A- A A+

Pelan Induk Kecemerlangan (PIK)

Laman PIK merupakan laman Pelan Induk Kecemerlangan (PIK) Institut Aminuddin Baki (IAB). Pelan Induk Kecemerlangan ialah pelan strategik IAB 2017–2021 bagi mengukuhkan tradisi kecemerlangan IAB dalam bidang Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan (Educational Leadership & Management – ELM) melalui tiga Bidang Keberhasilan Utama iaitu Latihan dan Pembangunan, Master Trainer dan Pusat Rujukan.

Laman PIK memaparkan buku PIK, laporan tahun semasa, laporan-laporan tahunan, kamus data, pengisian data KPI dan maklumat KPI terpilih. Artikel dan pekeliling berkaitan pengurusan prestasi strategik juga dimuat naik dari semasa ke semasa sebagai rujukan dan panduan terkini.

Laman PIK merupakan satu wahana untuk memaparkan pengurusan prestasi strategik IAB. Diharapkan melalui laman ini, komunikasi mengenai PIK mudah diterima oleh warga IAB dan menjadi penggerak kejayaan PIK.