DISEMBER NOVEMBER OKTOBER SEPTEMBER OGOS JULAI JUN MEI APRIL MAC FEBRUARI JANUARI DISEMBER PROGRAM REKREASI PUSPANITA IABCU KE GUA KELAM PERLIS PROGRAM REKREASI PUSPANITA IABCU KE GUA KELAM PERLISTarikh : 13 Disember 2022Tempat : Gua Kelam, Kaki Bukit, PerlisPeserta : Ahli PUSPANITA IABCU,IABI dan IABGHUrus setia : PUSPANITA IABCURingkasan aktiviti :Program rekreasi ini dilaksanakan bagi memupuk ukhuwah dan semangat kerjasama sesama ahli IAB. Melalui program ini juga peserta dibawa menelusuri gua batu kapur sepanjang 370 meter yang mempunyai gabungan elemen sungai dan gua. NOVEMBER BENGKEL PEMBINAAN PASUKAN BENGKEL PEMBINAAN PASUKANTarikh : 02-03 November 2022Tempat : Dewan Peperiksaan IABCUPeserta : Semua warga IABCU yang hadirUrus setia : Jabatan Pembangunan Profesionalisme BerterusanRingkasan aktiviti :Program ini dilaksanakan demi untuk memantapkan lagi semangat berpasukan dalam kalangan warga IABCU di samping melatih warga IABCU untuk mengamalkan amalan profesional semasa melaksanakan tugas. OKTOBER PROGRAM KECERGASAN SEMPENA HARI SUKAN NEGARA PROGRAM KECERGASAN SEMPENA HARI SUKAN NEGARATarikh : 06 Oktober 2022Tempat : Kawasan parkir kenderaan IABCUPeserta : Semua warga IABCU yang hadirUrus setia : Pengurusan IABCURingkasan aktiviti :Program kecergasan ini dilaksanakan sempena menyahut pelancaran Hari Sukan Negara (HSN) yang diadakan pada setiap tahun. Tujuan pelaksanaan HSN ialah untuk merealisasikan hasrat Kerajaan bagi menggalak dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah "Negara Sukan" melalui penglibatan dan penyertaan masyarakat Malaysia dalam aktiviti-aktiviti sukan yang dianjurkan. SEPTEMBER MAJLIS LAMBAIAN KASIH SANJUNGAN BUDI MAJLIS LAMBAIAN KASIH SANJUNGAN BUDITarikh : 29 September 2022Tempat : Auditorium IABCUPeserta : Semua warga IABCUUrus setia : Pengurusan IABCURingkasan aktiviti :Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi sempena persaraan YBrs Dr Hj Zahari bin Ahamad Ketua Jabatan, Jabatan Konsultasi Kepimpinan Pendidikan telah berlangsung di Auditorium IABCU dan disertai oleh semua warga IABCU yang hadir. YBrs Dr Hj Zahari telah berkhidmat di IABCU bermula pada 1 Mac 1998 sehinggalah ke hari persaraan beliau pada 2 Oktober 2022.Banyak sumbangan yang telah diberikan sepanjang perkhidmatan beliau di sini. Warga IABCU merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas perkhidmatan beliau itu. Warga juga mendoakan kesejahteraan dan ucapan selamat bersara kepada YBrs Dr Hj Zahari bin Ahamad. UPSKILLING RAKAN ELIT PROGRAM SEKOLAH TRANSFORMASI 2025 UPSKILLING RAKAN ELIT PROGRAM SEKOLAH TRANSFORMASI 2025Tarikh : 25-27 September 2022Tempat : Hotel Langkasuka Pulau LangkawiPeserta : Urusetia dan Rakan Elit TS25Urus setia : Pengurusan IABCURingkasan aktiviti :Program upskilling Rakan Elit TS25 ini dilaksanakan demi untuk memberi lebih pendedahan dan kefahaman kepada peserta Rakan Elit sebagai persediaan dalam memberi bimbingan kepada PGB di sekolah. Melalui program ini juga peserta di bawa melawat ke SK Menghulu yang merupakan sekolah TS25. OGOS CERAMAH MAAL HIJRAH CERAMAH MAAL HIJRAHTarikh : 11 Ogos 2022Tempat : IABCUPeserta : Semua warga IABCU (Islam)Urus setia : Badan Amal dan Kebajikan IABCU (BAKI)Ringkasan aktiviti :Ceramah Maal Hijrah bertajuk Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti disampaikan oleh Y.Brs. Dr. Mohd Nizho bin Abdul Rahman, Pensyarah Kanan Jabatan Bahasa, Tamadun dan Falsafah, UUM. PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURATarikh : 10 Ogos 2022Tempat : Gelanggang Bola Tampar IABCUPeserta : Semua warga IABCUUrus setia : Badan Amal dan Kebajikan IABCU (BAKI)Ringkasan aktiviti :Aktiviti gotong-royong mengacau bubur asyura dilaksanakan dengan cukup sempurna bertempat di parkir kenderaan staf IABCU. Sebanyak lima kumpulan staf dan pekerja menjayakan program ini. Program ini dilihat mampu meningkatkan rasa tanggungjawab, semangat kerja berpasukan dan saling bekerjasama sesama warga organisasi. AKTIVITI KECERGASAN STAF IABCU AKTIVITI KECERGASAN STAF IABCUTarikh : 4 Ogos 2022Tempat : Gelanggang Bola Tampar IABCUPeserta : Semua warga IABCUUrus setia : Jawatankuasa Sukan, Rekreasi dan Kesenian IABCURingkasan aktiviti :Aktiviti kecergasan ini dianjurkan supaya para warga IABCU berpeluang untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat menyihatkan badan dan berada pada tahap kecergasan yang sepatutnya. Aktiviti dimulakan dengan pergerakan pemanasan badan melalui senamrobik dan diikuti dengan pertandingan bola tampar. LAWATAN PENANDAARASAN EKSA DARI POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN ,PERLIS LAWATAN PENANDAARASAN EKSA DARI POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN ,PERLISTarikh : 2 Ogos 2022Tempat : IABCUPeserta : Peserta lawatan dari PTSS, PerlisUrus setia : Jabatan Kepimpinan Kualiti dan InovasiRingkasan aktiviti :IABCU telah menerima lawatan penandaarasan EKSA dari PTSS, Perlis. Tujuan lawatan adalah untuk melihat amalan-amalan terbaik EKSA yang dilaksanakan di IABCU sebagai perkongsian bersama. JULAI MAJLIS LAMBAIAN KASIH SANJUNGAN BUDI MAJLIS LAMBAIAN KASIH SANJUNGAN BUDITarikh : 31 Julai 2022Tempat : Auditorium IABCUPeserta : Semua warga IABCUUrus setia : Pengurusan IABCURingkasan aktiviti :Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi sempena persaraan Encik Ahmad Bukhari bin Ismail dan Puan Harlina binti Md. Ali yang merupakan AKP di IABCU telah berlangsung di Auditorium IABCU dan disertai oleh semua warga IABCU yang hadir. Kedua-dua mereka merupakan staf yang telah lama berkhidmat di IABCU dan banyak sumbangan yang telah diberikan sepanjang berkhidmat di IABCU. Warga IABCU merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas perkhidmatan mereka berdua. Warga juga mendoakan kesejahteraan dan ucapan selamat bersara kepada Encik Ahmad Bukhari bin Ismail dan Puan Harlina binti Md. Ali. BENGKEL PEMBANGUNAN STAF TAHUN 2022 BENGKEL PEMBANGUNAN STAF TAHUN 2022Tarikh : 25-27 Julai 2022Tempat : IABCUPeserta : Seramai 50 orang peserta (warga IABCU)Urus setia : Jabatan Pembangunan Profesionalisme BerterusanRingkasan aktiviti :Bengkel ini diadakan di dua lokasi iaitu di rekreasi Bukit Wang dan Pulau Bidan Kedah. Tujuan aktiviti adalah untuk mengeratkan lagi semangat kerjasama dan ukhuwah sesama warga di samping mewujudkan kecintaan kepada alam sekitar.BUKIT WANGPULAU BIDAN MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JULAI 2022 MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JULAI 2022Tarikh : 24 Julai 2022Tempat : Auditorium IABCUPeserta : Semua warga IABCUUrus setia : Jabatan Kepimpinan Pendidikan Komuniti dan Berkeperluan Khusus & Jabatan Pengurusan dan Kepimpinan PendidikanRingkasan aktiviti :Majlis Perhimpunan Bulanan Julai 2022 yang bertemakan Warga Sejahtera Organisasi Cemerlang dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu negeri Kedah dan lagu IAB. Majlis diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Khairul Badri bin Hj. Ahmad manakala ikrar perkhidmatan