PENGURUSAN SEKOLAH TERINTANG
PENGENALAN
Merupakan kursus asas pengurusan sekolah kepada pemimpin Sekolah Terintang di mana peserta akan didedahkan kepada kemahiran mengurus, memimpin dan merancang pembangunan sekolah dengan berkesan dalam usaha memperkasakan Sekolah Terintang.
OBJEKTIF
Pada akhir kursus ini, para peserta diharap dapat:
- Memahami peranan sebagai pengurus dan pemimpin sekolah dalam konteks tugas dan tanggungjawab.
- Mengetahui prosedur-prosedur dan peraturan-peraturan perkhidmatan dan kewangan serta arahan-arahan yang berkuatkuasa dalam menjalankan tugas-tugas utama.
- Memahami tentang pengurusan strategik, pengurusan kurikulum, pengurusan kokurikulum dan pengurusan hal ehwal muriduntuk perkembangan murid secara menyeluruh dan seimbang.
KANDUNGAN
- Asas pengurusan dan kepimpinan
- Pentadbiran pejabat
- Pengurusan Kurikulum
- Pengurusan Kokurikulum
- Pengurusan HEM
- Perancangan strategik
SASARAN
- Pengetua/Guru Besar
- Penolong Kanan
PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)
PENGENALAN
PPKI dilaksanakan di sekolah-sekolah yang mempunyai kelas untuk murid khas yang ditadbir sepenuhnya oleh Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia. Program PPKI terdiri daripada murid-murid yang bermasalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran yang mempunyai keperluan yang berbeza dengan murid-murid dalam arus perdana. Sekiranya tidak diuruskan dengan berkesan, keperluan mereka tidak dapat dipenuhi secara spesifik dan kemungkinan murid-murid ini akan tercicir dan potensi mereka tidak dapat dikembangkan sepenuhnya.
OBJEKTIF
Pada akhir kursus ini, para peserta diharap dapat:
- Mengenal pasti elemen-elemen kritikal kepimpinan instruksional dalam usaha meningkatkan potensi murid bekeperluan khusus
- Mengenal pasti isu-isu dalam pengurusan sekolah PPKI
- Mengenal pasti keperluan khusus sekolah PPKI
- Merancang strategi dalam meningkatkan prestasi sekolah.
KANDUNGAN
- Kepimpinan Instruksional
- Penyediaan Jurnal Reflektif
- Pengurusan dan Kempimpinan Sekolah PPKI
- Perbengkelan Isu-Isu Sekolah PPKI
- Mini Kolokium
- Penyediaan Pelan Tindakan Individu
SASARAN
- Pengetua/Guru Besar
- Penolong Kanan
PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN SEKOLAH KURANG MURID (SKM)
PENGENALAN
SKM adalah sekolah-sekolah di Malaysia yang mempunyai kurang daripada 150 orang pelajar. Secara puratanya, SKM menghasilkan pencapaian akademik yang agak lemah berbanding sekolah kebangsaan yang lain. Kelemahan dalam prestasi ini boleh dikaitkan dengan tiga (3) cabaran struktur. Pertama, 73% sekolah kurang murid berada di kawasan agak jauh di luar bandar. Faktor ini menyebabkan murid terpaksa melalui perjalanan yang jauh untuk hadir ke sekolah, dan mengurangkan kemungkinan untuk menempatkan guru dan guru besar berprestasi tinggi berkhidmat di sekolah berkenaan. Kedua, sekolah ini kurang mendapat manfaat dari segi kokurikulum, kemudahan yang lebih baik, dan interaksi dengan rakan sebaya daripada pelbagai latar belakang. Ketiga, kebanyakan sekolah ini berada dalam kawasan status sosioekonomi rendah dan menghadapi masalah yang berkaitan dengan status sosioekonomi itu. Pemimpin SKM memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang khusus untuk melaksanakan tugas dengan lebih berkesan.
OBJEKTIF
Pada akhir kursus ini, para peserta diharap dapat:
- Mengenal pasti elemen-elemen kritikal dalam kerangka kepimpinan instruksional dalam usaha meningkatkan prestasi murid berkeperluan khusus.
