Webinar bertajuk Memperkasakan Organisasi Pendidikan Melalui Amalan Coaching

13 Disember 2021

10:30 am - 12:30 pm

Secara dalam Talian


Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Konsultasi dan Runding Cara (JKRC), Pusat Konsultasi dan Pembangunan Organisasi Pendidikan (PKPOP), Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadakan webinar berfokuskan perkongsian pengetahuan coaching dan pembudayaannya dalam organisasi serta cabaran yang dihadapi oleh pemimpin pendidikan dan pemimpin sistem yang bertajuk: Memperkasakan Organisasi Pendidikan Melalui Amalan Coaching.

Webinar ini akan diadakan secara langsung seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 13 Disember 2021 (Isnin)
Masa: 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Pautan: https://www.youtube.com/watch?v=7tx58xCjl8Y


Ahli Panel:

1) YBrs. Dr. Haji Abd. Razak bin Manaf
2) Encik Peter C.F Voon, dan
3) Ahmad Nasaruddin bin Tulus

Sasaran peserta webinar adalah kepada semua pemimpin pendidikan dan pemimpin sistem di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia khasnya dan semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia amnya.