Lawatan Kerja ke TM Experience Centre Lawatan Kerja ke TM Experience Centre Pusat Pengurusan Teknologi telah mengadakan lawatan kerja ke TM Experience Centre pada 27hb Julai 2018. Timbalan Pengarah Khidmat Professional, En. Mazlan bin Samsudin, turut sama dalalam lawatan ini. Pegawai-pegawai dari Pusat Pengurusan Teknologi, IAB telah didedahkan dengan teknologi terkini dalam dunia komunikasi terutama dalam bidang pendidikan. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pengurusan Portal IAB & Kursus Pengurusan Kandungan Portal IAB Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pengurusan Portal IAB & Kursus Pengurusan Kandungan Portal IAB Mensyuarat Jawatankuasa Kerja Pengurusan Portal IAB telah dilaksanakan pada 17 Julai 2018 dan dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Khidmat Profesional, En. Mazlan bin Samsudin. Mesyuarat yang turut dihadiri KP Pusat Pengurusan Teknologi, KJ Jabatan Pengurusan Rangkaian dan Sistem Maklumat dan pengurus kandungan pusat serta cawangan ini bertujuan membuat penyelarasan kandungan portal IAB dan menyelesaikan isu-isu berbangkit. Kursus Pengurusan Kandungan Portal Menggunakan CMS Joomla diberikan kepada pengurus kandungan pusat dan cawangan selama dua hari, iaitu pada 18 dan 19 Julai, bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan pengurus kandungan menggunakan dan mentadbir kandungan Portal IAB. Kursus Peningkatan Profesionalisme Pembangunan Sistem dan Bahan Digital & Multimedia Kursus Peningkatan Profesionalisme Pembangunan Sistem dan Bahan Digital & Multimedia Kursus ini telah diadakan pada 2 hingga 4 Mei 2018 di Hotel Sri Langit, Sepang. Kursus dengan kerjasama CoPED, UUM, ini mendedahkan kemahiran penggunaan perisian CMS Joomla!, Articulate Storyline dan iStudio kepada peserta dari Pusat Pengurusan Teknologi. Kemahiran yang diperolehi memberi banyak manafaat dan akan membantu kelancaran pegawai-pegawai PPT dalam menjalankan tugas dengan lebih efisien. Perhimpunan Bulanan IAB Bulan April 2018 Perhimpunan Bulanan IAB Bulan April 2018 Perhimpunan Bulan April telah diadakan pada 27hb. April 2018 di mana Pusat Pengurusan Teknologi bertindak sebagai urusetia bagi perhimpunan ini. Perhimpunan kali ini, bertemakan "IR 4.0 Count Yourself In". Perhimpunan kali ini menjadi sejarah apabila Pelan Induk Kecemerlangan IAB(PIK) telah dilancarkan oleh YBrs. Dr. Zainal Aalam bin Hassan, Timbalan Kurua Pengarah Pelajaran Malaysia. Hari Profesional IAB Bil 1/2018 Hari Profesional IAB Bil 1/2018 Hari Profesional Bil 1/2018 telah diadakan pada 5 Januari 2018 bertempat di Auditorium Perdana IAB Induk. Pada tahun ini, buat julung kalinya, sesi pendaftaran dan kehadiran staf dilaksanakan secara dalam talian (online) menggunakan kod QR yang ditadbir oleh Jabatan Pengurusan Rangkaian dan Sistem Maklumat (JPRSM). Dalam program Hari Profesional ini, dua pembentangan telah dilakukan oleh Pusat Pengurusan Teknologi iaitu: Penataran INSYST oleh En. Mohammadnor Basri bin Shafe Portal IAB dan MyMesyuarat 2.0 oleh Pn. Wan Fadzlina binti Wan Mohd Azmi