03 April 2018 8:00 am - 5.00 pm IAB Bandar Enstek, Negeri Sembilan Kunjungan Hormat Delegasi Indonesia telah diadakan pada 3 April 2018 bertempat di IAB Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Ketibaan Delegasi Indonesia disambut mesra oleh YBhg. Datuk Dr. Amin bin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia bersama-sama YBrs. Dr. Haji Azhar bin Haji Ahmad, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, YBrs. Puan Mistirine binti Radin, Timbalan Pengarah (Khidmat Latihan), YBrs. Encik Mazlan bin Samsudin, Timbalan Pengarah (Khidmat Profesional), Pegawai- Pegawai daripada Bahagian Pendidikan Islam dan Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia.