KURSUS PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PEJABAT KURSUS PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PEJABAT KURSUS PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PEJABAT Kewujudan pekeliling dan arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh agensi Kerajaan bertujuan untuk membantu agensi awam melaksanakan urusan pentadbiran dengan lebih cekap, teratur dan berkesan. Sebagai pengurus sekolah, pekeliling dan arahan ini menjadi panduan dalam memastikan pengurusan dan pentadbiran sekolah dapat dilaksanakan dengan cemerlang.Modul ini dibina untuk memberi pengetahuan dan kefahaman kepada pemimpin sekolah agar segala urusan yang berhubung dengan lantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidmatan, pengurusan elaun serta cuti staf dapat diurus mengikut prosedur yang betul. Manakala keakuran kepada peraturan- peraturan pegawai awam berkaitan dengan kelakuan dan tatatertib berupaya membentuk integriti dan kreadibiliti para pegawai semasa menjalankan tugas.Keupayaan pemimpin sekolah dalam mengatur tadbir urus pengurusan pejabat dengan efisien menjadi pemangkin kepada kelicinan perjalanan jentera pentadbiran sekolah. Rangkuman ini akan membentuk kekuatan kerja sepasukan yang padu yang akhirnya memberi impak kepada kecemerlangan sekolah secara keseluruhannya. KUMPULAN SASARAN · Pengetua · Guru Besar · Guru Penolong Kanan Pentadbiran KURSUS PENGURUSAN FAIL DAN REKOD KURSUS PENGURUSAN FAIL DAN REKOD KURSUS PENGURUSAN FAIL DAN REKOD Kursus ini merupakan kursus High Impact yang banyak menekankan peraturan seperti yang dikehendaki oleh Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2007- Panduan Pengurusan Pejabat Bahagian VII Pengurusan Fail dan Bahagian VIII- Penyelenggaraan, Pemeliharaan dan Pelupusan Rekod Awam. IAB menyediakan satu pakej latihan yang lebih intensif dan berfokus tinggi bagi membantu usaha Kementerian Pendidikan merealisasikan hasrat ‘Pengurusan Cemerlang Tanggungjawab Kita’. KUMPULAN SASARAN · Pengetua · Guru Besar · Guru Penolong Kanan Pentadbiran KURSUS PENGURUSAN PANITIA KURSUS PENGURUSAN PANITIA KURSUS PENGURUSAN PANITIA Panitia merupakan satu unit yang penting dalam memastikan pelaksanaan kurikulum di sekolah. Oleh yang demikian, panitia perlu diurus dengan berkesan. Untuk memastikan ia diurus dengan berkesan, maka kursus pengurusan panitia perlu diberikan kepada semua peringkat pengurus sekolah. KUMPULAN SASARAN · Guru Kanan Mata Pelajaran · Ketua Panitia KURSUS PENGURUSAN KOKURIKULUM KURSUS PENGURUSAN KOKURIKULUM KURSUS PENGURUSAN KOKURIKULUM Pendidikan yang seimbang dan menyeluruh sentiasa memberi penekanan kepada kedua-dua aspek iaitu kurikulum dan kokurikulum. Untuk mencapai matlamat ini, pendidikan yang mengintegrasikan aktiviti kurikulum dan kokurikulum hendaklah dirancang dan dilaksanakan secara bersepadu serta bersungguh-sungguh. Oleh itu, para pemimpin sekolah yang terdiri daripada Pengetua, Guru Besardan Guru Penolong Kanan Kokurikulum perlu dilatih di dalam bidang pengurusan kokurikulum bagi meningkatkan dan memantapkan lagi kompetensi diri mereka sebagai pentadbir sekolah. KUMPULAN SASARAN · Pengetua · Guru Besar · Guru Penolong Kanan Kokurikulum · Pegawai KPM/JPN/PPD KURSUS PENGURUSAN STRATEGIK KURSUS PENGURUSAN STRATEGIK KURSUS PENGURUSAN STRATEGIK Kemahiran mengurus strategi adalah ilmu yang wajib bagi mereka yang ingin menjadi pemimpin yang berjaya. Para pemimpin pendidikan perlu menguasai kemahiran membina dan melaksanakan strategi secara berkesan bagi mencapai kecemerlangan organisasi yang diimpikan. Model pengurusan strategik berdasarkan pendekatan terkini yang dicadangkan oleh Universiti Harvard disesuaikan untuk melaksanakan pengurusan strategik bagi meningkatkan