A- A A+

Pusat Pengurusan Dasar dan Inovasi

Pusat Pengurusan Dasar dan Inovasi (PPDI) dipimpin oleh Ketua Pusat dan terdiri daripada empat (4) jabatan iaitu:

  1. JABATAN PENGURUSAN INOVASI DAN KUALITI (JPIK)
  2. JABATAN PEMBANGUNAN STAF (JaPeS)
  3. JABATAN KERJASAMA LUAR DAN ANTARABANGSA (JKLA)
  4. JABATAN PENGURUSAN DASAR DAN PERANCANGAN (JPDP)

Fungsi Pusat

  1. Merancang, merangka dan mengawal selia dasar latihan IAB.
  2. Merancang, merangka dan mengawal selia pelan pembangunan strategik IAB.
  3. Merancang, merangka dan menyelaras program pembangunan staf IAB.
  4. Merancang, merangka dan mengawal selia Sistem Pengurusan Kualiti (SP-Q) IAB.
  5. Merancang dan mengawal selia standard latihan IAB.
  6. Merangka dan meneliti Pelan Pengurusan Risiko IAB.
  7. Merancang dan mengawal selia program kerjasama luar dan antarabangsa IAB.
  8. Menyelaras dan mengurus latihan, penyeldidikan, penerbitan dan pasukan pemikir khususnya dalam dasar awam, pembangunan staf, pengurusan strategik, pengurusan kualiti dan pengurusan dan kepimpinan pendidikan antarabangsa.

E-mel:  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.