A- A A+

Jurnal IAB

 

 

PENGENALAN

 

JURNAL PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN

e-ISSN 2716-6805

 JURNAL Cover2018 1

PENGENALAN 

Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Institut Aminuddin Baki (IAB) merupakan satu wacana para cendekiawan dalam penyelidikan pengurusan dan kepimpinan pendidikan. Penghasilan jurnal ini bertujuan memberi peluang kepada para pensyarah serta penyelidik mengenal pasti masalah yang dihadapi dalam usaha ke arah kecemerlangan pendidikan di samping memberikan peluang kepada mereka melihat bidang kajian yang boleh membantu mereka menangani masalah yang dihadapi.

Penghasilan jurnal ini adalah mengenai pengurusan dan kepimpinan pendidikan sama ada di bahagian/jabatan/PPD/sekolah/institut-institut pengajian tinggi/kolej pendidikan atau organisasi yang berkaitan dengan pendidikan. Jurnal ini diterbitkan dua kali setahun dan terbuka kepada sumbangan artikel dari dalam mahupun luar IAB.

Manuskrip untuk tujuan penerbitan boleh dikemukakan sama ada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Tumpuan utama artikel adalah dalam aspek Penyelidikan Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan.

Manuskrip yang dihantar untuk penerbitan hendaklah terdiri daripada salah satu bentuk berikut;

  1. Hasil kerja penyelidikan
  2. Artikel Konseptual
  3. Penemuan, kaedah atau aplikasi baru
  4. Penilaian sesuatu perkara secara kritikal contohnya; Penilaian Program KPM
  5. Ulasan buku

SIDANG PENASIHAT/EDITOR/PEWASIT

 

Penaung

Dato' Dr. Hj. Tajuddin bin Mohd Yunus, Pengarah Institut Aminuddin Baki

Panel Penasihat

Dr. Hj. Abdul Razak bin Manaf, Timbalan Pengarah Kanan (Khidmat Profesional) IAB

Datuk Dr. Hj. Mohd Kassim bin Mohd Ibrahim, Timbalan Pengarah Kanan (Khidmat Latihan), IAB

Dr. Ekerim a/p Din Chen, Ketua Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan, IAB

Ketua Editor

Marina binti Abas

Editor

Mohamad Hanif bin Ramli

Panel Pewasit

Dr. Jeffri bin Idris

Dr. Zarina binti Md Yassin

Dr. Azhar bin Harun

Dr. Ashfahani binti Zakaria

Dr. Sheila a/p Mahalingam

Dr. Shafinaz binti A Maulod

Dr. Nor Azman bin Mohamed

Dr. Ahmad Kamal bin Ariffin

Dr. Liew Yon Foi

Dr. Wan Zaliha binti Wan Othman

Dr. Hj. Nazeri bin Mohamad

Dr. Tajulashikin bin Jumahat

Dr. Norabeerah binti Saforrudin

Dr. Rosnani binti Kaman

Dr. Gu Saw Lan

Cheong Shaw Mei

Dr. Bridget Lim Suk Han

Dr. Aswandi bin Laman

Dr. Sharifah Nooraida binti Wan Hasan

Urusetia

Aida Suriani binti Sharif

Norli binti Ismail

SYARAT PENERIMAAN & ETIKA PENERBITAN

 

SYARAT PENERIMAAN

Manuskrip yang dihantar hendaklah belum pernah diterbitkan dalam mana-mana jurnal, prosiding dan bukan dalam pertimbangan untuk proses penerbitan. Penulis adalah bertanggungjawab untuk mengesahkan perkara ini dengan mengisi dan menghantar borang penyerahan artikel/manuskrip (BK63b).

Manuskrip perlu dihantar dalam bentuk softcopy dengan format PDF dan Word mengikut format seperti yang ditetapkan. Jumlah maksimum penulis bagi setiap artikel dihadkan kepada empat orang sahaja.

Manuskrip yang tidak diterima akan dikembalikan kepada penulis dengan pandangan dan komen daripada pewasit. Bagi manuskrip yang diterima dan telah dinilai oleh pewasit juga akan dikembalikan semula kepada penulis untuk pembetulan (jika ada). Penulis perlu menghantar semula manuskrip yang diperbetulkan dalam tempoh dua minggu kepada Ketua Editor.     

PLAGIARISME

Manuskrip yang disediakan adalah hasil karya yang asli. Ketua Editor akan menolak manuskrip yang dihantar jika didapati wujudnya unsur-unsur plagiarisme. Penerbit tidak bertanggungjawab terhadap sebarang dakwaan atau tindakan undang-undang jika timbul atas hasil penulisan yang diterbitkan.   

HAK CIPTA

Semua artikel yang diterbitkan dalam Jurnal ini adalah menjadi milik mutlak Penerbit IAB. Penerbit IAB berhak menerbitkan semula artikel ini dalam pelbagai bentuk lain untuk tujuan ilmiah. 

PEWASITAN/PENILAIAN

Semua manuskrip yang diterima akan melalui proses penilaian secara double blind review dan akan dinilai oleh sekurang-kurangnya dua pewasit. Sekiranya perlu penulis akan diminta membuat pembetulan penulisan berasaskan cadangan yang dibuat oleh pewasit.

