JAMUAN PERPISAHAN PUSAT 3P
Pusat 3P telah mengadakan Jamuan Perpisahan pada 4 Disember 2019 bertempat di perkarangan tingkat 5, untuk meraikan perpindahan pensyarah dan staf sokongan Pusat 3P yang terlibat dalam penstrukturan baru IAB bermula pada 2 Disember 2019. Majlis turut dihadiri oleh En. Abdul Mu'ti bin Ahmad, Ketua Pusat 3P.
MESYURAT PUSAT 3P BIL 5/2019
Mesyuarat Pusat Pembangunan Pengurusan Pendidikan (3P) bilangan 5/2019 merupakan mesyuarat terakhir sebelum penstrukturan baru IAB yang akan berkuatkuasa pada 2 Disember 2019. Mesyuarat telah diadakan pada 28 November 2019 jam 2.00 hingga 5.00 petang di D'Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan. En. Abdul Mu'ti bin Ahmad, Ketua Pusat 3P, telah mempengerusikan mesyuarat. Semua ketua jabatan dan ahli-ahli telah hadir mesyuarat kali ini. Suasana mesyuarat agak berbeza kerana sebahagian ahli pusat akan berpindah ke pusat yang baru pada 2 Disember yang akan datang. Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli yang telah menyumbang sepanjang berkhidmat di Pusat 3P. Selepas sesi mesyuarat selesai satu jamuan ringkas diadakan untuk meraikan rakan-rakan ahli pusat yang akan berpindah dan sebagai jamuan akhir tahun untuk semua ahli Pusat 3P.
FUFT PESERTA KURSUS KKPP JAKIM
Pemantauan FUFT Peserta Kursus KKPP JAKIM telah dilaksanakan oleh En. Abdul Mu'ti bin Ahmad, Ketua Pusat Pembangunan Pengurusan Pendidikan ke Daerah Bachok dan Daerah Pasir Mas, Kelantan dari 20 hingga 21 Oktober 2019. Pemantauan telah dibuat di Institut Pendidikan Al-Balaghulmubin, Maahad Az-Zainabiayah Litahfizil Quran, Pasir Mas pada 20 Oktober manakala pada 21 Oktober 2019 pemantauan telah dibuat di tiga lokasi iaitu SMU(A) Ismailiah, Madrasah Ar Rahmaniah Addiniah, Pondok Lubuh Tapah, Pasir Mas dan Pusat Pengajian Al-Quran Darul Kausar, Bachok, Kelantan.
KURSUS PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PEMIMPIN SKM
Kursus Pengurusan dan Kepimpinan Pemimpin Sekolah Kurang Murid (SKM) telah diadakan di bilik U302, IAB Bandar Enstek pada 2 hingga 4 Oktober 2019. Peserta kursus adalah terdiri daripada 30 orang guru besar sekolah kurang murid (SKM). Majlis penutup kursus telah disempurnakan oleh Dr. Mehander Singh a/l Nahar Singh, Pengarah IAB Enstek.
MESYUARAT PENYELARASAN KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SEKOLAH AGAMA JAKIM
Mesyuarat penyelarasan Kursus KKPP sekolah agama kelolaan JAKIM telah diadakan pada 23 September 2019 bertempat di BMU1 yang telah dipengerusikan oleh Dr. Abd Razak bin Manaf, Timbalan Pengarah Khidmat Profesional IAB. Turut hadir adalah En. Abdul Mu'ti bin Ahmad, Ketua Pusat, Pusat Pengurusan Pembangunan Pendidikan dan pegawai daripada JAKIM dan GAPIM serta pensyarah-pensyarah kanan IAB.
MESYUARAT PUSAT 3P KALI KE 4/2019
Mesyuarat Pusat Pembangunan Pengurusan Pendidikan (3P) bilangan 4 tahun 2019 telah diadakan pada hari Khamis, 15 Ogos 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Umum 1 pada jam 9.00 pagi. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Abdul Mu'ti bin Ahmad, Ketua Pusat, Pusat Pembangunan Pengurusan Pendidikan, IAB Enstek.
