DISEMBER
AKTIVITI KECERGASAN IABCU
Peserta : Semua staf IABCU yang hadir
Aktiviti kecergasan untuk semua staf IABCU telah diadakan bertempat di Tasik Darul Aman Park, Jitra. Aktiviti yang dilaksanakan bertujuan mengekalkan kecergasan dalam kalangan warga di samping kesedaran penjagaan kesihatan yang harus diamalkan.
LAWATAN PENANDAARASAN EKSA
Urus Setia : Jabatan Pengurusan Inovasi
Seramai 10 orang pegawai dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kedah telah melakukan lawatan penandaarasan EKSA ke IABCU dalam usaha untuk memperkukuhkan lagi budaya kerja organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan kakitangan mereka.
PENYAMPAIAN HADIAH ULANG TAHUN KELAHIRAN
Tarikh : 15 Disember 2019
Tempat : Dewan Budaya
Peserta : Staf IABCU yang hadir
Urus Setia : Badan Kebajikan Staf IABCU (BAKI)
Majlis penyampaian hadiah sempena ulang tahun kelahiran staf IABCU telah berlangsung dalam program Tazkirah Pagi. Penyampaian hadiah ini juga merupakan salah satu aktiviti bertujuan meraikan staf di samping mengeratkan lagi ukhuwah sesama warga IABCU.
BENGKEL PEMURNIAN PIK
Tarikh : 11 Disember 2019
Tempat : Dewan Budaya
Peserta : Owner PIK
Urus Setia : Jabatan Pengurusan Inovasi
Bengkel Pemurnian PIK yang dihadiri oleh owner telah mengadakan sesi pemurnian bagi memantap dan menyempurnakan PIK mengikut kesesuaian bidang tugas di IABCU.
CERAMAH MAULIDUR RASUL
Tarikh : 8 Disember 2019
Tempat : Dewan Budaya
Peserta : Semua staf IABCU yang beragama Islam hadir
Urus Setia : Badan Kebajikan IABCU (BAKI)
Semua staf IABCU yang beragama Islam hadir bagi mengikuti ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat IABCU. Tujuan program adalah untuk memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W
HARI KELUARGA IABCU 2019
Tarikh : 5-6 Disember 2019
Tempat : Keda Resort, Bendang Man, Sik
Peserta : Warga IABCU yang hadir
Urus Setia : Badan Kebajikan IABCU (BAKI)
Aktiviti Hari Keluarga IABCU telah berlangsung dengan meriah dan jayanya bertempat di Keda resort, Bendang Man, Sik, Kedah.Pelbagai aktiviti dirancang untuk memberi keselesaan, keseronokan dan lebih penting lagi ialah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga IABCU.
BENGKEL PEMURNIAN BAHAN PENERBITAN
Tarikh : 2-4 Disember 2019
Tempat : Bilik 202
Peserta : Pensyarah IABCU
Urus Setia : Jabatan Dokumentasi dan Sumber Pendidikan
Seramai 19 orang pensyarah terlibat dalam bengkel yang diadakan selama 3 hari tersebut bertujuan untuk memurnikan bahan-bahan penerbitan dalam bentuk format yang betul dan sempurna.
BENGKEL PEMURNIAN PELAN TAKTIKAL PIK PERINGKAT IABCU 2020
Tarikh : 1 Disember 2019
Tempat : Dewan Budaya
Peserta : Staf Ikhtisas dan Pegawai Latihan
Urus Setia : Jabatan Pengurusan Inovasi
Bengkel ini diadakan adalah untuk memastikan sasaran KPI bagi PIK tercapai secara keseluruhannya. Selain itu tujuan bengkel ini juga adalah untuk memastikan KPI di dalam PIK mempunyai owner dan partnernya di peringkat cawangan bagi merancang pelan taktikal dan OPPM terhadap inisiatif yang telah disediakan dalam pelan PIK di mana semakan KPI pada peringkat cawangan akan disemak sekurang-kurangnya sebelum Mesyuarat Kajian Semula Sistem Pengurusan Kualiti (MKSSPK).
NOVEMBER
KURSUS PENINGKATAN PROFESIONAL GURU KANAN DAN KETUA PANITIA
Tarikh : 25 - 28 November 2019
Tempat : Dewan Anggerik IABCU
Peserta : Guru Kanan & Ketua Panitia Maktab Mahmud
Urus Setia : Jabatan Pembangunan Staf dan Kerjasama Antarabangsa
Seramai 68 orang yang terdiri daripada Guru Kanan dan ketua Panitia Maktab Mahmud negeri Kedah telah menghadiri kursus tersebut. Kursus yang berlangsung dari 25 November 2019 berakhir pada 28 November 2019 bertujuan untuk meningkatkan lagi kompetensi para peserta kursus.
HARI ANUGERAH KUALITI & INOVASI 2019
Tarikh : 14 November 2019
Tempat : Auditorium IABCU
Peserta : Semua staf IABCU yang hadir
Urus Setia : Jabatan Pengurusan Inovasi
Hari Anugerah Kualiti & Inovasi telah berlangsung dengan jayanya pada 14 November 2019. Perasmian majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Marzita binti Abu Bakar mewakili Pengarah IAB.
Semoga lebih ramai lagi para penerima anugerah pada masa-masa akan datang dapat diketengahkan dalam memberi sumbangan kepada organisasi.
BENGKEL PEMBANGUNAN MODUL e-PEMBELAJARAN BIL. 1/2019
Tarikh : 11-12 November 2019
Tempat : Makmal Komputer Residen
Peserta : Staf Ikhtisas dan Pegawai Latihan
Urus Setia : Jabatan e-Pembelajaran
Seramai 27 orang peserta yang terdiri daripada staf ikhtisas dan pegawai latihan IABCU telah menghadiri bengkel tersebut yang disampaikan oleh Tuan Haji Muhammad Khairiltitov bin Zainuddin dari IAB Enstek.
Bengkel tersebut mendedahkan peserta untuk menyediakan bahan e-pembelajaran melalui teknologi komputer.
BENGKEL PIK 2020
Tarikh : 10 November 2019
Tempat : Dewan Anggerik
Peserta : Staf Ikhtisas
Urus Setia : Jabatan Pengurusan Inovasi
Seramai 39 orang staf ikhtisas IABCU telah menghadiri bengkel tersebut yang bertujuan untuk meningkatkan lagi kefahaman terhadap perancangan dan aktiviti organisasi ke arah yang lebih efisien
PEMBENTANGAN SISTEM U-KHIDMAT
Tarikh : 4 November 2019
Tempat : Makmal Residen, IABCU
Pembentangan oleh pelajar POLIMAS, Jitra, Muhamad Amirruddin Bin Rosely yang melaksanakan latihan industri di IABCU mulai 2 Julai 2019 hingga 14 November 2019. Sistem ini dibangunkan untuk menguruskan aduan dalaman IABCU. Di antara yang hadir adalah Pengarah IABCU, Penolong Eksekutif Kanan, Ketua Unit UTMK, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Penolong Jurutera dan Juruteknik.
OKTOBER
KOLOKIUM KEBANGSAAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL KE -13, 2019
Tarikh : 31 Oktober 2019 | Hari Ketiga
Tempat : IABCU
Peserta : Pegawai KPM/JPN/PPD, Pensyarah IAB dan Pengetua/Guru Besar sekolah -sekolah seluruh Malaysia
Kolokium Kebangsaan Kepimpinan Instruksional ke -13 berlangsung pada hari ketiga yang merupakan hari akhir kolokium dengan rumusan pembentangan iaitu :
PGB SEBAGAI PEMIMPIN INSTRUKSIONAL MASA KINI
i. Role model
ii.Pencetus idea
iii.Perantara antara komuniti sekolah dan komuniti luar
iv.Peka kepada persekitaran dan SES (status sosial ekonomi) murid
v.Berani melakukan transformasi
vi.Bersifat fleksibel dan terbuka
vii.Berwawasan dan berstrategi
viii.Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang tinggi
ix.Coach, mentor
