KURSUS PENGURUSAN STRATEGIK
PENGENALAN
Kemahiran mengurus strategi adalah ilmu yang wajib bagi mereka yang ingin menjadi pemimpin yang berjaya. Para pemimpin pendidikan perlu menguasai kemahiran membina dan melaksanakan strategi secara berkesan bagi mencapai kecemerlangan organisasi yang dihasratkan. Model pengurusan strategik berdasarkan pendekatan terkini yang dicadangkan oleh Universiti Harvard disesuaikan untuk melaksanakan pengurusan strategik bagi meningkatkan prestasi organisasi dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
OBJEKTIF
Pada akhir kursus, peserta akan dapat:
- memformulasi strategi secara efektif dalam organisasi awam
- menterjemah hala tuju organisasi (mandat, misi dan visi) dengan lebih bermakna kepada pelan operasi atau jadual kerja seharian setiap staf
- menghubung kait hala tuju dan prestasi strategik melalui proses sebab dan akibat (cause and effect) bagi setiap komponen dalam pengurusan strategik
- membina dan mengurus Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk menjadikan strategi lebih berkesan
KANDUNGAN
Konsep pengurusan strategik dalam organisasi awam:
- Fasa 1: Pembinaan Hala Tuju
- Fasa 2: Analisis Persekitaran
- Fasa 3: Menetapkan Prioriti
- Fasa 4: Pembinaan Petunjuk Prestasi (KPI)
- Fasa 5: Pembinaan Strategi/Inisiatif
- Fasa 6: Pembinaan Pelan Tindakan dan Pelan Operasi
- Fasa 7: Pelaksanaan Pelan Strategik
KUMPULAN SASARAN
Pensyarah IAB
KURSUS AUDIT DALAMAN
PENGENALAN
Amalan pengurusan yang berkualiti merupakan mandat kerajaan berasaskan PKPA Bilangan 2 Tahun 1996. Penggunaannya dalam sistem pengurusan organisasi pendidikan, khususnya institusi pendidikan sepatutnya dijalankan dengan meluas dan difahami dengan jelas oleh semua warga pendidikan. Oleh itu, kursus ini akan memberi bukan sahaja kefahaman tentang kepentingan amalan MS ISO 9000 tetapi cara untuk melaksanakan sistem pengurusan kualiti MS ISO 9000 dengan mudah dan berkesan.
OBJEKTIF
Pada akhir kursus, peserta akan dapat:
- memahami tentang konsep sistem pengurusan kualiti MS ISO 9000
- memahami bagaimana untuk melaksanakan MS ISO 9000 dengan mudah dan berkesan
- menguasai kemahiran sebagai juruaudit dalaman
- menjadi juruaudit dalaman yang bertauliah
KANDUNGAN
- Pengenalan kepada MS ISO 9000:2015
- Keperluan MS ISO 9000:2015
- Proses pelaksanaan Audit Kualiti Dalaman MS ISO 9000
KUMPULAN SASARAN
- Pegawai Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
- Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
- Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
- Pensyarah Institut Aminuddin Baki (IAB)
KURSUS DASAR AWAM - DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
PENGENALAN
Kursus Dasar Awam - Dasar Pendidikan Kebangsaan digubal untuk meningkatkan kefahaman pemimpin pendidikan terutama di peringkat sekolah yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan dasar awam dan dasar pendidikan kebangsaan. Kursus ini akan memberi pendedahan dan kefahaman kepada pemimpin pendidikan tentang proses pembentukan dasar awam. Kursus ini juga menjelaskan faktor-faktor yang mendorong kepada wujudnya sesuatu dasar awam yang diperkenalkan serta kepentingannya. Kursus ini dapat meningkatkan pengetahuan, pemahaman, keyakinan dan keupayaan pemimpin pendidikan dalam menyampaikan maklumat berkaitan dasar awam kepada organisasi dan menyebarluaskannya kepada masyarakat umum.
