Dasar Kualiti

  1. Institut Aminuddin Baki (IAB) komited untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang, cekap dan berkesan bagi memenuhi kehendak pelanggan dalam pengurusan dan kepimpinan pendidikan melalui program latihan yang berkualiti.
  2. IAB juga memastikan peraturan dan undang-undang yang sedang berkuat kuasa dipatuhi serta memenuhi kehendak pelanggan.
  3. Dasar kualiti ini menyediakan asas untuk mewujudkan, menyemak semula objektif kualiti serta komitmen pengurusan untuk meningkatkan Sistem Pengurusan Kualiti yang berterusan.
  4. Dasar kualiti ini disebarkan, difahami dan diaplikasikan oleh semua warga IAB serta dikaji semula untuk memastikan kesesuaiannya.