x.Memberi ruang dan peluang kepada MLT
xi. Mendidik dengan kasih sayang
Terima Kasihkepada semua peserta: Pengarah/Timbalan Pengarah IABCU, Ketua-ketua Jabatan , Pensyarah-pensyarah IAB, Pengetua/Guru Besar, Pegawai-pegawai JPN dan PPD dan Urus setia yang diberi mandat bagi menjayakan Kolokium Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke -13 2019.
KOLOKIUM KEBANGSAAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL KE -13, 2019
Tarikh : 30 Oktober 2019 | Hari Kedua
Tempat : IABCU
Peserta : Pegawai KPM/JPN/PPD, Pensyarah IAB dan Pengetua/Guru Besar sekolah -sekolah seluruh Malaysia
Kolokium Kebangsaan Kepimpinan Instruksional ke -13 berlangsung pada hari kedua dengan mengetengahkan amalan terbaik mereka di sekolah secara perkongsian. Perkongsian tersebut diharapkan dapat memberi idea kepada pemimpin sekolah lain untuk mengurus sekolah masing-masing supaya murid berasa selamat dan seronok berada di sekolah. Matlamatnya adalah peningkatan kecemerlangan pendidikan di Malaysia di mana murid bukan sahaja berilmu tetapi juga beradab.
Ucap Tema 2 : YBrs. Dr. Ishak Bin Sin, Educational Management Lecturer UUM
Tajuk : Kepimpinan Instruksional
Pembentang Ketiga : Rubaiya Binti Abu Nawas, Pengetua SMK Paya Rumput, Melaka
Tajuk : Student Voice-Guruku Sayang Peningkatan PdP Berkesan Guru Berkualiti
Pembentang Keempat : Nor Azmah Binti Johari, Guru Besar, SK Jelutong Barat, Jelutong,Pulau Pinang
Tajuk : Aplikasi data Dalam Segak
Pembentangan Kelima: Norsiah Binti Ab Rahman, Pengetua, SMK Air Molek, Melaka
Tajuk : Amalan Kepimpinan Sekolah Dalam Membudayakan Penggunaan ICT dan Pedagogi PAK-21
Pembentang Keenam : Mohd Nizam Bin Saidin, Guru Besar, Sk Dato' Wan Kemara, Changlun, Kedah
Tajuk : Kokurikulum Menjana Murid Berkualiti
Pembentang Ketujuh : Ibrahim Bin Isha, Pegetua, SMK Sultan Yahya Petra 2, Kuala Krai, Kelantan
Tajuk : Memacu Sekolah Dalam Kategori Inspire Melalui Fokus 3T (Track-Trend-Target)
Sila imbaskan QR code atau klik blog kolokium untuk mendapatkan maklumat dan muat turun bahan
MESYUARAT PEMBUKAAN AUDIT ISO 9001:2005
Tarikh : 30 Oktober 2019
Tempat : IABCU
Auditor : Jen (B) Nasharuddin Bin Abd Hamid, IAB ENSTEK
KOLOKIUM KEBANGSAAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL KE -13, 2019
Tarikh : 29 Oktober 2019 | Hari Pertama
Tempat : IABCU
Peserta : Pegawai KPM/JPN/PPD, Pensyarah IAB dan Pengetua/Guru Besar sekolah -sekolah seluruh Malaysia
Kolokium Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-13 ini sedang berlangsung di Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara mulai
29 hingga 31 Oktober 2019 bertemakan "Kepimpinan Instruksional Pemangkin Pendidikan Berteraskan Nilai".
Majlis ini dirasmikan oleh YBrs. Dr. Hjh. Roziah Binti Abdullah, Ketua Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia. Objektif kolokium diadakan adalah untuk menyediakan platform bagi peserta berbincang dan bertukar-tukar pendapat serta berkongsi pengalaman dan amalan-amalan terbaik kepimpinan instruksional yang menjurus kepada penghayatan nilai, mengenalpasti strategi untuk menggalak dan memperkukuh kepimpinan serta memperkasakan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sekolah dalam kepimpinan instruksional melalui perkongsian dapatan penyelidikan dan sesi soal jawab.
Ucap Tema 1 : YBrs. Dr. Ahmad Rafee Bin Che Kassim , Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, (Operasi Sekolah)
Pembentang pertama: Azman Bin Abdullah, Pengetua SMK Kuala Ketil, Kedah
Tajuk : Naratif: Kepimpinan: Kepimpinan Instruksional dan Kualiti Pembelajaran
Pembentang kedua : Hj. Mohd Fares Bin Hj. Mustafa, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Duyong, Melaka
Tajuk : Research Based Learning (RBL)
Sila imbaskan QR code atau klik blog kolokium untuk mendapatkan maklumat dan muat turun bahan
KURSUS PENGURUSAN KEPIMPINAN PUSAT SUMBER PENDIDIKAN
Tarikh : 21 - 23 Oktober 2019
Tempat : IABCU
Peserta : Guru Penolong Kanan Sekolah
Urus Setia : Jabatan Dokumentasi dan Sumber Pendidikan
Kursus tersebut telah dihadiri oleh GPK sekolah menengah dan sekolah rendah. Para peserta kursus juga telah dibawa untuk melawat pusat sumber SMK Sultanah Bahiyah, Alor Setar yang merupakan pusat sumber terbaik di negeri Kedah.
BENGKEL INDUKSI STAF AKP
Tarikh : 20 hingga 24 Oktober 2019
Tempat : IABCU
Peserta : Staf AKP
Objektif kursus ini adalah:
1) Meningkatkan kompetensi staf baharu berkaitan pengetahuan, kemahiran dan sikap
2) Memberi pendedahan berkaitan tugas dan fungsi staf
3) Mengenal pasti kekuatan dan kepakaran staf
PENTAKSIRAN KECERGASAN BAGI PEMILIHAN CALON PESERTA PROGRAM NPQEL AMBILAN TAHUN 2020
Tarikh : 17 Oktober 2019
Tempat : Pusat Kokurikulum Negeri, Tangok, Bachok Kelantan
Peserta : Calon Peserta Program NPQEL Bagi Ambilan Tahun 2020
Urus Setia : Jabatan Pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum IABCU
Seramai 91 orang calon peserta program NPQEL untuk ambilan tahun 2020 telah menghadiri sesi pentaksiran kecergasan untuk dilihat tahap kecergasan masing-masing sebelum disenarai pendek untuk ditawarkan mengikuti program NPQEL.
Para calon peserta adalah terdiri daripada calon sekolah menengah dan sekolah rendah di negeri Kelantan.
MAJLIS PENUTUPAN KURSUS PENGURUSAN KOKURIKULUM UNTUK PKKK DAERAH PASIR MAS KELANTAN
Tarikh : 13 - 17 Oktober 2019
Tempat : PPD Pasir Mas
Peserta : PK Kokurikulum (31 orang)
Urus Setia: Jabatan Pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum
HARI SUKAN DAN KEBUDAYAAN NPQEL AMBILAN 2/2019
Tarikh : 9 Oktober 2019
Tempat : Gelanggang Permainan
Peserta : Peserta NPQEL Ambilan 2/2019 dan staf IABCU
Urus Setia : Jabatan Pembangunan Pengurus, Pemimpin dan Eksekutif Pendidikan
Aktiviti riadah yang diuruskan oleh peserta NPQEL Ambilan 2/2019 telah berlangsung di gelanggang permainan IABCU turut disertai oleh warga IABCU sendiri.
PENUTUP AUDIT KUALITI DALAMAN BIL. 2/2019 | 12 SEPTEMBER-8 OKTOBER 2019
Tarikh : 8 Oktober 2019
Tempat : Dewan Budaya
Peserta : Semua warga IABCU yang hadir
Urus Setia : Jabatan Pengurusan Inovasi
Pelaksanaan Audit Kualiti Dalaman yang telah dijalankan bertujuan menambahbaik amalan yang melibatkan proses kerja (Sistem Pengurusan Kualiti) di Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara selaras dengan ISO 9001:2015. Proses audit juga telah dijalankan dengan sempurna dan menepati tempoh yang ditetapkan.

