Pusat Konsultansi & Pembangunan Organisasi Pendidikan dipimpin oleh Ketua Pusat dan terdiri daripada empat (4) jabatan iaitu:- JABATAN PEMBANGUNAN & KELESTARIAN INSTITUSI CEMERLANG (JPKIC) JABATAN MEMPERKASA INSTITUSI PENDIDIKAN (JMIP) JABATAN KONSULTASI DAN RUNDING CARA (JKRC) JABATAN LATIHAN KEPIMPINAN TEKNOLOGI DAN DIGITAL (JLKTD) FUNGSI PUSAT Fungsi Pusat Konsultansi & Pembangunan Organisasi Pendidikan: 1. Merancang dan merangka program yang berfokus kepada pengurusan dan kepimpinan kelestarian organisasi cemerlang (JPKIC) 2. Merancang dan mengawal selia pelaksanaan program transformasi sekolah untuk pembangunan organisasi pendidikan. (JPKIC) 3. Merancang dan merangka keperluan latihan serta khidmat konsultasi dan runding cara untuk pembangunan organisasi pendidikan. (JKRC) 4. Merancang, menyelaras dan mengawal selia program konsultasi dan runding cara untuk pembangunan organisasi pendidikan.(JKRC) 5. Merancang dan mengawal selia program memperkasa kepimpinan dan institusi pendidikan. (JMIP) 6. Merancang dan mengawal selia program dalam bidang kepimpinan teknologi dan digital untuk pembangunan organisasi pendidikan (JLKTD) Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Dashboard: https://tinyurl.com/pkpopsite