FUNGSI JABATAN
1. JABATAN KEPIMPINAN KURIKULUM DAN KOKURIKULUM (JKKK)
Fungsi dan Tugas Jabatan
- Merancang, menggubal dan melaksana program latihan dalam bidang-bidang pengurusan
dan kepimpinan kurikulum dan kokurikulum. - Menjalankan penyelidikan dalam bidang pengurusan kurikulum dan kokurikulum.
- Memberi khidmat konsultasi dalam bidang pengurusan kurikulum dan kokurikulum.
- Menghasilkan penulisan ilmiah dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
- Merancang, menyelaras, melaksana dan membuat penilaian bagi aktiviti kecergasan
eksekutif dalam kalangan staf. - Menyenggara peralatan sukan, gimnasium dan gelanggang permainan.
- Mewujudkan jaringan dengan bahagian-bahagian KPM dan jalinan dengan agensi luar untuk
kerjasama dalam bidang pengurusan kurikulum dan kokurikulum. - Memberikan khidmat konsultasi proses akreditasi program
2. JABATAN KEPIMPINAN HAL EHWAL MURID DAN KAUNSELING (JKHEMK)
Fungsi dan Tugas Jabatan
- Merancang, menyelia dan melaksana program latihan dalam bidang pengurusan HEM dan
kaunseling. - Menjalankan penyelidikan dalam bidang pengurusan HEM dan kaunseling.
- Memberikan khidmat konsultasi kepada institusi pendidikan dalam bidang pengurusan HEM
dan kaunselling. - Menghasilkan penulisan ilmiah dalam bidang pengurusan HEM dan kaunseling.
- Menyelaras program kolaborasi bagi aktiviti disiplin dan kaunseling antara IAB dengan JPN
dan PPD - Mewujudkan jaringan dengan bahagian-bahagian KPM dan jalinan dengan agensi luar untuk
kerjasama dalam bidang pengurusan HEM dan kaunseling. - Merancang, menyedia dan menguruskan kaunselor organisasi
3. JABATAN PENGURUSAN KEWANGAN DAN PENTADBIRAN PEJABAT (JPKPP)
Fungsi dan Tugas Jabatan
- Merancang, mereka bentuk, melaksana dan menilai program latihan dalam bidang
pentadbiran pejabat, pengurusan kewangan dan akaun sekolah. - Merancang dan memberi khidmat konsultasi berkaitan pentadbiran pejabat. dan pengurusan
kewangan sekolah. - Merancang dan memberi khidmat konsultasi berkaitan pengurusan stor dan aset.
- Menghasilkan penulisan ilmiah dalam bidang pentadbiran pejabat dan pengurusan kewangan
sekolah. - Menjalankan penyelidikan dalam bidang pentadbiran pejabat dan pengurusan kewangan
sekolah. - Mewujudkan jaringan dengan bahagian-bahagian KPM dan jalinan dengan agensi luar untuk
kerjasama dalam bidang pengurusan kewangan dan pentadbiran pejabat.
4. JABATAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN (JPPKP)
Fungsi dan Tugas Jabatan
- Merancang, menggubal dan melaksana program latihan dalam bidang penyelidikan
pengurusan dan kepimpinan pendidikan - Menghasilkan penyelidikan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan
- Memberi khidmat konsultasi dalam bidang penyelidikan pengurusan pendidikan kepada
pemimpin pendidikan - Menyelaras dan melaksanakan program latihan dalam bidang penyelidikan dan
pembangunan program latihan - Menerbitkan bahan penulisan dalam bidang penyelidikan pengurusan pendidikan
- Menjalankan pelaksanaan program latihan dalam bidang penilaian pendidikan untuk
pemimpin pendidikan - Mengadakan penilaian keberkesanan program latihan dalam bidang penilaian pendidikan
untuk pemimpin pendidikan - Menjalankan kajian dalam bidang penilaian pendidikan
- Menjalankan kajian keperluan latihan bidang-bidang baharu kepimpinan pendidikan
5. JABATAN PEMBANGUNAN PENGURUS, PEMIMPIN DAN EKSEKUTIF PENDIDIKAN (JPPPEP)
Fungsi dan Tugas Jabatan
- Merancang, mereka bentuk dan melaksanakan program latihan untuk pemimpin pelapis
pendidikan melalui program NPQEL. - Mereka bentuk dan menyelaras khidmat konsultasi berkaitan bidang kepimpinan untuk
pemimpin pelapis dan eksekutif pendidikan. - Melaksanakan penilaian, penyelidikan dan penulisan berkaitan latihan pemimpin pelapis dan
eksekutif pendidikan. - Menganjur persidangan, seminar dan wacana ilmiah dalam bidang pengurusan dan
kepimpinan pendidikan untuk memben pemimpin. - Menjalankan penyelidikan dan menghasilkan penulisan ilmiah berkaitan latihan pemimpin
pelapis. - Mengadakan program perkongsian professional dalam bidang pengurusan dan kepimpinan.
6. JABATAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN (JPKP)
Fungsi dan Tugas Jabatan
- Merancang, melaksana dan menyelaras program latihan untuk meningkatkan kompetensi
pengurus dan pemimpin pendidikan - Merancang, membangun dan menyelaras program pembangunan profesio-nalisme
berterusan (PBB) bagi pemimpin sekolah berdasarkan pencapaian prestasi dan kompetensi
yang diperlukan - Merancang, membangun dan menyelaras program pembangunan kompetensi pemimpin
pertengahan - Menyelaras kursus kepimpinan dan pengurusan pendidikan, pembangunan kepimpinan
sekolah, kepimpinan untuk perubahan dan kemahiran insaniah dalam organisasi pendidikan - Menjalankan penyelidikan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan
- Memberi khidmat konsultasi dalam bidang asas pengurusan dan kepimpinan pendidikan
- Menghasilkan penulisan ilmiah dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan
- Merancang, menyelaras dan mengawal selia program perkongsian profesional dalam bidang
pengurusan dan kepimpinan - Melaksanakan program latihan untuk potential leaders dalam bidang asas pengurusan dan
kepimpinan pendidikan - Merancang, membangun dan melaksanakan program pembangunan organisasi untuk
kecemerlangan sekolah (PrOD) - Memberi khidmat konsultasi dalam bidang pentaksiran dan program pemba-ngunan
organisasi untuk kecemerlangan sekolah (PrOD) - Menghasilkan bahan penulisan, penilaian dan pentaksiran bagi program pemba-ngunan
organisasi untuk kecemerlangan sekolah (PrOD)
7. JABATAN KERJASAMA LUAR DAN ANTARABANGSA (JKLA)
Fungsi dan Tugas Jabatan
- Merancang, membangun, melaksana dan menilai program latihan dalam bidang kerjasama
luar antarabangsa. - Merancang, menelaras dan melaksana konsultasi dalam bidang kerjasama luar dan
antarabangsa. - Merancang dan menyelaras aktiviti penyelidikan dalam bidang kerjasama luar dan antarabangsa.
- Menghasilkan bahan penulisan hasil daripada pelaksanaan program dan aktiviti dalam bidang
kerjasama luar dan antarabangsa. - Melaksanakan kajian komparatif dalam bidang kepimpinan pendidikan.
- Mengurus dan membina jaringan kolaboratif dalam bidang pengurusan dan kepimpinan
pendidikan (ELM) dengan pihak luar dan antarabangsa. - Memberikan latihan penyediaan dokumen kerjasama (MoU, NoU dan LoI) dengan pihak luar.
- Mengurus, menyelaras dan melaksanakan dan melaksanakan program latihan dalam bidang
pengurusan dan kepimpinan pendidikan kepada peserta luar negara.