prestasi organisasi dalam Kementerian Pelajaran Malaysia. KUMPULAN SASARAN · Pengetua · Guru Besar · Pensyarah Institut Aminuddin Baki (IAB) KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN SEKOLAH KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN SEKOLAH KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN SEKOLAH Kursus ini sangat penting untuk memastikan sumber yang telah disalurkan kepada sekolah dapat memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit yang telah dilaburkan. Penyediaan dan pengurusan sumber kewangan yang berkesan adalah penting bagi menyokong dan membolehkan warga sekolah memberi tumpuan kepada tugas utama mereka dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai matlamat yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Sejajar dengan itu, kursus ini memberi pendedahan dan memberi input berkaitan kepada pengurus sekolah sebagai orang yang bertanggungjawab menerima dan menguruskan peruntukan. Pengisian kursus bermula daripada pengurusan belanjawan, hasil, perolehan, bayaran, aset dan stor serta Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah secara Elektronik (eSPKWS). Satu pusingan yang lengkap termasuk kawalan yang mesti dilaksanakan dalam setiap bidang. KUMPULAN SASARAN · Pengetua · Guru Besar · Guru Penolong Kanan Pentadbiran KURSUS PENGURUSAN ASET ALIH DAN STOR KURSUS PENGURUSAN ASET ALIH DAN STOR KURSUS PENGURUSAN ASET ALIH DAN STOR Kursus ini sangat penting untuk memastikan semua aset alih dan stok di sekolah dikawalselia dan diuruskan dengan baik. Perolehan aset alih dan stok yang melibatkan peruntukan yang besar saban tahun, jadi adalah sangat penting penekanan terhadap tanggungjawab menjaga harta awam ini serta menggunakannya untuk kepentingan awam secara berhemah.Kursus ini dibentuk untuk memberi pendedahan kepada pihak sekolah tentang kepentingan pengurusan aset alih dan stor sekolah secara cekap dan sistematik mematuhi tatacara yang telah ditetapkan. Pihak pengurusan sekolah diharusnya mengambil peluang melalui kursus berimpak tinggi ini untuk menimba seberapa banyak maklumat berkaitan pengurusan aset dan stor seterusnya diaplikasikan dalam pentadbiran di sekolah agar semua aset alih dan stor diurus secara sistematik, cekap, efektif dan efisen. KUMPULAN SASARAN · Pengetua · Guru Besar · Guru Penolong Kanan Pentadbiran KURSUS KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL BERKESAN KURSUS KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL BERKESAN KURSUS KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL BERKESAN Pemimpin sekolah menjadi peneraju utama di sesebuah sekolah. Pemimpin ini seharusnya dapat mengatur strategi berdasarkan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan akta pendidikan 1996 agar mencapai hasrat wawasan pendidikan KPM dan wawasan 2020 kerajaan. Dalam usaha mengatur strategi ini, pelbagai factor perlu diambil kira termasuklah mewujudkan misi atau matlamat yang jelas, memahami reality serta kekangan pelaksanaan yang sememangnya dihadapi, dan mengenalpasti ruang dan peluang untuk penambahbaikan. Kajian-kajian terhadap Sekolah Berkesan dalam literature menunjukan bahawa factor utama kejayaan sesebuah sekolah adalah berteraskan corak kepimpinan yang berfokus dan terancang dan model Kepimpinan Instruksional didapati paling sesuai untuk tujuan ini. KUMPULAN SASARAN · Pengetua · Guru Besar · Guru Penolong Kanan Pentadbiran KURSUS PENGURUSAN SEKOLAH TERINTANG KURSUS PENGURUSAN SEKOLAH TERINTANG KURSUS PENGURUSAN SEKOLAH TERINTANG Sekolah Terintang merangkumi sekolah kurang murid, sekolah terpencil, sekolah di pulau, sekolah di pedalaman dan sekolah murid Orang Asli Penan. Bentuk geografi dan kedudukan sekolah yang serba kekurangan dari