PROGRAM PEMBANGUNAN PRESTASI SEKOLAH (SPeeD-uP) PROGRAM PEMBANGUNAN PRESTASI SEKOLAH (SPeeD-uP) PENGENALAN Program Pembangunan Prestasi Sekolah (SpeeD-uP) merupakan satu langkah yang proaktif untuk membantu dan memotivasi sekolah yang berada antara sekolah berprestasi tinggi dengan sekolah berprestasi rendah. Langkah ini berupaya meletakkan asas supaya setiap sekolah boleh berada dalam satu kedudukan untuk mendapat status berprestasi tinggi. Program ini memberi tumpuan kepada aspek keberkesanan sekolah, kemajuan sekolah, peningkatan kualiti, pembangunan staf, perkongsian, keberkesanan pengurusan sumber dan pengurusan perubahan. OBJEKTIF • memahami dan menerangkan konsep dan kemahiran kepimpinan untuk pembangunan prestasi sekolah • mengenalpasti isu dan masalah sebenar di sekolah melalui analisis SKPMg2, analisis SWOT dan model GROW • menganalisis data untuk membina pelan tindakan dan mengenalpasti bidang / ruang peningkatan prestasi sekolah • merangka pelan tindakan bagi program peningkatan prestasi sekolah melalui Operasi SPeeD-uP KANDUNGAN • Konsep / jenis / kemahiran pemimpin • Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM) • Pengenalan SPeeD-uP • Analisis isu sekolah (SKPMg2) • Inisiatif-inisiatif memajukan sekolah (Pelan Operasi dan Taktikal) KUMPULAN SASARAN • Pemimpin Pendidikan (SiP+ dan SiSC) • Pengetua / Guru Besar • Guru Penolong Kanan Pentadbiran • Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) • Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum PROGRAM PEMBANGUNAN PRESTASI SEKOLAH (SPeeD-uP) LANJUTAN PROGRAM PEMBANGUNAN PRESTASI SEKOLAH (SPeeD-uP) LANJUTAN PENGENALAN Kursus Program Pembangunan Prestasi Sekolah (SPeeD-uP) Lanjutan adalah kesinambungan daripada Kursus SPeeD-uP yang digabungkan dengan mod konsultasi. Kursus Lanjutan ini yang merupakan langkah ‘follow-up follow-through’ berfokus kepada menilai keberkesanan program intervensi yang telah dilaksanakan untuk meningkatkan prestasi sekolah. Penilaian program ialah untuk menentukan kesesuaian program dan persekitaran dalam membantu pencapaian matlamat dan objektif. Maklumat yang dikumpul melalui proses ini akan digunakan untuk membuat keputusan. Pemimpin sekolah akan dibantu dengan kaedah untuk mengenal pasti aspek yang perlu diberi perhatian untuk menjayakan dan membudayakan Program SPeeD-uP, justeru membuat penambahbaikan kepada program peningkatan prestasi sekolah masing-masing. Implimentasi program perlu disusuli dengan proses mendorong pelaksanaan program, jadual pemantauan, prosedur penyelesaian masalah dan sebagainya supaya program berkesan dan berjaya. Kelestarian Program SPeeD-uP bergantung kepada bagaimana Pemimpin Sekolah memandu organisasi supaya menjadikan aktiviti dalam SPeeD-uP sebagai budaya kerja ke arah peningkatan prestasi sekolah. OBJEKTIF Memahami kaedah untuk menilai keberkesanan pelaksanaan program sekolah menggunakan Model tertentu. 2. Mengenal pasti elemen-elemen yang dapat mendorong menjayakan Program SPeeD-uP. Merancang aktiviti penambahbaikan ke arah melestarikan Program SPeeD-uP melalui budaya kerja yang sistematik. KANDUNGAN Refleksi Perancangan SPeeD-uP berasaskan Deliverology (Fasa 1, 2 dan 3) 2. Penilaian Program Pembelajaran menggunakan model Stufflebeam (KIPP) Penilaian Produk Penilaian Proses Penilaian Input Penilaian Konteks 3. Mendorong SPeeD-uP Rutin memandu dan memantau prestasi Penyelesaian masalah yang rapi Pembinaan momentum berterusan 4. Wujudkan Budaya SPeeD-uP secara Berterusan Pembinaan sistem kapasiti Penerapan mesej SPeeD-uP Kemahiran perhubungan berkesan dalam SPeeD-uP SASARAN Pengetua / Guru Besar Guru Penolong Kanan Pentadbiran Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum PROGRAM PEMBANGUNAN ORGANISASI UNTUK KECEMERLANGAN SEKOLAH (PrOD) PROGRAM PEMBANGUNAN ORGANISASI UNTUK KECEMERLANGAN SEKOLAH (PrOD) PENGENALAN Dalam situasi serba mencabar ini, institusi pendidikan diamanahkan dengan gagasan besar transformasi negara dan pelbagai perubahan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program Melonjakkan Kecemerlangan Sekolah Melalui Pembangunan Organisasi (PrOD) adalah model pembangunan kepimpinan sekolah Institut Aminuddin Baki (IAB) yang membangunkan kepimpinan sekolah sesuai dengan pekerjaan harian mereka. PrOD juga mampu melonjakkan prestasi