8. JABATAN KEPIMPINAN BAHASA DAN KOMUNIKASI (JKBK)
Fungsi dan Tugas Jabatan
- Merancang, mereka bentuk dan melaksanakan program latihan pengurusan penggunaan
Bahasa komunikasi, protocol dan etiket sosial - Memantau dan menilai pelaksanaan program latihan pengurusan penggunaan bahasa,
komunikasi, protokol dan etiket sosial - Menyebar luas, memperkasa dan mengimplementasikan penggunaan Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris secara lisan dan penulisan dalam semua aspek pengurusan kepimpinan
pendidikan - Menghasilkan penulisan bahan-bahan ilmiah dalam bidang bahasa, komunikasi, protokol dan
etiket sosial - Melaksanakan konsultasi kepada pemimpin pendidikan tentang komunikasi organisasi,
protokol dan etiket sosial - Merancang dan melaksanakan penyelidikan berkaitan pengurusan penggunaan bahasa,
komunikasi, protokol dan etiket sosial - Memberi latihan kepimpinan pengurusan pelaksanaan dasar-dasar berkaitan bahasa
- Merancang, menyelaras dan mengawal selia program latihan pengurusan bahasa dan
komunikasi - Merancang, menyelia dan melaksana program pengukuhan pembentukan budaya dalam
organisasi
9. JABATAN KONSULTASI KEPIMPINAN PENDIDIKAN (JKKP)
Fungsi dan Tugas Jabatan
- Merancang, melaksana dan menilai program latihan dan pembangunan dalam bidang
konsultasi kepimpinan pendidikan. - Membangun dan melaksana program kemahiran konsultasi dan runding cara untuk
pembangunan organisasi. - Mengurus dan melaksana latihan peningkatan kemahiran amalan konsultasi dan runding
cara untuk pembangunan organisasi pendidikan. - Menjalankan perkongsian pintar dengan PPD, JPN dan KPM berkaitan amalan konsultasi dan
runding cara untuk pembangunan organisasi pendidikan. - Menyelaras dan melaksana program bimbingan dan khidmat nasihat untuk pembangunan
organisasi pendidikan. - Merangka penilaian keberkesanan amalan konsultasi dan runding cara kepimpinan untuk
pembangunan organisasi pendidikan. - Menyediakan bahan penulisan dan penerbitan berkaitan konsultasi dalam pendidikan.
10. JABATAN KEPIMPINAN TEKNOLOGI DAN DIGITAL (JKTD)
Fungsi dan Tugas Jabatan
- Mengenal pasti, mereka bentuk dan membangun program kepimpinan teknologi dan digital.
- Mengurus dan melaksana program dalam bidang kepimpinan teknologi dan digital untuk
pemimpin pendidikan. - Menjalankan penyelidikan dalam menilai dan menambah baik modul latihan kepimpinan
teknologi dan digital dalam bidang aplikasi komputer. - Memberi khidmat konsultasi kepada pelanggan IAB dalam bidang aplikasi komputer.
- Merancang aktiviti penyebaran maklumat dan perkongsian ilmu seperti pembinaan
pengkalan data berkenaan dengan aplikasi komputer. - Mereka bentuk, membangun dan menyenggara pembangunan sistem maklumat serta
rangkaian. - Menyelaras dan mentadbir sistem maklumat dan rangkaian.
- Menyelaras, mentadbir dan mengawal selia pembangunan pusat data (DC) dan pusat
pemulihan bencana (DRC). - Memberi khidmat latihan, khidmat sokongan dan konsultasi berkaitan sistem maklumat dan
rangkaian. - Mengurus, mengawal selia dan memberi khidmat penyelenggaraan perkakasan ICT.
- Menerapkan kemahiran dan nilai dalam kepimpinan teknologi dan digital.
- Memberikan khidmat latihan dan khidmat sokongan berkaitan penggunaan dan peralatan ICT
11. JABATAN KEPIMPINAN KUALITI DAN INOVASI (JKKI)
Fungsi dan Tugas Jabatan
- Mengurus dan menyelaras pelaksanaan sistem pengurusan kualiti (SPK).
- Merancang dan melaksana tindakan penambahbaikan sistem pengurusan kualiti (SPK).
- Merancang dan melaksana program latihan dalam pengurusan kualiti dan inovasi.
- Memberi khidmat latihan dan konsultasi berkaitan pengurusan kualiti dan inovasi.
- Memastikan amalan pengurusan kualiti dijalankan mengikut standard ISO yang ditetapkan.
- Memantau, menyelaras, menyediakan dan melaporkan pencapaian objektif kualiti.
- Memberi khidmat latihan dan konsultasi berkaitan dengan pengurusan kualiti dan pengurusan strategik.
- Menyelaras dan melaksanakan aktiviti pembudayaan inovasi.
- Menjalankan penyelidikan berkaitan kualiti dan inovasi.
- Mengawal selia pencapaian Pelan Induk Kecemerlangan (PIK).
