Fungsi Jabatan

JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENTAKSIRAN

jabatan pentaksiran

 

Mengurus dan melaksanakan kajian keperluan pembangunan, membangunkan sistem pentaksiran, audit pentaksiran  dan menggabungjalinkan kemahiran membuat keputusan menggunakan data serta program pembangunan pemimpin pendidikan bagi meningkatkan kompetensi pemimpin pelapis.

 

JABATAN PENTAKSIRAN MASTER TRAINER

fungsi master trainer

 

Merangka dan melaksanakan pembangunan, pengkajian, pentaksiran dan pengurusan pensijilan Master Trainer serta menyelia dan mengemaskini direktori pensijilan mengikut peredaran masa dalam usaha memperkasakan kepimpinan pendidikan.

 

JABATAN PENTAKSIRAN PEMIMPIN PENDIDIKAN

fungsi kompas

 

 Menyedia, menyelaras dan membuat penambahbaikan instrumen pentaksiran dan standard kompetensi pemimpin pendidikan bagi keperluan pemimpin pendidikan dalam menyediakan pelan pembangunan pemimpin pendidikan dan pemimpin sistem pendidikan pada peringkat individu (ID) dan organisasi (OD) dengan kerjasama agensi-agensi dalam dan luar KPM.

 

JABATAN PEPERIKSAAN

fungsi peperiksaan

 

Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan program dan aktiviti-aktiviti  peperiksaan dan pentaksiran  ke arah merealisasikan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah melahirkan para pemimpin pendidikan yang berprestasi tinggi.