KURSUS ASAS TEKNOLOGI KURSUS ASAS TEKNOLOGI Pengenalan: Kursus Asas Teknologi menawarkan pelbagai kemahiran asas dalam teknologi. Kursus secara generik ini terbuka kepada semua staf IAB untuk meningkatkan kompetensi kemahiran berasaskan teknologi. Kursus ini antara lain mengemukakan Aplikasi Google, perkembangan teknologi terkini, sistem aplikasi dan penyuntingan grafik Objektif: Mengenalpasti peranti pintar Mengenalpasti kepelbagaian kandungan Google Apps Mengenalpasti pembangunan laman web Mengetahui kepelbagaian fungsi dalam IAB Apps Mengenalpasti perkembangan teknologi terkini Memahami asas multimedia Kandungan: Pengurusan Emel dan Kalendar Lanjutan Penggunaan Libre Office dalam Pengurusan Pendidikan Pengurusan Pengetahuan Aplikasi Peranti (Mobile apps) Kemahiran Aplikasi LMS Moodle Google Slide Presentation Laman Google (Google Sites) Pembangunan Persembahan Bahan Digital/Multimedia (Prezi) Pengenalan Kepada Aplikasi Smart Notebook Aplikasi Produktiviti Peranti Pintar Penyuntingan Grafik/Ifografik (Piktochart) Sasaran: Staf IAB Induk KURSUS ASAS TEKNOLOGI TEKNOLOGI (PENGGUNAAN E-MEL DAN KALENDAR LANJUTAN) KURSUS ASAS TEKNOLOGI TEKNOLOGI (PENGGUNAAN E-MEL DAN KALENDAR LANJUTAN) Pengenalan: Gmail dan Kalendar Google digunakan secara meluas di IAB. Penggunaan kedua-dua aplikasi berkenaan memudahkan kerja harian pensyarah dan pegawai di IAB. Kursus Gmail dan Kalendar Google lanjutan bertujuan mendedahkan kepada pensyarah dan pegawai IAB penggunaan fitur-fitur lanjutan kedua-dua aplikasi tersebut. Melalui kursus ini peserta akan didedahkan dengan cara bagaimana menguruskan emel dengan baik dan mengintegrasikan emel dengan Kalendar Google. Objektif: Mengenalpasti Aplikasi Gmail dan Kalendar Google Mengenalpasti cara untuk menggunakan Gmail dan Kalendar Google. Mengenalpasti keistimewaan Aplikasi Gmail dan Kalendar Google dalam memudahkan rutin kerja harian Kandungan: Pengenalan kepada Gmail dan Kalendar Google Latih amal membuat tetapan dan menguruskan emel Latih amal membuat tetapan Kalendar Google dan hubungkait antara emel dengan Kalendar Google Sasaran: Staf IAB Induk KURSUS ASAS TEKNOLOGI (PENGGUNAAN LIBRE OFFICE DALAM PENGURUSAN) KURSUS ASAS TEKNOLOGI (PENGGUNAAN LIBRE OFFICE DALAM PENGURUSAN) Pengenalan: Libre Office adalah aplikasi pejabat (office application) yang menggunakan perisian sumber terbuka sama ada menggunakan platform Linux, Windows atau Mac OS X. Pendedahan Libre Office adalah untuk memudahkan warga IAB menggunakan aplikasi ini. Libre Office mengandungi Libre Writer, Libre Calc dan Libre Impress selain Libre Draw, Libre Math dan Libre Base. Penggunaan Libre Office yang mesra pengguna membolehkan penghasilan kerja yang lebih cepat dan kemas. Perisian ini jika dikuasai mampu membantu warga IAB sama ada staf ikhtisas mahu pun staf sokongan melaksanakan pengurusan pejabat dengan lebih efisien, selain membolehkan persembahan penyampaian yang menarik. Objektif: Memahami kandungan Libre Office Mengetahui sistem pengoperasian Libre Office sebagai aplikasi pejabat (office application) Mengenali penggunaan Libre Writer, Libre Calc dan Libre Impress dalam pengurusan pendidikan Memanfaatkkan Libre Office dengan fungsi dan pengurusan yang menyeluruh dalam