OBJEKTIF
Pada akhir kursus, peserta akan dapat:
- memahami konsep dasar awam
- menjelaskan proses pembentukan dasar awam dan faktor-faktor yang mendorong kepada wujudnya sesuatu dasar awam
- memahami peranan pemimpin pendidikan dalam melaksanakan dalam merealisasikan dasar awam
- meningkatkan keupayaan dalam menyampaikan maklumat berkaitan dasar awam
KANDUNGAN
- Konsep Dasar Awam
- Faktor Pembentukan Dasar Awam
- Proses Pembentukan Dasar Awam
- Perkembangan Dasar Awam dan Dasar Pendidikan Kebangsaan
- Pelaksanaan dan Sistem Penyampaian Dasar Awam
- Peranan dan fungsi penjawat awam dalam pelaksanaan Dasar Awam
KUMPULAN SASARAN
- Guru Besar
- Pengetua
- Pegawai Pendidikan di PPD, JPN dan Bahagian KPM
KURSUS INDUKSI STAF IKHTISAS
PENGENALAN
Kursus Induksi yang berkualiti menuntut pesertanya mendapatkan input yang maksimum daripada pelbagai sudut bagi menambah baik perkhidmatan yang bakal dicurahkan kepada organisasi dan pelanggan. Kursus ini diharapkan akan dapat meningkatkan kompetensi diri dan pengalaman pembelajaran seterusnya dapat menjadi garis panduan dalam melaksanakan tanggungjawab dan tugas seharian.
OBJEKTIF
Pada akhir sesi kursus, para peserta akan:
- mengetahui secara jelas fungsi dan hala tuju IAB;
- meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dari segi ICT dan pengurusan maklumat;
- mengetahui, memahami dan melaksanakan tugas berlandaskan sistem pengurusan kualiti IAB;
- mengaplikasikan kemahiran asas kejurulatihan melalui micro training;
- mengetahui dan memahami mengenai pengurusan prestasi;
- mengetahui dan memahami mengenai pengurusan pejabat dan kewangan; dan:
- mengetahui dan memahami mengenai pendidikan kenegaraan.
KANDUNGAN
- Modul 1: ICT dan Pengurusan Maklumat
- Modul 2: Premier Centre dan Sistem Pengurusan Kualiti IAB
- Modul 3: Kemahiran Asas Kejurulatihan
- Modul 4: Konsultasi
- Modul 5: Penyelidikan
- Modul 6: Pentaksiran
- Modul 7: Penulisan dan Penerbitan
- Modul 8: Pengurusan Prestasi
- Modul 9: Pengurusan Pejabat dan Kewangan
- Modul 10: Pendidikan Kenegaraan
SASARAN
- Staf ikhtisas baharu
KURSUS INDUKSI STAF PKP DAN AKP BAHARU
PENGENALAN
Kursus Induksi Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Baharu IAB penting bagi semua PKP dan AKP baharu supaya mereka dapat menjalankan tugas mengikut prosedur dan tahap kualiti yang ditetapkan oleh IAB. Kursus ini direka bagi memberi peluang kepada mereka menggarap pengalaman pembelajaran dan kompetensi yang perlu dikuasai oleh PKP dan AKP IAB.
OBJEKTIF
Pada akhir kursus, peserta akan dapat:
- Mengetahui secara jelas fungsi dan hala tuju IAB;
- Mengetahui dan memahami kemahiran-kemahiran asas dan kompetensi sebagai staf IAB;
- Meningkatkan tahap profesionalisme;
- Mengamalkan kerja sepasukan.
