KURSUS ICT UNTUK PEMIMPIN INSTRUKSIONAL KURSUS ICT UNTUK PEMIMPIN INSTRUKSIONAL PENGENALAN Matlamat pembangunan ICT Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah untuk memperluaskan akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT, menekankan pengintegrasian ICT dalam P&P, meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan pelajar, tenaga pengajar dan personel KPM. Prasarana ICT akan menjadi sumber fizikal yang penting kepada proses kerja harian pada semua peringkat pengurusan. Keberkesanan dan kecekapan pengurusan juga akan banyak dipengaruhi oleh tahap penggunaan prasarana ICT. Konsep pengurusan pendidikan sebagai pemimpin instruksional kepada subordinat di organisasi pendidikan telah lama diperkatakan. Ia merupakan cabaran kepada kaedah pengurusan dalam organisasi pendidikan bagi mencapai matlamat secekapnya. Program ICT untuk Pemimpin Instruksional akan menyediakan pengurus pendidikan dengan pengetahuan dan kemahiran ICT dalam skop yang boleh membantu mereka merancang, melaksana, memantau dan menilai pencapaian matlamat organisasi. OBJEKTIF: Memahami konsep pemimpin instruksional. Mengenal pasti skop dan fungsi pemimpin instruksional. Berkebolehan menggunakan ICT sebagai pengupaya ke arah pengurusan instruksional yang lebih efisien. Meningkatkan keberkesanan kepimpinan instruksional dengan ICT Merangka pelan penggunaan ICT organisasi. KANDUNGAN: Konsep kepimpinan instruksional dalam konteks pendidikan di Malaysia ICT sebagai pengupaya dalam kepimpinan instruksional. Pelan penggunaan ICT organisasi. SASARAN: Pengetua, guru besar, dan penolong kanan pentadbiran KURSUS KEPIMPINAN STRATEGIK ICT KURSUS KEPIMPINAN STRATEGIK ICT PENGENALAN Matlamat pembangunan ICT Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah untuk memperluaskan akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT. Selain daripada itu pengintegrasian ICT dalam PpP, peningkatan penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan dan peningkatan pengetahuan dan kemahiran ICT dalam kalangan pelajar, tenaga pengajar dan personel KPM juga diberi penekanan.Pemimpin sekolah memainkan peranan penting dalam pembangunan prasarana ICT yang menjadi pengupaya kepada proses kerja harian di semua peringkat pengurusan. Kursus Kepimpinan Strategik ICT bertujuan memberi pendedahan kepada pemimpin sekolah tentang perancangan, pembangunan dan pengurusan prasarana ICT dengan menggunakan sumber manusia dan peralatan yang sedia ada. Di samping itu, peserta akan didedahkan kepada pembangunan ICT yang terperinci dan berfokus. OBJEKTIF: Memahami konsep kepimpinan strategik ICT Memahami peranan ICT dalam pdp dan pengurusan Memahami perancangan strategik ICT Mencontohi amalan terbaik penggunaan ICT dalam pdp dan pengurusan Menilai semula perancangan strategik ICT Menghasilkan pelan tindakan pembangunan ICT di sekolah KANDUNGAN: Pengenalan kepimpinan strategik ICT Pembangunan kapasiti kepimpinan ICT Perancangan strategik ICT Mengurusan perubahan ICT SASARAN: Pengetua, guru besar, dan penolong kanan pentadbiran KURSUS PENGURUSAN PEMBELAJARAN MAYA KURSUS PENGURUSAN PEMBELAJARAN MAYA PENGENALAN Pembelajaran maya sering dikaitkan dengan konsep seperti e-pembelajaran, pembelajaran dalam talian, pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran berasaskan laman web.Pembelajaran maya merupakan satu trend pembelajaran abad ke 21 yang menekankan penggunaan internet untuk menguruskan pembelajaran, membekalkan mekanisma penghantaran maklumat, pemantauan prestasi pelajar dan capaian kepada sumber PdP yang segera. Selaras dengan perkembangan itu, KPM telah memutuskan supaya Pelantar Pembelajaran Digital DELIMa dilaksanakan di semua sekolah. Persekitaran Pelantar Pembelajaran Digital DELIMa KPM adalah sistem pembelajaran berasaskan laman web yang menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan markah secara maya, sementara para pelajar boleh menghantar kerja rumah mereka dan menyemak markah yang diperolehi melalui aplikasi yang terdapat dalam Pelantar Pembelajaran Digital DELIMa KPM. Ibu bapa pula boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan pihak pentadbir sekolah membolehkan mereka menyusun kalendar sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. Pelantar Pembelajaran Digital DELIMa KPM, boleh diakses di mana jua, pada bila-bila masa dengan adanya sambungan Internet. OBJEKTIF: Memahami konsep dan perkembangan pembelajaran maya. Memahami gambaran (overview) dan fungsi pembelajaran maya. Menguasai kemahiran asas penggunaan teknologi pembelajaran maya. Memahami pengurusan pelaksanaan pembelajaran maya. Merancang pelan pelaksanaan pembelajaran maya di sekolah KANDUNGAN: Konsep dan perkembangan pembelajaran maya. Gambaran (overview) dan fungsi teknologi pembelajaran maya. Kemahiran asas penggunaan teknologi pembelajaran maya. Pengurusan pelaksanaan pembelajaran maya SASARAN: Pengetua, guru besar, dan penolong kanan pentadbiran KURSUS PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL KURSUS PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL PENGENALAN Pemikiran komputasional adalah kemahiran asas yang penting dalam menyelesaikan masalah, mereka bentuk sistem, dan memahami tingkah laku manusia dengan menggunakan konsep asas sains komputer. Pemikiran komputasional dapat menyusun, menganalisis dan mempersembahkan data atau idea secara logik dan sistematik. Teknik yang digunakan dalam untuk menyelesaikan masalahadalah seperti Leraian (Decomposition), Pengecaman Corak (Pattern Recognition), Peniskalaan (Abstraction) dan Pengitlakan(Generalisation). Dalam erti kata lain, Pemikiran Komputasional merupakan proses penyelesaian masalah yang memerlukan usaha meleraikan sesuatu masalah kepada komponen yang lebih kecil (Decomposition), cuba merumuskan idea ataupun maklumat yang penting dan relevan (Abstraction), mengecam corak (Pattern Recognition) yang membolehkan perancangan penyelesaian yang tepat bagi mengelakkan ulangan dan tindakan yang kurang releven. Individu perlu menggunakan pemikiran logikal (Logical Reasoning) bagi mengenalpasti maklumat yang penting dan mengaturkan langkah penyelesaian mengikut turutan yang logikal (Algorithm), menilai pemilihan dan keputusan yang telah dilakukan bagi menguji kesahihan dan keboleh laksanaan prosedur tersebut (Evaluation). OBJEKTIF: Memahami standard ISTE Memahami pemikiran komputasional. Mengintegrasikan kemahiran pemikiran komputasional dalam PdP Mengintegrasikan teknologi dalam PdP Memahami pemantauan pelaksanaan pemikiran komputasional dalam PdP KANDUNGAN: Standard ISTE Pemikiran komputasional. Pengintegrasian kemahiran pemikiran komputasional dalam PdP Pengintegrasian teknologi dalam PdP Pemantauan pelaksanaan pemikiran komputasional dalam PdP SASARAN: Pengetua, guru besar, dan penolong kanan pentadbiran