DISEMBER
WEBINAR KEPIMPINAN PENDIDIKAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN UTARA (IABCU) SIRI 10/2021
Tarikh : 20 Disember 2021Tempat : Secara atas talian
Peserta : Semua warga KPM
Urus setia : Jabatan Pembangunan e-Pembelajaran & Jabatan Dokumentasi, Penerbitan dan Promosi
Ringkasan aktiviti :
Webinar Kepimpinan Pendidikan Siri 10/2021 yang juga merupakan webinar terakhir bagi tahun 2021 melabuhkan tirainya dengan tajuk Tata Kelola Pemimpin Untuk Kecemerlangan Organisasi Pendidikan. Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Dr. Haji Tajuddin bin Mohd Yunus , Pengarah IAB, KPM. Majlis diskusi ini menampilkan YBrs. Dr. Haji Joohari bin Ariffin, Pengarah IABCU, KPM sebagai ahli panel yang dimulai dengan bacaan doa pimpinan Ustaz Muhammad Lukman bin Ismail, Ketua Jabatan, Jabatan Kepimpinan Bahasa dan Komunikasi manakala YBrs. Puan Hajah Norihan binti Haji Azizan, Pensyarah Cemerlang Gred Khas C, selaku moderator. Hos webinar ialah Encik Mohd Luqman Hidayat bin Ismail.


MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DISEMBER 2021
Tarikh : 19 Disember 2021Tempat : Auditorium IABCU
Peserta : Semua warga IABCU
Urus setia : Jabatan Kepimpinan Bahasa dan Komunikasi & Jabatan Penilaian dan Pentaksiran
Ringkasan aktiviti :
Majlis Perhimpunan Bulan Disember pada kali ini bertemakan Semangat Altruistik Menjana Organisasi Terbilang. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Kedah dan lagu IAB manakala bacaan doa diketuai oleh Ustaz Mohd. Syukarmi bin Zakaria. Sementara itu Encik Zuraidi bin Che Ya mengetuai bacaan ikrar perkhidmatan awam. Sesi perkongsian ilmu pada kali ini menampilkan Encik Ishak bin Ibrahim, Ketua Jabatan, Jabatan Konsultasi Kepemimpinan Pendidikan IABCU. Majlis diserikan dengan penganugerahan sijil-sijil dan hadiah hari lahir kepada staf IABCU yang terlibat. Majlis diakhiri dengan ucapan penutup oleh YBrs. Dr. Haji Joohari bin Ariffin, Pengarah IABCU.

LAWATAN PENANDAARASAN KE KOMPLEKS SEJARAH PASIR SALAK
Tarikh : 13 Disember 2021Tempat : Kompleks Sejarah Pasir Salak, Kampung Gajah, Perak
Peserta : Jawatankuasa EKSA IABCU
Urus setia : Pengurusan IABCU
Ringkasan aktiviti :
Seramai 27 orang warga IABCU telah mengadakan lawatan panandaarasan ke Kompleks Sejarah Pasir Salak, Batu Gajah, Perak. Tujuan lawatan adalah bagi mendapatkan idea dan maklumat untuk membangunkan sebuah Galeri Perkembangan Pendidikan Malaysia di IABCU.

JAMUAN HI-TEA AKHIR TAHUN 2021
Tarikh : 8 Disember 2021Tempat : Dewan Sajian IABCU
Peserta : Semua warga IABCU
Urus setia : Badan Amal dan Kebajikan IABCU (BAKI)
Ringkasan aktiviti :
Badan Amal dan Kebajikan IABCU (BAKI) telah menganjurkan majlis jamuan hi-tea bagi melabuhkan tirai tahun 2021 bertempat di Dewan Sajian IABCU. Majlis yang bertemakan Kita Satu Keluarga diraikan oleh warga disamping mengukuhkan lagi keakraban dalam kalangan warga.


NOVEMBER
WEBINAR KEPIMPINAN PENDIDIKAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN UTARA (IABCU) SIRI 9/2021
Tarikh : 29 November 2021Tempat : Secara atas talian
Peserta : Semua warga KPM
Urus setia : Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian & Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Ringkasan aktiviti :
Webinar Kepimpinan Pendidikan Siri 9/2021 membawa tajuk Strategi Inovatif Dalam Pengurusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Muhamad Mazlan bin Abdul Majid manakala YBrs. Dr. Fakhri bin Abdul Khalil selaku moderator webinar pada kali ini. Ucapan alu-aluan disampaikan oleh YBrs. Dr. Haji Joohari bin Ariffin, Pengarah IABCU. Dua orang ahli panel yang diketengahkan dalam webinar pada kali ini ialah YBrs. Dr. Maimunah binti Husien, Pensyarah Cemerlang, Jabatan Penilaian & Pentaksiran, IABCU dan Puan Janet Mangalis, Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa, SMJK Lok Yuk, Kudat, Sabah. Hos webinar ialah Encik Mohd Luqman Hidayat bin Ismail.


