KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN SEKOLAH BIL.5 TAHUN 2021
Kursus ini telah diadakan pada 26 hingga 28 Oktober 2021 secara dalam talian melalui applikasi Google Meet. Seramai 23 orang peserta terdiri daripada Guru Besar dan Guru Penolong Kanan telah hadir.
BENGKEL KERJA REFLEKSI PUSAT PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN
Bengkel Kerja Refleksi Pusat Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan (Pusat 3P) telah diadakan pada 20 hingga 22 Oktober 2021 bertempat di Grand Lexis Port Dickson. Semua ahli Pusat 3P hadir bagi menjayakan bengkel tersebut.
SESI WEBINAR ABT : ISU DAN PERANAN PENGURUS SEKOLAH BIL.4 TAHUN 2021
Sesi Webinar ini telah diadakan pada 20 September 2021 secara dalam talian menggunakan applikasi Google Meet. Seramai 100 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada Pengetua dan Guru Besar.
SESI WEBINAR ABT : ISU DAN PERANAN PENGURUS SEKOLAH BIL.3 TAHUN
Sesi Webinar ini telah diadakan pada 6 September 2021 secara dalam talian menggunakan applikasi Google Meet. Seramai 100 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada Pengetua dan Guru Besar.
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SMART PARTNERSHIP IAB/BPSH-PPD
Majlis Perasmian Program Smart Partnership IAB/BPSH-PPD telah diadakan secara dalam talian pada 19 Ogos 2021, jam 9.00 pagi. Program ini diadakan di bawah inisiatif #54, Program Pengupayaan PPD Baharu bertujuan untuk meningkatkan keupayaan mengurus perubahan secara sistematik, membangun dan meningkatkan kompetensi PPD dan meningkatkan keberhasilan sekolah. Peserta yang terlibat adalah Pegawai BPSH, Pensyarah Kanan IAB, Pegawai-pegawai PPD dan PGB seluruh negara.
Program dimulai dengan bacaan doa oleh Tn. Hj. Nik Mat bin Berahim, Pensyarah Kanan IAB. Seterusnya taklimat rintis Program Smart Partnership telah disampaikan oleh En. Osman bin Mohamed Bahari, Pegawai PPD Batang Padang. Majlis perasmian telah disempunakan oleh YBrs. Dr. Abd. Razak bin Manaf, Timbalan Pengarah Kluster Profesional yang mewakili pengarah IAB. Dalam ucapannya YBrs. Dr. Abd. Razak telah menegaskan bahawa pegawai PPD adalah bertanggungjawab untuk membantu dan membimbing sekolah dengan memberi khidmat profesional. SKPMg2 adalah satu alat penambahbaikan sekolah untuk menilai kekuatan dan kelemahan sekolah yang sepatutnya digunakan oleh PGB untuk merancang intervensi yang sesuai berdasarkan situasi sekolah masing-masing. Pada akhir sesi, satu taklimat penggunaan COSSMIK telah disampaikan oleh Pn. Ainol Hidayah binti Abdul Rauof, Ketua Jabatan, Pusat Konsultasi dan Pembangunan Organisasi IAB Induk.
TOT MODUL PENGURUSAN HEM NPQEL 2021
Bengkel TOT Modul Pengurusan HEM Kursus NPQEL tahun 2021 telah diadakan secara atas talian pada 10 Ogos 2021 bermula jam 9.00 pagi sehingga 1.00 tengahari. Bengkel tersebut terbahagi kepada dua slot iaitu slot pertama adalah Pengurusan HEM yang dikendalikan oleh En. Hamizi bin Osman dan slot kedua Pelan Pembangunan HEM dikendalikan oleh Tn. Hj. Nik Mat bin Berahim, pensyarah kanan Jabatan Pengurusan HEM dan Kaunseling. Peserta bengkel adalah 72 orang pensyarah yang akan terlibat dalam sesi penyampaian pada 18 Ogos 2021.
KURSUS PENGURUSAN FAIL DAN REKOD BIL.4 TAHUN 2021
Kursus ini telah diadakan pada 21 hingga 23 September 2021 secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet. Seramai 36 orang peserta telah hadir. Mereka terdiri daripada Guru Besar dan Guru Penolong Kanan.
{slider KURSUS PENGURUSAN FAIL DAN REKOD BIL.2 TAHUN 2021}
Kursus ini telah diadakan pada 3 hingga 5 Ogos 2021 jam 8.30 pagi secara dalam talian menggunakan applikasi Google Meet. Seramai 30 peserta terdiri daripada Pengetua dan Guru Penolong Kanan telah hadir.
KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN SEKOLAH (SEKOLAH AUTONOMI) BIL.2 TAHUN 2021
Kursus ini telah diadakan pada 3 hingga 5 Ogos 2021 jam 8.30 pagi secara dalam talian menggunakan applikasi Google Meet. Seramai 30 orang peserta terdiri daripada Guru Besar dan Guru Penolong Kanan telah hadir kursus berkenaan.
KURSUS PENGURUSAN TRANSFORMASI ASRAMA HARIAN
Kursus Pengurusan Transformasi Asrama Harian telah diadakan secara dalam talian pada 3 hingga 5 Ogos 2021. Peserta kursus berjumlah 34 orang terdiri daripada 29 orang guru besar sekolah asrama harian Negeri Terengganu dan 5 orang Penolong Pengarah PPD. Perasmian penutup telah disempunakan oleh Pn. Hamsiah binti Mohd Dahalan, Ketua Pusat Pengurusan dan Pentadbiran IAB Induk.
MESYUARAT PUSAT PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN BIL. 4/2021
Mesyuarat Pusat Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Bil 4/2021 telah diadakan pada 30 Julai 2021 jam 9.00 pagi secara dalam talian. Pn. Hamsiah binti Mohd Dahalan, Ketua Pusat Pengurusan dan Pentadbiran telah mempengerusikan mesyuarat. Semua ahli pusat telah hadir dan terlibat dalam mesyuarat berkenaan.
PERBINCANGAN JAWATANKUASA BERTINDAK MENANGANI ISU GANGGUAN SEKSUAL DI SEKOLAH (JBMGS)
Perbincangan penubuhan Jawatankuasa Bertindak Menangani Isu Gangguan Seksual Di Sekolah telah diadakan pada 24 Julai 2021, jam 9.15 malam secara atas talian. Perbincangan telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Dr. Tajuddin bin Mohd Yunus, Pengarah IAB. Sesi ini telah disertai oleh Timbalan Pengarah Kluster Kidmat Profesional, Timbalan Pengarah Kluster Khidmat Latihan, Ketua Pusat Pengurusan dan Pentadbiran dan tiga orang pensyarah kanan. Perbincangan adalah berkaitan penyediaan TOR, Kertas Cadangan dan slaid pembentangan cadangan penubuhan JBMGS.
BENGKEL PENATARAN KONSULTASI JERAYAWARA PROGRAM LITERASI NUMERASI (PLaN) TAHUN 2021
Bengkel Penataran Konsultasi Jerayawara Program Literasi Numerasi Tahun 2021 telah diadakan pada 22 Julai 2021 jam 9.00 pagi. Pn, Suriani binti Sulaiman, Pegawai Meja PLaN IAB telah mengendalikan bengkel yang disertai oleh 27 orang pensyarah kanan daripada IAB Induk dan IAB Cawangan. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membuat penyelarasan kepada Program Konsultasi Jerayawara Literasi dan Numerasi Tahun 2021 yang akan diadakan bermula bulan Ogos 2021. Program Konsultsasi pada tahun ini akan diadakan secara bersemuka dan secara "online" dengan mematuhi SOP penganjuran majlis rasmi yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
KURSUS PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PEJABAT BIL.5 TAHUN 2021
Kursus ini telah diadakan pada 28 hingga 30 September 2021 secara dalam talian menggunakan applikasi Google Meet. Seramai 26 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada Pengetua dan Guru Penolong Kanan.
KURSUS PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PEJABAT BIL.3 TAHUN 2021
Kursus ini telah diadakan pada 6 hingga 8 Julai 2021 secara dalam talian menggunakan applikasi Google Meet. Seramai 36 orang peserta yang terdiri daripada Pengetua dan Guru Penolong Kanan telah hadir bagi kursus tersebut.
KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN SEKOLAH BIL.4 TAHUN 2021
Kursus ini telah diadakan pada 28 hingga 30 September 2021 secara dalam talian menggunakan applikasi Google Meet. Seramai 30 orang peserta terdiri Guru Besar dan Guru Penolong Kanan telah hadir.
KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN SEKOLAH BIL.3 TAHUN 2021
Kursus ini telah diadakan pada 6 hingga 8 Julai 2021 secara dalam talian menggunakan applikasi Google Meet. Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada Pengetua dan Guru Penolong Kanan telah hadir bagi kursus berkenaan.