HARI PROFESIONAL IABCU
Tarikh : 6 Oktober 2019
Tempat : Auditorium IABCU
Peserta : Warga IABCU
Urus Setia : Jabatan Pembangunan Pengurus, Pemimpin dan Eksekutif Pendidikan & Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Pendidikan
Hari Profesional Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara telah berlangsung dengan sempurna dan istimewa kerana dihadiri oleh Pengarah IAB sendiri iaitu YBrs. Dr. Mehander Singh A/L Nahar Singh. Bersempena bakal persaraan beliau, para warga IABCU turut mendengar amanat yang sangat bermakna daripada beliau.

KURSUS PENGURUSAN BERKESAN MELALUI APLIKASI KOMPUTER
Tarikh : 1 hingga 3 Oktober 2019
Tempat : Makmal Komputer Residen, IABCU
Peserta : 25 orang
Pengajar: En Zamri Bin Abu Bakar, Pn. Rohaima Binti Ahmad dan Pn.Noriati Roseni Binti Ghazali
Peserta kursus diberikan pendedahkan berkesan berasaskan sistem aplikasi komputer bagi memudahkan urusan dan pelaksanaan kerja-kerja harian.
SEPTEMBER
MAJLIS PERSARAAN EN. ABDULLAH BIN HASSAN, TIMBALAN PENGARAH IABCU
Tarikh : 22 September 2019
Tempat : Auditorium IABCU
Urus Setia : Pengurusan IABCU
Majlis sambutan meraikan persaraan Tuan Timbalan Pengarah IABCU, Encik Abdullah bin Hassan telah diadakan di auditorium IABCU dan dihadiri oleh Tuan Pengarah IABCU serta seluruh warga yang hadir.