KURSUS PENGURUSAN SEKOLAH (HAL EHWAL MURID)
Kursus Pengurusan Sekolah (Hal Ehwal Murid) untuk Penolong Kanan HEM sekolah menengah telah diadakan pada 30 Julai hingga 2 Ogos 2019 bertempat di IAB Bandar Enstek, Pengurus Kursus adalah En. Indran a/l Subrumaniam, Pensyarah Kanan Jabatan Pengurusan HEM dan Kaunseling. Seramai 30 peserta telah hadir dan menamatkan kursus dengan jayanya. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh En. Hamizi bin Osman, Ketua Jabatan, Jabatan Pengurusan HEM dan Kauseling pada 2 Ogos 2019 jam 12.30 tengahari.
KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN SEKOLAH AGAMA JAKIM
Kursus KKPP JAKIM dengan kerjasama IAB telah diadakan pada 21 - 26 Julai bertempat di Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan, Temerloh dan IAB Cawangan Genting Highlands untuk Zon Timur dan Zon Selatan. Seramai 120 orang peserta yang terdiri daripada Mudir sekolah podok dan Pengetua Sekolah Agama Negeri daripada Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang telah hadir berkursus di Institut Latihan Guru Dalam Perkhidmatan, Temerloh, Pahang. Pasukan pensyarah diketuai oleh En. Hamizi bin Osman, Ketua Jabatan Pengurusan HEM dan Kaunseling, IAB Bandar Enstek.
KURSUS PENYELIAAN BERKESAN
Kursus Penyeliaan Berkesan telah diadakan pada 9 hingga 11 Julai 2019 bertempat di Sekolah Menengah Bukit Katil, PPD Melaka Tengah, Melaka. Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Menengah daripada PPD Melaka Tengah telah hadir berkursus. Seramai tiga orang pensyarah yang di ketuai oleh En. Ahmad Azuan bin Zainudin, Ketua Jabatan, Jabatan Pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum telah terlibat mengendalikan kursus berkenaan. Di akhir kursus peserta telah merancang pelan tindakan penyeliaan untuk sekolah masing-masing yang akan dilaksanakan selepas balik dari kursus.
PROGRAM REFLEKSI PUSAT 3P DAN PUSAT PDSP
Program Refleksi Pusat yang menggabungkan pensyarah-pensyarah dan staf Pusat Pembangunan Pengurusan Pendidikan (3P) dan Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan (PDSP) telah diadakan di Pusat Kokurikulum Langkawi pada 2 hingga 5 Julai 2019. Program telah dihadiri sama oleh En. Abdul Mu'ti bin Ahmad, Ketua Pusat 3P dan Nik Mohd Fakhruddin bin Nik Ab. Rahman, Ketua Pusat PDSP. Program diisi dengan sesi perbengkelan dan aktiviti luar di sekitar Pulau Langkawi, Kedah.
KURSUS KHAS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN ANJURAN JAKIM
Kursus Khas Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Institut Aminuddin Baki untuk mudir-mudir sekolah tahfiz zon timur telah di adakan pada 22 hingga 27 Jun 2019 bertempat di IPG Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Kelantan. Kursus diadakan untuk 60 orang mudir sekolah tahfiz daripada negeri Kelantan dan Pahang. Peserta telah dipecahkan kepada dua kumpulan dan telah menjalani kursus secara serentak. Tutut hadir adalah En. Hamizi bin Osman, Ketua Jabatan, Jabatan Pengurusan HEM dan Kaunseling, Pusat 3P yang bertindak sebagai pengurus kursus dan pensyarah-pensyarah daripada IAB Bandar Enstek dan IAB Cawangan Genting Highlands.
MESYUARAT PUSAT 3P KALI KE 3/2019
Mesyuarat Pusat Pembangunan Pengurusan Pendidikan (3P) bilangan ke-3 tahun 2019 telah diadakan pada 29 Mei 2019 bertempat di Balai Sidang pada jam 9.00 pagi. Mesyuarat telah di pengerusikan oleh En. Abdul Mu'ti bin Ahmad, Ketua Pusat 3P dan dihadiri oleh semua ahli-ahli pusat. Antara perkara yang dibincangkan adalah Kursus yang akan dilaksanakan kepada sekolah-sekolah agama di bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang akan bermula pada 22 - 27 Jun 2019 di Zon Timur dan Zon Tengah. Sebanyak 18 kursus dengan jumlah peserta seramai 530 orang akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Mesyuarat juga membincangkan aktiviti yang akan dilaksanakan dalam Bulan Julai di bawah peruntukan ABM termasuk Program Pembangunan staff yang akan dilaksanakan dalam waktu terdekat.
