PENULISAN MEMO DAN SURAT RASMI BERKUALITI
PENGENALAN
Memo dan Surat rasmi merupakan alat komunikasi utama dalam urusan rasmi kerajaan. Keperluan latihan bagi pemimpin pendidikan dalam bidang penulisan memo dan surat rasmi menjadi semakin penting kerana dapat melicinkan pelbagai urusan dan aktiviti rasmi yang melibatkan memo dan surat. Kandungan kursus ini memenuhi aspirasi dan visi IAB selaku peneraju utama dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan.
OBJEKTIF
Pada akhir kursus, peserta akan dapat:
- Menggunakan korpus bahasa Malaysia secara tepat dan efektif dalam penulisan memo dan surat rasmi;
- Meningkatkan ketrampilan diri dalam penulisan memo dan surat rasmi berdasarkan prinsip serta format yang tepat;
- Menyediakan memo dan surat rasmi yang berkualiti dalam tugas rasmi; dan
- Menyemak draf memo dan surat rasmi supaya bebas daripada sebarang kesalahan bahasa dan kesalahan format.
KANDUNGAN
- Pengenalan
- Sejarah dan dasar bahasa
- Kesantunan Bahasa
- Prinsip dan Format Penulisan Memo dan Surat Rasmi
- Kesilapan Umum Tatabahasa
- Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 2007 Bhg. VI
- Urusan Surat Kerajaan
- Rumusan dan Penilaian Kursus
KUMPULAN SASARAN
- Pengetua
- Guru Besar
- Pegawai JPN/PPD
PENGURUSAN MESYUARAT BERKUALITI
PENGENALAN
Pengurusan mesyuarat merupakan proses pengurusan dan pentadbiran yang sangat penting dalam sesebuah organisasi. Mesyuarat yang berkesan merupakan nadi kepada pengurusan kerja serta aliran maklumat pada sesebuah organisasi. Perkara ini menjadi satu mekanisme bagi mengumpulkan segala bahan daripada pelbagai sumber dan menyatukannya ke arah suatu objektif bersama. Namun begitu, kerapkali mesyuarat dianggap sebagai sesuatu yang menyusahkan, membosankan dan tidak mendatangkan sebarang manfaat. Kursus ini dapat membantu merancang mesyuarat dengan teliti, memantau untuk keberkesanannya serta membuat penilaian yang akan membantu pengurusan yang cekap dan cemerlang.
OBJEKTIF
Pada akhir kursus, peserta akan dapat:
- Merancang mesyuarat yang berkesan;
- Mengendali mesyuarat yang berkesan; dan
- Menilai keberkesanan mesyuarat.
KANDUNGAN
- Pengenalan tajuk dan kandungan kursus
- Definisi mesyuarat
- Jenis-jenis mesyuarat
- Aspek mesyuarat berkesan
- Jenis-jenis personaliti dalam mesyuarat
- Cara menangani jenis-jenis personaliti tersebut
- Merancang mesyuarat: sebelum, semasa dan selepas
- Mengendalikan mesyuarat
KUMPULAN SASARAN
- Pengetua
- Guru Besar
- Penolong Kanan
MANAGEMENT OF ENGLISH LANGUAGE IN SCHOOLS
PENGENALAN
Dengan adanya dasar MBMMBI dan Transformasi Kurikulum, peranan pemimpin sekolah menjadi lebih kritikal dalam memperkukuh Bahasa Inggeris. Pemimpin sekolah perlu mengetahui dasar, kurikulum, “trend” terkini dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris serta perkembangan dan inovasinya agar mereka dapat membuat penyeliaan dan pencerapan dengan lebih berkesan. Dalam memenuhi hasrat ini, pemimpin sekolah mesti memainkan peranan sebagai pemangkin dan penggerak dasar. Dengan pengetahuan dan kepekaan, pemimpin sekolah dapat merancang, membimbing, menyokong dan melatih guru serta murid dalam usaha memperkukuh Bahasa Inggeris.
OBJEKTIF
Pada akhir kursus, peserta akan dapat:
- Mempraktikkan peranan sebagai pemimpin kurikulum dalam memperkukuh Bahasa Inggeris;
- Mempertimbangkan dasar, “trend” dan inovasi dalam mempertingkatkan piawai Bahasa Inggeris;
- Mempraktikkan kurikulum Bahasa Inggeris dalam proses pengajaran dan pembelajaran; dan
- Memberi sokongan, latihan dan bimbingan dalam keperluan Bahasa Inggeris.
