JABATAN ASAS PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN
- Mereka bentuk dan melaksanakan program latihan untuk potential leaders dalam bidang asas pengurusan dan kepimpinan pendidikan.
- Mereka bentuk dan melaksanakan program latihan untuk pemimpin pertengahan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan.
- Mereka bentuk dan melaksanakan program pembangunan profesionalisme berterusan untuk pemimpin pendidikan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan.
- Mereka bentuk dan melaksanakan bimbingan, konsultasi dan runding cara dalam bidang pengurusan dan kepimpinan.
- Mereka bentuk bahan penulisan dan penerbitan berkaitan dengan pengurusan dan kepimpinan pendidikan.
- Merangka dan mereka bentuk kajian keberkesanan program latihan pengurusan dan kepimpinan pendidikan.
JABATAN PEMBANGUNAN, PENGURUS, PEMIMPIN DAN EKSEKUTIF PENDIDIKAN
- Mereka bentuk dan melaksanakan program latihan untuk pengurus, pemimpin dan eksekutif pendidikan.
- Mereka bentuk dan menyelaras khidmat konsultasi berkaitan bidang kepimpinan untuk pengurus, pemimpin dan eksekutif pendidikan.
- Merancang serta melaksanakan penilaian, penyelidikan dan penulisan berkaitan latihan pengurus, pemimpin dan eksekutif pendidikan.
- Merangka dan menyelaras program perkongsian profesional dalam bidang pengurusan dan kepimpinan.
JABATAN KEPIMPINAN BERKEPERLUAN KHUSUS
- Merangka, menggubal, menyelaras, mengawal selia dan melaksanakan program latihan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan kepada pemimpin sekolah berkeperluan khusus di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Menyelaras dan mengawal selia penyelidikan dan penerbitan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan kepada pemimpin sekolah berkeperluan khusus untuk tujuan penambahbaikan pelaksanaan program latihan.
- Merangka dan menjalinkan hubungan kerjasama dan kolaborasi sebagai kumpulan pemikir dalam aspek pengurusan dan kepimpinan pendidikan kepada pemimpin sekolah berkeperluan khusus dengan bahagian-bahagian lain di Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Merangka model pengurusan kepimpinan pemimpin berkeperluan khusus yang berkesan sebagai penanda aras kepada pemimpin pendidikan mengikut keperluan.
- Merangka dan menyelaras aktiviti konsultasi berkaitan pengurusan dan kepimpinan pendidikan bekeperluan khusus kepada pemimpin sekolah berkeperluan khusus.
JABATAN KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN BAHASA
- Merangka, mereka bentuk dan menyelaras serta melaksanakan program latihan bahasa, komunikasi berkesan dan protokol dan etiket sosial.
- Menyelaras dan melaksanakan program penyelidikan serta penilaian berkaitan dengan bahasa, komunikasi berkesan dan protokol dan etiket sosial.
- Menyelaras dan memberi khidmat konsultasi berkaitan dengan bahasa, komunikasi berkesan dan protokol dan etiket sosial.
- Merangka, mereka bentuk dan melaksanakan pentaksiran terhadap peserta kursus yang terlibat dengan pelbagai latih amal dalam program latihan bahasa, komunikasi berkesan dan protokol dan etiket sosial.
- Merangka, mereka bentuk dan menghasilkan bahan penulisan berkaitan dengan bahasa, komunikasi berkesan dan protokol dan etiket sosial untuk diterbitkan.