JABATAN PENGURUSAN KURIKULUM DAN KOKURIKULUM (JPKK)
1.0 KURSUS KEPIMPINAN INSTRUKTIONAL BERKESAN
1.1 PENGENALAN
Pemimpin sekolah menjadi peneraju utama di sesebuah sekolah. Pemimpin ini seharusnya dapat mengatur strategi berdasarkan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996 agar mencapai hasrat wawasan pendidikan KPM. Dalam usaha mengatur strategi ini, pelbagai faktor perlu diambil kira termasuk mewujudkan misi atau matlamat yang jelas. memahami realiti serta kekangan pelaksanaan yang sememangnya dihadapi, dan mengenalpasti ruang dan peluang untuk penambahbaikan. Kajian-kajian terhadap sekolah berkesan dalam literatur menunjukkan bahawa faktor utama kejayaan sesebuah sekolah adalah berteraskan corak kepimpinan yang berfokus dan terancang dan model Kepimpinan Instruktional didapati paling sesuai untuk tujuan ini.
1.2 OBJEKTIF
- memahami perbezaan kepimpinan instruktional dengan kepimpinan kurikulum
- memahami ciri-ciri utama model-model kepimpinan instruktional
- mengaitkan pelaksanaan pengurusan strategik melalui langkah-langkah dalam kepimpinan instruktional
- mendapat gambaran menyeluruh dan menghayati peranan yang perlu dimainkan oleh pemimpin instruktional
- menyediakan Pelan Pembangunan Sekolah
1.3 KANDUNGAN
- Kepimpinan Kurikulum
- Kepimpinan Instruktional
- model kepimpinan instruktional
- bidang tugas instruktional di sekolah
- mendefinisikan misi sekolah
- memantau pencapaian murid
- mengurus program instruktional
- penyeliaan pengajaran dan pembelajaran
- pembangunan profesional guru
- penilaian pembelajaran
1.4 KUMPULAN SASARAN
- Pengetua
- Guru Besar
- Penolong Kanan Pentadbiran
- Guru Penolong Kanan Petang
2.0 KURSUS PENGURUSAN KOKURIKULUM
2.1 PENGENALAN
Pendidikan yang seimbang dan menyeluruh sentiasa memberi penekanan kepada kedua-dua aspek iaitu kurikulum dan kokurikulum. Untuk memncapai matlamat ini, pendidikan yang mengintegrasikan aktiviti kurikulum dan kokurikulum hendaklah dirancang dan dilaksanakan secara bersepadu serta bersungguh-sungguh. Oleh itu para pemipin sekolah yang terdiri daripada pengetua, guru besar dan guru Penolong Kanan Kokurikulum perlu dilatih dalam bidang pengurusan kokurikulum bangi meningkatkan dan memantapkan lagi kompetensi diri mereka sebagai pentadbir sekolah
2.2 OBJEKTIF
Pada akhir kursus, peserta akan dapat:
- Mengenalpasti tugas, peranan dan tanggungjawab masing-masing sebagai pengurus kokurikulum di sekolah
- Menjelaskan konsep, dasar, matlamat, objektif, fungsi dan peranan pengurusan kokurikulum sebagai sebahagian daripada proses kependidikan yang menyeluruh
- Merancang, melaksanakan dan memantau program atau aktiviti kokurikulum berlandaskan dasar dan prinsip yang sebenar
- Menggunakan program kokurikulum dalam peningkatan proses perkembangan keseluruhan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
- Menampilkan diri sebagai pengurus dan pemimpin kokurikulum yang berkesan
2.3 KANDUNGAN:
- Perancangan strategik dalam kokurikulum
- Aspek perundangan dalam kokurikulum
- Konsep dan pengurusan kokurikulum
- Pendidikan luar
- Kecergasan eksekutif
- Penyeliaan dalam kokurikulum
- Isu dan cabaran dalam kokurikulum
- Pembangunan profesionalisma kokurikulum guru
- Penilaian kokurikulum
2.4 KUMPULAN SASARAN:
- Pengetua
- Guru besar
- Guru penolong kanan kokurikulum
- Pegawai KPM/JPN/PPD
3.0 KURSUS PEMANTAUAN PENCAPAIAN MURID
3.1 PENGENALAN
Kursus ini bertujuan meningkatkan ketrampilan para pentadbir khususnya Pengetua atau Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran dengan teknik pemantauan pencapaian akademik murid yang membolehkan mereka mengenalpasti kelemahan murid dan mengambil langkah-langkah pembetulan atau penambahbaikan yang sewajarnya. Selain daripada itu, kursus ini juga turut menyediakan para peserta untuk merancang pelan tindakan peningkatan prestasi akademik murid selepas analisis telah dibuat kepada data pencapaian akademik murid masing-masing. Kursus ini dijalankan secara 'on-site' yang membolehkan lebih ramai peserta mengetahui teknik ini secara khusus tanpa perlu menghadiri kursus panjang di IAB. Tajuk ini juga merupakan sebahagian daripada komponen Kursus Kepimpinan Instruktional yang turut ditawarkan untuk para peserta yang ingin mendapat tahap pengetahuan yang lebih komprehensif.