PEMERIKSAAN PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN IAB INDUK BIL.1 TAHUN 2021
Pemeriksaan Pengurusan Kewangan dan Perakaunan telah diadakan pada 21 Jun 2021 sehingga 6 Julai 2021.Pematuhan Pemeriksaan tersebut merangkumi Kawalan Pengurusan, Kawalan Budget, Kawalan Penerimaan Terimaan, Kawalan Perolehan, Kawalan Pembelanjaan, Kawalan Pengurusan Akaun Amanah dan Deposit dan Kawalan Pengurusan Aset dan Stor dan Kawalan Pengurusan Kenderaan.
BENGKEL KAJIAN JPKPP BIL.2 TAHUN 2021
Bengkel ini telah diadakan pada 15 hingga 17 Jun 2021 pada jam 9.00 pagi secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet. Seramai 15 ahli Jabatan Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Pejabat (JPKPP) telah hadir.
slider BICARA ILMU - PERUNDANGAN DALAM PENDIDIKAN UNTUK PESERTA NPQEL 2021}
Sesi Bicara Ilmu bertajuk Perundangan Dalam Pendidikan telah diadakan pada 14 Julai 2021 bermula jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi secara dalam talian. Sesi ini diadakan secara serentak kepada semua peserta NPQEL ambilan 2021 IAB Induk dan Cawangan. Semua Pensyarah Jabatan HEM dan Kaunseling terlibat dalam sesi ini. Antara topik yang dibincangkan adalah Rasional Mengapa Perlu Tahu Undang-undang, Statut Undang-undang, Jenis Undang-undang, Undang-undang TORT, Kecuaian dan Guru In Loco Parantis. Peserta juga didedahkan dengan kes-kes perundangan sivil dan jenayah yang melbatkan guru.
{slider MESYUARAT JPKPP BIL.3 TAHUN 2021}
Mesyuarat Jabatan Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Pejabat (JPKPP) telah diadakan pada 9 Julai 2021 jam 2.30 petang secara dalam talian menggunakan applikasi Google Meet. Seramai 15 ahli JPKPP telah hadir. Mesyuarat ini di Pengerusikan oleh Puan Sheriza Nur binti Kamarudin menjalankan tugas Ketua Jabatan. Turut hadir adalah Ketua Pusat Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Puan Hamsiah binti Mohd Dahalan.
MESYUARAT JAWATANKUASA PELAPORAN SEMINAR NASIONAL KE-28
Pusat Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan telah diamanahkan sebagai Jawatankuasa Pelaporan Seminar Nasional Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan kali ke-28 yang akan diladakan pada 14 hingga 16 Julai 2021. Mesyuarat untuk membincangkan pengagihan tugas pelaporan tersebut telah diadakan secara atas talian pada 9 Julai 2021, bermula jam 9,00 pagi dan tamat pada jam 10.25 pagi. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh En. Ahmad Azuan bin Zainuddin, Ketua Jabatan Pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum.
MESYUARAT JABATAN PENGURUSAN HEM DAN KAUNSELING BIL 3/2021
Mesyuarat Jabatan Pengurusan HEM dan Kaunseling Bil 3/2021 telah diadakan pada 2 Julai 2021, jam 9.30 pagi secara atas talian. Pn. Hamsiah binti Mohd Dahalan, Ketua Pusat Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan telah merasmikan mesyuarat dan bersama-sama terlibat dalam mesyuarat berkenaan. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Ahmad Kamal bin Ariffin, Ketua Jabatan Pengurusan HEM dan Kaunseling dan tamat pada jam 1.00PM.
BENGKEL TOT BICARA ILMU PERUNDANGAN DALAM PENDIDIKAN UNTUK PESERTA NPQEL AMBILAN 2021
Bengkel TOT Perundangan Dalam Pendidikan untuk slot Bicara Ilmu dalam sesi bersemuka kursus NPQEL ambilan 2021 telah diadakan pada 1 Julai 2021 jam 2.30 petang. Bengkel tersebut diadakan secara dalam talian menggunakan Googlemeet. Seramai 50 orang peserta dari IAB Induk dan IAB Cawangan telah terlibat dalam TOT tersebut. Bengkel tersebut telah dikendalikan oleh En. Hamizi bin Othman, pensyarah kanan Jabatan Pengurusan HEM dan Kaunseling IAB Induk. Tujuan bengkel diadakan adalah untuk menyelaraskan sesi bersemuka untuk slot Bicara Ilmu yang akan berlangsung pada 14 Julai 2021.
SESI PERBINCANGAN RESPON MESYUARAT TOP7 KPM
Sesi perbincangan respon Mesyuarat TOP7 Bil 11/2021 KPM telah diadakan pada 24 Jun 2021 secara dalam talian. Sesi tersebut membincangkan tindakan yang akan dilaksanakan ekoran pembentangan YBrs. Datuk Pengarah IAB di dalam Mesyuarat TOP7 Bil 11.2021 KPM.
TAKLIMAT JAWATANKUASA PELAKSANAN PERHIMPUNAN BULANAN IAB BAGI BULAN JUN 2021
Satu sesi taklimat berkaitan pembahagian tugas dan agenda pelaksanaan perhimpunan bulanan kepada jawatankuasa pelaksana Perhimpunan Bulanan Institut Aminuddin bagi bulan Jun 2021 telah diadakan pada 15 Jun 2021, jam 3.30 petang. Pusat Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan telah diamanahkan sebagai urusetia perhimpunan Bulan Jun 2021. Seramai 32 orang ahli-ahli pusat dan jawatankuasa yang dilantik telah hadir secara dalam talian menyertai taklimat berkenaan. Taklimat telah disampaikan oleh Pn. Hamsiah binti Mohd Dahalan, Ketua Pusat Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan.
KURSUS PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PEJABAT BIL.2 TAHUN 2021
Kursus ini telah diadakan pada 6 hingga 8 Jun 2021 secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet. Seramai 30 orang peserta telah hadir dikalangan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan.
KURSUS PENGURUSAN FAIL DAN REKOD BIL.1 TAHUN 2021
Kursus ini telah diadakan pada 1 hingga 3 Jun 2021 jam 8.30 pagi secara dalam talian menggunakan applikasi Google Meet. Seramai 30 orang peserta telah hadir. Kursus ini menyasarkan peserta dikalangan Pengetua dan Guru Penolong Kanan.
{slider KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN SEKOLAH (SEKOLAH AUTONOMI) BIL.5 TAHUN 2021}
Kursus ini diadakan pada 21 hingga 23 September 2021 secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet. Seramai 30 orang peserta terdiri daripada Pengetua, Guru Besar dan Guru Penolong Kanan hadir bagi kursus ini.
KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN SEKOLAH (SEKOLAH AUTONOMI) BIL.3 TAHUN 2021
Kursus ini diadakan pada 7 hingga 9 September 2021 secara dalam talian menggunakan applikasi Google Meet. Seramai 30 peserta hadir bagi kursus ini yang terdiri daripada Pengetua, Guru Besar dan Guru Penolong Kanan.
KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN SEKOLAH BIL.2 TAHUN 2021
Kursus ini telah diadakan pada 1 hingga 3 Jun 2021 pada jam 8.30 pagi secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet. Seramai 30 orang peserta telah hadir dikalangan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan.
MAJLIS PERSARAAN KETUA JABATAN PENGURUSAN KEWANGAN DAN PENTADBIRAN PEJABAT
Majlis persaraan En. Mohd. Ruslan bin Hassan, Ketua Jabatan Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Pejabat yang bersara pilihan pada 01 Jun 2021, telah diadakan pada 31 Mei 2021 pada jam 2.45 petang. Oleh kerana SOP tidak membenarkan sebarang program bersemuka, maka majlis tersebut telah diadakan secara online menggunakan aplikasi Googlemeet. Majlis telah disertai oleh semua ahli Pusat 3P dan beberapa orang ketua pusat dan pensyarah dari pusat yang lain. Majlis berakhir pada jam 4.30 petang.
MESYUARAT JABATAN PENGURUSAN HEM DAN KAUNSELING KALI KE 2/2021
Jabatan HEM dan Kaunseling telah mengadakan Mesyuarat Jabatan HEM dan Kaunseling Kali ke-2 Tahun 2021 pada 31 Mei 2021, jam 9.00 pagi. Mesyuarat telah diadakan secara dalam talian menggunakan aplikasi Googlemeet. Semua enam orang ahli jabatan telah hadir secara dalam talian. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Ahmad Kamal bin Ariffin, Ketua Jabatan HEM dan Kaunseling. Mesyuarat telah dimulakan dengan bacaan doa yang telah dipimpin oleh Tn. Hj. Nik Mat bin Berahim, Pensyarah Kanan JPHK. Pengerusi mesyuarat telah menyampaikan amanat untuk perhatian dan tindakan ahli mesyuarat dalam aspek pematuhan SOP Covid-19 semasa melaksanakan aktiviti jabatan. Pengerusi juga berpesan supaya ahli jabatan dapat berganding bahu dan saling bantu membantu antara satu sama lain dalam suasana kekeluargaan dan mewujudkan suasana keseronokan berkerja. Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan laporan aktiviti daripada semua pensyarah jabatan. Mesyuarat ditamatkan pada jam 12.30 tengah hari.