SELAMAT BERSARA EN. LAH !!!

PROGRAM KACAU BUBUR ASYURA SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1441
Tarikh : 5 September 2019
Tempat : Parkir IABCU
Peserta : Semua warga IABCU
Urus Setia : Badan Kebajikan IABCU (BAKI)
Aktiviti kacau bubur asyura sempena sambutan Maal Hijrah 1441 memperlihatkan semua warga IABCU saling bantu-membantu dan bergotong-royong menyediakan masakan bubur asyura dan makanan-makanan lain dalam usaha mengeratkan ukhuwah serta meningkatkan kerjasama sesama warga.




BENGKEL ANALISIS DATA PENYELIDIKAN PENDIDIKAN
Tarikh : 3 hingga 4 September 2019
Tempat : Bilik Kuliah B202
Peserta : Pensyarah IABCU
Urus Setia : Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Pendidikan
Bengkel ini telah disampaikan oleh Yg. Berusaha Dr. Ishak Sin iaitu mantan Pengarah IAB.
CERAMAH MAAL HIJRAH 1441 H
Tarikh : 2 September 2019
Tempat : Dewan Budaya IABCU
Peserta : Semua warga IABCU yang beragama Islam
Urus Setia : Badan Kebajikan IABCU (BAKI)
OGOS
PROGRAM MALAYSIA #QuranHour 2019


KURSUS PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SECARA PROFESIONAL
Tarikh : 26 Ogos 2019
Tempat : Institut Perguruan Darul Aman (IPDA)
Peserta : 22 orang
Memberi pendedahan kepada kakitangan AKP berkaitan perintam am Bab A, B, C dan D.
PERHIMPUNAN BULANAN & SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN YANG KE-62 PERINGKAT IAB CAWANGAN UTARA
Tarikh : 25 Ogos 2019
Tempat : Auditorium IABCU
Peserta : Warga IABCU
Urus Setia : Pengurusan IABCU


SESI PROFILING NPQEL AMBILAN 2/2019
Tarikh : 8 Ogos 2019
Tempat : Makmal Komputer B, IABCU
Peserta : Tuan Pengarah, Ketua-Ketua Pentaksir dan Pegawai Rujuk
Urus Setia : Jabatan Penilaian dan Peperiksaan



PENTAKSIRAN JALINAN PINTAR KORPORAT (LAPANGAN)
Tarikh : 7 Ogos 2019
Tempat : Sekolah Kebangsaan Bukit Tembaga, 06300 Kuala Nerang, Kedah
Ahli terlibat: Peserta SRUT 2 Pensyarah (Puan Norleha binti Ibrahim dan Puan Zainab binti Ali) sebagai pentaksir dan
Pengarah, Dr. Haji Joohari Bin Ariffin sebagai Penyelia Pentaksiran
Program Jalinan Pintar Korporat (Lapangan) telah diadakan oleh peserta NPQEL SRUT 2 Ambilan 2/2019 di Sekolah Kebangsaan Bukit Tembaga, Kuala Nerang, Kedah.
Aktiviti yang dijalankan adalah:
1.Senamrobik
2.Derma Darah oleh Hospital Kuala Nerang
3.Pemeriksaan Gigi oleh Klinik Pergigian Kuala Nerang
4.Fire drill daripada Bomba Kuala Nerang
5.Pemeriksaan dan pembayaran saman oleh JPJ
6.Ceramah motivasi ibubapa dan anak oleh PU Azraie dan DAi Irfan
7.Lawatan Cakna Ponteng
8.Pertandingan mewarna murid tahap 1
Matlamat kempen ini adalah untuk memupuk kesedaran di kalangan pelajar dan semua guru betapa pentingnya peranan mereka dalam mengurangkan kadar ponteng sekolah dan ponteng kelas. Adalah diharapkan daripada kempen ini dapat membaiki tahap displin dan akademik pelajar sekolah secara khususnya.
MAJLIS PERSARAAN TUAN HAJI SYED PUTRA BIN SYED ALI


JULAI
SUMBANGAN BUKU-BUKU BERKAITAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNTUK PUSAT SUMBER IABCU
Tarikh : 29 Julai 2019
Tempat : Pusat Sumber IABCU
Urus Setia : Jabatan Pembangunan Pengurus, Pemimpin dan Eksekutif Pendidikan & Jabatan Dokumentasi dan Sumber Pendidikan

MAJLIS PERSARAAN DR. HAJAH NOOR FAUZA BINTI ZABIDI
Tarikh : 14 Julai 2019 | 3.30 Petang
Tempat : Dewan Budaya IABCU
Peserta : Semua staf IABCU yang hadir
Urus Setia : Pengurusan IABCU
Majlis persaraan Dr. Hajah Noor Fauza binti Zabidi berlangsung dengan dimulai bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Lukman bin Ismail, Ketua Jabatan Bahasa dan Komunikasi, IABCU.



