Pusat Konsultansi & Pembangunan Organisasi Pendidikan

Pusat Konsultansi & Pembangunan Organisasi Pendidikan dipimpin oleh Ketua Pusat dan terdiri daripada empat (4) jabatan iaitu:-

  1. JABATAN PEMBANGUNAN & KELESTARIAN INSTITUSI CEMERLANG
  2. JABATAN MEMPERKASA INSTITUSI PENDIDIKAN
  3. JABATAN COACHING & MENTORING
  4. JABATAN PENGAJIAN KOMPARATIF KEPIMPINAN & PENGURUSAN PENDIDIKAN

FUNGSI PUSAT

Merancang, mengelola, memimpin dan mengawal semua aktiviti berkaitan latihan, konsultasi, penyelidikan, penerbitan dan “think-tank” yang dilaksanakan oleh jabatan-jabatan di bawah pusat ini.

  1. Merancang, mengelola, memimpin dan mengawal semua program latihan yang akan dikendalikan oleh jabatan-jabatan di bawahnya.
  2. Merancang, mengelola, memimpin dan mengawal semua program khidmat konsultasi yang akan dikendalikan oleh jabatan-jabatan dibawahnya.
  3. Merancang, mengelola, memimpin dan mengawal semua aktiviti penerbitan yang akan dilaksanakan oleh jabatan-jabatan di bawah pusat ini.
  4. Sentiasa berusaha dan bersedia untuk menyumbangkan pemikiran aras tinggi dalam mendokong visi & misi matlamat organisasi.
  5. Merancang belanjawan dan mengawal perbelanjaan bagi memenuhi matlamat organisasi.
  6. Mengurus sumber manusia secara terbaik dalam usaha mengekalkan mereka di tahap produktiviti yang tinggi.
  7. Memastikan semua aktiviti serta tugas yang dipertanggungjawabkan kepada pusat dan jabatan-jabatan dibawahnya sentiasa mendokong dasar IAB dan seterusnya menyumbang secara signifikan terhadap pencapaian misi dan visi.

 Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.