- Merangka, mengurus, menyedia dan mengawal selia Pelan Pengurusan Risiko.
12. JABATAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (JPPB)
Fungsi dan Tugas Jabatan
- Merancang, mengawal selia dan menjalankan program pembangunan profesionalisme berterusan kepada staf.
- Merancang, mengawal selia dan menjalankan program pembangunan profesionalisme bagi
staf baharu. - Merancang, menyelaras dan melaksana konsultasi dalam bidang pembangunan
profesionalisme berterusan. - Merancang, menyelaras dan menjalankan latihan bagi persediaan pentaksiran Master Trainer
(Certified Trainer dan Certified Master Trainer) kepada kumpulan ikhtisas. - Menyelaras pendidikan lanjutan kumpulan staf ikhtisas.
- Mengawal selia dan mengurus direktori kepakaran staf ikhtisas.
- Menyelaras dan mengawal selia sistem pengurusan latihan KPM bagi staf.
- Menyelaras dan menjadi urusetia jawatankuasa pembangunan sumber manusia.
- Merancang dan menyelaras aktiviti penyelidikan dalam bidang pembangunan staf.
- Menghasilkan bahan penulisan berdasarkan program dan aktiviti yang dijalankan dalam
pembangunan profesionalisme staf.
13. JABATAN PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN (JPP)
Fungsi dan Tugas Jabatan
- Merancang, membangun dan melaksana program latihan dalam bidang penilaian dan
pentaksiran pendidikan. - Mengurus dan melaksanakan pentaksiran pemimpin pelapis dan pensyarah.
- Menyelaras penggubalan dan pemurnian item, pelaksanaan, analisis dan pelaporan ujian
akhir kursus (UAK) program NPQEL. - Menjalankan penyelidikan dalam bidang penilaian dan pentaksiran pemimpin pendidikan.
- Membangun dan menjalankan modul latihan dalam bidang penilaian pendidikan untuk
pemimpin pendidikan. - Menyelaras penilaian keberkesanan program latihan dalam bidang penilaian pendidikan
untuk pemimpin pendidikan. - Menjalankan kajian dalam bidang penilaian pendidikan.
- Merancang, meneliti dan menganalisis keperluan pembangunan pemimpin pendidikan.
- Merancang, merangka dan menganalisis keperluan pembangunan bakat kepimpinan dalam
sistem pendidikan. - Merancang dan meneliti keperluan untuk pemilihan pemimpin pelapis dalam bidang
pengurusan dan kepimpinan pendidikan. - Merancang dan mengenal pasti kompetensi untuk pembangunan pemimpin pelapis dalam
bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan. - Merancang, membangun dan menyelaras program Master Trainer dalam bidang pengurusan
dan kepimpinan pendidikan. - Merancang, memimpin, menyelaras urusan pentaksiran dan peperiksaan dalam bidang
pengurusan dan kepimpinan pendidikan. - Merancang jalinan kerjasama dengan pelbagai agensi dalam dan luar KPM bagi
meningkatkan kualiti pentaksiran dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan.
14. JABATAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN KOMUNITI DAN BEKEPERLUAN KHUSUS (JKPKBK)
Fungsi dan Tugas Jabatan
- Merancang, membangun, melaksana dan menilai program latihan dan pembangunan dalam
bidang pengurusan asas pendidikan dan komuniti - Membantu dan melaksana program pentaksiran untuk mengenal pasti jurang kompetensi
pemimpin pendidikan dengan kursus dan latihan yang diperlukan dalam bidang pengurusan
asas pendidikan dan komuniti - Merancang dan eyelaras penyelidikan dalam bidang pengurusan asas pendidikan dan
komuniti - Merancang, melaksana dan menilai program konsultasi dalam bidang pengurusan asas
pendidikan dan komuniti - Menghasilkan penulisan ilmiah dalam bidang pengurusan asas pendidikan dan komuniti
- Merancang model pengurusan dan kepimpinan pembangunan kepimpinan pendidikan
komuniti yang berkesan sebagai tanda aras kepada pemimpin pendidikan - Merancang, mengelola dan membina jaringan dan jalinan serta perundingan dengan pihakpihak yang berkepentingan dalam usaha meningkatkan kualiti pengurusan dan kepimpinan
pendidikan pembangunan komuniti - Mengurus dan melaksana keperluan dan keberkesanan tindak ikut dan tindak susul (FuFT)
bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan perpaduan, kenegaraan, nilai dan integriti - Mengurus dan melaksana program latihan, konsultasi, pentaksiran, penyelidikan, penerbitan
dan pasukan pemikir khusus dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan, nilai dan
integriti.
