KURSUS PENGURUSAN KEPIMPINAN PUSAT SUMBER PENDIDIKAN KURSUS PENGURUSAN KEPIMPINAN PUSAT SUMBER PENDIDIKAN PENGENALAN Pusat sumber dilihat sebagai unit yang mampu membawa perubahan-perubahan dalam usaha membantu melonjakkan kecemerlangan prestasi sekolah. Walau bagaimanapun usaha ini hanya dapat dilestarikan seandainya pengurusan dan pentadbirannya mampu menjadikan pusat sumber sebuah gerbang ilmu yang lengkap dan berdaya saing. Melihat kepada kepentingan pusat sumber sekolah sebagai wadah peningkatan kualiti modal insan, adalah wajar para pemimpin sekolah seperti Pegawai Pendidikan Negeri, Pegawai Pendidikan Daerah, Pengetua dan Guru-guru Penolong Kanan mengetahui dengan jelas peranan pusat sumber sekolah (PSS) untuk menjadikan PSS cemerlang yang membantu melahirkan modal insan cemerlang OBJEKTIF Pada akhir kursus, peserta akan dapat: menghuraikan ciri-ciri dan fungsi sebagai pusat sumber sekolah yang berkesan. mengaplikasi proses-proses penting dalam pengurusan dan pentadbiran pusat sumber. merancang strategi dan merangka pelan tindakan PSS. menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi bagi membangunkan pusat sumber cemerlang. KANDUNGAN KURSUS Pengenalan kepada pusat sumber sekolah. Isu-isu berhubung pusat sumber sekolah. Peranan pusat sumber berkesan. Proses-proses penting dalam pengurusan dan pentadbiran PSS. Strategi perancangan aktiviti PSS. Pelan tindakan KURSUS REKAAN GRAFIK DAN SUSUN ATUR HURUF KURSUS REKAAN GRAFIK DAN SUSUN ATUR HURUF PENGENALAN Organisasi pendidikan banyak menghasilkan bahan penerbitan seperti buku, majalah, laporan tahunan, jurnal dan bahan bercetak. Berdasarkan keperluan tersebut, personel yang terlibat perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang betul serta memahami bagaimana untuk merancang, menghasil, menilai bahan rekaan grafik serta atur huruf secara berkualiti dalam pelbagai bentuk bahan penerbitan yang dihasilkan atau yang diuruskan. Kursus ini akan melatih peserta memahami perkembangan teknologi penerbitan masa kini, proses, teori, perisian, sistem dan prosedur penerbitan dalam konteks amalan tadbir urus yang baik. OBJEKTIF Pada akhir kursus, peserta akan dapat: Menjelaskan konsep rekaan grafik dan susur atur huruf dalam kerja-kerja penerbitan. Menguasai teori-teori asas rekaan grafik dan reka letak halaman dan anatomi buku dalam kerja-kerja penerbitan. Mengaplikasi ciri-ciri rekaan grafik dan atur huruf saintifik serta spesifikasi bahan penerbitan. Membincangkan teknologi penerbitan masa kini berasaskan prinsip pengurusan (Planning, organising, Leading and Controlling-POLC) serta prosedur penilaian. Bahan rekaan grafik dan susun atur huruf dalam reka letak halaman KANDUNGAN KURSUS Pengenalan-anatomi buku, rekaan grafik dan atur huruf berhalaman. Penerbitan dan percetakan sebagai keperluan industri. Asas imej grafik, bahan grafik dalam rekaan grafik. Penyuntingan dan pemilihan bahan teks dan grafik. Teori dan aplikasi rekaan grafik dan susun atur huruf secara saintifik serta spesifikasi bahan penerbitan. Tipografi, teks, modular dan white space dalam rekaan. Hak cipta dan penggunaan bahan berhak cipta dalam penerbit. Aplikasi rekaan grafik dan atur huruf secara flat plan/damireka letak halaman secara digital, berbantukan komputer – menggunakan perisian Adobe Indesign CS3/CS4, dan Photoshop. Pengurusan pracetak, cetak dan pascacetak – model POLC Prosedur pengurusan penerbitan berkualiti melalui jadual, doket penerbitan dan tapisan penilaian bahan