disalurkan kepada Pengarah IAB.

 

Bagaimana jika seseorang ingin berkhidmat di IAB?

 

Jawatan-jawatan pensyarah di IAB adalah jawatan-jawatan kenaikan pangkat Gred DG44,48, dan 52 yang hanya terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang telah sedia ada berkhidmat di institut-institut/sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Permohonan pengisian jawatan pensyarah IAB akan diiklankan dari masa ke masa melalui Portal Rasmi IAB dan pemohon yang layak boleh memohon apabila iklan dikeluarkan.

 

Jika terdapat sebarang aduan, kepada siapakah yang perlu dilaporkan?

Sila ajukan aduan/maklumbalas/cadangan dan pertanyaan ke Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA) atau melalui alamat e-mel IAB: heldesk[at]iab.edu.my