3.2 OBJEKTIF
Pada akhir kursus, peserta akan dapat:
- memantau kemajuan murid
- mengenal pasti petunjuk-petunjuk prestasi akademik murid
- memahami konsep analisis data murid
- menganalisis data akademik murid
- membuat post mortem
- menyediakan pelan tindakan peningkatan prestasi murid
3.3 KANDUNGAN
- Memantau Pencapaian Murid
- Konsep Cemerlang Silang dan Gagal Silang
- Post-Mortem Data Peperiksaan
- Pelan Tindakan Peningkatan Prestasi Murid
3.4 KUMPULAN SASAR
- Pengetua
- Guru Besar
- Penolong Kanan Pentadbiran
- Ketua Bidang
- Ketua Panitia
4.0 KURSUS PENGURUSAN PANITIA
4.1 PENGENALAN
Panitia merupakan satu unit yang penting dalam memastikan pelaksanaan kurikulum di sekolah. Oleh yang demikian, panitia perlu diurus dengan berkesan. Untuk memastikan ia diurus dengan berkesan, maka Kursus Pengurusan Panitia perlu diberikan kepada semua peringkat pengurus sekolah.
4.2 OBJEKTIF
- memahami peranan dan fungsi pemimpin sekolah dalam pengurusan panitia
- mengenal pasti proses membina matlamat panitia dan membentuk budaya serta iklim pembelajaran yang berkesan
- mengenalpasti potensi guru dalam mempertingkatkan pengajaran dalam kelas
- mengenalpasti proses-proses penting dalam penyeliaan, penilaian dan post-mortem dalam membantu pihak pengurusan sekolah
- meningkatkan keupayaan guru dan murid
- memahami pengendalian kewangan, stok, inventori serta menguruskan mesyuarat panitia dan dokumentasi dengan berkesan
- merangka dan menyusun strategi ke arah meningkatkan kewibawaan panitia dan pengurusan yang lebih cekap
4.3 KANGUNGAN
- Pengurusan panitia: peranan dan fungsi
- Pembinaan matlamat panitia sekolah
- Pembentukan iklim budaya belajar dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran berkualiti
- Head Count
- Pengurusan Mesyuarat Panitia dan dokumentasi
- Pengendalian kewangan, stok dan inventori
- Pembinaan pelan tindakan panitia sekolah
- Penyeliaan, penilaian dan post-mortem
4.4 KUMPULAN SASAR
- Guru Kanan Mata Pelajaran
- Ketua Panitia
5.0 KURSUS PENYELIAAN BERKESAN
5.1 PENGENALAN
Seorang pemimpin sekolah perlu membantu guru meningkatkan mutu pelajaran supaya pengajaran bertambah berkesan dan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Pemimpin sekolah juga perlu melihat dengan lebih dekat lagi apa yang berlaku dalam bilik darjah agar kelemahan-kelemahan proses pengajaran dan pembelajaran boleh diperbaiki dan amalan yang baik dapat diperkukuhkan. Oleh yang demikian kemahiran penyeliaan amat diperlukan dan harus ada pada setiap pemimpin sekolah. Dengan adanya kemahiran tersebut, mereka akan mampu memberi maklum balas, membimbing, memotivasi serta mengambil langkah-langkah susulan dengan lebih berkesan bagi memastikan peningkatan dan kecemerlangan kurikulum.
