Buletin IAB

Sekolah Pedalaman dan Pulau merupakan niche area bagi Institut Aminuddin Baki  Cawangan Sabah dan julung kalinya telah berusaha untuk menyatukan pemimpin pendidikan dalam kolokium Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah Pedalaman Sabah pada 23 Oktober 2017.Tujuan kolokium adalah untuk melonjakkan kualiti pencapaian holistik sekolah pedalaman di negeri Sabah melalui peningkatan amalan dan pengetahuan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan sekolah

>> Berita Selanjutnya

 

JITRA 11 September - Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara (IABU) telah  diadakan di Dewan Budaya, IABU dengan penuh kesederhanaan bersama seluruh warga IABU. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Kedah serta lagu IAB dan diikuti dengan bacaan doa yang diketuai oleh En. Muhammad Lukman Ismail, Pensyarah Kanan di Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Pendidikan.

>> Berita Selanjutnya 

  

23–24 Ogos 2017 - Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak berjaya mengumpulkan seramai 163 peserta yang terdiri daripada Guru Besar Sekolah-Sekolah Terintang dan Sekolah Kurang Murid (Daerah Kuching, Bau, Lundu, Padawan, Samarahan).

>> Berita Selanjutnya

   

 
7 – 10 Ogos - Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-24 (SN24) yang dianjurkan oleh Institut Aminuddin Baki (IAB) telah dilaksanakan dengan jayanya pada 7 hingga 10 Ogos 2017 bertempat di IAB Cawangan Genting Highlands. Seminar yang bertemakan “Transformasi Pemimpin Pendidikan ke Arah Kecemerlangan Pendidikan Abad ke-21” telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia.

                                                                                                                                                                                                                         

  >> Berita Selanjutnya 

         

 
JITRA, 20 Julai – Hampir 150 orang menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri 2017/1438H anjuran Badan Amal dan Kebajikan Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara (BAKI) dan PUSPANITA IABU. Majlis bertemakan ‘Semarakkan Aidilfitri, Eratkan Silaturrahim’ itu bertujuan mengeratkan silaturrahim dan mengukuhkan kerjasama dalam kalangan warga IABU serta pekerja-pekerja swasta yang turut hadir dalam majlis ini.

                                                                                                                                                                                                                         

   >> Berita Selanjutnya

                

5 Julai – YBrs. Dr. Hj. Zainal Aalam bin Hassan, Pengarah IAB telah hadir untuk berjumpa dengan peserta NPQEL Ambilan 1/2017. Beliau memulakan sesi bual bicara dengan memperkenalkan definisi Pengetua dan Guru Besar (PGB) Novis dan sangat berkaitan dengan kesediaan peserta NPQEL selepas ini. Beliau juga berkongsi tentang hala tuju PGB Novis apabila mula berkhidmat di sekolah nanti, fasa sebagai PGB Novis, fasa penyesuaian diri PGB Novis untuk menjadi pemimpin yang berkesan, dan tiga (3) aspek utama yang perlu ada dalam diri PGB Novis ialah personaliti, kemahiran, dan pengetahuan

                                                                                                                                                                                                                            >> Berita Selanjutnya

                    

 
 
JITRA: 9 Mei 2017, buat julung-julung kalinya Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara telah  menganjurkan Seminar Professional Learning Community (PLC) bertemakan “PLC Pemangkin Kecemerlangan Pendidikan”. Majlis perasmian seminar ini telah disempurnakan oleh Pn. Mistirine binti Radin, Timbalan Pengarah Khidmat Latihan, Institut Aminuddin Baki manakala majlis penutup dirasmikan oleh En. Mohd. Zanal bin Dirin, Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara. Seramai 97 orang peserta yang terdiri daripada warga pendidikan di peringkat sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri dari zon Utara, telah menghadiri seminar ini.

                                                                                                                                                                                                                          

 >> Berita Selanjutnya

                        

Konvensyen Memperkukuh Pasak Negara ke Arah Wasiat Lebih Tersurat yang dianjurkan oleh Majlis Dakwah Negara (MDN) telah berlansung dengan jayanya setelah pihak urus setia membentangkan resolusi dan menyerahkannya kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, YBhg. Dato’ Sri Syed Danial Syed Ahmad sebagai simbolik untuk diangkat kepada Majlis Raja-Raja (MRR).

>> Berita Selanjutnya

 

 

 

Seramai 185 orang Penolong Kanan Sekolah Menengah/Sekolah Rendah, dan Pegawai  PPD/JPN/Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kerana mereka telah melapor diri sebagai peserta Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) bagi Ambilan 2 Tahun 2017 di IAB Bandar Enstek.  

>> Berita Selanjutnya

 

 
BANDAR ENSTEK, 11 Julai 2017: “Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu”. Antara 2,445 permohonan bagi  Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) bagi Ambilan 2 Tahun 2017 yang lengkap dan dipanggil untuk pentaksiran, hanya 711 sahaja yang melafazkan ikrar aku janji bagi mengikuti program ini yang telah menjadi pra syarat untuk pelantikan sebagai Guru Besar atau Pengetua sekolah

>> Berita Selanjutnya

 

 
BANDAR ENSTEK, 18 Julai 2017 (Selasa): Pada 18 Julai 2017 Warga IAB telah menyambut Hari Raya Aidilfitri 1438H bertempat di Dewan Makan, Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Haji Zainal Aalam bin Hassan, Pengarah IAB. 

 >> Berita Selanjutnya

 

 
Bengkel Pemurnian dan Pemantapan Modul Penerapan Nilai Perpaduan Untuk Pengetua dan Guru Besar telah diadakan di Pusat Kegiatan Guru Pengkalan Balak, Melaka pada 18-21 Julai 2017. Ini adalah merupakan siri terakhir penyediaan modul ini sebelum ia diangkat untuk kelulusan Lembaga Pengajian IAB.

>> Berita Selanjutnya

 

Majlis Komensmen Institut Aminuddin Baki (IAB) 2017 kali ke-18 telah dilaksanakan bagi meraikan para graduan yang telah menamatkan pengajian dalam Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) yang merupakan salah satu kursus perdana IAB.

 >> Berita Selanjutnya

 

Tanggal 24 Mei 2017 menyaksikan seramai 400 orang peserta menghadiri Wacana Kepimpinan Pendidikan Kenegaraan Berlandaskan Pendekatan Wasatiyyah. “Kelestarian Nilai-Nilai Kepimpinan Berteraskan Konsep Wasatiyyah Sebagai Dasar Negara”. Amalan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) diantara Institut Aminuddin Baki (IAB) Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM), Jabatan Perdana Menteri. 

>> Berita Selanjutnya

 

Seminar Polisi ANTRIEP telah diadakan pada 3 hingga 5 Mei 2017 di Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands, Pahang. Tema Seminar ialah “Demographic Change: What are the implications for education policy and planning? Findings from comparative research in Asia.

>> Berita Selanjutnya

 

JK3PS ialah satu jawatankuasa tertinggi bagi tujuan menyelaras, mengawal selia, mengesahkan dan memperakukan perancangan dan pelaksanaan Inisiatif 87: Pelan Penggantian Pemimpin Sekolah.

>> Berita Selanjutnya