KANDUNGAN KURSUS
- Curriculum Leaders: Policies, Trends and Innovations
- Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
- KSSR Bahasa Inggeris
- Programmes and Options
- Action Plan
KUMPULAN SASARAN
- Pengetua/Guru Besar
- Pegawai Bahagian KPM/JPN/PPD
PROFESSIONAL READING AND WRITING
PENGENALAN
Dalam mengorak langkah ke abad 21 ini, kita menghadapi perubahan pesat yang berlaku dalam pengetahuan dan teknologi. Terdapat sesuatu yang baharu saban hari seperti ciptaan, inovasi malah visi. Maklumat dalam bahasa Inggeris kini di hujung jari dan boleh didapati daripada surat khabar, jurnal, internet dan media lain. Pemimpin sekolah mesti mengambil peluang untuk melengkapkan diri mereka dengan sebanyak mungkin ilmu melalui pembacaan. Pemimpin sekolah perlu membaca isu-isu terkini melalui media, seperti perkembangan pendidikan terbaharu serta gosip dunia artis supaya mereka dapat mengolah dan berkongsi maklumat yang telah dibaca di samping membina ikatan dan hubungan bersama-sama dengan warga sekolah. Tambahan pula, pemimpin sekolah perlu mempertingkatkan kemahiran menulis supaya pengalaman di sekolah dapat dikongsi dan disebar luas di pelbagai arena melalui pembentangan di seminar atau persidangan.
OBJEKTIF
Pada akhir kursus, peserta akan dapat:
- Memperoleh kemahiran membaca yang memanfaatkan;
- Berkongsi ilmu yang telah dibaca;
- Memperoleh kemahiran penulisan professional dan ilmiah; dan
- Menulis teks profesional dalam Bahasa Inggeris.
KANDUNGAN
- What is reading?
- Types of Texts
- Reading Techniques
- Reading and Sharing
- What is writing?
- Types of Writing
- Writing Techniques
- Writing and Sharing
- Reading and Re-writing
KUMPULAN SASARAN
- Pengetua/Guru Besar
- Pegawai Bahagian KPM/JPN/PPD
KOMUNIKASI BERKESAN
PENGENALAN
Komunikasi amat penting dalam pengurusan agar matlamat organisasi dapat dicapai. Keberkesanan komunikasi adalah pemangkin kepada pengurusan yang efisien. Kandungan kursus ini memenuhi aspirasi dan visi IAB sebagai peneraju pengurusan dan kepimpinan pendidikan.
OBJEKTIF
Selepas menghadiri kursus ini diharap peserta akan dapat:
- Mempertingkat kemahiran dan keyakinan diri semasa berkomunikasi
- Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai komunikasi yang berkesan, teori dan teknik komunikasi dalam perhubungan interpersonal dan organisasi
- Memahami proses komunikasi dan implikasinya terhadap keberkesanan pengurusan.
KANDUNGAN KURSUS
- Taklimat kursus
- Pengenalan komunikasi
- Laras komunikasi dan halangan komunikasi
- Kemahiran interpersonal dalam komunikasi
- Komunikasi bertulis
- Latih amal
- Pembentangan
- Rumusan dan penilaian
KUMPULAN SASARAN
- Pengetua/Guru Besar
- Pemimpin Pendidikan
EFFECTIVE COMMUNICATION
PENGENALAN
Pemimpin sekolah mesti memainkan peranan sebagai suri teladan dalam menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris di sekolah. Dasar MBMMBI, berkehendakkan pemimpin sekolah menggunakan bahasa Inggeris di sekolah mengikut kesesuaian dan relevan. Pemimpin sekolah menjadi penggerak dalam mempertingkatkan standard bahasa Inggeris di sekolah. Inilah masanya untuk pemimpin sekolah mengambil inisiatif menambah baik kompetensi dan kefasihan mereka berbahasa Inggeris. Usaha ini akan menjadi pemangkin kepada memperkukuh bahasa Inggeris di sekolah di mana guru dan murid akan mengikut jejak teladan pemimpin. Tambahan pula, pemimpin sekolah hari ini perlu melibatkan komuniti setempat seperti ibubapa, organisasi dan sektor swasta dalam membantu pelbagai aktiviti di sekolah. Pemimpin sekolah mungkin perlu membuat sesuatu penjelasan kepada ibubapa, memohon bantuan daripada organisasi luar atau pihak swasta. Oleh itu, pemimpin sekolah amat memerlukan kemahiran berbahasa Inggeris supaya dapat berkomunikasi dengan pihak luar secara berkesan sama ada secara lisan atau bertulis.
OBJEKTIF
Pada akhir kursus, peserta akan dapat:
- Menjadi pemangkin dalam memaksimumkan penggunaan bahasa Inggeris di sekolah;
- Menggunakan bahasa Inggeris dengan yakin dalam pelbagai konteks; dan
- Menggunakan kosa kata, perbendaharaan dan sebutan bahasa Inggeris yang betul.
