Pusat Penyelidikan, Penilaian & Teknologi Maklumat Komunikasi

Pusat Penyelidikan, Penilaian & Teknologi Maklumat  Komunikasi dipimpin oleh Ketua Pusat dan terdiri daripada tiga (3) jabatan iaitu:-

  1. JABATAN PENYELIDIKAN PENDIDIKAN
  2. JABATAN PENILAIAN PENDIDIKAN
  3. JABATAN LATIHAN PENGURUSAN & APLIKASI TMK

Fungsi Pusat

  1. Merancang, menyelaras dan melaksana serta mengawal program latihan dalam bidang penyelidikan, penilaian dan TMK untuk pemimpin pendidikan.
  2. Menggubal kurikulum dan modul latihan dalam bidang penyelidikan, penilaian dan TMK untuk pemimpin pendidikan.
  3. Mengkaji dan menilai keberkesanan serta keperluan program latihan dalam bidang penyelidikan, penilaian dan TMK untuk pemimpin pendidikan.
  4. Memberi khidmat runding cara kepada kliental IAB khususnya dalam program Penyelidikan dan latihan ICT.
  5. Menentukan dan menyelaras penghasilan bahan penulisan mengenai penyelidikan, penilaian dan ICT untuk diterbitkan dan perkongsian ilmu.
  6. Merancang dan mengawal selia aktiviti penyelidikan Institut Aminuddin Baki.
  7. Merancang, menyelaras aktiviti perkongsian ilmu berkaitan dengan penyelidikan, ICT seperti Wacana, Diskusi Penyelidikan / ICT/ Seminar/ Kolokium berkaitan dengan penyelidikan dan juga ICT.
  8. Membangunkan kompetensi penyelidikan dalam kalangan pensyarah IAB.
  9. Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.