Bengkel Pengurusan Kewangan dan Akaun
Peserta Bengkel ini seramai 30 orang yang dihadiri oleh pegawai-pegawai induk dan cawangan yang terlibat secara langsung dalam pengurusan kewangan dan akaun. objektif bengkel ini diadakan adalah unuk menyelaras semula prosidur-prosidur dan tatacara kewangan mengikut pekeliling-pekeliling kewangan semasa supaya keseragaman dapat dicapai diantara IAB induk dan IAB cawangan-cawangan dan membincangkan isu-isu atau permasalahan yang berkaitan kewangan dan akaun lebih-lebih lagi berkaitan sistem iGFMAS yang baharu yang diguna pakai pada tahun 2018.
Tarikh: 30 Julai - 02 Ogos 2018
Tempat: Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia Wilayah Utara, Langkawi Kedah
Sesi 'Training of Trainer' (TOT) Sistem ePerolehan
Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands
Tarikh: 18-29 Julai 2018
Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara
Tarikh: 23-24 Julai 2018
Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah
Tarikh: 26-27 Julai 2018
Hari Semakan Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK), ePangkat dan Aplikasi HRMIS
Unit Pengurusan Sumber Manusia telahpun mengadakan kempen Hari Semakan Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK) peringkat Institut Aminuddin Baki (IAB) Bandar Enstek. Program ini akan diadakan 2 kali setahun bagi menggalakkan warga IAB untuk menyemak sendiri BPK masing-masing. Sebarang perubahan maklumat semasa dapat dikemaskini. Selain dari semakan BPK, program ini juga berjalan serentak dengan semakan maklumat profil di dalam portal HRMIS dan juga ePangkat.
Tarikh: 25-26 Julai 2018
Tempat: Bilik Mesyuarat Utama, Institut Aminuddin Baki
Bengkel Pemantapan Budaya Profesional Anggota Kumpulan Pelaksana
Bengkel ini diadakan untuk membangunkan diri individu dan pasukan para pesertanya melalui pendekatan, kaedah serta displin bidang pendidikan luar.
Tarikh: 22 hingga 25 April 2018
Tempat: Kompleks Rakan Muda Sukan Air, Rompin
Aktiviti Kayak
Aktiviti Basikal