Majlis Perhimpunan Bulanan Julai 2018 disempurnakan oleh YBrs. Encik Mazlan bin Samsudin, Timbalan Pengarah (Khidmat Profesional). Turut hadir menjayakan majlis ini ialah Puan Norihan binti Mohamed Naim, Pendaftar, Ketua-ketua Pusat, Pengarah-pengarah Cawangan dan semua Staf IAB Induk, Bandar Enstek. Tema Perhimpunan Bulanan Julai 2018 ialah "Sayangi IAB, Sayangi Malaysiaku".