organisasi keseluruhannya jika pemimpin mengaplikasikannya secara optimum. Selain dari pemimpin sekolah, pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah juga telah dan akan berkongsi PrOD dalam perbengkelan yang dilaksanakan di IAB. PrOD adalah merupakan hasil ciptaan Datuk Dr. Amin Senin, (Mantan Pengarah IAB). Selaras dengan hasrat dan aspirasi negara, kini Program PrOD dikendalikan oleh Pusat Konsultansi Dan Pembangunan Organisasi Pendidikan dan di bawah jabatan yang dipertanggungjawabkan iaitu Jabatan Memperkasa Institusi Pendidikan telah memilih pendekatan Pembangunan Organisasi (PO) sebagai salah satu pendekatan untuk membangun kapasiti kepimpinan pendidikan di peringkat sekolah melalui model PO sekolah. Model PrOD yang dibangunkan oleh IAB menggariskan dengan jelas bagaimana pemimpin boleh membangunkan organisasi masing-masing dengan terlebih dahulu memahami konsep imperatif moral sebagai pemimpin di sekolah. Fokus yang dicadangkan untuk diberikan perhatian dalam konteks sekolah adalah seperti kepimpinan; kerja sepasukan; dan kelestarian kecemerlangan sekolah. Program ini dibahagikan kepada dua (2) fasa, iaitu Fasa 1: Keberkesanan Kendiri dan Kepimpinan Berkesan. Fasa 2: Pembinaan Pasukan dan Pengurusan Perubahan serta Kelestarian Kecemerlangan Organisasi. OBJEKTIF Meningkatkan prestasi sekolah melalui perubahan yang sistematik bermula daripada pemimpin sekolah kepada warga sekolah. Melonjakkan kecemerlangan organisasi daripada aspek hala tuju, pengurusan organisasi serta pengajaran dan pembelajaran menilai kecukupan dan keberkesanan modul PrOD dalam membantu melonjakkan kecemerlangan sekolah. KANDUNGAN Fasa 1: Keberkesanan Kendiri dan Kepimpinan Berkesan Kerangka PrOD KoKem Kepimpinan Kendiri (Moral imperative,Good to Great,360 °Leader,Surat) Kepimpinan Organisasi (IL danTL) Coaching One-Page Project Manager (OPPM) Fasa 2: Pembinaan Pasukan dan Pengurusan Perubahan serta Kelestarian Kecemerlangan Organisasi. Dialog Profesional (Amalan terbaik,cabaran dan isu) Bina Pasukan (ARRAS,DEFFRAC) Mengurus Perubahan (Fullan,Kotter,21st Century leadership & learning) Memimpin PLC Plan Tindakan (SKPM,sPeCt, OPPM) Pembentangan dan Rumusan KUMPULAN SASARAN • Pengetua / Guru Besar • Guru Penolong Kanan Pentadbiran • Guru Penolong Kanan Hem • Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum PROGRAM PEMERKASAAN PROFESIONALISME KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KPM PROGRAM PEMERKASAAN PROFESIONALISME KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KPM PENGENALAN Program Pemerkasaan Profesionalisme Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Pendidikan Daerah Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan program baharu dibina atas inisiatif dan komitmen tinggi IAB berasaskan mandat dalam Mesyuarat Majlis Penasihat Pendidikan dan Latihan KPM bil.1/2019 bertarikh 19 Disember 2019 perkara 4.2: Latihan kepada Pegawai-Pegawai PPD. Inisiatif ini bertepatan dalam usaha mencapai agenda Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan mengupayakan kepimpinan dan pengurusan pendidikan daerah sebagai barisan utama pengoperasian pendidikan agar dapat menghasilkan sekolah berkualiti dalam daerah. Lembaga Pengajian IAB telah memperakui dan meluluskan program ini pada 4 Disember 2020 sebagai salah satu program utama institusi mulai 2021 dan masa hadapan. OBJEKTIF Meningkatkan kompetensi pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah dalam bidang kepimpinan dan pengurusan. Membangunkan bakat kepimpinan dan pengurusan pendidikan berprestasi tinggi bagi menghasilkan organisasi berkualiti di PPD dan sekolah dalam daerah. PELAKSANAAN Kuliah bersemuka atau kuliah secara maya dalam talian (2 siri) Sesi Konsultasi Perkongsian Amalan Terbaik Kepimpinan dan Pengurusan di Daerah Kajian Keberkesanan KANDUNGAN KURSUS Taklimat dan Ice Breaking Mindset Pemimpin Pendidikan Dasar dan Hala Tuju PLC Kepimpinan Pengurusan Risiko dalam Dunia VUCA Data Driven Decision Making Komunikasi Berkesan: Kemahiran Mempengaruhi Tanpa Autoriti Pemimpin Pembelajaran Menerajui Perubahan Melalui IR 4.0 Bimbingan Berkualiti Penilaian Program Dialog Prestasi Melalui Kepimpinan Coaching dan Mentoring SASARAN Ketua Pegawai Pejabat Pendidkan Daerah (PPD) Timbalan-Timbalan PPD Penolong-Penolong PPD.