JABATAN PENERBITAN DAN DOKUMENTASI
- Melaksana program penerbitan dan dokumentasi IAB.
- Mengurus dan melaksana pengumpulan, penilaian dan bahan terjemahan terbitan IAB.
- Melaksana aktiviti penyuntingan manuskrip, reka bentuk bahan penerbitan IAB.
- Melaksana proses pendokumentasian bahan secara bercetak dan digital bagi tujuan repositori IAB.
- Melaksanakan latihan dan khidmat konsultasi serta membuat penyelidikan berkaitan dengan aktiviti penulisan dan penerbitan serta perkhidmatan Perpustakaan Aminuddin Baki.
- Melaksanakan penerbitan seperti Jurnal, Buku, Swakarya, Buletin, Program Latihan dan Laporan Tahunan IAB.
JABATAN SUMBER PENDIDIKAN
- Mengurus pemilihan dan pembangunan koleksi bahan bercetak perpustakaan seperti penambahan, pemeliharaan dan pemuliharaan bahan agar menepati keperluan latihan.
- Memantau proses pendokumentasian merangkumi pengkatalogan, pengkelasan, pengindeksan serta pengabstrakan bahan ke dalam sistem perpustakaan.
- Menyelaras perkhidmatan Perpustakaan IAB sebagai pusat rujukan setempat dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan.
- Menyelaras khidmat runding cara dan nasihat kepada pelanggan.
- Menyelaras promosi perkhidmatan dan Program Galakan membaca IAB.
- Memantau sistem Perpustakaan Bersepadu Berpusat ke arah perkongsian strategik maklumat perpustakaan secara dalam talian.
- Mengurus pendigitalan bahan untuk membangun dan memantapkan kandungan repositori IAB.
- Mengurus Arkib Khas sebagai tempat pengumpulan dan pameran koleksi peribadi bekas Pengarah-Pengarah IAB atau pelbagai koleksi bersejarah.