awam pula di ketuai oleh Encik Mohd Syukarmi bin Zakaria. Sesi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Encik Mohd Shamil bin Seman. Majlis diakhiri dengan ucapan dan amanat daripada YBrs. Dr. Hj. Joohari bin Ariffin, Pengarah IABCU serta penyampaian sijil-sijil kepada yang terlibat. KONVENSYEN MINI KIK 2022 KONVENSYEN MINI KIK 2022Tarikh : 17 Julai 2022Tempat : IABCUPeserta : Semua warga IABCUUrus setia : Jabatan Kepimpinan Kualiti dan InovasiRingkasan aktiviti :Konvensyen Mini KIK pada kali ini bertemakan Sinergi Pemangkin Kreativiti dan Inovasi Organisasi dengan lapan penyertaan yang terdiri daripada PPD Langkawi, PPD Kubang Pasu, PPD Kulim Bandar Baharu dan IABCU sendiri. Dalam pertandingan pada kali ini PPD Kulim Bandar Baharu muncul sebagai juara manakala persembahan terbaik pula diraih oleh PPD Kubang Pasu. Hadiah-hadiah dan sijil penyertaan disampaikan oleh Tuan Pengarah IABCU, YBrs. Dr. Hj. Joohari bin Ariffin. AKTIVITI GOTONG-ROYONG IABCU 2022 AKTIVITI GOTONG-ROYONG IABCU 2022Tarikh : 14 Julai 2022Tempat : IABCUPeserta : Semua warga IABCUUrus setia : Jawatankuasa Induk EKSARingkasan aktiviti :Aktiviti gotong-royong ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Induk Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) IABCU meliputi kawasan persekitaran institusi ini dalam usaha meningkatkan komitmen yang tinggi dari sudut amalan kerja terbaik, cekap, dan sistematik. JUN LAWATAN PENANDAARASAN EKSA DARI UITM SERI ISKANDAR LAWATAN PENANDAARASAN EKSA DARI UITM SERI ISKANDARTarikh : 2 Jun 2022Tempat : IABCUPeserta : Peserta lawatan dari UITM Seri IskandarUrus setia : Jabatan Kepimpinan Kualiti dan InovasiRingkasan aktiviti :IABCU telah menerima lawatan penandaarasan EKSA dari UITM Seri Iskandar, Perak. Tujuan lawatan adalah untuk melihat amalan-amalan terbaik EKSA yang dilaksanakan di IABCU sebagai perkongsian bersama. MEI LAWATAN PENANDAARASAN EKSA DARI RECSAM PULAU PINANG LAWATAN PENANDAARASAN EKSA DARI RECSAM PULAU PINANGTarikh : 30 Mei 2022Tempat : IABCUPeserta : Seramai 13 orang pelawat dari RECSAM, Pulau PinangUrus setia : Jabatan Kepimpinan Kualiti dan InovasiRingkasan aktiviti :Seramai 13 orang staf dari RECSAM Pulau Pinang telah mengadakan lawatan penandaarasan EKSA di IABCU. Tujuan lawatan adalah untuk melihat amalan-amalan terbaik EKSA yang dilaksanakan di IABCU sebagai perkongsian bersama. MAJLIS JAMUAN HARI RAYA MAJLIS JAMUAN HARI RAYATarikh : 29 Mei 2022Tempat : Ruang Legar Dewan Anggerik, IABCUPeserta : Semua warga IABCUUrus setia : Badan Amal dan Kebajikan (BAKI) IABCURingkasan aktiviti :Sambutan Hari Raya bertemakan Baju Raya berlangsung dalam suasana yang meriah dan penuh ukhuwah. Pelbagai jenis makanan disajikan oleh pihak urusetia majlis. LAWATAN PROFESIONAL TKPPM KE IABCU LAWATAN PROFESIONAL TKPPM KE IABCUTarikh : 22 Mei 2022Tempat : Auditorium IABCUPeserta : Semua warga IABCUUrus setia : Pengurusan IABCURingkasan aktiviti :Lawatan profesional oleh Y.Brs. Dr. Ahmad Rafee bin Che Kassim, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) telah berlangsung di auditorium IABCU. Di akhir bicara profesional beliau para pensyarah IABCU diberi peluang mengadakan sesi dialog berhubung isu-isu pendidikan dan semasa. MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU, APC 2021 DAN JASAMU DIKENANG MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU, APC 2021 DAN JASAMU DIKENANGTarikh : 16 Mei 2022Tempat : Auditorium IABCUPeserta : Semua warga IABCUUrus setia : Pengurusan