KANDUNGAN
- Modul 1: ICT dan Pengurusan Maklumat
- Modul 2: Pengurusan Kualiti IAB
- Modul 3: Fail Meja dan Sasaran Kerja Tahunan (SKT)
- Modul 4: HRMIS dan SPL KPM
- Modul 5: Protokol, Nilai/Etika dan Komunikasi
- Modul 6: Pendidikan Kenegaraan
KURSUS PENGURUSAN RISIKO DALAM ORGANISASI
PENGENALAN
Pengurusan risiko merupakan satu pendekatan yang membolehkan pengurus memperoleh maklumat risiko yang boleh digunakan dalam perancangan strategik. Pengurus akan mendapat panduan mengurus organisasi mereka dengan lebih cekap dan berkesan melalui pengurusan risiko. Pengurusan risiko menyediakan garis panduan dan pelan tindakan terhadap risiko sedia aada dan mungkin akan dihadapi oleh organisasi. Pengetahuan pengurusan risiko yang jelas dalam kalangan staf dapat membantu organisasi mencegah risiko yang tidak diingini daripada berlaku.
OBJEKTIF
Pada akhir kursus, peserta akan dapat:
• memahami asas-asas pengurusan risiko;
• menyedia rangka kerja pengurusan risiko dan metodologi serta kaedah bagi mengenal pasti, mengukur,
memantau, mengawal dan menilai risiko; dan
• mengaplikasi amalan pengurusan risiko dalam pengurusan organisasi.
KANDUNGAN KURSUS
• Konsep Risiko dan Pengurusan Risiko
• Proses Pengurusan Risiko
• Penilaian Risiko
• Strategi Kawalan Risiko
KUMPULAN SASARAN
• Pengetua
• Guru Besar
• Pegawai Bahagian KPM/JPN/PPD/ IPG
INTERNATIONALIZATION MANAGEMENT COURSE FOR EDUCATIONAL LEADERS (IMCEL)
PENGENALAN
Pendidikan abad ke-21 menuntut Sistem Pendidikan Negara berkembang sejajar dengan kemajuan di peringkat antarabangsa. Pengantarabangsaaan adalah pelibatan sekolah dalam program yang melibatkan negara lain (atau organisasi antarabangsa) di dalam atau di luar Malaysia. Sehubungan dengan itu, semua program pengantarabangsaan perlu dirancang dengan teliti mengikut keperluan dan arahan Pegawai Pengawal tahun semasa agar pelaksanaannya berkesan dan memberikan impak yang positif kepada murid, pengetua, guru besar, guru, anggota kumpulan pelaksana dan sekolah secara amnya.
OBJEKTIF
Kursus ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut:
- menerajui pelaksanaan program pengantarabangsaan;
- merancang aktiviti pengantarabangsaan mengikut prosedur;
- melaksana aktiviti pengantarabangsaan mengikut prosedur;
- menilai aktiviti pengantarabangsaan mengikut prosedur; dan
- membudayakan aktiviti pengantarabangsaan.
KANDUNGAN KURSUS
- e-PEMBELAJARAN (9 JAM)
- Konsep dan tujuan program pengantarabangsaan;
- Konsep Tadbir Urus lnsan dan Personaliti Plus dalam melaksanakan program pengantarabangsa;
- Surat Pekeliling lkhtisas / surat arahan / borang / memorandum persefahaman (Memorandum of Understanding - MOU) / Nota Persefahaman (Notes of Understanding) dan Surat Hasrat (Letter of Intent - LOI) / Kertas kerja atau Kertas Cadangan dalam program pengantarabangsaan; dan
- Prosedur / tatacara pelaksanaan program pengantarabangsaan.
- BERSEMUKA (18 JAM)
- Perdu Minda
- Konsep dan Dasar Program Pengantarabangsaan
- Konsep Pendidikan Kewarganegaraan Global (Global Citizenship Education/GCEd)
- Pengurusan Pelaksanaan Program Pengantarabangsaan
- Organisasi Sebagai Pengelola Program Pengantarabangsaan
- Organisasi Sebagai Delegasi Program Pengantarabangsaan
- FUFT (6 bulan)
KUMPULAN SASARAN
Semua pemimpin pendidikan di sekolah, PPD, JPN dan Bahagian KPM