5.2 OBJEKTIF
- membezakan maksud penyeliaan dengan penilaian pengajaran guru
- menghurai isu-isu berkaitan penyeliaan
- memahami maksud Penyeliaan Klinikal
- menerangkan tujuan Penyeliaan Klinikal
- memahami Model-model Penyeliaan Klinikal
- melakukan Penyeliaan Klinikal
5.3 KANDUNGAN
- Pengenalan Penyeliaan Klinikal
- Mandat Penyeliaan
- Isu-isu Penyeliaan
- Jenis-jenis Penyeliaan
- Penyeliaan Klinikal
- Praktikal
- SKPMg2
5.4 KUMPULAN SASAR
- Pengetua
- Guru Besar
- Guru Penolong Kanan
- Ketua Bidang
- Ketua Panitia
- Guru Cemerlang
- Pegawai Bahagian KPM/JPN/PPD
JABATAN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID DAN KAUNSELING (JPHK)
1. 0 KURSUS PENGURUSAN HAL EHWAL MURID (HEM)
1.1 PENGENALAN
Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) merupakan bidang yang penting di sekolah. Pengurusan HEM mesti dikendalikan dengan baik melicinkan perjalanan dan pengurusan sekolah. Murid merupakan aset yang sangat kritikal di sekolah. Oleh itu, pengurusan HEM yang berpaksikan Fasafah Pendidikan Kebangsaan harus dicernakan.
1.2 OBJEKTIF
Pada akhir kursus, peserta akan dapat:
- Menterjemahkan konsep, falsafah dan matlamat pengurusan HEM kepada pelaksanaannya secara berkesan di sekolah
- Membuat perancangan program HEM yang lebih berkesan
- Melaksanakan keberkesanan pengurusan HEM dalam membantu peningkatan proses pembelajaran dan pengajaran ke arah kecemerlangan
- Menggunakan program HRM di dalam peningkatan proses perkembangan murid
- Menampilkan diri sebagai pengurus dan pemimpin yang berkesan
- Mempunyai ilmu dan kemahiran supaya dapat mengurus HEM secara cekap dan berkesan
1.3 KANDUNGAN
- Teras pengurusan HEM
- Kebajikan dan keselamatan murid
- Perundangan HEM dan disiplin
- ICT dalam pengurusan HEM
- Teknik kaunseling dalam pengurusan HEM
- Pelan tindakan HEM
1.4 KUMPULAN SASAR
- Pengetua
- Guru besar
- Guru Penolong Kanan HEM
2.0 KURSUS PENGURUSAN TRANSFORMASI ASRAMA
2.1 PENGENALAN
Asrama di sekolah harian menyediakan kemudahan penginapan yang kondusif kepada murid yang memerlukan tempat tinggal di samping memastikan kesejahteraan dan kecemerlangan murid. Pengurusan asrama yang cekap daripada Pengetua / Guru Besar akan memastikan program transformasi asrama berjaya dengan melibatkan semua sumber dan tenaga di sekolah ke arah lima aspirasi sistem pendidikan iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Kandungan kursus ini berpandukan kerangka Standard Kualiti Pengurusan Asrama dan Fokus Transformasi Asrama Harian, dan mengaplikasikan perkongsian pengalaman peserta, amalan reflektif kendiri serta penyediaan Pelan Tindakan Transformasi Asrama. Sesi bimbingan berterusan akan diadakan dalam Program Follow dan Follow Through selepas sesi kursus berjalan
2.2 OBJEKTIF
Membina kapasiti pengurusan dan kepimpinan Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah berasrama agar memiliki kompetensi yang tinggi dalam pengurusan asrama.dalam aspek berikut:
Pengurusan dan pentadbiran murid asrama
Penjanaan akademik murid asrama
Penjanaan sahsiah dan disiplin murid
Penjanaan kebitaraan asrama dan kokurikulum sukan
2.3 KANDUNGAN
Transformasi Asrama Harian 2013-2020
Kepimpinan Untuk Pembangunan Murid Asrama
Pengurusan Prasarana dan Pematuhan Kontrak Kerajaan
Perkongsian Amalan Terbaik
Perbengkelan Pelan Transformasi Asrama
2.4 KUMPULAN SASARAN
Pengetua sekolah harian berasrama
Guru Besar sekolah harian berasrama
3.0 PENGURUSAN KAUNSELING
3.1 PENGENALAN
Program latihan ini mengetengahkan isu-isu yang sering diperkatakan oleh individu yang terlibat dengan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) dilihat sebagai pemangkin yang berperanan besar dalam menjayakan usaha menangani permasalahan pelajar melalui khidmat bimbingan dan kaunseling. Keterlibatan GBKSM secara total dalam menerajui kepimpinan tugas perlaksanaan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling amat dituntut ketika ini. Perkongsian dan kesepakatan kerja antara GBKSM dengan kepimpinan sekolah dilihat sebagai wadah utama ke arah kejayaan perkhidmatan kaunseling di sekolah. Bagi menyelami permasalahan dalam kerja sepakat ini, amat wajar GBKSM didedahkan dengan kursus seumpama ini yang memberi penekanan kepada aspek menyeluruh bidang Bimbingan dan Kaunseling melalui pengisian yang telah ditetapkan.