MESYUARAT PUSAT PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN BIL 3/2021
Mesyuarat Pusat 3P Bilangan 3/2021 telah diadakan pada 28 Mei 2021 jam 2.45 petang secara "online" menggunakan aplikasi Googlemeet. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pn. Hamsiah binti Mohd Dahalan, Ketua Pusat Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan. Semua ahli-ahli pusat 3P telah hadir menyertai mesyuarat secara dalam talian. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan pengerusi yang menyampaikan arahan terbaru pengurusan dalam masa Pandemik Covid-19 dimana hanya 20 peratus sahaja staf pusat yang akan bekerja dari pejabat. Kursus-kursus perlu dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya sehingga arahan baru diterima. Mesyuarat juga telah didedahkan dengan laporan daripada ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai inisiatif PPPM.
JERAYAWARA PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI (PLaN) SEKOLAH RENDAH ZON SARAWAK
Jerayawara Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah Zon Sarawak Bil 2/2021 telah diadakan pada 21 Mei 2021 secara dalam talian. Seramai 100 orang Guru Besar telah menyertai program ini yang bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Peserta didedahkan dengan dasar terbaru PLaN, Mindset Pemimpin dan Penyeliaan.
WEBINAR: TATATERTIB - TANGGUNGJAWAB DAN LIABILITI
Pusat 3P telah menganjurkan Webinar bertajuk "TATATERTIB-Tanggungjawab dan Liabiliti" pada 24 Mei 2012 (Isnin), Jam 10.00 pagi. Ahli Panel Webinar kali ini adalah En. Mohamad Asri bin Dollah, Ketua Unit, Unit Integriti KPM. En. Husni bin Hamzah, pensyarah kanan IAB Induk bertindak sebagai moderator. Seramai 30,000 peserta warga KPM telah dicatatkan sebagai peserta webinar pada tarikh tersebut.
KURSUS PENGURUSAN TRANSFORMASI ASRAMA HARIAN BIL 1/2021
Jabatan Pengurusan HEM dan Kaunseling telah menganjurkan Kursus Pengurusan Transformasi Asrama pada 17-19 Mei 2021 secara online menggunakan Google meet. Peserta kursus terdiri daripada 32 orang pengetua sekolah asrama harian Negeri Terengganu dan Kelantan. Perasmian kursus telah disempurnakan oleh Pn. Hamsiah binti Mohd Dahalan, Ketua Pusat Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan.
MESYUARAT PENYELARASAN KURSUS PENGURUSAN TRANSFORMASI ASRAMA
Satu mesyuarat untuk membuat penyelarasan Kursus Pengurusan Transformasi Asrama bagi tahun 2021 telah diadakan pada 27 Julai 2021 bertempat di Bilik Kuliah U301 pada jam 9.00 pagi. Mesyuarat telah di kendalikan oleh Tn. Haji Nik Mat bin Berahim, pensyarah kanan Jabatan Pengurusan HEM dan Kaunseling dan telah dihadiri oleh semua ahli Jabatan. Perasmian mesyuarat telah disempurnakan oleh En. Hamizi bin Osman, menjalankan tugas Ketua Pusat Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan.
KURSUS ASET DAN STOR BIL.2 TAHUN 2021
Kursus ini telah diadakan pada 22 hingga 24 Jun 2021 jam 8.30 pagi secara dalam talian dengan menggunakan applikasi Google Meet. Seramai 30 peserta yang terdiri daripada Guru Besar dan Guru Penolong Kanan telah hadir.
TAKLIMAT PELAN PEMBANGUNAN LATIHAN PEMIMPIN PENDIDIKAN
Taklimat Pelan Pembangunan Latihan Pemimpin Pendidikan telah diadakan pada 13 April 2021 bertempat di Bilik U302 pada jam 9.00 pagi. Peserta taklimat terdiri daripada Ketua Pusat, Ketua Jabatan dan Pensyarah yang terlibat sebagai ahli jawatankuasa program. Taklimat telah disampaikan oleh En. Arshad bin Md Nor, Pensyarah Kanan Jabatan Pengurusan Kurikulum dan kokurikulum. Perasmian bengkel telah disempurnakan oleh En. Hamizi bin Osman, menjalankan tugas Ketua Pusat, Pusat Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan.
TAKLIMAT MODUL BAHARU PROFESIONALISMA KEGURUAN BERSAMA DATO' PENGARAH
Taklimat Modul Baharu Profesionalisma Keguruan Bersama Dato' Pengarah telah diadakan pada 24 Mac 2021 jam 3.00 petang secara dalam talian menggunakan perisian Googlemeet. Taklimat telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Haji Tajuddin bin Mohd Yunus, Pengarah IAB. Sesi taklimat dimulai dengan ucapan pengerusi dan diikuti dengan pembentangan modul oleh IAB, BPsK, BPG dan IPGM. Perlaksanaan modul kursus akan memakan masa 3 hari 2 malam dan akan dilaksanakan dalam waktu terdekat.
