KURSUS PERSEDIAAN CERTIFIED COACH
PENGENALAN
Inisiatif membimbing dan memberi khidmat konsultasi adalah salah satu usaha untuk meningkatkan keupayaan individu dan organisasi melalui pendekatan pembangunan organisasi. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kompetensi pegawai pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai coach dalam meningkatkan prestasi organisasi.
OBJEKTIF
- memahami konsep, pengetahuan dan model coaching
- menguasai kemahiran coaching.
- mengaplikasikan dan melaksanakan aktiviti coaching melalui simulasi
- merancang pelan tindakan untuk melaksanakan sesi coaching yang berkesan
KANDUNGAN
-
e-Pembelajaran (https://cpd.iab.edu.my)
-
Taklimat Bimbingan & Pentaksiran Certified Coach
-
Kenali diri
a. Ujian ’Kecerdasan Emosi (EI) – EI Test’
b. Hubungan dan keperluan EI dengan Coach yang berkesan
- Pengenalan, Konsep dan Model coaching
- Pengenalan kepada keperluan coaching
a. Konsep Coaching, Mentoring dan Kaunseling
b. Model Coaching – GROW dan OSKAR
-
Kemahiran Coaching
-
Coaching Masteries
a. IAC Coaching Masteries
- Pembinaan Hubungan Professional
a. Etika Profesional Coaching
b. Unsur Saling Percaya Mempercayai
c. Kualiti Peribadi
- Pengendalian Sesi Coaching
a. Persetujuan Bersama Coachee
b. Komunikasi Berkesan
c. Pendengar Yang Aktif
d. Penyoalan Bersemuka
- Keberhasilan Coaching
a. Penetapan Objektif Bersama
b. Perancangan Pelan Tindakan Bersama Coachee
c. Penyeliaan Perkembangan Pelan Tindakan Bersama Coachee
- Simulasi sesi coaching
- e-Coaching
- Pelan Tindakan dan Refleksi
SASARAN
- Pegawai Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia
KURSUS MENTORING PENGARAH JPN BAHARU
PENGENALAN
Program Mentoring Pengarah JPN baharu bertujuan membantu memindahkan pengetahuan kerja, tacit knowledge dan sokongan kepada perkembangan kompetensi peribadi dan kepimpinan organisasi daripada pegawai kanan KPM yang pernah dilantik sebagai Pengarah Pendidikan JPN kepada Pengarah Pendidikan JPN yang baharu dilantik memegang jawatan tersebut.
OBJEKTIF
- Pengukuhan kepimpinan dan pengurusan;
- Pembelajaran berterusan melalui pemindahan pengetahuan untuk pembangunan individu;
- Merancang pembangunan kerjaya; dan
- Meningkatkan keberkesanan individu dan organisasi
KANDUNGAN
- Taklimat pelaksanaan dan pelantikan mentor
- Bimbingan oleh mentor kepada protege
- Refleksi dan pelaporan
SASARAN
- Pengarah-pengarah baharu Jabatan Pendidikan Negeri
SCHOLARLY CONSULTANCY
PENGENALAN
Program Scholarly Konsultasi merupakan salah satu aktiviti kesarjanaan di bawah Inisiatif #112. Aktiviti ini bertujuan meningkatkan kerjasama dalam proses membimbing Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) mengenal pasti masalah dan jalan penyelesaian sehingga PPD dapat menghasilkan produk atau impak yang dikehendaki. Satu bengkel dan dua kali sesi penerangan secara atas talian dan bersemuka melibatkan seramai 10 orang peserta (mengamalkan SOP) telah dijalankan. Pelaksanaan secara turun ke PPD atau pun secara atas talian dijalankan dari 22 Julai hingga 22 September 2020 dan telah dilanjutkan sehingga 22 Oktober 2020 atas permintaan pembimbing dan PPD.
OBJEKTIF
- Memberi bimbingan kepada pelanggan (KPPD dan warga PPD) berdasarkan keperluan.
- Membantu mengenal pasti masalah/isu pelanggan berdasarkan maklumat dan data.
- Membimbing pelanggan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah/isu tersebut.
KANDUNGAN
- Bengkel Penghasilan Instrumen (Output/Outcome) dan Laporan Program.
- Dua kali taklimat Pelaksanaan Program dalam talian dan bersemuka mengikut SOP.
- Pelaksanaan Program Scholarly Konsultasi IAB Fasa 2/2021.
