Pusat Pembangunan Pengurusan Pendidikan

Pusat Pembangunan Pengurusan Pendidikan dipimpin oleh Ketua Pusat dan terdiri daripada empat (4) jabatan iaitu:-

  1. JABATAN ASAS PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN
  2. JABATAN PENGURUSAN KURIKULUM DAN KOKURIKULUM
  3. JABATAN HAL EHWAL MURID & KAUNSELING
  4. JABATAN PENDIDIKAN ASAS DAN KOMUNITI

 FUNGSI PUSAT

  1. Merancang, menggubal dan melaksanakan program latihan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan kurikulum, instruksional, kokurikulum, HEM dan kaunseling, pengurusan komuniti serta kepimpinan silang budaya;
  2. Menjalankan kajian impak program latihan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan kurikulum, instruksional, kokurikulum, HEM dan kaunseling serta pendidikan komuniti untuk tujuan penambahbaikan pelaksanaan program latihan;
  3. Menjadi kumpulan pemikir dalam bidang pengurusan dan kepimpinan kurikulum, instruksional, kokurikulum, HEM dan kaunseling, pengurusan komuniti serta kepimpinan silang budaya;
  4. Mewujudkan model pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang berkesan sebagai penanda aras kepada pemimpin pendidikan;
  5. Bekerjasama dengan bahagian-bahagian lain di KPM bagi meningkatkan kualiti pengurusan dan kepimpinan pemimpin pendidikan;
  6. Merancang dan mengurus belanjawan  tahunan pusat;
  7. Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.