15. JABATAN PEMBANGUNAN EPEMBELAJARAN (JPEP)
Fungsi dan Tugas Jabatan
- Merancang, menggubal dan melaksana program latihan dalam bidang e-Pembelajaran
- Merancang, mereka bentuk dan membangunkan sistem e-Pembelajaran
- Mengurus dan menyelaras pelaksanaan e-Pembelajaran
- Memberikan khidmat sokongan kepada staf IAB dan pengguna e-Pembelajaran atau web
- Menjalankan penyelidikan dalam bidang e-Pembelajaran
- Memberi khidmat konsultasi dalam pelaksanaan e-Pembelajaran
- Menerbitkan bahan penulisan dalam bidang e-Pembelajaran
- Menghasilkan aplikasi mudah alih untuk modul-modul e-Pembelajaran
- Menjalankan penyelidikan dalam menilai dan menambah baik modul latihan ePembelajaran.
- Menerapkan kemahiran dan nilai dalam pembangunan bahan menggunakan aplikasi teknologi dan digital.
- Memberikan khidmat latihan dan khidmat sokongan berkaitan bahan untuk pembangunan modul ePembelajaran.
16. JABATAN PENERBITAN, DOKUMENTASI DAN SUMBER PENDIDIKAN (JPDSP)
Fungsi dan Tugas Jabatan
- Merancang, membangun, melaksana dan menilai program latihan dalam bidang penulisan
dan penerbitan - Merancang dan menyelaras semua aktiviti penulisan, penterjemahan dan dokumentasi untuk
tujuan penerbitan - Merancang dan menjalankan penyelidikan dalam bidang penulisan dan penerbitan
- Merancang dan mengawal selia bahan penerbitan
- Merancang dan mengawal selia pembangunan koleksi perpustakaan
- Menjalankan proses pengumpulan manuskrip untuk doket penerbitan
- Merancang dan mengawal selia pembangunan kandungan repositori
- Merancang dan mengawal selia penyebaran (diseminasi) dan promosi bahan sumber
maklumat - Merancang dan mengawal selia latihan, konsultasi, pentaksiran dan penyelidikan dalam
bidang penerbitan dan dokumentasi - Merancang dan mengawal selia pendokumentasian bahan bercetak dan elektronik
- Melaksanakan proses penerbitan merangkumi penyediaan spesifikasi, reka bentuk,
penyuntingan, pembacaan pruf dan konsultasi penerbitan - Menyelaras, menguruskan dan menilai bahan bercetak dan elektronik untuk dimuat naik ke
portal dan repositori - Merancang, mengurus dan melaksanakan promosi dan jerayawara program latihan
- Mengurus dan menyelaras penyebaran (diseminasi) dan promosi bahan sumber maklumat
- Menyelaras, mengurus dan memberi khidmat nasihat mengenal pembangunan kandungan
repositori.
FUNGSI SEKSYEN
1. SEKSYEN PENYELARAS PROGRAM (SPP)
Fungsi dan Tugas Seksyen
- Menyediakan Takwim Tahunan
- Menyelaras program IAB bagi tahun semasa
- Mendaftar kursus/program latihan yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengajian IAB (Pukal Latihan)
- Membuat pindaan/penangguhan/pembatalan kursus berdasarkan BK04.
- Mengeluarkan arahan menjalankan kursus/program latihan kepada pengurus/pengurus Bersama.
- Melaporkan pencapaian pensyarah dan pencapaian program
- Melaporkan status pelakksanaan kursus/program di peringkat cawangan
- Menguruskan program pembangunan staf gunasama
- Menyelaras borang tempahan penggunaan premis bagi program dalaman dan agensi luar. (ILA).
- Menguruskan penyediaan sijil kepada semua peserta kursus
- Mentadbir Sistem INSYST (Modul Pengurusan Latihan) di peringkat cawangan.
- Mentadbir Sistem Modul Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS) NPQEL di peringkat cawangan.
