Senarai Perkhidmatan Dalam Talian

SISTEM DALAM TALIAN

Pengenalan

Sistem Dalam Talian dibangunkan secara in-house menggunakan tenaga-tenaga kepakaran staf IAB daripada Pusat Pengurusan Teknologi. IAB telah mengorak langkah dengan membangunkan sistem bersepadu yang mengamalkan konsep Single Sign On (SSO) dan menggunakan satu antaramuka sistem sahaja iaitu InSyst (INtegrated SYSTem).

Ke semua aplikasi sistem ini sedang dalam usaha pembangunan untuk diintegrasikan dengan Sistem Bersepadu IAB (InSyst) versi 2. Berikut merupakan penerangan ringkas mengenai sistem-sistem aplikasi yang digunapakai bagi memudahkan Pengurusan dan Pentadbiran IAB.

i-Jadual: Sistem Perancangan dan Penjadualan Program IAB

Sinopsis: Membantu pihak pengurusan IAB merancang bajet/perbelanjaan dan menjadualkan kursus/seminar/program IAB supaya prasarana yang disediakan pada satu-satu masa mencukupi.

Sasaran Pengguna:

  • Staf IAB: Unit Penyelaras Program (UPP), Pengurusan Tertinggi, Ketua Pusat, Ketua Jabatan.

 

i-Penilaian: Sistem Maklum Balas Sesi Latihan dan Khidmat Sokongan

Sinopsis: Membantu IAB memantau prestasi sesi latihan oleh pensyarah-pensyarah dan prasarana yang disediakan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disediakan.

Sasaran Pengguna:

  • Staf IAB: Unit Penyelaras Program (UPP), Pengurusan Tertinggi, Ketua Pusat, Ketua Jabatan, Pensyarah/Tenaga Pengajar, Pengurus Kursus, Urus Setia Kursus.
  • Peserta Kursus/Bengkel

 

i-Bantuan ICT: Sistem Bantuan ICT

Sinopsis: Membantu pengguna yang menghadapi isu/masalah rangkaian, sistem, aplikasi, e-mel dan peralatan ICT.

Sasaran Pengguna:

  • Staf IAB, Pelanggan dan Stakeholder

i-Profil: Sistem Maklumat Staf/Peserta

Sinopsis: Pengisian maklumat diri oleh staf IAB dan peserta kursus.

Sasaran Pengguna:

  • Staf IAB dan Peserta Kursus

i-Dashboard: Sistem Informasi Dashboard

Sinopsis: i-Dashboard adalah sistem informasi yang memaparkan keseluruhan laporan secara grafik untuk pemantauan pihak pengurusan IAB.

Sasaran Pengguna:

  • Staf IAB

 

i-Direktori: Direktori Staf IAB

Sinopsis: i-Direktori adalah sistem yang memaparkan maklumat staf di IAB.

Sasaran Pengguna:

Staf IAB, Pelanggan

 

 PORTAL/LAMAN WEB

Portal Rasmi IAB

Sinopsis: Gerbang utama bagi menyalurkan maklumat, informasi dan perkhidmatan kepada orang awam terutamanya golongan pendidik.

Portal e-Pembelajaran

Sinopsis: Platform pembelajaran secara maya yang memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran IAB.

Laman Web SP-Q

Sinopsis: Laman Web Sistem Pengurusan Kualiti (SPQ) menyalurkan segala maklumat dan informasi berkaitan Pengurusan Kualiti IAB yang mendapat pengiktirafan Auditor Luar; Moody International.

Laman Web Seminar Nasional

Sinopsis: Laman Web Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan merupakan program tahunan yang diadakan untuk:

  1. Mempertingkatkan tahap kesedaran warga pendidikan dengan tujuan berkongsi maklumat.
  2. Menyebarkan dapatan kajian terbaru.
  3. Membina jaringan dengan para penyelidik dan warga pendidikan seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Laman Web Kolokium Terintang

Sinopsis: Laman Web Kolokium Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah Terintang merupakan program yang diadakan untuk:

  1. Berkongsi dapatan kajian dan pengalaman dalam kalangan pemimpin pendidikan.
  2. Menjana kreativiti dalam merancang strategi penambahbaikan Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah Terintang.
  3. Meningkat daya kreativiti dalam kalangan pemimpin pendidikan.

Laman Web PrOD

Sinopsis: Laman Web Program Pembangunan Organisasi Untuk Kecemerlangan Sekolah (PrOD) merupakan program yang diadakan dengan objektif supaya peserta kolokium akan dapat menimba pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam mengurus sekolah seiring dengan PPPM.

                                                              

INSTRUMEN DALAM TALIAN                                                                  

KOMPAS: Instrumen Kompetensi Pemimpin Sekolah

Sinopsis: Instrumen penilaian berasaskan web yang mampu memberikan keperluan latihan kepada pengetua dan guru besar berasaskan 26 kompetensi yang terdapat dalam Model Pemimpin Sekolah Malaysia.

Sasaran Pengguna: Pemimpin Sekolah seluruh Malaysia

SSI: Soal Selidik Tahap Kepuasan Staf

Sinopsis: Soal selidik untuk staf IAB.

Sasaran Pengguna:

  • Staf IAB (Pensyarah dan staf sokongan)

IAB APPS & ILMU

Platform yang membenarkan komunikasi dan perkongsian maklumat dilakukan. Mengandungi: e-mel, perkongsian kalendar, perkongsian dokumen, sembang bual (chat), video conference.

Sasaran Pengguna:

  • Staf IAB dan Peserta Kursus