MAJLIS PERASMIAN PESERTA NPQEL AMBILAN 2/2019
Tarikh : 8 Julai 2019 I 11.00 Pagi
Tempat : Auditorium IABCU
Urus Setia : Jabatan Pembangunan Pengurus, Pemimpin dan Eksekutif Pendidikan (JPPPEP)
KURSUS PENGURUSAN PENTADBIRAN PEJABAT
Tarikh : 1- 4 Julai 2019
Peserta: 30 orang- kumpulan sasaran Pengetua dan Guru Besar
Memberi pendedahan kepada kakitangan AKP berkaitan perintah am Bab A, B, C dan D.
ICT DALAM PENGURUSAN SEKOLAH
Tarikh : 2-4 Julai 2019
Sasaran : Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan (SM/SR)
Kehadiran :30/30
Urusetia : Jabatan Aplikasi Komputer Dalam Pendidikan
Pengurus : Fazil Bin Ahmad
Pengurus Bersama : Zamri Bin Abu Bakar
Fasilitator : Pn. Rohaima binti Ahmad, Pn. Noriati Roseni binti Ghazali
Kursus ini diadakan untuk meningkat kompetensi ICT peserta berkaitan pengurusan berasaskan laman web yang terdiri daripada aktiviti yang diletakkan dalam topik-topik yang telah ditetapkan merangkumi:
- Pengurusan Enjin Carian (Web browser)
- Penjelajahan Aplikasi Google
-
- Drive
- Google doc
- Google slide
- Google sheet
- Google form
- Pengurusan storan maya (Cloud Storage)
- Blog
JUN
MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG INSTITUT AMINUDDIN BAKI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA & SAMBUTAN HARI RAYA
Tarikh : 26 Jun 2019
Tempat : Auditorium Aminuddin Baki & Podium IABCU
Peserta : Penerima APC dan Warga IABCU
Urus Setia : Pengurusan IABCU dan Badan Kebajikan IABCU (BAKI)
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (2018), Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia yang melibatkan IAB Induk, IAB Caw. Genting Highlands, IAB Caw. Utara, IAB Caw. Sabah dan IAB Caw. Sarawak buat pertama kalinya diadakan di IABCU.

MAJLIS PERJUMPAAN BERSAMA PENGARAH INSTITUT AMINUDDIN BAKI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Tarikh : 25 Jun 2019
Tempat : Auditorium IABCU
Peserta : Peserta Kursus CPD IABCU
Urus Setia ; Jabatan Latihan Pentadbiran Pejabat dan Pengurusan Kewangan,Jabatan Konsultasi,Mentoring dan Coaching & Jabatan Pembangunan Pengurus,Pemimpin dan Eksekutif Pendidikan


LAWATAN PENANDAARASAN PESERTA BENGKEL MELESTARIKAN KECEMERLANGAN DIRI
KE SMK SULTANAH ASMA,ALOR SETAR
Tarikh : 25 Jun 2019
Tempat : SMK Sultanah Asma Alor Setar
Peserta : Penerima APC IAB Induk, IABCGH, IABCU, IABCSBH & IABCSWK
Urus Setia : Jabatan Latihan Pentadbiran Pejabat dan Pengurusan Kewangan & Jabatan Dokumentasi dan Sumber Pendidikan


TAKLIMAT BENGKEL MELESTARIKAN KECEMERLANGAN DIRI
Tarikh : 25 Jun 2019 I 8.30 pagi
Tempat : Bilik Kuliah 113
Peserta : Penerima APC IAB Induk, IAB Caw. Genting Highlands, IAB Caw. Utara, IAB Caw. Sarawak & IAB Caw. Sabah
Urus Setia : Jabatan Latihan Pentadbiran Pejabat dan Pengurusan Kewangan & Jabatan Dokumentasi dan Sumber Pendidikan
Seramai 26 orang penerima APC yang terdiri daripada IAB Induk, IABCGH, IABCU, IABCSWK dan IABCSBH telah menghadiri sesi taklimat bengkel tersebut yang disampaikan olen En. Zuraidi bin Che Ya (KJ JLPPPK).
BENGKEL ASAS PENGURUSAN KEWANGAN:PENJENISAN KOD
Tarikh : 19 Jun 2019
Tempat : Dewan Budaya
Peserta : Pensyarah, Pegawai Latihan dan Staf Pelaksana
Urus Setia : Unit Pengurusan Kewangan IABCU


UJIAN POST NPQEL AMBILAN 1/2019
Tarikh : 13 Jun 2019 I 8.00 - 10.00 pagi
Tempat : Dewan Peperiksaan
Urus Setia : Jabatan Penilaian dan Peperiksaan

