PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN
PENGENALAN
Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) dilaksanakan bagi menyediakan barisan pelapis pemimpin pendidikan yang mampu menerajui sekolah ke arah kecemerlangan. Program ini disusun untuk memberikan pengalaman terancang kepada peserta dalam memperoleh dan mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang berguna untuk tujuan pengurusan sekolah. Di samping dapat memberi peluang kepada peserta untuk membuat jaringan profesional dalam usaha ke arah penambahbaikan sekolah. Program NPQEL adalah kesinambungan daripada program Sijil Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan atau National Professional Qualification for Headship (NPQH). Program NPQH telah dilancarkan pada 1 Jun 1999. Bermula tahun 2008 program NPQH telah ditukar nama kepada program NPQEL. Pengisisan program dimantapkan tempoh berkursus masih setahun dengan enam (6) bulan pertama di IAB dan enam (6) bulan seterusnya di sekolah bagi program Sandaran. Pada tahun 2011, IAB telah mengubah tempoh program NPQEL kepada lima (5) bulan dan struktur mod pengajian dilaksanakan secara blended learning, iaitu secara bersemuka dan e-Pembelajaran
Dalam mengorak langkah untuk memastikan NPQEL terus releven dengan perkembangan dan kehendak pembangunan profesional semasa, maka IAB mengaplikasi pendekatan baharu melalui NPQEL versi 2018 atau NPQEL 2.0 berteraskan kompetensi atau kecekapan (competency based). Kaedah 70:20:10 digunakan untuk menyampaikan pembelajaran dan pembudahcara andragogi. Latihan Berasaskan Kecekapan memberi peluang kepada individu mempamerkan keupayaan peserta dalam membugarkan kompetensi berasaskan pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu tugasan sebagai pemimpin berprestasi tinggi seperti mana hasrat KPM dalam Anjakan ke-5 PPPM 2013-2025. NPQEL 2.0 mula dilaksanakan mulai Ambilan 1 Tahun 2018.
OBJEKTIF
- Memahami konsep pemimpin berwawasan dan mengenal pasti kemahiran insaniah dan kemahiran teknikal yang diperlukan
- Menterjemahkan kemahiran ini dalam menyediakan pelan pembangunan sekolah dan merangka tindakan sekolah secara individu untuk mencapai hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan menganalisis data atau maklumat yang diberikan
- Mengurus perubahan berasaskan model
- Membuat keputusan berkesan berasaskan data dan membina pelan perancangan dan pemantauan
- Berupaya menterjemah konsep pembangunan kapasiti untuk diaplikasikan dalam bentuk amalan dengan berkesan.
- Berupaya melakukan analisis keperluan yang mampu membangunan potensi diri, warga dan organisasi.
- Berupaya merancang, melaksana, menilai dan membuat refleksi aktiviti-aktiviti pembangunan sumber manusia yang diberikan
- Berupaya mewujudkan jaringan dan jalinan dengan menggunakan pelbagai strategi dan sumber bagi menyokong pembangunan organisasi
STRUKTUR PROGRAM NPQEL
KAEDAH PENGAJIAN NPQEL
Kurikulum NPQEL 2.0 dijajarkan kepada tiga fasa setiap ambilan, iaitu aktiviti sebelum latihan, semasa latihan dan selepas latihan. Dalam fasa sebelum latihan, tiga minggu atau 21 hari sebelum kursus bersemuka, peserta perlu menguasai 10 kompetensi pemimpin sekolah berbentuk latihan interaktif dalam talian. Latihan sebelum kursus bertujuan menyediakan peserta dengan pengetahuan asas berkaitan pengurusan sekolah.
Dalam fasa semasa latihan, kompetensi peserta dibangunkan melalui:
- Sesi lima minggu bersemuka (150 jam) diisi dengan pembentangan kumpulan berdasarkan pelbagai isu kepimpinan pendidikan, bicara ilmu, protokol dan etiket sosial serta amalan kecergasan eksekutif. Latihan bersemuka diperkukuh dengan amali lawatan penandaarasan ke institusi swasta, jaringan pintar korporat dan ulasan buku; dan
- Latihan amali dilaksanakan melalui program Perantisan 1 (1 minggu) dan Perantisan 2 (6 minggu).
Fasa selepas latihan merupakan pemilihan hasil tugasan peserta untuk diterbitkan sebagai galakan penghasilan kerja cemerlang. Sepuluh kompetensi secara bertema dijajarkan secara seimbang dalam setiap aktiviti dalam talian, bersemuka dan amali.
KUMPULAN SASARAN
- Peserta terdiri daripada Guru Penolong Kanan di sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh Malaysia, pemimpin pelapis dari KPM/Bahagian/JPN/PPD dan IPG.
- Peserta dipilih oleh Panel Pemilih, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Permohonan boleh dibuat oleh bakal peserta secara atas talian sepanjang tahun dalam Portal IAB.