SEMINAR SEHARI KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL SIRI 2/2021
Tarikh : 25 November 2021Tempat : Secara atas talian
Peserta : Semua warga KPM
Urus setia : Jabatan Kepimpinan Kurikulum dan Kokurikulum
Ringkasan aktiviti :
Seminar Sehari Kepimpinan Instruksional Siri 2/2021 bertemakan Bimbingan Instruksional Ke Arah Pengurusan Sekolah Berkualiti telah berlangsung dengan jayanya. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh YBrs. Dr. Haji Mohamad Rushdan bin Haji Azizan manakala En. Mohd Shukri bin Md. Jaafar sebagai pengacara majlis. YBrs. Dr. Haji Joohari bin Ariffin selaku Pengarah IABCU telah menyampaikan ucapan alu-aluan manakala ucap utama pula telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Rusmini binti Ku Ahmad, Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia. Panel sesi diskusi pada kali ini mengetengahkan YBrs. Dr. Siti Rohani binti Mohd Zain, Pensyarah Cemerlang Gred Khas C, Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun dan moderatornya ialah YBrs. Dr. Kalai Selvan Arumugham, Pensyarah Kanan Jabatan Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan IABCU.

GOTONG - ROYONG PERDANA EKSA 2021
Tarikh : 22 November 2021Tempat : Premis IABCU
Peserta : Semua warga IABCU
Urus setia : Pengurusan IABCU
Ringkasan aktiviti :
Gotong-royong Perdana EKSA 2021 dilaksanakan mulai jam 8.30 am sehingga 4.30 pm. Objektif gotong-royong ini adalah untuk mengemas dan menambah baik ruang kerja serta persekitaran kerja yang kondusif.


MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN NOVEMBER IABCU
Tarikh : 21 November 2021Tempat : Auditorium IABCU
Peserta : Semua warga IABCU
Urus setia : Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Kepimpinan Pendidikan & Jabatan Kepimpinan Hal Ehwal Murid dan Kaunseling
Ringkasan aktiviti :
Majlis Perhimpunan Bulan November pada kali ini bertemakan Reformasi Diri Ke Arah Kerja Sepasukan. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Kedah dan lagu IAB manakala bacaan doa diketuai oleh Ustaz Muhamad Mazlan bin Abdul Majid. Sementara itu Tn. Hj. Ismail bin Ibrahim mengetuai bacaan ikrar perkhidmatan awam. Sesi perkongsian ilmu pada kali ini menampilkan Tn. Hj. Hamzah bin Said, Pensyarah Cemerlang IABCU. Majlis diserikan dengan penganugerahan sijil-sijil dan hadiah hari lahir kepada staf IABCU yang terlibat. Majlis diakhiri dengan ucapan penutup oleh YBrs. Dr. Haji Joohari bin Ariffin, Pengarah IABCU seterusnya merasmikan pelancaran u-khidmat.



OKTOBER
MAJLIS LAMBAIAN KASIH SANJUNGAN BUDI ENCIK HISHAMUDDIN BIN JAAFAR
Tarikh : 31 Oktober 2021Tempat : Secara atas talian
Peserta : Semua warga IABCU
Urus setia : Pengurusan IABCU
Ringkasan aktiviti :
Majlis persaraan Encik Hishamuddin bin Jaafar telah berlangsung secara maya dan disertai oleh semua warga IABCU. Encik Hishamuddin bin Jaafar sempat bertugas di IABCU selama 36 bulan sebagai Pensyarah Kanan. Sebagai penghormatan, majlis meraikan Encik Hishamuddin bin Jaafar menyampaikan ucapan dan diteruskan dengan ucapan daripada Tuan Pengarah IABCU mewakili kerajaan Malaysia. Warga IABCU merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas perkhidmatan beliau sepanjang berkhidmat di IABCU. Warga juga mendoakan kesejahteraan dan ucapan selamat bersara kepada Encik Hishamuddin bin Jaafar.

HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI 2020 DAN 2021
Tarikh : 31 Oktober 2021Tempat : Secara atas talian
Peserta : Semua warga IABCU
Urus setia : Jabatan Kepimpinan Kualiti dan Inovasi
Ringkasan aktiviti :
Hari Anugerah Kualiti dan Inovasi 2020 dan 2021 bertemakan Kewibawaan dan Komitmen Mensinergikan Kualiti Perkhidmatan IABCU. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Kedah, lagu IAB dan lagu Perkhidmatan Awam. Bacaan doa dipimpin oleh YBrs. Dr. Muhd Zulhilmi bin Harun dan diikuti dengan ucapan perasmian oleh YBrs. Dr. Joohari bin Ariffin, Pengarah IABCU. Majlis juga diserikan dengan penganugerahan sijil-sijil perkhidmatan, anugerah inovasi dan kreativiti, anugerah peningkatan profesionalisme/kepakaran, anugerah pembangunan modul, anugerah penghasilan penyelidikan, anugerah penulisan & penerbitan, anugerah sumbangan luar, anugerah peningkatan akademik, anugerah latihan dalam perkhidmatan tertinggi, anugerah mata kredit tertinggi, anugerah keterampilan unggul, anugerah sahsiah terpuji, anugerah penyampai tazkirah pilihan, anugerah latihan terbilang, anugerah pengurus terbaik, anugerah kepimpinan terbaik, anugerah khas kecemerlangan dan anugerah khas tokoh inovasi.
Syabas kepada Hajah Noor Ashikin binti Shahrom dan Encik Abd Majid bin Taib selaku pengacara majlis.

WEBINAR KEPIMPINAN PENDIDIKAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN UTARA (IABCU) SIRI 8/2021
Tarikh : 25 Oktober 2021Tempat : Secara atas talian
Peserta : Semua warga KPM
Urus setia : Jabatan Kepimpinan Kualiti dan Inovasi
Ringkasan aktiviti :
Webinar Kepimpinan Pendidikan Siri 8/2021 membawa tajuk Inovasi Melestarikan Kualiti Dalam Pendidikan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Abdul Azim bin Othman manakala Tn. Haji Fauzi bin Saad, Timbalan Pengarah IABCU selaku panel di dalam webinar pada kali ini. Ucapan alu-aluan disampaikan oleh YBrs. Dr. Haji Joohari bin Ariffin, Pengarah IABCU. Penampilan khas webinar pada kali ini menampilkan Puan Sarina binti Zainudin, Guru Besar SK Padang Pekan, Jitra (Guru Inovatif Kumpulan PPD Kubang Pasu) dan Puan Noor Suryani binti Ahmad, SK Sungai Daun Tengah (Guru Inovatif Negeri Kedah 2019). Hos webinar ialah Puan Suriati binti Suhaimi, Pensyarah Cemerlang dari Jabatan Kepimpinan Kualiti dan Inovasi.

LATIHAN MENGGUNAKAN PEMADAM API DENGAN KERJASAMA PASUKAN BOMBA DAN PENYELAMAT
Tarikh : 21 Oktober 2021Tempat : Gelanggang Permainan IABCU
Peserta : Warga IABCU yang hadir
Urus setia : Jawatankuasa Pengurusan Risiko dan Keselamatan IABCU
Ringkasan aktiviti :
Sesi latihan menggunakan alat pemadam api dikendalikan oleh dua orang pegawai JBPM (Jitra). Sesi latihan ini bertujuan memberi kesedaran dan kefahaman berhubung tatacara penggunaan alat pemadam kebakaran. Selain itu para warga juga turut diperkenalkan dengan jenis-jenis alat pemadam kebakaran dan fungsinya.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN OKTOBER IABCU
Tarikh : 17 Oktober 2021Tempat : Secara atas talian
Peserta : Semua Warga IABCU
Urus setia : Jabatan Kerjasama Luar dan Antarabangsa & Jabatan Konsultasi Kepimpinan Pendidikan
Ringkasan aktiviti :
Majlis Perhimpunan Bulan Oktober pada kali ini bertemakan Mensyukuri Nikmat Bekerja Meningkatkan Prestasi Organisasi. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Kedah dan lagu IAB. Majlis ditambah berkat lagi dengan bacaan doa oleh YBrs. Dr. Mohamad Rushdan bin Azizan manakala bacaan ikrar perkhidmatan awam pula diketuai oleh Encik Muhd Zulhilmi bin Haron. Sesi perkongsian ilmu pada kali ini menampilkan Tuan Osman bin Affan, Pengasas Smartstudy, Certified Memory Trainer bertajuk Memaksimumkan Nikmat Syukur Semasa Bekerja. Majlis diserikan dengan penganugerahan sijil-sijil kepada staf IABCU yang terlibat. Majlis diakhiri dengan ucapan penutup oleh YBrs. Dr. Haji Joohari bin Ariffin, Pengarah IABCU.
Tahniah dan syabas kepada kedua-dua pengendali majlis: Encik Mohd Luqman Hidayat bin Ismail & Puan Mazatulshima binti Abu Hanifah.

SEPTEMBER
MAJLIS PERSARAAN PUAN MUNIRAH BINTI AHMAD
Tarikh : 30 September 2021Tempat : Secara atas talian
Peserta : Semua Warga IABCU
Urus setia : Pengurusan IABCU
Ringkasan aktiviti :
Majlis persaraan Puan Munirah binti Ahmad, telah dilangsungkan secara maya dan dihadiri oleh semua warga IABCU. Sepanjang 30 tahun perkhidmatan beliau, 25 tahun daripadanya adalah berbakti di IAB. Warga IABCU merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas perkhidmatan beliau sepanjang berkhidmat di IABCU. Warga juga mendoakan kesejahteraan dan ucapan selamat bersara kepada beliau.