"SYABAS KERANA BERJAYA MENAMATKAN KURSUS NPQEL AMBILAN 1/2019
DAN BERHATI-HATI MEMANDU, SERTA PULANG DENGAN SELAMAT "
KEJOHANAN PERTANDINGAN BOWLING TENPIN TERBUKA
Tarikh : 11 Jun 2019 |10.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Aman Central Bowl. Alor Setar, Kedah
Peserta : Peserta NPQEL Ambilan 1/2019 dan staf IABCU
Urus Setia : JPKK dan Penghulu NPQEL
Seramai 160 peserta NPQEL Ambilan 1/2019 dan staf Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut yang diadakan di Aman Central Bowl, Alor Setar. Kejohanan ini bertujuan untuk mengeratkan hubugan di antara peserta NPQEL dengan staf IABCU.
PENTAKSIRAN KECERGASAN PESERTA NPQEL AMBILAN 1/2019
Tarikh : 10 Jun 2019 | 2.30 petang - 6.00 petang
Tempat : Dewan SM Sultan Abdul Halim, Jitra
Peserta : Peserta NPQEL Ambilan 1/2019
Urus Setia : Jabatan Pembangunan Pengurus, Pemimpin dan Eksekutif Pendidikan & Jabatan Pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum
Pentaksiran ini adalah merupakan ujian "post-test" kepada peserta NPQEL Ambilan 1/2019 sebelum mereka menamatkan kursus pada 13 Jun 2019.
Sebanyak empat ujian telah dilaksanakan iaitu ujian bangkit tubi, ujian tekan tubi, ujian jangkauan melunjur dan ujian bleep test. Para pensyarah, pegawai latihan dan staf pelaksana telah bertindak sebagai pentaksir ujian tersebut.



CERAMAH IHYA' RAMADHAN 1440H
Tarikh : 2 Jun 2019
Tempat : Dewan Budaya
Urus Setia : Badan Kebajikan Staf (BAKI) IABCU

MEI
MAJLIS BERBUKA PUASA
Tarikh : 30 Mei 2019
Tempat : Dewan Sajian IABCU
Urus Setia : Badan Kebajikan Staf (BAKI) IABCU


MAJLIS SUMBANGAN KEPADA ASNAF SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA 1440H
Tarikh : 30 Mei 2019
Tempat : Bilik Bunga Raya IABCU
Urus Setia : Badan Kebajikan IABCU (BAKI)

PROGRAM WORLD #QuranHour 2019 DAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN
Tarikh : 30 Mei 2019 | 12.00 tengahari - 1.00 petang
Tempat : Dewan Budaya & Dewan Anggerik
Urus Setia : Badan Kebajikan IABCU (BAKI) & Jabatan Dokumentasi dan Sumber Pendidikan


PENUTUPAN AUDIT DALAMAN AP 308
Tarikh : 30 Mei 2019 | 8.15 pagi
Tempat : Dewan Budaya
Urus Setia : Pengurusan IABCU
Majlis Penutupan Audit Dalaman AP 308 telah berlangsung di Dewan Budaya dan dihadiri oleh semua warga yang hadir. Taklimat penutupan disampaikan olen Puan Norleha Ibrahim selaku ketua audit. Keseluruhannya didapati berada pada tahap cemerlang.
PENGUMPULAN PAKAIAN TERPAKAI
Tarikh : 28 Mei 2019
Tempat : Bilik Bunga Raya IABCU
Urus Setia : PUSPANITA IABCU


TAKLIMAT PENGURUSAN PERSARAAN
Tarikh : 28 Mei 2019
Tempat : Dewan Anggerik
Urus Setia : Jabatan Latihan Pentadbiran Pejabat dan Pengurusan Kewangan

TAKLIMAT PEMBUKAAN AUDIT DALAMAN AP 308
Tarikh : 27 Mei 2019
Tempat : Dewan Budaya
Urus Setia : Pengurusan IABCU

BENGKEL PENULISAN JURNAL BERWASIT
Tarikh : 26 Mei 2019 | 2.00 petang
Tempat : Dewan Anggerik
Urus Setia :Jabatan Pembangunan Staf dan Kerjasama Antarabangsa
BENGKEL PENGURUSAN PERANCANGAN STRATEGIK
Tarikh : 26 Mei 2019 | 9.30 pagi
Tempat : Dewan Anggerik
Urus Setia :Jabatan Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan

PROGRAM IHYA' RAMADHAN (ZAKAT) & PEMBAYARAN ZAKAT
Tarikh : 26 Mei 2019 | 8.15 pagi
Tempat : Dewan Budaya
Urus Setia : Badan Kebajikan IABCU (BAKI)


TAKLIMAT PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN BUKU PERKHIDMATAN KERAJAAN
Tarikh : 23.5.2019
Tempat : Dewan Anggerik
Urus Setia : Jabatan Latihan Pentadbiran Pejabat dan Pengurusan Kewangan (JLPPPK)


PROGRAM TADABBUR AL-QURAN
Tarikh : 23.5.2019
Tempat : Dewan Budaya
Peserta : Semua warga IABCU yang beragama Islam
Urus Setia : Badan Kebajikan IABCU (BAKI)

AKTIVITI MEMASAK BUBUR LAMBUK
Tarikh : 20 Mei 2019
Tempat : Parkir Kenderaan IABCU
Urus Setia : Badan Kebajikan Staf (BAKI) IABCU

PERHIMPUNAN BULANAN BULAN MEI DAN MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU
Tarikh : 16 Mei 2019
Tempat : Auditorium IABCU
Urus Setia : Jabatan Pengurusan Hal Ehwal Murid dan Kaunseling & Jabatan Pengurusan Inovasi


SELAMAT HARI GURU & TAHNIAH KEPADA PENERIMA ANUGERAH...