PROGRAM JERAYAWARA LITERASI NUMERASI NASIOANAL SEKOLAH RENDAH 2019
Program Jerayawara Literasi Numerasi Nasional Sekolah Rendah telah diadakan di PPD Kuala Krai pada 14 Mei 2019 dan di PPD Gua Musang pada 15 Mei 2019. Program telah dihadiri oleh pegawai JPN Kelantan, Pegawai PPD dan Guru Besar daerah berkenaan. Program ini diadakan bertujuan menjajarkan semula peranan pemimpin sekolah selaras dengan dasar Literasi Numerasi Nasional tahun 2019. Pihak IAB telah diwakili oleh lima orang pensyarah kanan Pn. Norainun binti Amir, Ketua Alur Kerja merangkap Pegawai Meja Literasi Numerasi IAB, Hj. Nik Mat bin Berahim yang menjadi pengurus program, Pn. Suriani binti Sulaiman, YM Raja Ibrahim bin Raja Midin dan Zaharul Arifin bin Zin.
MESYUARAT PROGRAM KE LUAR NEGARA JURULATIH UTAMA LCML
Mesyuarat Program Ke Luar Negara Jurulatih Utama LCML telah diadakan pada 18 April 2019 di Bilik Mesyuarat Utama 3, dipengerusikan oleh En. Abdul Mu'ti bin Ahmad, Ketua Pusat 3P. En. Mazlan bin Samsudin, Timbalan Pengarah Khidmat Profesional IAB turut sama menyertai mesyuarat bersama 12 orang pensyarah kanan IAB yang terdiri daripada Jurulatah Utama LCML. Mesyuarat membincangkan perancangan latihan di Pusat Latihan Pengurusan dan Kepimpinan QELi, Brisbane, Australia.
PROGRAM SANDARAN INDUSTRI KURSUS GrEEL UNTUK PENGARAH IAB CAWANGAN DAN PENGARAH IPG DI PHARMANIAGA BERHAD DAN SYARIKAT TELEKOM MALAYSIA BERHAD
Program Sandaran Industri untuk peserta Kursus Pembitaraan Pemimpin Pendidikan (GrEEL) yang terdiri daripada Pengarah IAB Cawangan dan Pengarah IPG telah diadakan di Pharmaniaga Berhad, Bukit Raja, Shah Alam dan Menara TM One, Jalan Damansara, Kuala Lumpur bermula 8 April hingga 12 April 2019. Kumpulan peserta di TM telah diketuai oleh En. Mazlan bin Samsudin, Timbalan Pengarah Kidmat Profesional manakala kumpulan di Pharmaniaga telah diketuai oleh Ketua Pusat , Pusat Penyelidikan dan Penilaian, Dr. Nor Laila binti Kuslan. Peserta berpeluang mendengar taklimat daripada pihak syarikat dan melawat kawasan operasi. Sesi Perkongsian Amalan Terbaik daripada kedua-dua syarikat amat bermakna dan memberi perspektif baru kepada para peserta. Acara penutup di STMB telah disempurnakan oleh Dr. Zainal bin Abu Zari, Vice Presiden TM manakala di Pharmaniaga telah disempurnakan oleh Dato' Fashila Emran, Pengarah Urusan Pharmaniaga.
BENGKEL JERAYAWARA LITERASI NUMERASI SEKOLAH RENDAH ZON UTARA 2019
Bengkel Jerayawara Literasi Numerasi Sekolah Rendah Zon Utara 2019 telah diadakan di Pejabat Pendidikan Daerah Kinta pada 2 April 2019. Bengkel diadakan bertujuan mendedahkan mandat terbaru KPM untuk Program Literasi Numerasi Sekolah Rendah bagi tahun 2019. Seramai 67 orang peserta telah menyertai bengkel tersebut yang terdiri daripada Pegawai JPN Perak, Pegawai PPD Kinta, Guru Besar dan Penolong Kanan sekolah rendah Daerah Kinta. Bengkel yang sama telah diadakan di Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut Pulau Pinang pada 4 April 2019 yang telah dihadiri oleh 77 orang peserta dari PPD Timur Laut. Seramai lima orang pensyarah IAB terlibat mengendalikan bengkel berkenaan yang diketuai oleh Pn. Norainun binti Amir, Pegawai Meja LINUS IAB.