aspek insfrastruktur, guru dan kemudahan yang terhad serta komuniti setempat menyebabkan sekolah ini perlu dibangunkan. Bagi menggalas cabaran ini, pemimpin sekolah perlu dibantu dengan menyediakan pelbagai maklumat kemahiran dan strategi secara bersepadu. Dengan harapan guru dan murid dapat dibangunkan potensi mereka supaya setanding di sekolah harian biasa di arus perdana. KUMPULAN SASARAN · Guru Besar Sekolah Orang Asli Penan dan Peribumi · Guru Besar Sekolah Kurang Murid · Guru Besar Sekolah Pedalaman · Guru Besar Sekolah Pulau · Guru Besar Sekolah di Sempadan KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN COACHING DAN MENTORING (KPCM) KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN COACHING DAN MENTORING (KPCM) KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN COACHING DAN MENTORING (KPCM) Pencapaian keputusan dalam mana-mana organisasi adalah melalui pencapaian individu anggotanya. Pemimpin, pengurus dan pentadbir perlu mengambil bahagian yang aktif bagi menangani dan bertindak balas kepada peluang- peluang tertentu untuk meningkatkan prestasi kakitangan mereka. Program ini akan membantu peserta membangunkan kemahiran untuk menyokong dan meningkatkan prestasi organisasi masing-masing. KUMPULAN SASARAN · Pengetua · Guru Besar · Guru Penolong Kanan Pentadbiran · Pegawai Bahagian KPM/JPN/PPD KURSUS KAJIAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN KURSUS KAJIAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN KURSUS KAJIAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN Kursus Kajian Tindakan Pengurusan dan Kepimpinan bertujuan untuk meningkatkan tahap profesional pemimpin pendidikan. Melalui kursus ini pemimpin sekolah didedahkan dengan konsep kajian tindakan dan cara melaksanakannya di sekolah. Kajian tindakan dapat mengesan punca sebenar masalah yang berkaitan dengan pengurusan sekolah dan seterusnya penyelesaian dapat dirangka dengan tepat. KUMPULAN SASARAN · Pengetua · Guru Besar · Penolong Kanan · Guru Kanan Mata Pelajaran · Ketua Panitia KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN PERTENGAHAN (LCML) KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN PERTENGAHAN (LCML) KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN PERTENGAHAN (LCML) Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (Leadership Course for Middle Leaders (LCML)) merupakan kursus untuk membangunkan kompetensi pemimpin pertengahan di sekolah bagi mencapai anjakan ke-5 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu mempastikan pemimpin berprestasi tinggi di setiap sekolah. Pemimpin pertengahan memainkan peranan penting sebagai pengantara antara pengurusan tertinggi (Pengetua/Guru Besar dan Guru Penolong Kanan) dan guru serta staf sekolah di bawah kawalan mereka. Sehubungan dengan itu, pemimpin pertengahan perlu memiliki pelbagai kompetensi seperti kemahiran komunikasi, proaktif, orientasi pencapaian, kerja sepasukan, kreativiti dan inovasi, berfokuskan kurikulum, membangun kapasiti, perkongsian ilmu, menyelesai masalah dan mengurus perubahan. Pada masa yang sama pemimpin pertengahan perlu bijak dalam pengurusan kendiri (managing self), pengurusan tugas-tugas utama (managing task) dan pengurusan pasukan (managing people). KUMPULAN SASARAN ·Guru Kanan Mata Pelajaran · Ketua Panitia · Pemimpin Pertengahan yang Setara KURSUS ICT DALAM PENGURUSAN SEKOLAH KURSUS ICT DALAM PENGURUSAN SEKOLAH KURSUS ICT DALAM PENGURUSAN SEKOLAH Kursus ICT dalam pengurusan sekolah merupakan lanjutan daripada kursus Asas Komputer. Kursus ini akan memantapkan lagi kemahiran pengurus- pengurus sekolah yang telah menghadiri Kursus Asas Komputer. Kursus ini merangkumi keseluruhan kerangka ICT iaitu perkakasan, perisian, rangkaian, pengurusan