3.2 OBJEKTIF
Pada akhir latihan, peserta akan dapat:
- memahami tugas-tugas sebenar GBKSM di sekolah;
- merancang dan melaksanakan pengurusan B&K dengan berkesan dan sistematik;
- melaksanakan sesi bimbingan dan kaunseling dengan mengikut amalan yang betul sebagai seorang GBKSM;
- mempamerkan imej GBKSM yang boleh menjadi model kepada institusinya; dan
- mempunyai kefahaman dan kebolehan menilai keberkesanan tugas-tugas yang dilaksanakan.
3.3 KANDUNGAN
- Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling
- Pendekatan Kemahiran dan Teknik dalam Bimbingan dan Kaunseling
- Kaunseling Individu
- Kaunseling Kelompok
- Silang Budaya dalam Bimbingan dan Kaunseling
- Kes-kes khas dalam bimbingan dan kaunseling
- e-Kaunseling
- Pelan Tindakan Bimbingan dan Kaunseling
- Pentadbiran Inventori Psikometrik
3.4 KUMPULAN SASARAN
- Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa
4.0 PENGURUSAN DISIPLIN MURID
4.1 PENGENALAN
Kursus ini menjelaskan tentang disiplin yang merupakan aspek yang terpenting di sekolah. Hal ini kerana, pengurusan disiplin mesti dikendalikan dengan baik bagi melicinkan perjalanan dan prestasi sekolah. Murid merupakan aset yang sangat penting di sekolah, justeru pengurusan disiplin murid yang betul harus dijalankan dengan lebih berkesan.
4.2 OBJEKTIF
Pada akhir kursus, peserta akan dapat:
- Menterjemahkan konsep, falsafah dan matlamat pengurusan disiplin kepada pelaksanaanya secara berkesan di sekolah.
- Merancang dan melaksanakan pengurusan disiplin dengan berkesan
- Menyelia program disiplin dalam usaha peningkatan proses perkembangan murid
- Mempunyai ilmu dan kemahiran supaya dapat mengurus disiplin secara cekap dan efisien
- Mengamalkan nilai-nilai murni dan menampilkan diri sebagai pengurus dan pemimpin disiplin yang berkesan
4.3 KANDUNGAN
- Panduan Tatacara Disiplin
- Perancangan Pengelolaan dan Pengawalan Disiplin
- Teknik Kaunseling dalam Menangani Masalah Disiplin
- Permuafakatan Ibubapa
- Pelan Tindakan Disiplin
4.4 KUMPULAN SASAR
- Guru Disiplin
5.0 KURSUS PEMBIMBING RAKAN SEKERJA
5.1 PENGENALAN
Individu lebih mudah membuat pendedahan kendiri kepada orang yang lebih rapat, ahli keluarga dan rakan sekerja. Oleh itu, adalah sesuai rakan sekerja dilatih dengan kemahiran-kemahiran untuk membimbing rakan sekerja. Program ini melatih pekerja dengan kemahiran tertentu untuk membantu dan membimbing rakan sekerja menghadapi isu, cabaran hidup dan pekerja secara sistematik. Cabaran kehidupan dan pekerjaan pada masa ini meningkat kerana manusia semakin ramai dan tekanan semakin bertambah. Satu saluran untuk berkongsi dan meluahkan perasaan perlu disediakan. Rakan sekerja adalah individu yang paling sesuai untuk dilatih dengan kemahiran "rakan membimbing rakan" kerana individu tersebut lebih banyak masa bersama rakan sekerja setiap hari.
