2019-2021
2021
LAWATAN EKSA DARI INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA KAMPUS WILAYAH UTARA (INTURA)
Tarikh : 12 Januari 2021
Tempat : Dewan Budaya IABCU
Peserta : 21 orang (staf INTURA)
Urus setia : Jawatankuasa Induk EKSA
Ringkasan aktiviti :
Seramai 21 orang staf dari Institut Tadbiran Awam Negara Kampus Wilayah Utara (INTURA) telah melakukan lawatan penandaarasan EKSA ke IABCU.
Taklimat EKSA telah disampaikan oleh Timbalan Pendaftar IABCU selaku Pengerusi EKSA bertempat di Dewan Budaya IABCU.
2019
LAWATAN PENANDAARASAN EKSAUrus Setia : Jabatan Pengurusan Inovasi
Seramai 10 orang pegawai dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kedah telah melakukan lawatan penandaarasan EKSA ke IABCU dalam usaha untuk memperkukuhkan lagi budaya kerja organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan kakitangan mereka.
LAWATAN PENANDAARASAN PESERTA BENGKEL MELESTARIKAN KECEMERLANGAN DIRI
KE SMK SULTANAH ASMA,ALOR SETAR
Tarikh : 25 Jun 2019
Tempat : SMK Sultanah Asma Alor Setar
Peserta : Penerima APC IAB Induk, IABCGH, IABCU, IABCSBH & IABCSWK
Urus Setia : Jabatan Latihan Pentadbiran Pejabat dan Pengurusan Kewangan & Jabatan Dokumentasi dan Sumber Pendidikan

LAWATAN PENANDAARASAN DAN KOLABORATIF STRATEGIK BERSAMA INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA (ILIM)
Tarikh: 9-11 April 2019
Tempat: Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor
Peserta: Ahli Jawatankuasa (AJK) EKSA IABCU
Urus setia: Jabatan Pengurusan Inovasi
Seramai 28 orang AJK EKSA IABCU telah mengadakan lawatan penandaarasan dan kolaboratif strategik bersama Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan perkongsian dua hala antara IABCU dan ILIM dalam usaha menambahbaik amalan EKSA di organisasi masing-masing.