MESYUARAT JPKPP BIL.2 TAHUN 2021
Mesyuarat Jabatan Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Pejabat (JPKPP) telah diadakan pada 9 April 2021 jam 2.30 petang. Seramai 15 ahli JPKPP telah hadir mesyuarat tersebut. Mesyuarat telah di Pengerusikan oleh Encik Ruslan bin Mohd Hassan selaku Ketua Jabatan.
KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN SEKOLAH BIL.1 TAHUN 2021
Kursus Pengurusan Kewangan dan Akaun Sekolah Bil.1 Tahun 2021 telah diadakan pada 6 hingga 4 April 2021 secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi Google Meet. Seramai 30 orang peserta telah hadir. Sasaran peserta bagi kursus ini merangkumi Pengetua dan Guru Penolong Kanan.
MESYUARAT PUSAT PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN BIL 1/2021
Mesyuarat Pusat Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Bil 1/2021 telah diadakan pada 22 Mac 2021 jam 2.30 petang secara atas talian menggunakan Googlemeet. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Hamizi bin Osman yang menjalankan tugas Ketua Pusat, Pusat Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan. Seramai 28 ahli pusat telah menghadiri mesyuarat secara bersemuka atau secara "online". Pengerusi menegaskan pusat 3P dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan tiga slot webinar yang akan diadakan pada setiap minggu secara bergilir-gilir dengan pusat yang lain. Setiap jabatan akan mengendalikan satu slot webinar mengikut bidang masing-masing. Pengerusi juga telah menyampaikan hasrat pengarah IAB untuk dilaksanakan sepanjang tahun 2021. Mensyuarat telah berjalan dengan baik mengikut agenda yang telah dirancang dan ditamatkan pada jam 5.30 petang.
PERBINCANGAN FOCAL GROUP GURU AKTIF MEDIA SOSIAL
Perbincangan Focal Group Guru Aktif Media Sosial telah diadakan pada 17 Mac 2021 jam 2.30 petang secara online menggunakan aplikasi Google Meet. Perbincangan telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Dr. Tajuddin bin Mohd Yunus, Pengarah IAB. Peserta yang terlibat dalam perbincangan adalah pengarah JPN atau wakil daripada Negeri Selangor, Kelantan, Kedah, Penang, Putrajaya, Terengganu dan Johor.
KURSUS PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PEJABAT BIL.1 TAHUN 2021
Kursus ini telah diadakan pada 16 hingga 18 Mac 2021 jam 8.30 pagi menggunakan applikasi Google Meet. Seramai 30 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada Guru Besar dan Guru Penolong Kanan.
KURSUS PENGURUSAN ASET DAN STOR BIL.1 TAHUN 2021
Kursus Pengurusan Aset dan Stor Bil.1 Tahun 2021 telah diadakan pada 16 hingga 18 Mac 2021 secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet. Sasaran peserta bagi kursus ini adalah merangkumi Pengetua dan Guru Penolong Kanan.
KURSUS PEMANTAUAN PENCAPAIAN MURID BIL 1/2021
Kursus Pemantauan Pencapaian Murid Bil 1/2021 telah diadakan pada 9 hingga 10 Mac 2021 secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet. Peserta kursus adalah seramai 27 orang pemimpin sekolah daripada Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.
MESYUARAT PENYELARASAN MENANGANI GURU HOSTILE BIL 6/2021
Mesyuarat Penyelarasan Menangani Guru Hostile Bil 6/2021 telah diadakan pada 11 Mac 2021, jam 3.00 petang secara dalam talian.. Pengerusi mesyuarat adalah YBrs. En. Hamizi bin Osman, Ketua Pusat, Pusat Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan. Wakil-wakil bahagian KPM yang hadir adalah daripada BPsK, IPGM dan BPG.
BENGKEL KERJA PEMURNIAN MODUL JPKPP BIL.1 TAHUN 2021
Bengkel ini telah dianjurkan oleh Jabatan Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Pejabat dan telah diadakan pada 2 hingga 4 Mac 2021 jam 8.30 secara dalam talian dengan menggunakan applikasi Google Meet. Turut hadir adalah IAB Cawangan Genting Highland, IAB Cawangan Utara, IAB Sabah dan juga IAB Cawangan Sarawak.