5.2 OBJEKTIF
Pada akhir kursus, peserta akan dapat:
- mewujudkan persekitaran kerja yang harmonis, saling membantu dan memahami sesama rakan
- menyedia perkhidmatan yang lebih sistematik secara formal atau tidak formal sebagai saluran mencurah perasaan secara beretika
- mewujudkan kumpulan pekerja "role model" yang mempunyai ciri-ciri peribadi yang positif, proaktif dan bermotivasi
- mewujudkan kumpulan pekerja yang mengamalkan budaya membimbing dengan sifat-sifat penyayang, memahami, doleh dipercayai, menerima sabar, positif, mendengar, empati dan asertif
5.3 KANDUNGAN
- Konsep PERASA
- Rukun PERASA
- Binaan Pasukan
- Penghargaan Kendiri
- Konsep EI/EQ
- Sifat Pembimbing PERASA
- Titian Kasih
JABATAN PENGURUSAN KEWANGAN DAN PENTADBIRAN PEJABAT
1.0 PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN SEKOLAH
1.1 PENGENALAN
Adalah sangat penting untuk memastikan sumber yang telah disalurkan kepada sekolah dapat memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit yang telah dilaburkan. Penyediaan dan pengurusan sumber kewangan yang berkesan adalah penting bagi menyokong dan membolehkan warga sekolah memberi tumpuan kepada tugas utama mereka dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai matlamat yang ditetapkan oleh kementerian pendidikan. Sejajar dengan itu, kursus ini memberi pendedahan dan memberi input berkaitan kepada pengurus sekolah sebagai orang yang bertanggungjawab menerima dan menguruskan peruntukan. Pengisian kursus bermula daripada pengurusan belanjawan, hasil, perolehan, bayaran, aset dan stor serta Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah secara Elektronik (eSPKWS). Satu pusingan yang lengkap termasuk kawalan yang mesti dilaksanakan dalam setiap bidang.
1.2 OBJEKTIF
Selepas mengikuti kursus ini diharap peserta akan dapat:
- Mengenalpasti peruntukan bantuan persekolahan.
- Mengaplikasikan pengurusan peruntukan bantuan persekolahan mengikut prosedur sedia ada.
- Memahami pengurusan terimaan dan pungutan mengikut sistem dan arahan yang berkuatkuasa.
- Merancang, mengawal dan melaksanakan perolehan dan bayaran mengikut sistem dan arahan yang berkuatkuasa.
- Melaksanakan tanggungjawab sebagai pengurus sekolah dan menyelia rekod perakaunan dalam Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah secara Elektronik dengan berkesan.
- Mengaplikasikan pengurusan aset alih dan stor kerajaan dengan sistematik dan mematuhi prosedur yang ditetapkan.
- Mengamalkan akauntabiliti dalam pengurusan kewangan dan perakaunan sekolah.
1.3 KANDUNGAN KURSUS
- Pengurusan Peruntukan Bantuan Persekolahan
- Pengurusan Terimaan dan Pungutan
- Pengurusan Perolehan dan Bayaran
- Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah (eSPKWS)
- Pengurusan Aset Alih dan Stor Kerajaan
- Akauntabiliti
1.4 KUMPULAN SASARAN
- Pengetua
- Guru Besar
- Guru Penolong Kanan Pentadbiran
2.0 PENGURUSAN ASET ALIH DAN STOR
2.1 PENGENALAN
Kursus ini sangat penting untuk memastikan semua aset alih dan stok di sekolah dikawalselia dan diuruskan dengan baik. Perolehan aset alih dan stok melibatkan peruntukan yang besar saban tahun, jadi adalah sangat penting penekanan terhadap tanggungjawab menjaga harta awam ini serta menggunakannya untuk kepentingan awam secara berhemah. Kursus ini dibentuk untuk memberi pendedahan kepada pihak sekolah tentang kepentingan pengurusan aset alih dan stor sekolah secara cekap dan sistematik mematuhi tatacara yang telah ditetapkan. Pihak pengurusan sekolah diharusnya mengambil peluang melalui kursus berimpak tinggi ini untuk menimba seberapa banyak maklumat berkaitan pengurusan aset dan stor seterusnya diaplikasikan dalam pentadbiran di sekolah agar semua aset alih dan stor diurus secara sistematik, cekap, efektif dan efisen.
2.2 OBJEKTIF
Pada akhir kursus, peserta akan dapat:
- Memahami prosedur dan tatacara pengurusan aset alih dan stor sekolah dengan lebih jelas;
- Mengaplikasikan pengurusan aset alih dan stor kerajaan dengan sistematik dengan mematuhi prosedur yang ditetapkan;
- Meningkatkan kompetensi dalam proses merancang, mengawal dan membuat pelaporan pengurusan aset dan stor sekolah; dan
- Mengamalkan akauntabiliti dalam pengurusan kewangan dan perakaunan sekolah.