data dan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah. KUMPULAN SASARAN · Pengetua · Guru Besar · Guru Penolong Kanan KURSUS PENGURUSAN KEPIMPINAN PUSAT SUMBER PENDIDIKAN KURSUS PENGURUSAN KEPIMPINAN PUSAT SUMBER PENDIDIKAN KURSUS PENGURUSAN KEPIMPINAN PUSAT SUMBER PENDIDIKAN Pusat sumber dilihat sebagai unit yang mampu membawa perubahan-perubahan dalam usaha membantu melonjakkan kecemerlangan prestasi sekolah, walau bagaimanapun usaha ini hanya dapat dilestarikan seandainya pengurusan dan pentadbirannya mampu menjadikan pusat sumber sebuah gerbang ilmu yang lengkap dan berdaya saing. Melihat kepada kepentingan pusat sumber sekolah sebagai wadah peningkatan kualiti modal insan, adalah wajar para pemimpin sekolah seperti Pegawai Pendidikan Negeri, Pegawai Pendidikan Daerah, Pengetua dan Guru-guru Penolong Kanan mengetahui dengan jelas peranan pusat sumber sekolah (PSS) untuk menjadikan PSS cemerlang yang membantu melahirkan modal insan cemerlang. KUMPULAN SASARAN · Pengetua · Guru Besar · Penolong Kanan Kurikulum KURSUS PENGURUSAN PERHUBUNGAN KOMUNITI KURSUS PENGURUSAN PERHUBUNGAN KOMUNITI KURSUS PENGURUSAN PERHUBUNGAN KOMUNITI Matlamat Dasar Pendidikan kebangsaan adalah untuk mewujudkan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu dan dihormati masyarakat sejagat. Dalam usaha menuju ke arah matlamat ini, pihak sekolah dan komuniti perlu mempunyai hubungan rapat dan berkerjasama dalam melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan harmoni. Kepimpinan dan pengurusan sekolah khususnya Guru Besar dan Penolong Kanan sebagai pentadbir barisan hadapan perlu dimantapkan dengan pengetahuan kepimpinan dan pengurusan dalam perhubungan komuniti supaya wujud kesefahaman dan keprihatinan dalam usaha meningkatkan kerjasama antara pihak komuniti dan pihak pengurusan sekolah. KUMPULAN SASARAN · Pengetua · Guru Besar · Penolong Kanan HEM · Ahli Jawatankuasa PIBG KURSUS PENGHASILAN BAHAN PERSEMBAHAN BERKESAN KURSUS PENGHASILAN BAHAN PERSEMBAHAN BERKESAN KURSUS PENGHASILAN BAHAN PERSEMBAHAN BERKESAN Persembahan elektronik yang baik dan bermutu dengan menggunakan aplikasi komputer adalah perlu bagi menyampaikan maklumat yang berkesan dan berfokus. Sehubungan itu, kursus ini direka bentuk bagi melatih pemimpin pendidikan menghasilkan persembahan secara berkesan melalui penggunaan prinsipprinsip rekaan dan elemen-elemen grafik seta multimedia. KUMPULAN SASARAN · Pengetua · Guru Besar · Penolong Kanan Pentadbiran · Pegawai Bahagian KPM/JPN/PPD KURSUS ETIKET SOSIAL DALAM ORGANISASI KURSUS ETIKET SOSIAL DALAM ORGANISASI KURSUS ETIKET SOSIAL DALAM ORGANISASI Kursus ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepimpinan sekolah kepada aspek-aspek etika sosial bagi mewujudkan perhubungan yang baik sesama manusia. Suasana sekolah yang terdedah dengan pelbagai program dan aktiviti memerlukan kepimpinan sekolah menekankan kepada kepatuhan terhadap etiket yang mengandungi aspek- aspek tingkah laku yang diterima umum oleh masyarakat dengan mengikut prosedur dan tindakan yang betul dalam pengendalian majlis. Program ini juga melatih pemimpin sekolah untuk mengamalkan amalan protokol yang sudah lama wujud di negara kita, terutamanya dalam majlis-majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah. KUMPULAN SASARAN · Pengetua · Guru Besar · Guru Penolong Kanan · Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) KURSUS PENGURUSAN PENDIDIKAN PRA-SEKOLAH KURSUS PENGURUSAN PENDIDIKAN PRA-SEKOLAH KURSUS PENGURUSAN PENDIDIKAN PRA-SEKOLAH Golongan generasi muda hari ini merupakan aset yang penting dalam memastikan kesinambungan kecemerlangan kepimpinan dan pembangunan negara pada masa hadapan. Pengurusan pendidikan prasekolah merupakan