- Menjelaskan amalan terbaik sarana ibubapa dan sekolah.
- Mengenal pasti isu-isu dalam pengurusan Sekolah Kurang Murid.
- Mengenal pastiaspek-aspek dalam kemahiran pengajaran pelbagai aras (multigrade teaching).
- Menjelaskan aspek-aspek dalam kemahiran Instructional Coaching.
- Membina pelan tindakan untuk meningkatkan prestasi Sekolah Kurang Murid
KANDUNGAN
- Elemen-Elemen Kritikal dalam Kerangka Kepimpinan Instruksional
- Amalan Terbaik Sarana Ibubapa dan Sekolah
- Isu dan Cabaran dalam Pengurusan Sekolah Kurang Murid
- Strategi Kemahiran Pengajaran Pelbagai Aras (Multigrade Teaching)
- Kemahiran Instructional Coaching
- Pelan Tindakan Untuk Meningkatkan Prestasi Sekolah Kurang Murid
SASARAN
- Pengetua/Guru Besar SKM
PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN SEKOLAH MURID ORANG ASLI
PENGENALAN
SMOA adalah sekolah-sekolah di Malaysia yang kebanyakannya ini terpisah dari arus pembangunan oleh sempadan geografi dan terletak jauh di pedalaman dan sukar dihubungi. Untuk itu, pemimpin-pemimpin sekolah ini memerlukan lebih perhatian dan sokongan pelbagai pihak dalam usaha membangun dan meningkatkan pencapaian murid setanding dengan sekolah-sekolah dalam arus perdana.
OBJEKTIF
Pada akhir kursus ini, para peserta diharap dapat:
- Mengenal pasti elemen-elemen kritikal dalam kepimpinan instruksional dalam usaha meningkatkan prestasi sekolah.
- Mengenal pasti isu-isu kritikal dalam pengurusan dan kepimpinan untuk penambahbaikan sekolah.
- Memahami sosiobudaya dan adat resam yang dapat membantu dalam pengurusan dan kepimpinan sekolah.
- Mengurus kewangan dan aset sekolah dengan berkesan.
- Merancang strategi penambahbaikan untuk meningkatkan prestasi sekolah.
KANDUNGAN
- Kepimpinan Instruksional
- Forum dan bengkel
- Isu-isu dan bengkel
- Pengurusan Kewangan dan Aset
- Pelan Tindakan
SASARAN
- Pengetua/Guru Besar SMOA
PENGAJARAN PELBAGAI GRED DI SEKOLAH KURANG MURID BAGI ENROLMEN 30 KE BAWAH
PENGENALAN
Mulai 2018, semua SKM yang mempunyai bilangan enrolmen 30 dan kebawah mendapat arahan dari KPM berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas (KPM.100-1/7/2 Jld. 4(45) bertarikh 12 Disember 2017) perlu melaksanakan program kelas bercantum. Pengajaran Pelbagai Gred (Multi Grade Teaching) untuk kelas bercantum dilaksanakan untuk Tahun 2 dan 3, dan Tahun 4 dan 5. Sebanyak 393 buah sekolah (2018), dan 380 buah sekolah (mulai 2019) melaksanakan Kelas Bercantum untuk sesi 2019-2021.
OBJEKTIF
Pada akhir kursus ini, para peserta diharap dapat:
- Menjelaskan asas pengurusan dan kepimpinan dalam Pengajaran Pelbagai Gred
- Menjelaskan kaitan antara kepimpinan Instruksional dengan peranan Pemimpin Pengajaran Pelbagai Gred
- Menjelaskan peranan pemimpin sekolah pengajaran pelbagai gred
- Merangka cadangan kepemimpinan pelaksanaan pengajaran pelbagai gred
KANDUNGAN
- Pengurusan dan Kepimpinan Pemimpin Pengajaran Pelbagai Gred
- Coaching dalam Pengajaran Pelbagai Gred
- Menerajui Perubahan
- Pengurusan dan Kepimpinan Bilik Darjah
- Isu dan Cabaran
SASARAN
- Guru Besar SKM Berenrolmen 30 dan ke bawah