2.3 KANDUNGAN KURSUS
- Pengurusan Aset Alih Kerajaan
- Pengurusan Stor Kerajaan
2.4 KUMPULAN SASARAN
- Pengetua
- Guru Besar
- Guru Penolong Kanan Pentadbiran
3.0 SISTEM PERAKAUNAN KUMPULAN WANG SEKOLAH SECARA ELEKTRONIK (eSPKWS)
3.1 PENGENALAN
Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah Secara Elektronik (eSPKWS) adalah sistem perakaunan yang dibangunkan oleh Bahagian Akaun KPM khusus untuk membantu pihak Sekolah menyelenggara urusan perakaunan Kumpulan Wang Sekolah (KWS) bermula daripada terimaan sehingga ke penjanaan Penyata Akaun Tahunan Sekolah secara elektronik. eSPKWS memudahkan penyimpanan dan penyelenggaraan data-data perakaunan dan kewangan secara elektronik dengan efisyen dan efektif. Sistem ini juga memudahkan pihak pengurusan Kementerian dan Jabatan dalam mendapatkan maklumat kewangan dan perakaunan sekolah mengikut masa yang ditetapkan atau pada bila-bila masa yang dikehendaki. Penggunaan eSPKWS sepenuhnya akan meningkatkan akauntabiliti dan integriti pengurusan kewangan dan perakaunan sekolah.
3.2 OBJEKTIF
Selepas mengikuti kursus ini diharap peserta akan dapat:
- Melaksanakan tugas mengikut peraturan-peraturan kewangan dan perakaunan sekolah yang telah ditetapkan.
- Mengamalkan zero defect (kecacatan sifar) dalam melaksanakan tugas-tugas kewangan dan perakaunan sekolah dengan lebih teratur dan sistematik.
- Memahami kepentingan akauntabiliti dalam pengurusan kewangan dan perakaunan sekolah.
- Memantau penyelenggaraan perakaunan dan penyediaan Penyata Kewangan Tahunan secara elektronik dan atas talian (online).
3.3 KANDUNGAN KURSUS
- Modul Laporan
- Modul Penyesuaian Bank
- Modul Penutupan
- Modul Pindah Peruntukan
- Modul PWR
- Modul Bayaran
- Modul Daftar Bil
- Modul Terimaan
- Modul Permulaan
- Pengenalan dan Undang-undang yang berkuatkuasa
- Penyediaan Penyata Terimaan dan Bayaran
- Penyediaan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan
- Kunci Kira-kira
- Nota Kepada Akaun
- Sistem Kawalan dan Rumusan
3.4 KUMPULAN SASARAN
- Pengetua
- Guru Besar
- Guru Penolong Kanan Pentadbiran
4.0 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PEJABAT
4.1 PENGENALAN
Kewujudan pekeliling dan arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh agensi Kerajaan bertujuan untuk membantu agensi awam melaksanakan urusan pentadbiran dengan lebih cekap, teratur dan berkesan. Sebagai pengurus sekolah, pekeliling dan arahan ini menjadi panduan dalam memastikan pengurusan dan pentadbiran sekolah dapat dilaksanakan dengan cemerlang. Modul ini dibina untuk memberi pengetahuan dan kefahaman kepada pemimpin sekolah agar segala urusan yang berhubung dengan lantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidmatan,pengurusan elaun serta cuti staf dapat diurus mengikut prosedur yang betul. Manakala keakuran kepada peraturan-peraturan pegawai awam berkaitan dengan kelakuan dan tatatertib berupaya membentuk integriti dan kreadibiliti para pegawai semasa menjalankan tugas. Keupayaan pemimpin sekolah dalam mengatur tadbir urus pengurusan pejabat dengan efisien menjadi pemangkin kepada kelicinan perjalanan jentera pentadbiran sekolah. Rangkuman ini akan membentuk kekuatan kerja sepasukan yang padu yang akhirnya memberi impak kepada kecemerlangan sekolah secara keseluruhannya.
4.2 OBJEKTIF
Pada akhir kursus, peserta akan dapat:
- Memahami tanggungjawab sebagai Ketua Jabatan dalam pengurusan sekolah
- Mengaplikasi prosedur pengurusan surat rasmi kerajaan dengan cara yang betul mengikut kaedah yang ditetapkan.
