JANUARI
BENGKEL PEMANTAPAN SPLKPM DAN KOMPETENSI STAF BIL.1/2023
Tarikh : 30-31 Januari 2023Tempat : Bilik Anggerik, IABCU
Peserta : Semua warga IABCU
Urus setia : Jabatan Pembangunan Profesionalisme Berterusan
Ringkasan aktiviti :
Bengkel ini merupakan inisiatif Jabatan Pembangunan Profesionalisme Berterusan dalam
membantu warga IABCU memenuhi pengisian mata kredit dalam SPLKPM. Oleh itu, penganjur memfokuskan kepada aspek penerbitan yang terkandung dalam SPLKPM. Pada hari pertama 30 Januari 2023, peserta yang terdiri daripada kalangan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) didedahkan mengenai bentuk penulisan karya kreatif yang telah disampaikan oleh Puan Norleha binti Ibrahim. Hari kedua pula (31 Januari 2023), pegawai ikhtisas (pensyarah dan pegawai latihan) didedahkan dengan pembikinan bahan
multimedia menggunakan perisian yang telah disampaikan oleh Encik Fazil bin Ahmad dan Dr. Suhaila binti Che Noh. Bengkel berlangsung dengan baik, lancar dan mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada para peserta.
PERHIMPUNAN BULANAN BULAN JANUARI 2023
Tarikh : 8 Januari 2023
Tempat : Auditorium Aminuddin Baki, IABCU
Peserta : Semua warga IABCU
Urus setia : Jabatan Kepimpinan Kurikulum dan Kokurikulum & Jabatan Kepimpinan Bahasa dan Komunikasi
Ringkasan aktiviti :
Majlis Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Januari 2023 yang bertemakan “Keterampilan Komunikasi Tunjang Perpaduan Dalam Organisasi” dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu negeri Kedah dan lagu IAB. Majlis diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin Ustaz Mohd Syukarmi bin Zakaria manakala ikrar perkhidmatan awam diketuai oleh Encik Mohamad Hatmi bin Saidin. Sesi perkongsian ilmu berkaitan tema perhimpunan telah disampaikan oleh Encik Mohd Shukri bin Md. Jaafar (Ketua Jabatan, Jabatan Kepimpinan Bahasa dan Komunikasi). Majlis disusuli dengan penyampaian sijil-sijil dan pelancaran Buku Iltizam 2023 dan Aplikasi i-ABU. Majlis diakhiri dengan Amanat Tahun Baharu 2023 daripada YBrs. Dr. Hj. Joohari bin Ariffin, Pengarah IABCU.