IABCU & Jabatan Kepimpinan Bahasa dan KomunikasiRingkasan aktiviti :Majlis sambutan Hari Guru 2022 bertemakan Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Kedah, lagu IAB dan lagu Guru Malaysia. Majlis diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Encik Kamarudin bin Saari manakala bacaan ikrar diketuai oleh YBrs. Dr. Mohd Nadzri bin Ishak. Majlis juga meraikan persaraan Puan Jamilah binti Mansor dari unit kewangan IABCU yang bersara wajib. Penyampaian sijil-sijil APC disampaikan oleh Yang Berusaha Tuan Pengarah IABCU. APRIL MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN APRIL 2022 MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN APRIL 2022Tarikh : 24 April 2022Tempat : Auditorium IABCUPeserta : Semua warga IABCUUrus setia : Jabatan Pembangunan e-Pembelajaran & Jabatan Kepimpinan Hal Ehwal Murid dan KaunselingRingkasan aktiviti :Majlis Perhimpunan Bulanan April 2022 yang bertemakan Warga Berprestasi Organisasi Berkualiti dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu negeri Kedah dan lagu IAB. Majlis diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Mohd. Syukarmi bin Zakaria manakala ikrar perkhidmatan awam pula di ketuai oleh Encik Mohd Yazer bin Yahaya. Sesi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Puan Adz Jamros binti Hj. Jamali (Pensyarah Cemerlang DG52). Majlis diakhiri dengan ucapan dan amanat daripada YBrs. Dr. Hj. Joohari bin Ariffin, Pengarah IABCU serta penyampaian sijil-sijil kepada yang terlibat. MAJLIS IHYA RAMADAN 1443 HIJRAH MAJLIS IHYA RAMADAN 1443 HIJRAHTarikh : 19 April 2022Tempat : IABCUPeserta : Semua warga IABCU yang beragama IslamUrus setia : Badan Kebajikan IABCU (BAKI)Ringkasan aktiviti :Sambutan Ihya Ramadan diimarahkan dengan majlis khatam Al-Quran, ceramah, bayaran zakat fitrah, sumbangan bakul Ramadan dan iftar. Carilah Lailatulqadar pada malam yang ganjil dalam sepuluh malam yang akhir dari Ramadan -[HR Bukhari 1878]. MAC MAJLIS PELANCARAN PROGRAM IHYA RAMADHAN MAJLIS PELANCARAN PROGRAM IHYA RAMADHANTarikh : 31 Mac 2022Tempat : Auditorium IABCUPeserta : Semua warga IABCU (Islam)Urus setia : Badan Kebajikan IABCU (BAKI)Ringkasan aktiviti :Majlis pelancaran program Ihya Ramadhan telah berlangsung di auditorium IABCU dengan sajian ceramah agama bertajuk Perancangan Strategi Ihya Ramadhan. Ceramah disampaikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Aminurraasyid bin Yatiban, Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis, Universiti Utara Malaysia. MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN MAC 2022 MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN MAC 2022Tarikh : 24 Mac 2022Tempat : Auditorium IABCUPeserta : Semua warga IABCUUrus setia : Jabatan Penilaian dan Pentaksiran & Jabatan Dokumentasi, Penerbitan dan PromosiRingkasan aktiviti :Majlis Perhimpunan Bulanan Mac 2022 yang bertemakan Warga Berfungsi, Organisasi Berprestasi dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu negeri Kedah dan lagu IAB. Majlis diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Mohd. Syukarmi bin Zakaria manakala ikrar perkhidmatan awam pula di ketuai oleh Encik Azhan bin Anuar. Sesi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Maimunah binti Husien. Majlis diakhiri dengan ucapan dan amanat daripada YBrs. Dr. Hj. Joohari bin Ariffin, Pengarah IABCU serta penyampaian sijil-sijil kepada yang terlibat. MAJLIS LAMBAIAN KASIH SANJUNGAN BUDI ENCIK ISHAK BIN IBRAHIM MAJLIS LAMBAIAN KASIH SANJUNGAN BUDI ENCIK