KANDUNGAN
- Passion and Action (Role Models)
- Writing Letters
- Telephone Calls
- Conducting Meetings
- Presentation Skills
KUMPULAN SASARAN
- Pengetua
- Guru Besar
- Pegawai Bahagian KPM/JPN/PPD
PENGUCAPAN AWAM
PENGENALAN
Pengenalan dan kemahiran dalam berkomunikasi diperlukan oleh para pengurus pendidikan yang terlibat secara langsung dalam mengurus organisasi. Kursus ini akan memberi pengenalan tentang pengucapan awam seperti syarahan dan pembentangan. Peserta kursus akan diberikan pendedahan teori dan amali tentang teknik menulis teks serta teknik dan kemahiran penyampaian ucapan yang berkesan dalam Bahasa Melayu.
OBJEKTIF
Pada akhir kursus diharapkan para peserta dapat:
- Memperoleh pengetahuan tentang prinsip-prinsip asas penyampaian pengucapan awam.
- Mempertingkat keyakinan diri berucap di khalayak ramai.
- Mempertingkat kemahiran teknik ucapan
KANDUNGAN KURSUS
- Taklimat kursus/suai kenal
- Pengenalan kepada pengucapan awam
- Komunikasi bahasa dalam pengucapan awam
- Halangan komunikasi dan pengucapan awam
- Penulisan teks pengucapan awam
- Etika pengucapan awam
- Latih amal penulisan teks pengucapan awam
- Persembahan individu pengucapan awam
- Rumusan dan penilaian
KUMPULAN SASARAN
- Pengetua/Guru Besar
- Pemimpin Pendidikan
PUBLIC SPEAKING FOR SCHOOL LEADERS
PENGENALAN
Every school leader needs to be able to stand confidently and address the teachers, students, peers and other audiences in English for various purposes at some time or another. Public speaking requires confidence, a good train of thought and practiced speech. Issues such as posture, gestures, facial expression, intonation, rhythm and pronunciation amongst others, need to be given considerable attention in order to present well in public speaking. How the speaker puts a message across will depend on a well thought and structured text. Equipped with a good rehearsed text and a conscious awareness of body language, a school leader can confidently speak in public anytime, anywhere.
OBJEKTIF
Pada akhir kursus para peserta diharap dapat:
- Membezakan antara prinsip-prinsip asas pengucapan awam dan prinsip-prinsip asas penyampaian;
- Menulis teks pengucapan awam dalam bahasa Inggeris;
- Berucap di khalayak ramai dengan yakin dan menggunakan teknik pengucapan awam yang baik.
KANDUNGAN KURSUS
- What is Public Speaking?
- Step 1: Preparation
- Step 2: Writing Text
- Step 3: Editing the Text
- Step 4: Rehearsing
- Step 5: Delivering
- Evaluation of Delivery
KUMPULAN SASARAN
- Guru Besar/ Pengetua
- Pegawai PPD/ Pegawai JPN/ Pegawai Bahagian KPM
PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL
PENGENALAN
Para pengetua, guru besar dan pegawai di Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan pengurus pendidikan yang memainkan peranan penting dalam menaikkan imej kepimpinan pendidikan di negara ini. Mereka sering dijadikan suri teladan oleh masyarakat dan mereka juga sentiasa bergaul serta menghadiri majlis-majlis formal dan tidak formal. Oleh itu, mereka perlu sentiasa menunjukkan penampilan diri yang baik serta mempunyai pengetahuan tentang protokol dan etiket sosial dalam kehidupan seharian.
OBJEKTIF
Pada akhir kursus, peserta akan dapat:
- Pendedahan tentang amalan protokol dan etiket sosial;
- Menyesuaikan diri dalam pelbagai majlis;
- Meningkatkan imej diri dan organisasi; dan
- Membimbing dan memberi panduan cara pengurusan majlis mengikut amalan protokol semasa.
KANDUNGAN KURSUS
- Amalan protokol dan etiket sosial;
- Cita rasa dan kesesuaian berpakaian;
- Penggayaan diri dan penampilan diri;
- Tertib menghadiri majlis jamuan
- Kesopanan di meja makan
- Susunan Keutamaan Persekutuan dan panggilan hormat
- Kesopanan dalam pertemuan dan perkenalan
- Perbualan sosial
- Susunan tempat duduk dan protokol dalam pengacaraan majlis formal
- Penyediaan senarai jemputan dan penyediaan kad jemputan
- Kesopanan penyambut tetamu
KUMPULAN SASARAN
- Pengetua
- Guru Besar
- Pegawai Bahagian KPM/JPN/PPD