LAWATAN PENANDAARASAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI KE UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) LAWATAN PENANDAARASAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI KE UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) Tarikh: 28 Januari 2019 Tempat: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Urus setia: Jabatan e-Pembelajaran Satu lawatan penandaarasan Institut Aminuddin Baki ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), telah diadakan pada 28 Januari 2019. Lawatan penandaarasan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat antara IAB dan UPSI berkaitan pelaksanaan e-Pembelajaran di kedua-dua institusi. Lawatan anjuran Pusat Pengurusan Teknologi ini disertai oleh 19 staf IAB yang diketuai oleh Ketua Jabatan e-Pembelajaran Tuan Hj. Paridon Bin Hj. Sahid dan Pensyarah Kanan serta Pegawai Teknologi Maklumat daripada Pusat Pengurusan Teknologi (PPT) dan turut serta wakil-wakil Pensyarah Kanan daripada Pusat Pembangunan Pengurusan Pendidikan (PPPP), Pusat Pembangunan Dasar dan Inovasi Organisasi (PDIO) dan Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan (PPKP). Delegasi IAB disambut mesra oleh Prof. Madya Dr. Syakirah binti Samsudin, Pengarah Pusat Pembangunan Akademik(PPA) dan En Megat Azrin bin Ahmad, Timbalan Ketua Pegawai Maklumat, Pusat ICT (PICT) UPSI staf-staf PPA dan PICT yang terlibat. Sesi perbincangan yang aktif dan komprehensif berlangsung selama 3 jam diantara delegasi IAB dan pihak UPSI. Antara topik yang menjadi fokus utama perbincangan adalah pemindahan mata kredit untuk kursus CPD dan juga proses pembangunan bahan e-Pembelajaran. Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan makan tengahari. Semoga lawatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama teknikal antara IAB bersama dengan Pusat Pembangunan Akademik dan Pusat ICT UPSI. BENGKEL DAN TAKLIMAT SISTEM BERSEPADU IAB (INSYST) DI JPN SABAH BENGKEL DAN TAKLIMAT SISTEM BERSEPADU IAB (INSYST) DI JPN SABAH Jabatan Pengurusan Rangkaian dan Sistem Maklumat (JPRSM) Pusat PengurusanTeknologi telah dijemput oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah untuk memberi satu taklimat dan bengkel penggunaan aplikasi Sistem Aplikasi IAB (INSYST). Taklimat dan bengkel tersebut telah dijalankan dengan jayanya pada 29 Januari 2019 di JPN Sabah oleh Ketua Jabatan JPRSM En Mohd Nazri Ibrahim dengan dibantu boleh Pegawai Teknologi Maklumat En Mohamd Arqam Bin Mohammad. INSYST merupakan satu aplikasi pengurusan latihan komprehensif yang dibangunkan oleh JPRSM bagi memastikan pengurusan latihan di IAB adalah sistematik dan terancang. Inisiatif yang diambil oleh JPN Sabah bagi menjalankan taklimat dan bengkel INSYST kepada staf JPN Sabah merupakan satu usaha yang proaktif dan perlu dicontohi oleh JPN negeri-negeri lain. Taklimat dan bengkel seperti ini amat penting bagi memastikan maklumat dan teknik yang betul berkaitan penggunaan INSYST dapat disampaikan secara terus dan bersemuka bersama pembangun sistem di JPRSM. JPRSM berharap INSYST yang dibangunkan dapat digunapakai secara optimum dan sebaik mungkin oleh semua Jabatan-jabatan Kementerian Pendidikan Malaysia yang terlibat secara langsung dengan latihan kepimpinan di IAB. LAWATAN PENANDAARASAN e-PEMBELAJARAN KE UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA (OUM) LAWATAN PENANDAARASAN e-PEMBELAJARAN KE UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA (OUM) Lawatan penandaarasan e-Pembelajaran Institut Aminuddin Baki kali kedua melibatkan universiti swasta telah berlangsung bersama dengan Universiti Terbuka Malaysia (OUM). Lawatan tersebut telah diadakan pada 31 Januari 2019 bertempat di Conference Room, Level 2 Main Campus OUM Kuala Lumpur. Lawatan penandaarasan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat antara IAB dan OUM berkaitan pelaksanaan e-Pembelajaran di kedua-dua intitusi. Seramai delegasi14 staf IAB yang diketuai oleh Dr Zaharian Bin Zainuddin Ketua Pusat, Pusat Pengurusan Teknologi, Tuan Hj. Paridon Bin Hj. Sahid, Ketua Jabatan e-Pembelajaran, En. Hamizi Bin Osman Ketua Jabatan Asas Pengurusan Hal Ehwal Murid dan Kaunseling, Pusat Pembangunan Pengurusan Pendidikan (PPPP) dan Pensyarah -Pensyarah Kanan serta Pegawai Teknologi Maklumat daripada Pusat Pengurusan Teknologi. Rombongan IAB disambut oleh Prof. Madya Dr. Nantha Kumar Subramaniam, Head, Learning Technology dan Prof. Madya Dr Woo Tai Kwan, Director of Centre for Instructional Design and Technology (CIDT). Pihak IAB mendapat banyak input dan informasi berguna berkaitan platform e-Learning OUM iaitu myINSPIRE yang dikongsikan oleh Prof. Madya Dr. Nantha. Semoga lawatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama teknikal antara IAB bersama dengan pihak OUM terutama CIDT . PERSIDANGAN MOODLE MOOT DI UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI, SHIZUOKA JEPUN PERSIDANGAN MOODLE MOOT DI UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI, SHIZUOKA JEPUN Seramai sepuluh (10) staf akademik Institut Aminuddin Baki (IAB) telah mengikuti lawatan kerja rasmi ke Jepun bagi menghadiri Persidangan Moodle Moot 2019 yang diadakan di Universiti Sains dan Teknologi, Shizuoka pada 26 Feb hingga 1 Mac 2019. Delegasi diketuai oleh Ketua Jabatan e-Pembelajaran Pusat Pengurusan Teknologi, IAB Tuan Hj. Paridon Bin Hj. Sahid, Dr A’azmi bin Shahri, Dr. Ashfahani bt Zakaria, Tn. Hj. Muhammad KhairilTitov bin Zainuddin dan En. Ekhwan bin Besah daripada IAB Induk. Turut serta adalah staf akademik daripada IAB Cawangan iaitu Dr Ahmad Rafaai Ayudin dan Cik Vimala Davy G Ramiah dari IAB Cawangan Sarawak, En. Indra Sahril bin Sayuati dari IAB Sabah dan En. Fazil bin Ahmad IAB Cawangan Utara. Objektif lawatan kerja tersebut adalah : Melaksanakan perkongsian melalui tajuk pembentangan kajian kes The Use of Moodle Features Towards Data-Driven Improvement for E-Learning Content and Assessment at IAB Malaysia Berkongsi kepakaran dan pengetahuan serta bertukar-tukar pendapat dengan ahli akademik lain yang mempunyai latar belakang berbeza Mewujudkan jaringan akademik dengan peserta seminar yang datang dari pelbagai institusi pendidikan serta dari pelbagai negara Meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang e-Pembelajaran terutama dalam bidang perisian sumber terbuka Learning Management System – Moodle Secara keseluruhannya penglibatan pensyarah IAB ke persidangan Moodle Moot di Universiti Sains dan Teknologi Shizuoka Jepun telah mencapai objektif yang telah digariskan. Selain berpeluang berkongsi pengalaman dan kepakaran dari pembangun dan pengamal LMS Moodle Moot, pihak IAB juga dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran dalam pelaksanaan Kursus eNQEL yang dilaksanakan secara Fully Online Non Moderated. Maklum balas yang diperoleh oleh peserta menjadikan semua lebih berkeyakinan kerana standard kursus dalam talian yang dibangunkan oleh IAB setaraf dengan pengamal dari luar negara. Bagi memastikan penglibatan secara berterusan, pihak IAB akan terus menambahbaik kursus dalam talian dan merancang untuk pembangunan kursus dalam talian secara Micro Courses. LAWATAN PENANDAARASAN e-PEMBELAJARAN BERSAMA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA LAWATAN PENANDAARASAN e-PEMBELAJARAN BERSAMA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA Tarikh : 1 Ogos 2019 (Rabu) Tempat : Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka Lawatan penandaarasan e-Pembelajaran antara JPN Melaka dan Jabatan e-Pembelajaran telah diadakan bagi tujuan perkongsian tentang pendekatan dan pelaksanaan e-Pembelajaran antara kedua-dua pihak. Sesi lawatan diketuai oleh Ketua Jabatan e-Pembelajaran Pusat Pengurusan Teknologi, IAB Tuan Hj. Paridon Bin Hj. Sahid dan Pengarah JPN Melaka Datuk Haji Abu Bakar Bin Sahari. BENGKEL DIREKTORI KEPAKARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) BENGKEL DIREKTORI KEPAKARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) Tarikh : 31 Julai - 2 Ogos 2019 Tempat : Bahagian Pendidikan Guru, KPM Bengkel dilaksanakan bagi membangunkan sistem direktori kepakaran KPM dan dan melakukan verifikasi terhadap maklumat kepakaran semua staf Ikhtisas Institut Aminuddin Baki dalam laman portal : https://sgmy.moe.gov.my/kpmxpert/ Sistem Guru Malaysia. Bengkel ini diketuai oleh En Mohd Nazri Bin Ibrahim Ketua Jabatan Rangkaian dan Sistem Maklumat (JPRSM) dan En. Md Rahaimi Bin Rashid Ketua daripada Jabatan Penyelidikan Pendidikan.