SESI KPPD BAHARU BERSAMA PENGARAH
Sesi perjumpaan YBhg. Datuk Dr. Hj. Tajuddin bin Mohd Yunus, Pengarah IAB dengan 30 orang Pegawai Pendidikan Daerah baharu telah diadakan pada 26 Februari 2021 jam 8.30 pagi secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet. Turut sama dalam perjumpaan adalah YBrs. Dr. Sham bin Ibrahim, Ketua Pusat, Pusat Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan dan YBrs. Dr. Ahmad Kamal bin Ariffin, Ketua Jabatan, Jabatan Pengurusan HEM dan Kaunseling.
TOT PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PEJABAT BIL.1/2021
TOT Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Pejabat Bil.1 Tahun 2021 telah diadakan pada 23 hingga 25 Februari 2021 jam 8.30 pagi menggunakan aplikasi Google Meet anjuran IAB Bandar Enstek. Pengisian slot-slot TOT ini merangkumi Pengurusan Kewangan, Pengurusan Pentadbiran Pejabat dan Pengurusan Aset dan Stor yang dikendalikan oleh penceramah-penceramah dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Turut hadir adalah IAB Cawangan Utara, IAB Genting Highland, IAB Cawangan Sabah dan IAB Cawangan Sarawak.
PEMBENTANGAN MODUL PENGURUSAN HEM DAN KAUNSELING NPQEL AMBILAN 1/2020
Modul Memimpin Pembelajaran: Pengurusan HEM untuk Kursus NPQEL ambil 1/2020 telah dibentangkan kepada pasukan pembina modul pada 23 Februari 2021, jam 9.00 pagi mengunakan aplikasi Google Meet. Dua tajuk telah dibentangkan iaitu Perundangan HEM dan Pelan Pembangunan HEM. Pembentangan telah dilaksanakan oleh En. Hamizi bin Osman untuk Modul Perundangan HEM dan Hj. Nik Mat bin Berahim membentangkan Modul Pelan Pembangunan HEM.
SPARK SESSION MODUL KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA
Spark Session Modul Kepimpinan Pemimpin Muda di bawah inisiatif #111 telah diadakan pada 22 Februari 2021 jam 9.00 pagi menggunakan aplikasi Google Meet. Ybrs. Dr. Sham bin Ibrahim telah memberikan ucapan alu-aluan kepada para peserta yang hadir sebelum sesi dimulakan. Sesi berjalan dengan baik dengan semua ahli mengambil bahagian memberikan pandangan dan idea.
BENGKEL KAJIAN JPKPP BIL.1 TAHUN 2021
Bengkel ini telah diadakan secara dalam talian pada 15 hingga 17 Februari 2021 pada jam 8.30 pagi menggunakan applikasi Google Meet. Seramai 15 ahli termasuk Ketua Jabatan Encik Ruslan bin Mohd Hassan Jabatan Penggurusan Kewangan dan Pentadbiran Pejabat hadir bagi bengkel berkenaan.
PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK PEGAWAI PPD KOHOT 2/2020 - INISIATIF #54
Pembentangan amalan terbaik Pegawai PPD Baram telah diadakan secara dalam talian pada 8 Februari 2021, jam 8.30 hingga 10.30 pagi. Sesi pembentangan telah dipengerusikan oleh Cik Norajiah binti Ahmad Dawa, Pegawai Meja inisiatif #54, IAB. Turut sama terlibat dalam pembentangan adalah pegawai-pegawai PPD baharu kohot 2/2020.
MESYUARAT KP-KJ BIL 2/2021
Mesyuarat Ketua Pusat bersama Ketua Jabatan, Pusat 3P kali kedua tahun 2021 telah diadakan pada 7 Februari 2021, jam 7.45 malam menggunakan aplikasi Google Meet. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ybrs. Dr. Sham bin Ibrahim, Ketua Pusat, Pusat Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan. Semua Ketua Jabatan telah hadir dalam mesyuarat berkenaan iaitu Dr. Ahmad Kamal bin Ariffin, Ketua Jabatan, Jabatan Pengurusan HEM dan Kaunseling, En. Ahmad Azuan bin Zainuddin, Ketua Jabatan, Jabatan Pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum dan En. Mohd. Ruslan bin Hassan, Ketua Jabatan, Jabatan Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Pejabat.
BENGKEL LITERASI UNDANG-UNDANG
Bengkel Literasi Undang-undang telah diadakan pada 4 hingga 5 Februari 2021 bermula 8.30 pagi hingga 4.30 petang menggunakan aplikasi Google Meet. Dr. Ahmad Kamal bin Ariffin, Ketua Jabatan Pengurusan HEM dan Kaunseling telah merasmikan bengkel tersebut dengan menyampaikan ucapan ringkas. Bengkel telah dipengerusikan oleh En. Hamizi bin Osman, pensyarah kanan Jabatan Pengurusan HEM dan Kaunseling. Peserta-peserta bengkel adalah merupakan penggubal-penggubal modul berkenaan yang mewakili IAB Induk dan cawangan.