- Mengamalkan pengurusan fail dan rekod mengikut panduan Akta Arkib Negara.
- Memahami prosedur pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidmatan penjawat awam dan mampu melaksanakan prosedur tersebut di sekolah.
- Memahami prosedur pengurusan elaun dan cuti.
- Memahami dengan jelas prosedur tindakan tatatertib ke atas penjawat awam yang telah melanggar Peraturan-peraturan Pegawai Awam.
4.3 KANDUNGAN KURSUS
- Bhg. I : Pengurusan Am Pejabat
- Bhg. II : Pentadbiran Sumber Manusia
- Bhg.III : Keperibadian Dan Ketrampilan
- Bhg.VI : Urusan Surat Kerajaan
- Bhg. VII: Pengurusan Fail
- Bhg. VIII : Penyelenggaraan, Pemeliharaan Dan Pelupusan Rekod Awam
- Perintah-perintah Am Bab D: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012
- Perintah-perintah Am Bab B: Elaun-Elaun Dalam Perkhidmatan 1974
- Perintah-perintah Am Bab C: Cuti 1974
- Perintah-perintah Am D: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)1993 Pindaan 2002
4.4 KUMPULAN SASARAN
- Pengetua
- Guru Besar
- Guru Penolong Kanan Pentadbiran
5.0 PENGURUSAN FAIL DAN REKOD
5.1 PENGENALAN
Kursus ini merupakan kursus High Impact yang banyak menekankan kepada peraturan sepertimana yang dikehendaki oleh Pekeliling Perkhidmatan Bil 5 Tahun 2007- Panduan Pengurusan Pejabat Bahagian VII- Pengurusan Fail dan Bahagian VIII- Penyelenggaraan, Pemeliharaan dan Pelupusan Rekod Awam. IAB menyediakan satu pakej latihan yang lebih intensif dan berfokus tinggi bagi membantu usaha Kementerian Pendidikan merealisasikan hasrat ‘Pengurusan Cemerlang Tanggungjawab Kita’.
5..2 OBJEKTIF
Pada akhir kursus ini, peserta akan dapat:
- Memahami maksud rekod, rekod awam dan pengurusan fail
- Mengetahui pengurusan fail dengan tatacara yang betul
- Mengetahui prosedur pelupusan rekod dengan betul
- Mengenal pasti tentang prosedur pengurusan rekod mengikut arahan yang berkuat kuasa.
5.3 KANDUNGAN KURSUS
- Objektif
- Definisi pengurusan fail
- Prinsip-prinsip pengurusan fail
- Kategori fail
- Klasifikasi fail
- Pembukaan fail
- Penyimpanan dan Pergerakan fail
- Penutupan fail
- Sampul kecil
- Simpan Dalam Perhatian
- Definisi rekod awam
- Sumber rujukan
- Kepentingan rekod awam
- Tanggungjawab Ketua Jabatan
- Pegawai Rekod Jabatan (PRJ)
- Bilik rekod
- Penyelenggaraan dan pemeliharaan rekod
- Pelan Tindakan Bencana Rekod (PTBR)
- Pelupusan rekod (Pemindahan dan pemusnahan)
5.4 KUMPULAN SASARAN
- Pengetua
- Guru Besar
- Penolong Kanan Pentadbiran
- Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
- Penolong Kanan Kokurikulum
6.0 PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH DALAM TALIAN
6.1 PENGENALAN
Pengurusan Kewangan Sekolah sangat penting untuk memastikan sumber yang telah disalurkan kepada sekolah dapat memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit yang telah dilaburkan. Selaras dengan arahan dalam Jadual Perwakilan Kuasa Pegawai Pengawal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi pengurusan kewangan dan perakaunan di semua Bahagian/ Jabatan/ Institusi Pendidikan/ Pejabat Pendidikan Daerah/ Sekolah, KPM agar semua pegawai yang telah diwakilkan kuasa hendaklah melaksanakan kuasa dan tugas dengan efisien, berintegriti dan berakauntabiliti serta mematuhi tempoh masa yang ditetapkan. Sejajar dengan itu, Kursus Pengurusan Kewangan Sekolah (Dalam Talian) berkongsi input bermula daripada punca kuasa/ peraturan yang berkuatkuasa, pengurusan bantuan pesekolahan, terimaan, perolehan, bayaran dan akuntabiliti dalam pengurusan kewangan sekolah. Kursus ini membuka ruang dan peluang kepada semua pegawai pendidikan yang memerlukan maklumat/ meningkatkan kefahaman/ kemahiran dalam pengurusan kewangan sekolah. Fokus utama adalah kumpulan pengurusan sekolah yang merupakan sasaran pelanggan IAB yang perlu mempunyai kompetensi mantap dalam pengurusan kewangan sekolah berkesan.