ISHAK BIN IBRAHIMTarikh : 17 Mac 2022Tempat : Auditorium IABCUPeserta : Semua warga IABCUUrus setia : Pengurusan IABCURingkasan aktiviti :Majlis persaraan Encik Ishak bin Ibrahim, Pensyarah Kanan DG54 telah berlangsung di Auditorium IABCU dan disertai oleh semua warga IABCU yang hadir. Beliau merupakan salah seorang pensyarah yang telah lama berkhidmat di IABCU selama tiga belas tahun dan banyak memberi sumbangan dalam mencemerlangkan organisasi. Warga IABCU merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas perkhidmatan beliau sepanjang berkhidmat di IABCU. Warga juga mendoakan kesejahteraan dan ucapan selamat bersara kepada Encik Ishak bin Ibrahim. PENDAFTARAN PESERTA NPQEL AMBILAN 2022 PENDAFTARAN PESERTA NPQEL AMBILAN 2022Tarikh : 5 Mac 2022Tempat : IABCUPeserta : Peserta NPQELUrus setia : Jabatan Pembangunan, Pemimpin dan Eksekutif Pendidikan (JPPPEP)Ringkasan aktiviti :Seramai 150 orang peserta NPQEL mendaftarkan diri bagi mengikuti kursus NPQEL di IABCU. Peserta juga telah diberi taklimat berkaitan S.O.P yang seharusnya dipatuhi bagi mencegah penularan wabak Covid-19 yang masih lagi aktif pada masa sekarang. FEBRUARI MAJLIS LAMBAIAN KASIH SANJUNGAN BUDI TUAN HAJI HAMZAH BIN SAID MAJLIS LAMBAIAN KASIH SANJUNGAN BUDI TUAN HAJI HAMZAH BIN SAIDTarikh : 28 Februari 2022Tempat : Auditorium IABCUPeserta : Semua warga IABCUUrus setia : Pengurusan IABCURingkasan aktiviti : Majlis persaraan Tuan Haji Hamzah bin Said, Pensyarah Cemerlang DG54 telah berlangsung di Auditorium IABCU dan disertai oleh semua warga IABCU yang hadir. Beliau merupakan salah seorang pensyarah yang telah lama berkhidmat di IABCU dan banyak memberi sumbangan dalam mencemerlangkan organisasi. Warga IABCU merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas perkhidmatan beliau sepanjang berkhidmat di IABCU. Warga juga mendoakan kesejahteraan dan ucapan selamat bersara kepada Tuan Haji Hamzah bin Said. WEBINAR KEPIMPINAN PENDIDIKAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN UTARA (IABCU) SIRI 1/2022 WEBINAR KEPIMPINAN PENDIDIKAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN UTARA (IABCU) SIRI 1/2022Tarikh : 27 Februari 2022Tempat : Secara atas talianPeserta : Semua warga KPMUrus setia : Pengurusan IABCURingkasan aktiviti : Webinar Kepimpinan Pendidikan Siri 1/2022 yang bertajuk Kepentingan dan Potensi Kepimpinan Guru Dalam Mencemerlangkan Organisasi menampilkan tetamu jemputan iaitu YBhg. Dato' Dr. Mehander Singh a/l Nahar Singh, Penasihat Pendidikan University of Nottingham Malaysia, Mantan Pengarah Institut Aminuddin Baki, Encik Vincent Liong Shou Chuan, Pengetua SMK St. Anthony Sarikei, Sarawak, Encik Marzilaini bin Muhamad, Guru Besar SK Tengku Ampuan Intan Kuala Berang Terengganu. Moderator, Encik Mohd Amir Shaukhi bin Hj. Ahmad, Ketua Jabatan, Jabatan Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara. MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN FEBRUARI 2022 MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN FEBRUARI 2022Tarikh : 27 Februari 2022Tempat : Auditorium IABCUPeserta : Semua warga IABCUUrus setia : Jabatan Konsultasi Kepimpinan Pendidikan & Jabatan Kepimpinan Teknologi dan DigitalRingkasan aktiviti :Majlis Perhimpunan Bulanan Februari 2022 yang bertemakan Literasi Perundangan Pemangkin Kecemerlangan Organisasi. Majlis dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu negeri Kedah dan lagu IAB. Majlis diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Muhamad Mazlan bin Abdul Majid manakala ikrar perkhidmatan awam pula di ketuai oleh YBrs. Dr. Mohd Nadzri bin Ishak. Sesi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Hj. Zahari bin Ahamad. Majlis diakhiri dengan ucapan dan amanat daripada YBrs. Dr. Hj. Joohari bin Ariffin, Pengarah IABCU serta penyampaian sijil-sijil kepada yang terlibat. 