KURSUS ADOBE INDESIGN
Tarikh : 14 Mei 2019
Tempat: Makmal Komputer B
Urus Setia : Jabatan Aplikasi Komputer Dalam Pendidikan

MAJLIS ANUGERAH GURU INSPIRASI MCDONALD DI SETIA SPICE CONVENTION CENTRE, PENANG
Tarikh : 13 Mei 2019
Tempat : Setia Spice Convention, Pulau Pinang
Sekitar Majlis Anugerah Guru Inspirasi McDonald 2019 di Setia SPICE Convention Centre, Penang 13 Mei 2019.
MESYUARAT PENUTUPAN NAZIRAN GAJI OLEH ANM KEDAH
Tarikh : 9 Mei 2019
Tempat : Bilik Mesyuarat Melur, IABCU
IABCU telah dikunjungi oleh pegawai-pegawai daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Kedah. Tujuan naziran ini diadakan adalah untuk memastikan Pusat Pembayar Gaji mematuhi semua peraturan kewangan dan perakaunan semasa yang berkuatkuasa.
Mesyuarat penutupan naziran gaji dipengerusikan oleh Pengarah IABCU, Dr. Haji Joohari Bin Ariffin. Seramai lima orang pegawai yang turut serta menjalankan naziran daripada Akauntan Negara Malaysia Negeri Kedah iaitu Puan Ezura binti Ahmad, Encik Mohd Faudzi bin Fadzil, Puan Haslina binti Md Arof, Encik Arifullah bin Ali dan Khairuddin bin Yusof.
IABCU turut memberi kerjasama penuh dalam membantu urusan naziran tersebut.
PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 1440 H
Tarikh : 7 Mei 2019
Tempat : Dewan Budaya IABCU
Urus Setia : Badan Kebajikan (BAKI) IABCU