aspek yang amat penting dan perlu diberi perhatian khusus dalam memastikan matlamat ini dapat dicapai. Menyedari kepentingan itu, kursus ini dijalankan untuk memberikan pendedahan secara menyeluruh kepada golongan pemimpin yang terlibat dalam bidang ini. Diharapkan kursus ini akan dapat menyediakan platform untuk mengkonsolidasikan idea ke arah pembentukan pendidikan prasekolah yang terbaik. KUMPULAN SASARAN · Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) KURSUS PENGURUSAN RISIKO DALAM ORGANISASI KURSUS PENGURUSAN RISIKO DALAM ORGANISASI KURSUS PENGURUSAN RISIKO DALAM ORGANISASI Pengurusan risiko merupakan satu pendekatan yang membolehkan pengurus memperoleh maklumat risiko yang boleh digunakan dalam perancangan strategik. Pengurus akan mendapat panduan mengurus organisasi mereka dengan lebih cekap dan berkesan melalui pengurusan risiko. Pengurusan risiko menyediakan garis panduan dan pelan tindakan terhadap risiko sedia ada dan mungkin akan dihadapi oleh organisasi. Pengetahuan pengurusan risiko yang jelas dalam kalangan staf dapat membantu organisasi mencegah risiko yang tidak diingini daripada berlaku. KUMPULAN SASARAN · Pengetua · Guru Besar · Pegawai Bahagian KPM/JPN/PPD KURSUS PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR KURSUS PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR KURSUS PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR Penglibatan komuniti dalam pendidikan merupakan aspek penting untuk membantu sekolah mencapai tahap kecemerlangan. Oleh itu, hubungan pemuafakatan antara pihak sekolah dengan rakan komuniti hendaklah diberi pendedahan berkaitan pengetahuan dan kemahiran menjalin hubungan serta menyediakan perancangan aktiviti untuk meningkatkan kecemerlangan dan kebajikan murid. Melalui kursus ini diharapkan pihak sekolah dan ahli komuniti akan lebih proaktif dan komited membantu murid dan memimpin sekolah dengan lebih cemerlang. KUMPULAN SASARAN · Pengetua · Guru Besar · Penolong Kanan · Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) · Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) · AJK Persatuan Ibu Bapa dan Guru KURSUS KOMUNIKASI BERKESAN KURSUS KOMUNIKASI BERKESAN KURSUS KOMUNIKASI BERKESAN Hubungan sosial antara pemimpin dan pengikut yang berkesan adalah hasil daripada kebolehan seseorang pemimpin berkomunikasi dengan berkesan. Melalui komunikasi, tamadun dicipta, kebudayaan diwarisi oleh generasi akan datang, masalah diselesaikan dan hubungan sesama manusia dijalinkan. Pada hari ini arus perubahan yang pesat telah berlaku dalam pengurusan dan kepimpinan pendidikan di Malaysia. Pemimpin pendidikan kini perlu memiliki kompetensi dalam komunikasi interpersonal supaya dapat berkomunikasi dengan orang yang dipimpin secara lebih berkesan. Keberkesanan komunikasi akhirnya akan menaikkan semangat mereka ke arah penyempurnaan sesuatu tugas dan kejayaan yang lebih cemerlang. KUMPULAN SASARAN · Pengetua · Guru Besar · Pegawai Bahagian KPM/JPN/PPD KURSUS PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL KURSUS PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL KURSUS PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL Para pengetua, guru besar dan pegawai di Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan pengurus pendidikan yang memainkan peranan penting dalam menaikkan imej kepimpinan pendidikan di negara ini. Mereka sering dijadikan suri teladan oleh masyarakat. Mereka juga sentiasa bergaul serta menghadiri pelbagai majlis formal dan tidak formal. Oleh itu, mereka perlu sentiasa menunjukkan penampilan diri yang baik serta mempunyai pengetahuan tentang protokol dan etiket sosial dalam kehidupan seharian. KUMPULAN SASARAN · Pengetua · Guru Besar · Pegawai Bahagian KPM/JPN/PPD