SASARAN
- 14 PPD (terdiri dari KPPD dan warga PPD) dan 28 orang pembimbing/pensyarah IAB
KURSUS PENGURUSAN COACHING DAN MENTORING
PENGENALAN
Pencapaian keputusan dalam mana-mana organisasi adalah melalui pencapaian individu anggotanya. Pemimpin, pengurus atau pentadbir perlu mengambil bahagian yang aktif bagi menangani dan bertindak balas kepada peluang-peluang tertentu untuk meningkatkan prestasi kakitangan mereka. Program ini akan membantu peserta untuk membangunkan kemahiran untuk menyokong dan mengekalkan prestasi yang lebih baik oleh orang lain.
OBJEKTIF
Peserta bersedia untuk melaksanakan coaching dan mentoring dalam organisasi.
Peserta menyediakan pelan tindakan coaching dan mentoring kepada individu dan kumpulan.
Peserta membuat tindakan susulan coaching dan mentoring untuk menentukan hasil.
KANDUNGAN
- Refleksi Kepimpinan
- Pengenalan dan Konsep Kepimpinan dan Pengurusan Coaching dan Mentoring
- Kemahiran coaching dan mentoring
a. Membina Keserasian
b. Temubual Konteks – Mendengar dengan Aktif
c. Temubual Konteks – Temubual Secara Reflektif
d. Memikir Secara Reflektif (Penilaian Kendiri)
- Penetapan Matlamat
- Pemerhatian
- Maklumbalas – Deskriptif
- Maklumbalas – Penilaian
- Aplikasi Kepimpinan dan Pengurusan Coaching dan Mentoring
- Diskusi / Idea / Perbualan Reflektif
- Pelan Tindakan
SASARAN
- Pegawai KPM;
- Pegawai JPN;
- Pegawai PPF;
- PGB;
- PK Pentadbiran/Akademik/Hal Ehwal Murid; Penolong Kanan Koku; Penolong Kanan Petang; dan
- Guru Kanan Mata Pelajaran.
KURSUS KEMAHIRAN PERUNDINGAN DAN KONSULTASI UNTUK PEMIMPIN PENDIDIKAN
PENGENALAN
Pencapaian prestasi sesebuah organisasi banyak bergantung kepada sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh setiap individu dalam organisasi tersebut. Pegawai Pendidikan Daerah dan pegawai-pegawai pendidikan dalam sesebuah organisasi memainkan peranan sebagai perunding, konsultan, pembimbing, pakar rujuk, mentor dan pemberi khidmat nasihat dalam bidang pengkhususan masing-masing. Mereka juga merupakan nadi penggerak dan pemangkin perubahan dalam organisasi. Oleh itu mereka perlu memainkan peranan sebagai perunding, konsultan, coach dan mentor serta memacu inovasi dan kreativiti kepada warga organisasi yang berkenaan. Perundingan berkesan dapat membantu dalam pencapaian kata sepakat, mencapai objektif, memupuk kerjasama dan memastikan tugas dilaksanakan dengan lebih produktif. Kemahiran perundingan dapat mengelak konflik dan membantu hubungan positif sesama ahli dalam setiap organisasi. Kemahiran perundingan adalah penting semasa interaksi rasmi dan tidak rasmi dimana perundingan berkesan menyumbang dalam pembinaan interaksi yang lebih baik.
OBJEKTIF
- Mengaplikasi kemahiran perundingan dan konsultasi dalam mengurus pelbagai sumber.
- Menganalisis keperluan untuk merangka proses dan strategi perundingan dan konsultasi yang berkesan.
- Mewujudkan hubungan yang harmoni dalam melaksanakan tugas sebagai pembimbing di sekolah.
- Mengupaya pemimpin pendidikan bagi meningkatkan kualiti sekolah untuk menjamin kemenjadian murid.
KANDUNGAN
- Fasa ePembelajaran Sektor Awam (EPSA) 2 Modul Perundingan
b. Negotiating the best solution https://www.epsa.gov.my/
a. Kenali Diri
b. Kecerdasan Emosi
c. Asas Komunikasi dalam perundingan dan konsultasi
d. Kemahiran Mempengaruhi
e. Perundingan Berkesan
f. Simulasi Perundingan dan konsultasi
- Fasa Tindak ikut dan Tindak Susul : Bimbingan dan konsultasi di lapangan.
SASARAN
- Pegawai Bahagian KPM
- Pegawai JPN
- Pegawai PPD
- Pengetua dan Guru Besar
- Penolong Kanan