JABATAN PENYELIDIKAN PENDIDIKAN (JPP)
- Menyelaras penggubalan kurikulum dan modul latihan dalam bidang penyelidikan pendidikan untuk pemimpin pendidikan dan pensyarah IAB.
- Menyelaras program latihan dalam bidang penyelidikan pendidikan untuk pemimpin pendidikan.
- Menganalisis dan menilai keberkesanan program latihan dalam bidang penyelidikan pendidikan untuk pemimpin pendidikan.
- Merangka dan mengawal selia kualiti aktiviti penyelidikan supaya menepati fungsi IAB.
- Merangka program pembangunan kompetensi pensyarah IAB dalam bidang penyelidikan.
- Menyelaras kajian dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan.
JABATAN PENILAIAN PENDIDIKAN (JPen)
- Menyelaras penggubalan kurikulum dan modul latihan dalam bidang penilaian pendidikan untuk pemimpin pendidikan.
- Menyelaras dan mengawal selia pelaksanaan program latihan dalam bidang penilaian pendidikan untuk pemimpin pendidikan.
- Merangka dan menyelaras penilaian keberkesanan program latihan dalam bidang penilaian pendidikan untuk pemimpin pendidikan.
- Menyelaras dan mengawal selia kajian dalam bidang penilaian pendidikan.
JABATAN PENGAJIAN KOMPARATIF KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN (JPKom)
- Menyelaras penggubalan kurikulum dan modul latihan dalam bidang pengajian komparatif kepimpinan dan pengurusan pendidikan.
- Menyelaras pelaksanaan program latihan dalam bidang pengajian komparatif kepimpinan dan pengurusan pendidikan.
- Menyelaras penilaian keberkesanan program latihan dalam bidang pengajian komparatif kepimpinan dan pengurusan pendidikan.
- Menyelaras program konsultasi dalam bidang pengajian komparatif kepimpinan dan pengurusan pendidikan.