-
Sumbangan dan penyebaran maklumat yang dilarang dan bahan-bahan negatif yang bertentangan dengan dasar-dasar negara adalah dilarang.
-
Menyebar maklumat berbau politik, hasutan atau perkauman atau apa-apa yang menjejaskan reputasi Institut Aminuddin Baki, Kementerian dan Perkhidmatan Awam adalah dilarang.
-
Pengunjung hendaklah memastikan fail yang dihantar melalui kepilan (attachment) bebas dari virus.
-
Pengunjung adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas maklumat yang dikunci masuk.
-
Semua maklumat yang hendak dimuatkan ke dalam Portal Rasmi dan Laman Web IAB mestilah mendapat kelulusan Pengarah/Ketua Pusat/Jabatan.
-
Laman web agensi atau syarikat yang memerlukan pautan ke Portal Rasmi dan Laman Web IAB atau sebaliknya mestilah mendapat kebenaran Pengarah.
-
Pencerobohan atau percubaan untuk menggodam Portal Rasmi dan Laman Web IAB adalah dilarang.
- Perlindungan Data: Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
-
Keselamatan Storan: Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.