Pusat Pendidikan Kenegaraan

Fungsi Pusat:
 
  1. Merancang, menggubal, menyelaras dan melaksanakan program latihan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan Pendidikan Kenegaraan: Kursus Pengurusan Perubahan Melalui Kepimpinan Berasaskan Nilai.
  2. Merancang, merangka dan menjalankan kajian keperluan dan kajian impak latihan dalam bidang penyelidikan pengurusan dan kepimpinan Pendidikan Kenegaraan.
  3. Merancang, menggubal, menyelaras dan melaksanakan pentaksiran dalam bidang pengurusan dan kepimpinan Pendidikan Kenegaraan.
  4. Merancang dan mewujudkan kerjasama dengan bahagian-bahagian lain di KPM bagi meningkatkan kualiti pengurusan dan kepimpinan pemimpin berkenaan Pendidikan Kenegaraan.
  5. Merancang dan mewujudkan kerjasama serta perundingan dengan pihak-pihak yang berkaitan dalam bidang pendidikan seperti PIBG nasional, NGO-NGO,  persatuan dan agensi-agensi bagi meningkatkan kesedaran berkaitan Pendidikan Kenegaraan.
  6. Merancang, menggubal, menyelaras dan melaksanakan program penerbitan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan Pendidikan Kenegaraan.
  7. Merancang dan membina kumpulan atau pasukan pemikir dalam bidang pengurusan dan kepimpinan Pendidikan Kenegaraan.
  8. Melaksanakan lain-lain tugas khusus yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh pucuk pimpinan negara.
  9. Merancang dan mengurus belanjawan Pusat Pendidikan Kenegaraan.
  10. Melaksanakan lain-lain tugas khusus yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh pucuk pimpinan negara.