BENGKEL MODUL NPQEL PELAN PEMBANGUNAN HEM
Pembentangan Modul 4.4.2 Pelan Pembangunan HEM telah diadakan pada 2 Februari 2021 pada jam 8.30 - 10.00 pagi menggunakan aplikasi Google Meet. Pembentangan telah dilaksanakan oleh Tn. Hj. Nik Mat bin Berahim, pensyarah kanan, Jabatan Pengurusan Hem dan Kaunseling. Turut bersama dalam sesi tersebut adalah YBrs. Dr. Ahmad Kamal bin Ariffin, Ketua Jabatan, Jabatan Pengurusan HEM dan Kaunseling dan ahli-ahli jabatan yang lain. Bengkel ini diadakan untuk membuat pebambahbaikan kepada modul yang akan digunakan dalam Kursus NPQEL ambilan 1/2021.
BENGKEL KAJIAN PUSAT PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN BIL 1/2021
Bengkel Kajian Pusat 3P telah diadakan pada 25 - 27 Januari 2021 bermula jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang menggunakan aplikasi dalam talian Googlemeet. Tn. Hj. Nik Mat bin Berahim selaku pengacara, telah memulakan bengkel dengan membaca doa dan memberikan penerangan ringkas tentang perjalanan bengkel selama tiga hari. Perasmian bengkel telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Sham bin Ibrahim, Ketua Pusat, Pusat Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan. Kajian pusat yang bertajuk "Kesan Pandemik Covid-19 Ke atas Latihan Pusat 3P" telah dibincangkan dengan teliti bersama warga Pusat 3P. Fasilitator yang telah mengendalikan bengkel adalah Dr. Ahmad Kamal bin Ariffin, Ketua Jabatan, Jabatan Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan dan Pn. Noraizan binti Hj. Noor, Pensyarah Kanan Jabatan Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Pejabat.
MESYUARAT PUSAT PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN BIL. 1/2021
Mesyuarat Pusat Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Bil 1/2021 telah diadakan pada 15 Januari 2021 jam 9.00 pagi bertempat di lokasi masing-masing menggunakan aplikasi Googlemeet. Mesyuarat telah di pengerusikan oleh YBrs. Dr. Sham bin Ibrahim, Ketua Pusat, Pusat Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan manakala urusetia mesyuarat adalah Pn. Che Maznah binti Mohamed, Pensyarah Kanan Jabatan Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Pejabat. Mesyuarat tamat pada jam 12.15 tengah hari.
MESYUARAT KP-KJ BIL 1/2021
Mesyuarat Ketua Pusat bersama Ketua Jabatan, Pusat 3P kali pertama tahun 2021 telah diadakan pada 13 Januari 2021, jam 9.00 pagi menggunakan aplikasi Google Meet. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ybrs. Dr. Sham bin Ibrahim, Ketua Pusat, Pusat Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan. Semua Ketua Jabatan telah hadir dalam mesyuarat berkenaan iaitu Dr. Ahmad Kamal bin Ariffin, Ketua Jabatan, Jabatan Pengurusan HEM dan Kaunseling, En. Ahmad Azuan bin Zainuddin, Ketua Jabatan, Jabatan Pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum dan En. Mohd. Ruslan bin Hassan, Ketua Jabatan, Jabatan Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Pejabat.
MESYUARAT JPKPP BIL.1/2021
Mesyuarat Jabatan Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Pejabat Bil.1 telah diadakan pada 7 Januari 2021 jam 9.00 pagi bertempat di lokasi masing-masing menggunakan Aplikasi Google Meet. Seramai 15 orang ahli jabatan termasuk Ketua Jabatan telah hadir.Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Ruslan bin Mohd Hassan.
MESYUARAT JABATAN PENGURUSAN HEM DAN KAUNSELING BIL 1/2021
Mesyuarat Jabatan Pengurusan HEM dan Kaunseling Bil 1/2021 telah diadakan pada 12 Jan 2021 jam 9.00 pagi bertempat di lokasi masing-masing menggunakan Aplikasi Googlemeet. Seramai enam orang ahli jabatan termasuk Ketua Jabatan telah hadir. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Dr Ahmad Kamal bin Ariffin, Ketua Jabatan, Jabatan Pengurusan HEM dan Kaunseling.