MAJLIS PERSARAAN TUAN HAJI ROSIDI BIN ISMAIL
Tarikh : 5 Mei 2019
Tempat : Auditorium IABCU
Urusetia :Pengurusan IABCU
Selamat bersara Tuan Haji Rosidi Bin Ismail
APRIL
KURSUS PERSEDIAAN CERTIFIED COACH UNTUK PENSYARAH IPG ZON UTARA ANJURAN IAB DAN IPG DI BAWAH INISIATIF #112 MEMPERKASA IAB DAN IPG
Tarikh : 21 hingga 24 April 2019
Tempat : Dewan Anggerik, IABCU
Peserta : Pensyarah-pensyarah IPG Zon Utara
Urus setia : Jabatan Konsultasi, Mentoring dan Coaching (JKMC)
Jabatan Konsultasi, Mentoring dan Coaching Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara (IABCU) telah melaksanakan Kursus Persediaan Certified Coach kepada 27 orang pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Zon Utara di bawah Inisiatif #112, Memperkasa IAB dan IPG. Kursus tersebut bermula pada 21 hingga 24 April 2019.
Enam buah IPG yang terlibat ialah IPG Kampus Perlis, IPG Kampus Darulaman, IPG Kampus Sultan Abdul Halim, IPG Kampus Tunku Bainun, IPG Kampus Pulau Pinang dan IPG Kampus Ipoh, Perak. Kumpulan pensyarah ini merupakan kumpulan pertama yang dilatih oleh IAB dalam usaha menyediakan para pensyarah IPG sebagai seorang coach terlatih.
Kursus ini juga bertujuan untuk meningkatkan kompetensi para pensyarah IPG sebagai coach dengan memberi pendedahan berkaitan konsep, pengetahuan dan peranan coach serta menyediakan mereka dengan kemahiran coaching dalam mengendalikan sesi coaching bersama coachee. Pendekatan coaching yang diperoleh akan dapat membantu para pensyarah melaksanakan tugas hakiki mereka dengan lebih mantap dan berkesan dalam pembangunan individu dan juga pembangunan organisasi.
Gambar:Peserta Kursus Persediaan Certified Coach dan Sesi Simulasi Coaching
PENGAUDITAN OLEH IAB INDUK DI IAB CAWANGAN UTARA
Tarikh: 29 hingga 30 April 2019
Tempat: Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara
Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara dikunjungi oleh 3 orang pegawai audit pentadbiran daripada IAB Induk. Pengauditan adalah berkaitan dengan urusan kenderaan jabatan, kebersihan bangunan dan kawasan sekitar, kawalan keselamatan dan kehadiran serta keluar masuk pegawai dan staf IAB.
Puan Noor Shazatul Shazreen Binti Shaari, Pegawai Eksekutif Kanan dan Puan Jurani Binti Ahmad, Pembantu Tadbir telah memberi kerjasama penuh membantu urusan pengauditan tersebut.
TUGAS RASMI PENGARAH IABCU DI INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN SARAWAK
Menjalankan tugasan rasmi di IAB Cawangan Sarawak pada 29 dan 30 April 2019.
Pengarah IAB Cawangan Utara Dr Haji Joohari Bin Ariffin bersama
Dr. Abang Hut bin Abang Engkeh, Pengarah IAB Cawangan Sarawak
MAJLIS PERSARAAN DR PREMAVATHY
Tarikh : 28 April 2019
Tempat : Auditorium IABCU
Urus Setia : Pengurusan IABCU
Majlis persaraan Dr Premavathy turut diraikan oleh warga IABCU dan Guru Besar/Pengetua yang terlibat dalam memberi sumbangan berbentuk bahan penerbitan yang diterbitkan oleh Dr Premavathy.
Beliau merupakan Pegawai Cemerlang yang telah berkhidmat selama 10 tahun di IABCU dengan penuh dedikasi dan sangat kompeten.
Selamat bersara Dr Premavathy
MAJLIS ASPIRASI GEMILANG DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AIR MERAH, KULIM, KEDAH
Tarikh : 28 April 2018 (Ahad)
Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Air Merah, Kulim
Majlis Aspirasi Gemilang diadakan di SMK Air Merah Kulim sebagai menghargai pencapaian dan penglibatan pelajar dalam kurikulum dan ko-kurikulum serta sahsiah sepanjang persekolahan. Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara (IABCU), Tuan Dr. Haji Joohari Bin Ariffin telah dijemput merasmikan majlis tersebut.
Tahniah dan syabas kepada semua pelajar dan guru-guru yang terlibat dalam menjayakan majlis dengan meriahnya.
TAKLIMAT BICARA KEPIMPINAN MELALUI BUKU DAN KARYA TERPILIH
Tarikh : 28 April 2019 (Ahad)
Jam : 9.30 pagi
Tempat : Dewan Budaya
Peserta : Pensyarah IABCU
Urus Setia : Jabatan Dokumentasi dan Sumber Pendidikan
Seramai 20 orang pensyarah terlibat dalam Taklimat Bicara Kepimpinan Melalui Buku dan Karya Terpilih di bawah kelolaan JDSP. Taklimat ini bertujuan memberi kejelasan kepada para penyelia berhubung laporan yang perlu disediakan oleh peserta NPQEL.
BENGKEL MY MESYUARAT BIL 1/2019
Tarikh : 25 April 2019 (Khamis)
Tempat : Dewan Budaya
Peserta : Seramai 35 orang pensyarah dan staf pelaksana hadir
Urus setia : Jabatan Bahasa dan Komunikasi
Tujuan bengkel adalah untuk memberi pendedahan berkaitan proses dan perjalanan mesyuarat berkualiti dan efektif serta pematuhan kepada Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil.2/2018.
JOM MEMBACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT DI IABCU
Tarikh : 23 April 2019
Masa : 11.00 pagi - 11.10 pagi
Tempat : Dewan Budaya & Dewan Anggerik Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Jitra (IABU)
Peserta : Staf ikhtisas, staf pelaksana, dan pensyarah-pensyarah Institut Pendidikan Guru (peserta kursus)
Urus setia : Jabatan Dokumentasi dan Sumber Pendidikan IABCU
Seramai 67 orang yang terdiri daripada staf ikhtisas, staf pelaksana dan pensyarah-pensyarah daripada Institut Pendidikan Guru yang hadir berkursus telah melibatkan diri dengan menyertai program "Jom Membaca Untuk 10 Minit " bermula dari jam 11.00 pagi sehingga jam 11.10 minit pagi (10 minit).
Program ini dilaksanakan secara serentak di seluruh Malaysia melibatkan segenap lapisan masyarakat bagi memupuk tabiat membaca sepanjang hayat yang dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah bersama Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia serta Perpustakaan Negara Malaysia.
PENGARAH IABCU PENERIMA ANUGERAH GURU INSPIRASI McDONALD'S 2019
Tarikh: 22 April 2019
Tempat: Dewan Anggerik, IABCU
Peserta: Mc Donald's & IABCU
Urus setia: McDonald's & KPM
Penganugerahan ini diberikan kepada pendidik yang berjaya membentuk minda anak bangsa dengan ilmu pengetahuan serta inspirasi sehingga membolehkan anak didik itu berjaya dalam hidupnya.
Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara (IABCU), Dr. Hj. Joohari Bin Ariffin merupakan salah seorang bekas guru yang berjaya terpilih bersama 25 orang calon lain serta menerima hadiah wang tunai berjumlah RM 5000.00 sebagai penghargaan.
BENGKEL PENYELIDIKAN DI INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN UTARA
Tarikh: 21 April 2019
Tempat: Dewan Anggerik IABCU
Peserta: 20 Orang Pensyarah IABCU
Urus setia: Jabatan Penyelidikan Dan Pembangunan Pendidikan IABCU
Bengkel ini bertujuan untuk memberi lebih pendedahan, kejelasan dan kefahaman berkaitan kaedah-kaedah dalam penyelidikan khususnya ke arah ijazah tinggi atau doktor falsafah di samping dapat membuat perkongsian kepada peserta-peserta yang datang berkursus.
LAWATAN PENANDAARASAN DAN KOLABORATIF STRATEGIK BERSAMA INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA (ILIM)
Tarikh: 9-11 April 2019
Tempat: Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor
Peserta: Ahli Jawatankuasa (AJK) EKSA IABCU
Urus setia: Jabatan Pengurusan Inovasi
Seramai 28 orang AJK EKSA IABCU telah mengadakan lawatan penandaarasan dan kolaboratif strategik bersama Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan perkongsian dua hala antara IABCU dan ILIM dalam usaha menambahbaik amalan EKSA di organisasi masing-masing.
JALINAN PINTAR KORPORAT - 2019
Tarikh : 2 April 2019
Tempat: SK Padang Perahu
Masa: 8.00 pagi sehingga 1.00 petang
Merupakan salah satu aktiviti yang perlu dilaksakan oleh peserta NPQEL untuk melaksanakan kompetensi jaringan dan Jalinan. Peserta NPQEL perlu melibatkan tokoh, agensi korporat atau kerajaan serta penglibatan komuniti setempat untuk sama-sama pihak sekolah menyelesaikan isu yang telah dikenalpasti melalui sumbangan kewangan, perkhidmatan mahupun barangan.
Sekolah yang terlibat bagi NPQEL Ambilan 1/2019 ialah:
1. SMK Alor Merah
2. SK Bandar Darulaman
3. SM Agama Hidayah Islamiah
4. SJK(C) Keat Hwa (H)
5. SK Putat
6. SK Kepala Batas
7. SK Padang Perahu