6.2 OBJEKTIF
- Membangunkan kompetensi pemimpin/ pengurusan/ pegawai di sekolah/ Pejabat Pendidikan Daerah/ Jabatan Pendidikan Negeri/ Bahagian KPM dalam pengurusan kewangan sekolah dengan:
- Mengenal pasti dan mengaplikasikan pengurusan peruntukan bantuan persekolahan mengikut prosedur sedia ada
- Mengamalkan pengurusan terimaan dan pungutan mengikut sistem dan peraturan yang berkuatkuasa
- Merancang, mengawal dan melaksanakan perolehan dan bayaran mengikut prosedur dan peraturan yang berkuatkuasa
- Mengamalkan kecacatan sifar dalam melaksanakan tugas-tugas kewangan sekolah dengan lebih teratur dan sistematik
- Mengamalkan akauntabiliti dalam pengurusan kewangan dan perakaunan sekolah.
6.3 KANDUNGAN KURSUS
- Pengenalan Pengurusan Kewangan Sekolah
- Pengurusan Peruntukan Bantuan Persekolahan
- Pengurusan Terimaan dan Pungutan
- Pengurusan Perolehan
- Pengurusan Bayaran
- Akauntabiliti dalam Pengurusan Kewangan Sekolah
6.4 KUMPULAN SASARAN
- Pengetua/ Guru Besar
- Guru Penolong Kanan
- Pembantu Tadbir Kewangan
- Pegawai di PPD/ JPN/ Bahagian
7.0 LANJUTAN PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN SEKOLAH
7.1 PENGENALAN
Kursus Lanjutan Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Sekolah sangat penting untuk memastikan sumber yang telah disalurkan kepada sekolah dapat memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit yang telah dilaburkan. Pengurusan sumber kewangan dan perakaunan yang berkesan adalah penting bagi menyokong dan membolehkan warga sekolah memberi tumpuan kepada tugas utama mereka dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai matlamat yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sejajar dengan itu, kursus ini memberi input dengan lebih lanjut berserta latih amal setelah memperoleh pendedahan asas melalui kursus pengurusan kewangan dalam talian. Kandungan kursus ini terdiri daripada pengurusan bantuan persekolahan, terimaan dan pungutan, perolehan dan bayaran, aset alih dan stor kerajaan serta Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah secara Elektronik (eSPKWS). Peserta kursus ini juga akan diberi pendedahan untuk membangunkan kapasiti warga sekolah tentang pendidikan kewangan peribadi di organisasi masing-masing bagi memupuk nilai murni mengurus kewangan sejak usia muda dengan berkesan.
7.2 OBJEKTIF
Selepas mengikuti kursus ini diharap peserta akan dapat:
- Mengaplikasikan pengurusan peruntukan bantuan persekolahan mengikut prosedur sedia ada;
- Memahami pengurusan terimaan dan pungutan mengikut sistem dan arahan yang berkuatkuasa;
- Merancang, mengawal dan melaksanakan perolehan dan bayaran mengikut sistem dan arahan yang berkuatkuasa;
- Melaksanakan tanggungjawab sebagai pengurus sekolah dan menyelia rekod perakaunan dalam Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah secara Elektronik dengan berkesan;
- Mengaplikasikan pengurusan aset alih dan stor kerajaan dengan sistematik dan mematuhi prosedur yang ditetapkan; dan
- Mengupayakan pemimpin untuk menyokong pendidikan kewangan di organisasi.
7.3 KANDUNGAN KURSUS
- Pengurusan Peruntukan Bantuan Persekolahan.
- Pengurusan Terimaan dan Pungutan
- Pengurusan Perolehan dan Bayaran.
- Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah (eSPKWS)
- Pengurusan Aset Alih dan Stor Kerajaan
- Pendidikan Kewangan
7.4 KUMPULAN SASARAN
- Pengetua/ Guru Besar
- Guru Penolong Kanan