WEBINAR KEPIMPINAN PENDIDIKAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN UTARA SIRI 7/2021
Tarikh : 20 September 2021Tempat : Secara atas talian
Webinar K

Peserta : Semua Warga KPM
Urus setia : Jabatan Kepimpinan Hal Ehwal Murid dan Kaunseling
Ringkasan aktiviti :
Webinar Kepimpinan Pendidikan Siri 7/2021 pada kali ini mengutarakan tajuk Perundangan Dalam Pendidikan : Apa yang perlu kita tahu ? Tetamu jemputan yang diketengahkan ialah Puan Syahirah binti Mohamad Ashahari, Peguam Kanan Persekutuan, Unit Undang-undang, Kementerian Pendidikan Malaysia. Webinar pada kali ini diacarakan oleh YBrs. Dr. Zahari bin Ahamad, Ketua Jabatan Kepimpinan Hal Ehwal Murid dan Kaunseling, IABCU manakala bacaan doa dipimpin oleh Encik Mohd. Syukarmi bin Zakaria dan diikuti dengan ucapan YBrs. Dr. Hj. Joohari bin Ariffin, Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN SEPTEMBER 2021 & PELANCARAN PROGRAM KECERGASAN KENDIRI IABCU
Tarikh : 19 September 2021Tempat : Secara atas talian
Peserta : Semua warga IABCU
Urus setia : Jabatan Kepimpinan Kurikulum & Kokurikulum dan Jabatan Kepimpinan Kualiti & Inovasi
Ringkasan aktiviti :
Majlis Perhimpunan Bulan September dan Pelancaran Program Kecergasan Kendiri bertemakan Your Health is Our Priority telah sempurna diadakan dengan jayanya. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Muhamad Mazlan bin Abdul Majid manakala bacaan ikrar pula diketuai oleh Encik Ahmad Bukhari bin Ismail. Sesi perkongsian ilmu pada kali ini menampilkan YBhg. Dato' Dr. Mehander Singh a/l Nahar Singh, Senior Research Fellow, University of Nottingham, Malaysia. Majlis diakhiri dengan ucapan penutup dan perasmian pelancaran Program Kecergasan Kendiri oleh YBrs. Dr. Haji Joohari bin Ariffin, Pengarah IABCU.

SEMINAR SEHARI KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL SIRI 1/2021
Tarikh : 2 September 2021Tempat : Secara atas talian

Peserta : Semua warga pendidikan
Urus setia : Jabatan Kepimpinan Kurikulum dan Kokurikulum
Ringkasan aktiviti :
Seminar Sehari Kepimpinan Instruksional Siri 1/2021 bertemakan Peranan Pemimpin Sekolah Bagi Meningkatkan Pembelajaran PdPR Dalam Norma Baharu telah berlangsung dengan jayanya. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh YBrs. Dr. Haji Mohamad Rushdan bin Haji Azizan manakala En. Mohd Shukri bin Md. Jaafar sebagai pengacara majlis. YBrs. Dr. Haji Joohari bin Ariffin selaku Pengarah IABCU telah menyampaikan ucapan alu-aluan manakala ucap utama pula telah disampaikan oleh YBrs. Tn. Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin, Ketua Nazir Sekolah, Jemaah Nazir KPM.
Seminar pada kali ini juga menampilkan YBrs. Tn. Haji Mahadhir bin Ismail, Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu manakala Pn. Hajah Norihan binti Haji Azizan selaku moderator.

OGOS
WEBINAR KEPIMPINAN PENDIDIKAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN UTARA SIRI 6/2021
Tarikh : 23 Ogos 2021Tempat : Secara atas talian
Webinar K

Peserta : Semua Warga KPM
Urus setia : Jabatan Pengurusan e-Pembelajaran, Jabatan Kepimpinan Teknologi & Digital, dan Seksyen Teknologi Maklumat & Komunikasi
Ringkasan aktiviti :
Webinar Kepimpinan Pendidikan Siri 6/2021 pada kali ini mengutarakan tajuk Mengupayakan Penaziran Dalam Realiti Baharu Pendidikan. Tetamu jemputan yang diketengahkan ialah Tuan Haji Abdul Rashid bin Ibrahim, Ketua Nazir Negeri, Jemaah Nazir Negeri Kedah, Kementerian Pendidikan Malaysia. Webinar pada kali ini diacarakan oleh Encik Khairul Badri bin Ahmad, Timbalan Pendaftar, Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara manakala bacaan doa dipimpin oleh Encik Muhd. Zulhilmi bin Haron dan diikuti dengan ucapan YBrs. Dr. Hj. Joohari bin Ariffin, Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara.


MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN OGOS DAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-64, 2021
Tarikh : 22 Ogos 2021Tempat : Secara atas talian
Peserta : Semua Warga IABCU
Urus setia : Jabatan Kepimpinan Pendidikan Komuniti dan Berkeperluan Khusus & Jabatan Kepimpinan Teknologi dan Digital
Ringkasan aktiviti :
Majlis Perhimpunan Bulan Ogos dan Sambutan Kemerdekaan Ke-64, 2021 telah sempurna diadakan dengan temanya Malaysia Prihatin : Pemacu Kecemerlangan Organisasi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Lukman bin Ismail dan diikuti dengan sesi perkongsian daripada Encik Azhan bin Anuar dan Puan Nuraihan binti Mahamad Hashim yang bertajuk Pendidikan Juvana dan Banduan Muda.Bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan, Encik Azhan bin Anuar bergandingan dengan Encik Mohd. Luqman Hidayat bin Ismail serta Puan Shafizah binti Saidin telah mendeklamasi Puisi Merdeka.Majlis berakhir dengan ucapan daripada Pengarah IABCU, YBrs. Dr. Hj. Joohari bin Ariffin.

JULAI
WEBINAR KEPIMPINAN PENDIDIKAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN UTARA SIRI 5/2021
Tarikh : 29 Julai 2021Tempat : Secara atas talian
Peserta : Warga Pendidik
Webinar Kepimpinan Pendidikan Siri 5/2021
Urus setia : Jabatan Pembangunan e-Pembelajaran
Ringkasan aktiviti :
Webinar Kepimpinan Pendidikan Siri 5/2021 IABCU yang bertajuk Landskap Digital Wadah Pendidikan Alaf Baru telah disampaikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Norliza binti Kushairi, Pengerusi KJ Penyelidikan dan Inovasi, Pusat Pengajian Pendidikan, Universiti Utara Malaysia. Manakala YBrs. Dr. Fazzlijan binti Mohamed Adnan Khan, Ketua Jabatan, Jabatan Pembangunan e-Pembelajaran, Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara mengacarai webinar pada kali ini.




MAJLIS HARI PROFESIONAL IABCU BIL. 1/2021
Tarikh : 29 Julai 2021Tempat : Secara atas talian
Peserta : Semua warga IABCU
Urus setia : Pejabat Timbalan Pendaftar
Ringkasan aktiviti :
Penyampaian slot ini menampilkan YBrs. Encik Mohamad Ribwan bin Abas, Ketua Penolong Setiausaha Unit Guru, Cawangan Perkhidmatan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Syukarmi bin Zakaria diikuti ucapan aluan Timbalan Pengarah IABCU. Majlis berakhir dengan ucapan penghargaan oleh Timbalan Pendaftar IABCU.



KONVENSYEN MINI KIK IABCU 2021
Tarikh : 25 Julai 2021Tempat : Secara atas talian
Peserta : Semua warga IABCU
Urus setia : Jabatan Kepimpinan Kualiti dan Inovasi
Ringkasan aktiviti :








MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN JULAI 2021 IABCU & MAJLIS SANJUNGAN BUDI , PERSARAAN EN. RUSLAN BIN SHAMSUDIN
Tarikh : 18 Julai 2021Tempat : Secara atas talian
Peserta : Semua warga IABCU
Urus setia : Jabatan Pembangunan Pengurus, Pemimpin dan Eksekutif Pendidikan & Jabatan Dokumentasi, Penerbitan dan Promosi
Ringkasan aktiviti :
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu IAB dan diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Muhd Zulhilmi bin Haron manakala ikrar perkhidmatan awam di ketuai oleh En. Mohd. Apandi bin Ismail.
Sesi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Pn. Salika Suksuwan, Director, Clients and Markets PricewaterhouseCoopers Malaysia.
Majlis perhimpunan bulanan diakhiri dengan amanat Tuan Pengarah IABCU dan diteruskan pula dengan slot seterusnya iaitu majlis meraikan persaraan En. Ruslan bin Shamsudin.




JUN
KOLOKIUM KEBANGSAAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL KE-14, 2021
Tarikh : 29 Jun - 1 Julai 2021Tempat : Secara atas talian
Peserta : Semua warga pendidikan


Blog KKKI Ke-14
Urus setia : Jabatan Kepimpinan Kurikulum dan Kokurikulum
Ringkasan aktiviti :






WEBINAR KEPIMPINAN PENDIDIKAN SIRI 4/2021
Tarikh : 21 Jun 2021 Tempat : Secara atas talianPeserta : Semua warga pendidikan
Webinar K

Urus setia : Jabatan Kerjasama Luar & Antarabangsa, Jabatan Pengurusan e-Pembelajaran, Jabatan Kepimpinan Teknologi & Digital, dan Seksyen Teknologi Maklumat & Komunikasi
Ringkasan aktiviti :Webinar Kepimpinan Pendidikan Siri 4/2021 IABCU yang bertajuk Amalan Komuniti Pembelajaran Profesionalisme (PLC) Dalam Pemerkasaan PdPR telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Balasandran A. Ramiah, Pensyarah Cemerlang Gred Khas C dan diacarakan oleh Pn. Hajah Hilmun binti Baharudin.
Bagi memulakan webinar tersebut bacaan doa telah dibacakan oleh Ustaz Mohd. Syukarmi bin Zakaria dan diikuti dengan ucapan Tuan Pengarah IABCU.




MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BULAN JUN 2021 & PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2020
Tarikh : 13 Jun 2021Tempat : Secara atas talian
Peserta : Semua warga IABCU
Urus setia : Jabatan Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan (JPKP) & Jabatan Pembangunan e-Pembelajaran (JPeP)
Ringkasan aktiviti :Majlis Perhimpunan Bulanan Bulan Jun 2021 dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2020 yang berlangsung secara atas talian dimulakan dengan nyanyian lagu IAB dan diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd. Mazlan bin Abdul Majid manakala ikrar perkhidmatan awam pula diketuai oleh Encik Azhan bin Anuar.
Majlis juga diisi dengan sesi perkongsian ilmu yang disampaikan oleh YBrs. Dr. Teoh Hong Kean dan Encik Mohd. Amir Shaukhi bin Ahmad.
Majlis pada kali ini juga turut meraikan para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2020 serta penerima sijil-sijil khas.
Perjalanan majlis pada kali ini diacarakan oleh Puan Nursyuhaily binti Rosely dan Encik Mohd Luqman Hidayat bin Ismail.



WEBINAR KEPIMPINAN PENDIDIKAN SIRI 3/2021
Tarikh : 8 Jun 2021Tempat : Secara atas talian

Peserta : Semua warga pendidik
Urus setia : Pengurusan Tertinggi IABCU, Jabatan Kepimpinan Kurikulum dan Kokurikulum, Jabatan Pengurusan e-Pembelajaran, Jabatan Kepimpinan Teknologi dan Digital dan Seksyen Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Ringkasan aktiviti :Webinar Kepimpinan Pendidikan Siri 3/2021 IABCU telah berlangsung dengan sempurna dengan mengetengahkan tajuk Mendepani Cabaran Norma Baharu Ke Arah Pembelajaran Bermakna.
Ahli panel yang dijemput bagi membincangkan tajuk ini ialah YBrs. Puan Hajah Norihan binti Haji Azizan, Pensyarah Cemerlang Gred Khas C.


MESYUARAT PENGURUSAN DAN PROFESIONAL (MPP) BIL. 6/2021 & MESYUARAT IKHTISAS
Tarikh : 6 Jun 2021Tempat : Secara atas talian / Google Meet
Peserta : Pengurusan tertinggi IABCU, Ketua Jabatan, Ketua Seksyen, dan staf ikhtisas
Urus setia : Pejabat Pengurusan IABCU
Ringkasan aktiviti :
Mesyuarat Pengurusan Profesional (MPP) telah berlangsung pada jam 10.00 am secara atas talian menggunakan aplikasi google meet yang dihadiri oleh semua Ketua Jabatan.
Pada sebelah petangnya pula Mesyuarat Ikhtisas yang turut dilaksanakan secara atas talian telah dimulakan pada jam 2.00 pm.

MEI
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BAGI BULAN MEI 2021
Tarikh : 23 Mei 2021Tempat : Secara atas talian
Peserta : Semua warga IABCU
Urus setia : Jabatan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (JPPB) & Jabatan Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Pejabat (JPKPP)
Ringkasan aktiviti :Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Mei pada tahun ini telah berlangsung dengan jayanya dan buat pertama kalinya dilaksanakan secara atas talian ekoran pandemik Covid-19 yang membataskan apa-apa aktiviti dibuat secara bersemuka.
Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Abdul Azim bin Othman, bacaan ikrar perkhidmatan awam oleh En. Mohamad Razif bin Rahman, ucapan staf IABCU yang bertukar ( En. Juhaimi & En. Asrul Azimin), perkongsian ilmu oleh Tn. Hj. Ismail bin Mat Isa dan amanat Tuan Pengarah IABCU.
MAJLIS KHATAM AL-QURAN dan PEMBAYARAN FITRAH
Tarikh : 2 Mei 2021Tempat : Auditorium IABCU & Dewan Budaya
Peserta : Warga IABCU yang beragama Islam
Urus setia : Badan Kebajikan Staf IABCU (BAKI)
Ringkasan aktiviti :
Majlis Khatam Al-Quran selesai disempurnakan di Auditorium IABCU dengan pematuhan SOP seperti disyaratkan. Di samping itu, pembayaran fitrah turut dilaksanakan bertempat di Dewan Budaya yang dihadiri oleh amil zakat negeri Kedah.