PANDUAN PENULISAN

 

FORMAT UMUM PENULISAN

Manuskrip yang dihantar sama ada dalam bahasa melayu atau inggeris hendaklah ditaip tidak lebih daripada 15 halaman termasuk Abstrak dan Senarai Rujukan. Penyerahan manuskrip perlu dibuat dalam bentuk softcopy dengan format PDF dan WORD. Artikel perlu ditaip menggunakan fon jenis ARIAL mengandungi perkara seperti spesifikasi berikut:

1. Tajuk

Tajuk tidak melebihi 15 patah perkataan. Huruf besar dan tebal, saiz fon 12 dan ditengahkan.

2. Nama dan Maklumat Pengarang

Nama pengarang (ditebalkan), institusi dan e-mel sahaja diperlukan. Diselangkan sebanyak dua baris daripada tajuk artikel. Saiz fon 10 dan ditengahkan.

3. Abstrak

Tidak melebihi 200 patah perkataan. Ditaip dalam satu perenggan tanpa engsotan, sama jidar, huruf condong dengan saiz fon 10.

4. Kata Kunci

Tidak melebihi 5 kata kunci, huruf condong dengan saiz fon 10.

5. Kandungan

Artikel penyelidikan terdiri daripada Pengenalan, Tinjauan Literatur, Metodologi, Dapatan Kajian, Perbincangan dan Rumusan. Setiap bahagian hendaklah ditulis secara teratur, saiz fon 11, sama jidar dengan langkau 1 baris. Langkau antara perenggan adalah 1 baris.

6. Carta/Jadual/Rajah/Kapsyen

Jadual atau rajah hendaklah dinomborkan secara teratur. Kapsyen jadual perlu diletakkan di atas jadual, manakala kapsyen rajah diletakkan di bawah rajah. Saiz fon 8 poin dan ditengahkan.

7. Petikan teks

Jika terdapat petikan daripada teks, sila tulis dengan italic, sama jidar (justified) dan engsot (indent) 0.5” kiri, 0.5” kanan seperti berikut:

petikan teks

8. Rujukan

Rujukan perlu ditulis mengikut format APA edisi 6 dengan tidak melebihi 15 rujukan. Rujukan perlu disenaraikan mengikut turutan rujukan di dalam artikel.  Langkau antara baris dan rujukan adalah 1 baris dan sama jidar.

9. Jidar

Ukuran manuskrip ditaip dalam kertas A4 menggunakan jidar berikut:

  1. Atas : 1 inci
  2. Bawah : 1 inci
  3. Kiri : 1 inci
  4. Kanan : 1 inci

 

SPESIFIKASI JARAK

 Selain daripada panduan yang disenaraikan di atas, penulis diminta supaya mematuhi panduan berikut dalam penulisan manuskrip:

  1. Nama pengarang perlu diletakkan di bawah tajuk manuskrip dengan diselangkan sebanyak dua baris.
  2. Maklumat lanjut mengenai pengarang seperti; institusi dan e-mel perlu diletakkan di bawah nama pengarang pada muka surat pertama manuskrip berkenaan.
  3. Jarak diantara maklumat pengarang dan tajuk Abstrak ialah dua baris.
  4. Jarak diantara abstrak dengan kata kunci ialah 1 baris, dan jarak antara kata kunci tajuk pengenalan ialah 2 baris.
  5. Jarak diantara tajuk, subtajuk dengan baris pertama teks selepasnya ialah 1 baris
  6. Jarak diantara subtajuk dengan baris terakhir teks sebelumnya ialah satu baris.
  7. Jarak diantara tajuk dengan baris terakhir teks sebelumnya ialah dua baris.
  8. Jarak diantara perenggan ialah satu baris.
  9. Mulakan subtajuk 3 dengan nombor (a, b, c..) dan subtajuk 4 dengan nombor (i, ii, iii...) dari jidar kiri.
  10. Mulakan baris pertama perenggan dari jidar kiri (tanpa ensotan).
  11. Jarak diantara ayat terakhir sebelumnya dan ayat pertama selepasnya dengan Jadual dan Rajah ialah satu baris.

Template Jurnal (klik untuk muat turun)

Panduan Penulisan Jurnal (klik untuk muat turun)

PANDUAN PENGHANTARAN

 

PENDUAN PENGHANTARAN

Manuskrip (dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris) perlu dihantar dalam bentuk softcopy dengan format PDF dan Word. Sila hantar manuskrip dan Borang Penyerahan Artikel/Manuskrip (BK63b) yang telah dilengkapkan kepada alamat emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dan Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Borang Penyerahan Artikel / Manuskrip (BK63b) (klik untuk muat turun)

HUBUNGI KAMI

 

Ketua Editor Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan

Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan                                                                                                                                         

Institut Aminuddin Baki                                                                                                                                                                 

Kementerian Pendidikan Malaysia                                                                                                                                                     

Kompleks Pendidikan Nilai, 71760 Bandar Enstek                                                                                                                               

Negeri Sembilan

Penerangan dan maklumat lanjut sila hubungi:

Pn. Marina binti Abas No. H/P: 019-2899575 / e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

En. Mohamad Hanif bin Ramli No. H/P: 019-3162796 / e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

KOLEKSI JURNAL