MAJLIS PENUTUP SESI BERSEMUKA KURSUS GrEEL FASA 1 TAHUN 2019
Majlis Penutup Kursus Pembitaraan Pemimpin Pendidikan (GrEEL) untuk Pengarah IPG dan Pengarah Cawangan IAB telah disempurnakan oleh En. Abdul Mu'ti bin Ahmad, Ketua Pusat, Pusat Pembangunan Pengurusan Pendidikan pada 22 Mac 2019.
LAWATAN PENANDAARASAN PROGRAM GrEEL KE PERMODALAN NASIONAL BERHAD KUALA LUMPUR
Lawatan Penandaarasan peserta Kursus Pembitaraan Pemimpin Pendidikan (GrEEL) ke Menara Permodalan Nasional Berhad telah diadakan pada 21 Mac 2019 bermula jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Rombongan terdiri daripada 15 orang peserta kursus iaitu pengarah IPGM seluruh Malaysia dan 7 orang pensyarah IAB. Rombongan diketuai oleh En. Abdul Mu'ti bin Ahmad, Ketua Pusat, Pusat Pembangunan Pengurusan Pendidikan. Kehadiran peserta telah disambut mesra oleh kakitangan PNB.
Sesi pagi telah dimulai oleh taklimat Overview and CSR Activities of PNB yang disampaikan oleh Encik Aziz Anuar, Senior Vice President, Corporate Affairs & Communication Division. Peserta juga didedahkan dengan topik-topik seperti Human Resource Development, Reward and Recognition, Human Capital Development, Financial Literacy dan Asset Manangement.
BENGKEL PEMBINAAN MODUL JERAYAWARA LITERASI DAN NUMERASI NASIONAL 2019
Bengkel Pembinaan Modul Jerayawara Literasi dan Numerasi Nasional 2019 diadakan pada 12 - 15 Mac 2019 bertempat di Bilik Antarabangsa, IAB Cawangan Genting Highlands. Peserta bengkel adalah terdiri daripada 18 orang pensyarah yang di ketuai oleh En. Abdul Mu'ti bin Ahmad, Ketua Pusat 3P. Turut hadir adalah wakil daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum dan PADU.
PROGRAM KUNJUNGAN HORMAT KE WIDAD BUSINESS GROUP
Program Kunjungan Hormat ke Widad Business Group telah diadakan pada 11 Mac 2019 bertempat di No. 3, Jalan Semantan, Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Tujuan program diadakan adalah bertujuan membincangkan dengan lebih terperinci Program Sandaran Industri peserta Kursus GrEEL bagi inisiatif #112, Pemerkasaan Pemimpin IAB dan IPG. Rombongan IAB diketuai oleh Pn. Hjh. Dr. Norlaila bin Kuslan, Ketua Pusat Penyelidikan dan Penilaian ICT menjalankan tugas Timbalan Pengarah Khidmat Profesional IAB. Turut serta adalah En. Abdul Mu'ti bin Ahmad, Ketua Pusat 3P dan pensyarah-pensyarah kanan IAB.
PERBINCANGAN PROGRAM GrEEL #INISIATIF 111 DENGAN BAHAGIAN MATRIKULASI
Satu sesi perbincangan dengan Bahagian Matrikulasi KPM telah diadakan pada 8 Mac 2019 bertempat di Bahagian Matrikulasi, Putrajaya berkaitan dengan Kursus Pembitaraan Pemimpin Pendidikan, GrEEL untuk pemimpin Kolej Matrikulasi seluruh Malaysia. Pihak IAB diketuai oleh En. Abdul Mu'ti bin Ahmad, Ketua Pusat 3P.
BENGKEL PENAMBAHBAIKAN MODUL PENGAJARAN PELBAGAI GRED
Bengkel Penambahbaikan Modul Pengajaran Pelbagai Gred telah diadakan di Bilik Melati 3, BPG, Putrajaya pada 5 - 7 Mac 2019. Pensyarah daripada IAB Induk dan cawangan terlibat dalam bengkel berkenaan diketuai oleh Pn. Noor Azilah binti Jamuri, Pensyarah Kanan Jabatan Pendidikan Asas dan Komuniti (JPAK).