APRIL
BENGKEL PENULISAN JURNAL DAN ARTIKEL
Tarikh : 29 April 2021Tempat : Bilik Anggerik
Peserta : Staff Ikhtisas IABCU
Urus setia : Jabatan Pembangunan e-Pembelajaran & Jabatan Penilaian dan Pentaksiran
Ringkasan aktiviti :
Bengkel penulisan jurnal dan artikel di bawah #112 telah dilaksanakan dengan mensasarkan para pensyarah di IABCU ke arah pembugaran semula pengetahuan berhubung penulisan jurnal dan artikel di samping memotivasi para pensyarah dalam menghasilkan karya ilmiah berimpak tinggi.
Sesi bengkel tersebut telah disampaikan oleh YM. Prof. Madya Dr. Tengku Faekah Tengku Ariffin dari Universiti Utara Malaysia (UUM).
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN IABCU BAGI BULAN APRIL 2021
Tarikh :25 April 2021Tempat :Auditorium IABCU
Peserta :Semua warga IABCU
Urus setia :Jabatan Penilaian dan Pentaksiran & Jabatan Bahasa dan Komunikasi
Ringkasan aktiviti :
Majlis Perhimpunan Bulanan IABCU bagi bulan April 2021 telah berlangsung di Auditorium IABCU dengan dihadiri oleh semua staf yang hadir. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Kedah, lagu IAB, lagu Perkhidmatan Awam dan bacaan doa serta bacaan ikrar Perkhidmatan Awam. Majlis tersebut juga diserikan lagi dengan penyampaian sijil kenaikan pangkat, perkongsian ilmu dan hadiah hari jadi kepada staf yang terlibat.
Majlis diakhiri dengan ucapan / amanat daripada Tuan Pengarah IABCU.
MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN NPQEL AMBILAN 2/2020
Tarikh :22 April 2021Tempat :Secara atas talian

Peserta :Semua peserta NPQEL Ambilan 2/2020
Urus setia :Pengurusan Tertinggi IABCU, Jabatan Pembangunan Pengurus, Pemimpin dan Eksekutif Pendidikan, Jabatan Pembangunan e-Pembelajaran, Jabatan Kepimpinan Teknologi dan Digital, Jabatan Kepimpinan Kurikulum dan Kokurikulum, Jabatan Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Pejabat, Jabatan Kepimpinan Bahasa dan Komunikasi, dan Seksyen Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Ringkasan aktiviti :
Majlis Perasmian Penutupan NPQEL Ambilan 2/2020 telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Ahmad Rafee bin Che Kassim, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Kementerian Pendidikan Malaysia secara atas talian.
Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara (IABCU) telah dipertanggungjawabkan untuk menjayakan majlis perasmian penutupan pada kali ini.
SYABAS IABCU


PROGRAM INISIATIF MEMBACA 2021 : 'JOM MEMBACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT'
Tarikh : 22 April 2021Tempat :IABCU
Peserta :Warga IABCU
Urus setia :Unit Pusat Sumber IABCU
Ringkasan aktiviti :
Pelaksanaan Program Inisiatif Membaca 2021 : "Jom Membaca Bersama Untuk 10 Minit" anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah berlangsung dengan jayanya. Sambutan menggalakkan daripada warga IABCU telah membuktikan komitmen yang baik terhadap program yang diadakan secara serentak di seluruh Malaysia.


WEBINAR KEPIMPINAN PENDIDIKAN SIRI 2/2021 IABCU - PENGURUSAN TATATERTIB: PEMERKASAAN PROFESIONALISME KEPIMPINAN PENDIDIKAN
Tarikh :19 April 2021Tempat :Atas Talian

Peserta :Semua warga pendidik
Urus setia :Pengurusan Tertinggi IABCU, Jabatan Pembangunan e-Pembelajaran, Jabatan Kepimpinan Teknologi dan Digital, Jabatan Penilaian dan Pentaksiran, Jabatan Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Pejabat dan Seksyen Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Ringkasan aktiviti :
Webinar Kepimpinan Pendidikan Siri 2/2021 IABCU sekali lagi telah berjaya dilaksanakan bertajuk Pengurusan Tatatertib:Pemerkasaan Profesionalisme Kepimpinan Pendidikan.
Ahli panel yang dijemput bagi membincangkan tajuk ini ialah Encik Mohd. Asri bin Dolah, Ketua Unit Integriti, KPM.


MAJLIS PELANCARAN IHYA RAMADHAN 1442H
Tarikh :11 April 2021Tempat :Dewan Anggerik
Peserta :Semua staf ( Islam) IABCU
Urus setia :Badan Amal dan Kebajikan IABCU (BAKI)
Ringkasan aktiviti :
Majlis Pelancaran Ihya Ramadhan 1442H telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Hj. Joohari bin Arifin selaku Pengarah IABCU. Pengisian majlis ini telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Rahman bin Saad iaitu seorang penceramah yang didatangkan dari SK Taman Aman, Anak Bukit.

