A- A A+

Laman Sistem Pengurusan Kualiti (SP-Q)

Laman SP-Q merupakan Laman Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Institut Aminuddin Baki (IAB). SP bermaksud Sistem Pengurusan dan simbol  merujuk kepada Kualiti.    

Laman SP-Q memaparkan maklumat berkaitan Dokumen Kualiti IAB seperti Manual Kualiti, Prosedur Kerja Sistem (PKSI), Prosedur Kerja Operasi (PKOP), Prosedur Kerja Sokongan (PKSO), Arahan Kerja (AK) dan Borang Kualiti (BK). Ia akan memudahkan penyebaran maklumat berkaitan Dokumen Kualiti  seperti keluaran, pindaan, dan status dokumen. Pengguna akan mendapat maklumat secara mudah dan pantas hanya dengan klik pada maklumat yang diperlukan. Keselamatan dan pengawalan dokumen kualiti juga akan lebih terjamin. Paparan maklumat berkaitan Audit Dalaman, Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) dan Audit Pihak Ketiga pada laman web ini menunjukkan kitaran PDCA Sistem Pengurusan Kualiti IAB.  

Di samping itu, Laman SP-Q juga menyediakan maklumat berkaitan inovasi, Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), Penilaian Star Rating dan Pengurusan Risiko yang dilaksanakan di IAB. Artikel dan pekeliling berkaitan juga dimuat naik dari semasa ke semasa sebagai rujukan dan panduan terkini.

Oleh itu, Laman SP-Q merupakan satu wahana untuk memaparkan pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) IAB.