Pusat Pembangunan Dasar & Inovasi Organisasi

Pusat Pembangunan Dasar & Inovasi Organisasi dipimpin oleh Ketua Pusat dan terdiri daripada lima (5) jabatan iaitu:

  1. JABATAN PENGURUSAN DASAR DAN PERANCANGAN
  2. JABATAN PEMBANGUNAN STAF
  3. JABATAN PENGURUSAN INOVASI DAN STANDARD LATIHAN
  4. JABATAN HUBUNGAN KERJASAMA PENDIDIKAN ANTARABANGSA
  5. JABATAN PENGURUSAN PEPERIKSAAN

Fungsi Pusat

  1. Menggubal dan mengurus dasar pembangunan program latihan pengurusan dan kepimpinan pendidikan.
  2. Merancang, merangka dan mewujudkan pelan kecerlangan IAB.
  3. Menjalankan kajian keperluan dan keberkesanan program latihan pembangunan kompetensi staf IAB.
  4. Merancang dan menyelaras program pembangunan kompetensi staf IAB.
  5. Memastikan pembangunan dan pelaksanaan standard latihan pengurusan dan kepimpinan pendidikan.
  6. Membangun dan memantapkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti IAB
  7. Mewujudkan hubungan dan kerjasama peringkat nasional dan antarabangsa dalam pelaksanaan program latihan pengurusan dan kepimpinan pendidikan.
  8. Menyelaras pengurusan pembangunan instrumen dan keputusan peperiksaan.
  9. Menyelaras Pengurusan Risiko IAB.

E-mel:  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.