BENGKEL PENGAUDITAN ISO TAHUN 2021
Tarikh : 5-7 April 2021Tempat :Bilik Anggerik (105)
Peserta :Semua Juruaudit ISO dan Staf Ikhtisas
Urus setia :Jabatan Kepimpinan Kualiti dan Inovasi (JKKI)
Ringkasan aktiviti :
Bengkel ini diadakan bagi memberi pendedahan, pembugaran dan pemantapan semula kepada para juruaudit dan staf ikhtisas terlibat sebagai persediaan kepada proses audit dalaman yang akan dilaksanakan.

MAC
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN IABCU
Tarikh : 28 Mac 2021Tempat : Auditorium IABCU
Peserta : Semua Staff IABCU
Urus setia : JPPKP, JKHEMK
Ringkasan aktiviti :
Majlis Perhimpunan Bulanan IABCU bagi bulan Mac 2021 yang berlangsung di Auditorium IABCU telah dilaksanakan dengan mematuhi SOP yang ditetapkan. Bersempena dengan majlis tersebut beberapa penghargaan dan anugerah telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Hj. Joohari bin Ariffin selaku Pengarah IABCU.


WEBINAR KEPIMPINAN PENDIDIKAN SIRI 1/2021 IABCU : MEMPERKASAKAN PENGARUH MELALUI KOMUNIKASI PEMUJUKAN
Tarikh : 22 Mac 2021Tempat : Pautan Youtube

Peserta : Semua Warga KPM
Urus setia : Pengurusan Tertinggi IABCU, Jabatan Pembangunan e-Pembelajaran, Jabatan Kepimpinan Teknologi dan Digital, Jabatan Kepimpinan Bahasa dan Komunikasi, Jabatan Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Pejabat dan Seksyen Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Ringkasan aktiviti :
Buat julung kalinya IABCU melakar sejarah melaksanakan dengan jayanya Webinar Kepimpinan Pendidikan Siri 1/2021 dengan memperoleh lebih seribu orang penonton yang disiarkan melalui youtube.
Tajuk Memperkasakan Pengaruh Melalui Komunikasi Pemujukan oleh Encik Ruslan bin Shamsudin telah mendapat maklumbalas positif daripada para penonton.
TAHNIAH KEPADA SEMUA WARGA IABCU ATAS KERJASAMA YANG DIBERIKAN
TAZKIRAH PAGI IABCU
Tarikh : 22 Mac 2021Tempat : Auditorium IABCU
Peserta : Semua staf IABCU
Urus setia : Pengurusan IABCU
Ringkasan aktiviti :
Tazkirah Pagi adalah merupakan satu aktiviti harian yang sudah lama berlangsung di IABCU. Pengisiannya mengandungi sesi perkongsian merangkumi pengurusan, isu-isu semasa, kepimpinan dan pentadbiran, umum dan bacaan ayat suci al-Quran.
Sebagai langkah pematuhan dalam menangani pandemik Covid-19, semua staf IABCU mengikuti amalan SOP yang disarankan.
JANUARI
LAWATAN EKSA DARI INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA KAMPUS WILAYAH UTARA (INTURA)
Tarikh : 12 Januari 2021Tempat : Dewan Budaya IABCU
Peserta : 21 orang (staf INTURA)
Urus setia : Jawatankuasa Induk EKSA
Ringkasan aktiviti :
Seramai 21 orang staf dari Institut Tadbiran Awam Negara Kampus Wilayah Utara (INTURA) telah melakukan lawatan penandaarasan EKSA ke IABCU.
Taklimat EKSA telah disampaikan oleh Timbalan Pendaftar IABCU selaku Pengerusi EKSA bertempat di Dewan Budaya IABCU.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN-JANUARI 2021
Tarikh : 10 Januari 2021Tempat : Auditorium IABCU
Peserta : Semua warga IABCU
Urus setia : Pejabat Timbalan Pendaftar dan Jabatan Kepimpinan Kualiti dan Inovasi
Ringkasan aktiviti :
Perhimpunan bulanan bagi bulan Januari 2021 telah sempurna dilaksanakan di mana perasmiannya telah dilakukan oleh Tuan Pengarah IABCU sendiri.
Dalam ucapan perasmian tersebut Tuan Pengarah telah menyeru semua warga IABCU agar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan berpaksikan slogan serasi, berfungsi dan berprestasi.
Pada perhimpunan ini juga Tuan Pengarah telah melancarkan Buku Iltizam 2021 serta memaklumkan kepada semua warga supaya dapat merujuk maklumat-maklumat yang terkandung di dalam buku tersebut.
