KURSUS PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN KELESTARIAN ORGANISASI CEMERLANG KURSUS PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN KELESTARIAN ORGANISASI CEMERLANG PENGENALAN Organisasi pendidikan memainkan peranan utama bagi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara. Sehubungan itu bagi memastikan keberkesanan dan kelestarian sesebuah organisasi pendidikan, setiap pihak yang terlibat perlu memahami peranan penting yang mereka mainkan dan manfaat yang mereka nikmati. Pelan yang dibina dan dirancang boleh membawa satu set manfaat, hak dan tanggung jawab kolektif bagi setiap kumpulan terlibat. Ini selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Gelombang 3 (2021-2025) yang memerlukan semua sekolah, guru dan PGB menunjukkan prestasi melebihi standard minimum. Justeru, setiap sekolah perlu menghasilkan Pelan Pembangunan Organisasi yang komprehensif yang difahami oleh seluruh warga organisasi serta dapat diterjemahkan dalam bentuk tindakan. Dalam bengkel ini peserta akan dikongsikan dengan konsep, kepentingan dan prinsip kelestarian organisasi. Di samping itu, peserta juga turut didedahkan kaedah/strategi/alat untuk melestarikan organisasi. OBJEKTIF Memahami dan menjelaskan definisi, konsep dan kepentingan kepimpinan lestari Menghuraikan langkah-langkah mengurus perubahan (Model Kotter) dan prinsip Kepimpinan Lestari Menggunakan sPeCt dan SKPMg2 untuk melestarikan organisasi cemerlang Memahami dan menyediakan Pelan Kelestarian Organisasi KANDUNGAN Pre-Test dan Post-Test Definisi dan konsep kelestarian organisasi Kepentingan kelestarian kepimpinan Mengurus Perubahan 7 Prinsip Kepimpinan Lestari Dasar dan Hala Tuju (Model Kaplan) sPeCt dan SKPMg2 (menyemak semula program sekolah) Pelan Kelestarian Organisasi SASARAN Pemimpin Organisasi Pendidikan KURSUS PEMBUDAYAAN KELESTARIAN ORGANISASI CEMERLANG KURSUS PEMBUDAYAAN KELESTARIAN ORGANISASI CEMERLANG PENGENALAN Kesinambungan daripada Kursus Pengurusan dan Kepimpinan Kelestarian Organisasi Cemerlang, organisasi pendidikan sememangnya memainkan peranan utama bagi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara. Sehubungan itu, bagi memastikan keberkesanan dan kelestarian sesebuah organisasi pendidikan, setiap pihak yang terlibat perlu memahami peranan penting yang mereka mainkan dan manfaat yang mereka nikmati. Pelan yang dibina dan dirancang boleh membawa satu set manfaat, hak dan tanggung jawab kolektif bagi setiap kumpulan terlibat bagi memastikan semua sekolah, guru dan PGB mengekalkan prestasi cemerlang. Justeru, setiap sekolah perlu menghasilkan Pelan Pembangunan Organisasi yang komprehensif yang difahami oleh seluruh warga organisasi serta dapat diterjemahkan dalam bentuk tindakan. Dalam kursus ini, peserta akan dikongsikan dengan konsep, kepentingan dan prinsip kelestarian organisasi. Di samping itu, peserta juga turut didedahkan kaedah/strategi/alat untuk melestarikan organisasi. OBJEKTIF Menjelaskan definisi, konsep dan kepentingan kepimpinan lestari Mengenal pasti isu dan cabaran dalam melestarikan organisasi cemerlang Mengenal pasti hubungan pengurusan strategik, pengurusan risiko dan pengurusan kualiti dalam pengurusan organisasi cemerlang Berkongsi dan mengadaptasi amalan terbaik organisasi yang ditanda aras dalam kepimpinan dan pengurusan pendidikan Menghasilkan cadangan penambahbaikan berterusan di organisasi pendidikan KANDUNGAN Definisi dan konsep kelestarian organisasi Isu dan Cabaran Kelestarian Pembudayaan Kelestarian Penandaarasan Penambahbaikan Berterusan (Kaizen) SASARAN Pemimpin Organisasi Pendidikan KURSUS PEMBITARAAN PEMIMPIN ORGANISASI PENDIDIKAN (from Great to Excellent Leaders Course - GrEEL) KURSUS PEMBITARAAN PEMIMPIN ORGANISASI PENDIDIKAN (from Great to Excellent Leaders Course - GrEEL) PENGENALAN Anjakan 5 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan berusaha menempatkan pemimpin