2. SEKSYEN KHIDMAT PENGURUSAN (SKP)
Fungsi dan Tugas Unit
- Pembangunan dan Penyelenggaraan di IAB Cawangan Sarawak Bagi memastikan kerja-kerja pembangunan dan penyelenggaraan dapat dilaksanakan mengikut keperluan semasa dan keutamaan.
- Menyelaras, mengurus dan memantau keperluan penyelenggaraan serta peruntukan yang diperlukan untuk menyelenggara bangunan dan kemudahan di IAB Cawangan supaya fasiliti dan premis IAB tersedia dan dalam keadaan baik serta boleh digunakan.
- Menyedia draf jawapan bagi aduan pelanggan mengenai isu berkaitan penyelenggaraan / pembangunan
- Melaksana dan menguruskan program pembangunan dan latihan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan untuk meningkatkan tahap pengurusan dan kepimpinan institusi pendidikan.
- Melaksana instrumen pentaksiran dan penilaian pemimpin pendidikan bagi mencapai objektif kualiti dan standarad yang ditetapkan.
- Melaksana dan memudahcara program konsultasi, coaching dan mentoring dalam bidang pengurusan dan kepoimpinan pendidikan bagi meningkatkan prestasi dan keupayaan pegawai perkhidmatan pendidikan dalam organisasi.
- Melaksana dan menghasilkan penyelidikan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan bagi meningkatkan
- Profesionalisme pemimpin pendidikan.Menghasilkan buku/jurnal/dokumen/program/modul/instrumen/standard/kertas cadangan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan bagi memperkayakan tubuh ilmu pengurusan dan kepimpinan pendidikan.
3. UNIT ASET DAN STOR (UAS)
Fungsi dan Tugas Unit
- Merancang perolehan bekalan pejabat, inventori, harta modal dan alat-alat ganti sebelum diserahkan kepada Unit Perolehan untuk tindakan perolehan
- Melaksanakan kerja-kerja pengurusan stor, penerimaan, penyimpanan, pengeluaran, pelupusan dan yang berkaitan
- Menguruskan Lawatan Mengejut, Pemeriksaan Stok dan Pemverifikasi Stor setiap tahun
- Melantik Pegawai-pegawai penerimaan, pegawai Pemeriksa stok, pmverifikasi stor
- Menguruskan semua aset supaya berada dalam keadaan yang baik.
- Menguruskan Mesyuarat JKPAK IABCGH empat kali setahun
- Menguruskan Pemeriksaan Aset
- Mengurus dan menyelia Sistem SPA dan SPS
- Menyediakan laporan perbelanjaan bulanan dan tahunan mengikut vot
4. UNIT PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN (UPP)
Fungsi dan Tugas Unit
- Mengurus hal ehwal surat menyurat, urusan perjalanan fail termasuk pembukaan dan penutupan fail.
- Mengendali segala aspek pentadbiran pejabat dan kenderaan Fleet jabatan SPANCO)
- Menyediakan Laporan Kewangan (mengurus)
- Menyediakan Anggaran Belanjawan Tahunan
- Mengemaskini rekod-rekod cuti dan perkhidmatan
- Pengurusan hal ehwal kakitangan berkaitan perjawatan penyadbiran dan perkhidmatan
- Mengurus bayaran elaun tuntutan , bil, tiket kapal terbang, dan berkaitan tempahan penginapan
- Menyelaras aspek pembangunan manusia seperti kursus dan bengkel kakitangan
- Mengurus semua urusan kewangan yang berkaitan
- Menyelaras, menyedia dan mengemukakan jawapan / maklumbalas pertanyaan / teguran Jabatan audit Negara, Audit Dalaman dan Naziran serta laporan berkalan ke Bahagian Kewangan dalam tempoh yang ditetapkan.
- Pengurusan rekod jabatan termasuk pengkelasan fail dan dokumen terperingkat mengikut Akta Rahsia Rasmi dan Arahan Keselamatan.
- Mengurus dan melaksanakan Perolehan jabatan kecuali peroleha ICT.
- Mengurus hal-hal berkaitan keselamatan dan penyelenggaraan bangunan merangkumi penyelenggaraan sivil, mekanikal, elektrikal, keselamatan fizikal dan pengurusan.