PROGRAM BICARA KORPORAT BERSAMA TELEKOM MALAYSIA
Program Bicara Korporat Bersama TM telah diadakan di Balai Sidang IAB pada 6 Mac 2019. Perbincangan telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Mehander Singh a/l Nahar Singh, Pengarah IAB selaku tuan rumah. Pihak TM diwakili oleh Dr. Zulkifli Muhamad, Head of School Profesional & Certification sebagai ketua rombongan dan Mohamad Helmi Halifah, Head of School of Business Manangement serta Dr. Zainal Abu Zahrim, VP TM Learning & Development.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk membincangkan mengenai Program Sandaran Industri yang akan dilaksanakan di TM Berhad pada 8 - 11 April 2019 yang merupakan salah satu pengisian utama di dalam Kursus Pembitaraan Pemimpin Pendidikan (From Great To Excellent Educational Leader Course, GrEEL) di bawah inisiatif #112, Pemerkasaan Pemimpin IAB dan IPG.
PROGRAM KUNJUNGAN HORMAT KE PHARMANIAGA LOGISTICS SDN BHD
Satu lawatan kunjungan hormat ke Pharmaniaga Logistics Sdn. Bhd. bertempat di Kawasan Perindustrian Bukit Raja Selatan, Seksyen 7, Shah Alam telah diadakan pada 28 Februari 2019. Pihak IAB diketuai oleh En. Ahmad Azuan bin Zainudin, Ketua Jabatan Pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum IAB. Lawatan bertujuan membincangkan lebih lanjut Program Sandaran Industri bagi Kursus Pembitaraan Pemimpin Pendidikan (GrEEL) tahun 2019.
SESI DIALOG KAJIAN KEBOLEHLAKSANAAN AGENDA LITERASI DAN NUMERASI KEBANGSAAN BERSAMA MC KINSY
Satu sesi dialog antara pensyarah-pensyarah IAB bersama wakil dari firma Mc Kinsy berkaitan Agenda Literasi dan Numerasi Kebangsaan telah diadakan di Balai Sidang IAB pada 29 Januari 2019 pada jam 3.00 petang.
PERBINCANGAN INISIATIF #54: PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH BERSAMA BPSH
Satu sesi perbincangan berkaitan Inisiatif #54: Program Transformasi Daerah telah diadakan di Bilik Seminar PADU, Putrajaya pada 25 Januari 2019. Dr. Mehander Singh a/l Nahar Singh, Pengarah IAB telah mempengerusikan perbincangan bersama pegawai-pegawai Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.
SESI PENILAIAN AKHIR TAHUN DAN MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH INISIATIF PPPM 2019
Sesi Penilaian Akhir Tahun dan Majlis Penyampaian Watikah Inisiatif PPPM tahun 2019 telah diadakan di Dewan Sri Melati, Perbadanan Putrajaya pada 14 Februari 2019. Majlis telah disempurnakan oleh YB. Dr. Maszlee bin Malik, Menteri Pendidikan Malaysia. Turut hadir adalah Dr. Mehander Singh a/l Nahar Singh, Pengarah IAB sebagai Peneraju Inisiatif #112: Pemantapan IAB dan IPG, En. Mazlan bin Samsudin, Timbalan Pengarah Khidmat Profesional sebagai Pengurus Program Inisiatif #112 dan semua Ketua Alur Kerja semua Inisiatif PPPM. Sesi Penilaian Akhir Tahun melibatkan pelaporan Inisiatif #87: Pelaksanaan Piagam Sekolah oleh Tuan Pengarah IAB. Penyampaian Watikah Inisiatif PPPM telah disampaikan oleh YBM kepada Pengarah IAB selaku peneraju dan semua Pengurus Program dan Ketua Alur Kerja.
PEMBENTANGAN LAPORAN KAJIAN KEBERKESANAN KURSUS
Pembentangan Laporan Kajian Keberkesanan Kursus telah diadakan dalam Mesyuarat Jawatakuasa Teknikal Penyelidikan pada 13 Februari 2019 bertempat di Balai Sidang.