berprestasi tinggi di setiap sekolah. Pemimpin berprestasi tinggi perlu mengekal dan meningkatkan kelestarian, kecemerlangan diri dan organisasi bagi melonjakkan prestasi sekolah. Kursus ini dibangunkan khusus untuk mengembangkan lagi potensi pemimpin berprestasi tinggi ini bagi merealisasikan matlamat tersebut. Kandungan Kursus Pembitaraan Pemimpin Pendidikan ini membantu pemimpin sekolah mengenal pasti dan meneroka potensi diri dan menterjemahkan kecemerlangan tersebut dalam menerajui dan memacu ke arah sekolah yang unggul. OBJEKTIF Mengembangkan potensi individu dengan mencabar kemampuan diri dalam aspek pengetahuan, kemahiran, sikap, minda, emosi, kecergasan, kecerdasan dan spiritual. Memantapkan dan menambah baik kualiti kepimpinan dan pengurusan secara kreatif dan inovatif untuk melonjak kecemerlangan individu dan prestasi organisasi. Menghayati Model Bisnes dalam industri yang lain dan merangka serta mengaplikasikan model ini mengikut konteks organisasi masing-masing. Mengenal pasti, mempelajari, mengubahsuai dan melaksanakan amalan- amalan terbaik daripada organisasi lain untuk mencapai prestasi sekolah yang unggul. Berkongsi amalan terbaik pemimpin cemerlang dengan mengadaptasikan amalan-amalan tersebut dalam pengurusan dan kepimpinan sekolah. Memimpin Pengetua dan Guru Besar yang lain dalam membudayakan Professional Learning Community (PLC) di daerah masing-masing. KANDUNGAN Modul Teras (bersemuka) Program Penandaarasan Program Sandaran Pengurusan Projek Professional Learning Community (PLC) Kolokium SASARAN Pemimpin Organisasi Pendidikan (Pengetua dan Guru Besar Berprestasi Tinggi) PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH (TS25) PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH (TS25) PENGENALAN Program TS25 merupakan sebahagian daripada usaha KPM ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. Program TS25 bermula pada bulan Jun 2015 dengan kohort 1 sebanyak 99 buah sekolah. Seterusnya pada tahun 2017 sebanyak 100 buah sekolah dipilih untuk kohort 2 dan tahun 2018 sebanyak 401 buah sekolah dipilih untuk kohort 3, menjadikan jumlah keseluruhan yang terlibat adalah 600 buah sekolah. Pada tahun 2019 pula sebanyak 500 buah sekolah telah dilibatkan dalam program ini. Sementara pada tahun 2020, sebanyak 1780 buah sekolah telah diiktirafkan mengikut program TS25 Kohort 5. Program TS25 melibatkan sokongan Master Trainer (MT) dan Rakan Educational Leadership and Instructional Team (Rakan ELIT) yang terdiri daripada kalangan pensyarah Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Menjelang tahun 2021 pelaksanaan Program TS25 akan diurustadbir sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan didokong oleh Bahagian-Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). OBJEKTIF Mengaplikasi konsep dan amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran (PdPc) Membangunkan kepakaran dalaman KPM melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing kepimpinan dan pedagogi dalam kalangan pensyarah Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Pengetua dan Guru Besar (PGB) serta Guru Penolong Kanan (GPK), School Improvement Partners Plus (SIPartners+) dan School Improvement Specialist Coaches Plus (SISC+) Membangunkan persekitaran pembelajaran yang lebih bermakna dengan menyediakan suasana bilik darjah dan sekolah yang kondusif dan fleksibel, teknik PdPc yang kreatif dan berkesan, pengurusan sekolah yang cekap dengan mengutamakan kemenjadian murid. KANDUNGAN Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui: a. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan. b. Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna. c. Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan. d. Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi. e. Komitmen komuniti yang padu. Elemen Kemenjadian Murid Elemen Sekolah Berkualiti: SASARAN Pemimpin Organisasi Pendidikan