JABATAN PEMBANGUNAN DAN KELESTARIAN INSTITUSI CEMERLANG JABATAN PEMBANGUNAN DAN KELESTARIAN INSTITUSI CEMERLANG Fungsi Jabatan Pembangunan dan Kelestarian Institusi Cemerlang: 1. Menyelaras dan melaksanakan latihan untuk membangun dan melestarikan organisasi pendidikan. 2. Menyelaras dan melaksanakan penandaarasan amalan terbaik pengurusan dan kepimpinan organisasi cemerlang. 3. Menyelaras dan melaksanakan konsultasi (FUFT) terhadap keberkesanan program kelestarian kecemerlangan organisasi pendidikan. 4. Menyelaras dan memberi runding cara berkaitan program transformasi sekolah untuk pembangunan organisasi pendidikan. 5. Menganalisis dan menyelaras data organisasi cemerlang bagi tujuan hebahan melalui media massa. 6. Menganalisis, menilai dan menyediakan laporan program-program jabatan. 7. Mereka bentuk pembangunan modul latihan mengikut keperluan semasa. JABATAN MEMPERKASA INSTITUSI PENDIDIKAN JABATAN MEMPERKASA INSTITUSI PENDIDIKAN Fungsi Jabatan Memperkasa Institusi Pendidikan: 1. Menggubal dan melaksana amalan pendekatan memperkasa kepimpinan institusi pendidikan. 2. Memperkasakan pelaksanaan perkongsian pintar dengan PPD, JPN dan KPM berkaitan input latihan kepimpinan pendidikan. 3. Melaksanakan khidmat konsultasi dan runding cara kepada pemimpin pendidikan untuk memperkasa organisasi pendidikan. 4. Melaksanakan kajian dan penilaian terhadap keberkesanan program memperkasa institusi pendidikan. 5. Menjalinkan hubungan dan berkolaboratif dengan institusi latihan yang cemerlang untuk memperkasa kepimpinan pendidikan. JABATAN KONSULTASI DAN RUNDING CARA JABATAN KONSULTASI DAN RUNDING CARA Fungsi Jabatan Konsultasi Dan Runding Cara: 1. Mengenal pasti, mereka bentuk dan membangun program kemahiran konsultasi dan runding cara untuk pembangunan organisasi pendidikan. 2. Mengurus dan melaksanakan latihan peningkatan kemahiran amalan konsultasi dan runding cara untuk pembangunan organisasi pendidikan. 3. Menjalinkan perkongsian pintar dengan PPD, JPN dan KPM berkaitan amalan konsultasi dan runding cara untuk pembangunan organisasi pendidikan. 4. Mereka bentuk, menyelaras dan melaksanakan program bimbingan dan khidmat nasihat untuk pembangunan organisasi pendidikan. 5. Merangka penilaian keberkesanan amalan konsultasi dan runding cara kepimpinan untuk pembangunan organisasi pendidikan. 6. Merangka dan menyelaras program konsultasi yang dilaksanakan oleh IAB. 7. Menyediakan bahan penulisan dan penerbitan berkaitan konsultasi dan runding cara. JABATAN LATIHAN KEPIMPINAN TEKNOLOGI DAN DIGITAL JABATAN LATIHAN KEPIMPINAN TEKNOLOGI DAN DIGITAL Fungsi Jabatan Latihan Kepimpinan Teknologi Dan Digital: 1. Mengenal pasti, mereka bentuk dan membangun program kepimpinan teknologi dan digital. 2. Mengurus dan melaksana program dalam bidang kepimpinan teknologi dan digital untuk pemimpin pendidikan. 3. Menilai dan menambah baik modul latihan kepimpinan teknologi dan digital. 4. Mengurus penyebaran maklumat dan perkongsian ilmu dalam bidang kepimpinan teknologi dan digital. 5. Menerapkan kemahiran dan nilai dalam kepimpinan teknologi dan digital.