3 RD NATIONAL CONFERENCE ON EDUCATIONAL RESEARCH (3RD NCER 2022) 3 RD NATIONAL CONFERENCE ON EDUCATIONAL RESEARCH (3RD NCER 2022)Tarikh : 23 Februari 2022Tempat : IABCUPeserta : IPG Kampus Pendidikan Islam, IABCU, IPG Kampus Sultan Abdul HalimUrus setia : Majlis Akademia Pendidikan Guru Malaysia, IPGKPI, IABCU, IPGKSAHRingkasan aktiviti :3 rd National Conference On Educational Research (3RD NCER 2022) anjuran Majlis Akademia Pendidikan Guru Malaysia dengan kerjasama IPGKPI, IAB Cawangan Utara & IPGKSAH bertemakan “AMALAN TERBAIK DALAM PENGURUSAN PDP NORMA BAHARU”. Majlis bermula pada jam 8.45 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang. JANUARI MAJLIS JASAMU DIKENANG TUAN HAJI RAHIMI BIN ABDUL MAJID MAJLIS JASAMU DIKENANG TUAN HAJI RAHIMI BIN ABDUL MAJIDTarikh : 31 Januari 2022Tempat : Auditorium IABCUPeserta : Semua warga IABCUUrus setia : Pengurusan IABCURingkasan aktiviti :Majlis persaraan Tuan Haji Rahimi bin Abdul Majid telah berlangsung di Auditorium IABCU dan disertai oleh semua warga IABCU yang hadir. Beliau merupakan salah seorang pensyarah yang telah lama berkhidmat di IABCU dan banyak memberi sumbangan dalam mencemerlangkan organisasi. Warga IABCU merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas perkhidmatan beliau sepanjang berkhidmat di IABCU. Warga juga mendoakan kesejahteraan dan ucapan selamat bersara kepada Tuan Haji Rahimi bin Abdul Majid. MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JANUARI 2022 MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JANUARI 2022Tarikh : 23 Januari 2022Tempat : Auditorium IABCUPeserta : Semua warga IABCUUrus setia : Pengurusan IABCURingkasan aktiviti :Majlis Perhimpunan Bulanan Januari 2022 yang bertemakan Kebersamaan Menerajui Kecemerlangan Organisasi dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu negeri Kedah dan lagu IAB. Majlis diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Muhammad Lukman bin Ismail manakala ikrar perkhidmatan awam pula di ketuai oleh Encik Hidayat bin Mohd. Zaliman. Sesi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Ustaz Khairul Badri bin Hj. Ahmad serta penganugerahan sijil-sijil kepada staf terlibat. Majlis diakhiri dengan ucapan dan amanat daripada YBrs. Dr. Hj. Joohari bin Ariffin serta pelancaran e-book Iltizam 2022. BENGKEL PENINGKATAN KEMAHIRAN/PEMERKASAAN TENAGA PENGAJAR NPQEL IABCU BENGKEL PENINGKATAN KEMAHIRAN/PEMERKASAAN TENAGA PENGAJAR NPQEL IABCUTarikh : 9-20 Januari 2022Tempat : IABCUPeserta : Tenaga Pengajar NPQEL IABCUUrus setia : Jabatan Pembangunan Pengurus, Pemimpin dan Eksekutif Pendidikan (JPPPEP)Ringkasan aktiviti :Program ini diadakan bagi meningkatkan lagi aspek pengetahuan, kemahiran serta penampilan para pensyarah di IABCU. MISI BANTUAN PASCA BANJIR MISI BANTUAN PASCA BANJIRTarikh : 4-6 Januari 2022Tempat : Daerah Bentong, PahangPeserta : Staf IABCU yang terlibatUrus setia : Badan Amal dan Kebajikan IABCU (BAKI)Ringkasan aktiviti :Seramai 18 orang staf IABCU telah menyertai Misi Bantuan Pasca Banjir di daerah Bentong, Pahang. Para sukarelawan misi telah melakukan kerja-kerja pembersihan dan penyusunan semula bilik darjah di SMK Bentong, Pahang.