APLIKASI KBAT DALAM PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
Program Aplikasi KBAT Dalam Pentaksiran Bilik Darjah telah diadakan di Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Lipis, Pahang pada 30 Januari 2019.
PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL PUSAT 3P BIL.1/2019
Program Pembangunan Profesional Pusat 3P Bil 1/2019 telah diadakan pada 17 Januari 2019 bertempat di Bilik U404 bermula jam 9.00 pagi. Peserta program terdiri daripada En. Abdul Mu'ti bin Ahmad, Ketua Pusat 3P, ketua-ketua jabatan dan semua pensyarah Pusat 3P. Program telah dimulai dengan bacaan doa oleh Tn. Hj. Nik Mat bin Berahim, diikuti dengan ucapan oleh En. Abdul Mu'ti bin Ahmad, Ketua Pusat 3P. Slot pertama adalah sesi perkongsian pengalaman oleh Dr. James Ang Jit Eng, Pensyarah Cemerlang Gred Khas "C" berkaitan persediaan, cabaran dan pengalaman dalam mendapatkan status Pensyarah Cemerlang Gred Khas 'C'. Sesi perkongsian ini amat menarik kerana buat julung kalinya peserta didedahkan dengan pengalaman sebenar penceramah mendapatkan status Gred Khas 'C'. Pada slot kedua peserta telah didedahkan dengan aplikasi "Padlet" yang boleh digunakan sebagai satu alat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Program tamat pada jam 1.00 tengah hari.
MESYUARAT JABATAN PENGURUSAN KURIKULUM DAN KOKURIKULUM BIL 1/2019
Mesyuarat Jabatan Pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum telah diadakan pada 16 Januari 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama 3 pada jam 9.00 pagi. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Ahmad Azuan bin Zainudin, Ketua Jabatan JPKK dan dihadiri oleh semua pensyarah jabatan. Antara perkara yang telah dibincangkan adalah pengagihan tugas-tugas jabatan dan keberhasilan pensyarah bagi tahun 2019. Kursus-kursus yang telah ditakwimkan juga perlu diselaraskan semula bersesuaian dengan peruntukan yang diterima pada tahun 2019. Mesyuarat tamat pada jam 11.00 pagi.
MESYUARAT PUSAT PEMBANGUNAN PENGURUSAN PENDIDIKAN BIL 1-2019
Mesyuarat Pusat Pembangunan Pengurusan Pendidikan kali 1/2019 telah diadakan pada 10 Jan 2019 jam 9.00 pagi bertempat di Balai Sidang. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Abdul Mu'ti bin Ahmad, Ketua Pusat 3P. Perkara-perkara yang telah dibincangkan termasuklah langkah-langkah penjimatan yang akan diambil untuk mempastikan peruntukan yang diterima dimanfaatkan sebaik mungkin. Setiap jabatan perlu membuat penyelararan kepada kursus-kursus yang telah dirancang dengan mengambil kira peruntukan yang ada. Setiap Ketua Jabatan telah membuat pembentangan perancangan aktiviti yang telah dirancang dan pengagihan tugas kepada setiap ahli jabatan. Mesyuarat juga bersetuju melantik Datin Nik Marini binti Nik Abdull Malik sebagai bendahari Pusat 3P yang baru bagi menggantikan Pn. Hajah Hajar binti Muhamad yang telah bersara pilihan pada 31 Disember yang lepas. Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 12.40 tengah hari.
PERTUKARAN DR. ABANG ADAM BIN ABANG DELI KE PPD SRI AMAN SARAWAK
Pensyarah kanan Jabatan Pengurusan HEM dan Kaunseling, Dr. Abang Adam bin Abang Deli telah dilantik sebagai Ketua PPD Sri Aman Sarawak berkuatkuasa 17 Disember 2018. Satu majlis jamuan meraikan pertukaran tersebut telah diadakan di sebuah restoran bertempat di Mercato, Bandar Enstek pada 7 Januari 2019. Majlis tersebut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Khidmat Profesional, En. Mazlan bin Samsudin, Ketua Pusat Pengurusan Pembangunan Pendidikan, En. Abdul Mu'ti bin Ahmad, ketua-ketua jabatan dan semua pensyarah kanan Pusat 3P.