latih amal (hands on) Kandungan: Pengenalan kepada Libre Office Pengoperasian Libre Office sebagai aplikasi pejabat (office application) Penggunaan Libre Writer dalam pengurusan pendidikan dan latih amal (hands on) Penggunaan Libre Calc dalam pengurusan pendidikan dan latih amal (hands on) Penggunaan Libre Impress dalam pengurusan pendidikan dan latih amal (hands on) Sasaran: Staf IAB Induk Kursus Asas Teknologi (Pengurusan Pengetahuan) Kursus Asas Teknologi (Pengurusan Pengetahuan) Pengenalan: Pengetahuan yang boleh diurus dengan baik adalah aset kepada sesebuah organisasi. Drucker, 1992 telah melihat kepentingan terhadap pengetahuan yang boleh membentuk faedah terhadap ekonomi, organisasi serta terhadap masyarakat amnya. Pelbagai cetusan idea dan pengetahuan baharu, hasil daripada pengetahuan yang dimiliki oleh setiap individu mahupun organisasi menjadi aset yang tidak ternilai pada masa kini. Pengurusan pengetahuan (Knowledge Management- KM) semakin diiktiraf kerana kemampuannya di dalam merealisasikan misi dan visi sesebuah organisasi yang mengaplikasikannya. Ini kerana, organisasi kini terdedah kepada cabaran persekitaran kompetitif yang tidak menentu dan kompleks. Sehubungan dengan itu, adalah wajar warga IAB didedahkan berkaitan pengurusan pengetahuan. Objektif: Menjelaskan konsep dan proses pengurusan pengetahuan. Mengenal pasti jenis-jenis ilmu dalam pelbagai perspektif. Mengaplikasi proses pengurusan pengetahuan dalam menguruskan rutin kerja. Terlibat di dalam proses pembudayaan ilmu dalam pengurusan pengetahuan secara individu dan mengikut keperluan organisasi. Kandungan: Pengenalan Pengurusan Pengetahuan dan jenis-jenis pengetahuan Proses Pengurusan Pengetahuan Pembudayaan Pengurusan Pengetahuan Sasaran: Staf IAB Induk Kursus Asas Teknologi (Kemahiran Aplikasi LMS Moodle) Kursus Asas Teknologi (Kemahiran Aplikasi LMS Moodle) Pengenalan: Aplikasi LMS Moodle adalah tidak asing dalam kalangan pembangun modul dalam talian. Aplikasi ini adalah percuma dan dikongsi oleh semua pembangunan modul dalam talian dari seluruh dunia. Kemahiran untuk mengetahui, memahami dan mengaplikasi fitur-fitur yang terdapat dalam LMS Moodle sangat penting bagi memudahkan peserta merancang, membangun dan menghasilkan modul pengajaran dan pembelajaran dalam talian. Objektif: Mengenalpasti fitur-fitur yang terdapat dalam Learning Management System (LMS) Moodle. Merancang dan merekabentuk bahan pembelajaran dalam talian LMS Membangunkan bahan pembelajaran dalam talian menggunakan LMS Moodle Menghasilkan bahan pembelajaran dalam talian dengan menggunakan LMS Moodle Kandungan: Memahami fungsi fitur utama yang terdapat dalam Moodle Aktiviti-aktiviti pembelajaran yang terdapat dalam Moodle Kemahiran asas dalam membangunkan modul menggunakan LMS Moodle Merancang, membangunkan bahan pembelajaran dalam talian berasaskan LMS Moodle Sasaran: Staf ikhtisas baru IAB Kursus Asas Teknologi (Google Slides Presentation) Kursus Asas Teknologi (Google Slides Presentation) Pengenalan: Google Slaid adalah penyunting persembahan dalam suite Produktiviti Google. Kaedah ini membolehkan kerjasama masa nyata antara editor dan pilihan yang berbeza untuk berkongsi persembahan. Oleh kerana persembahan berada di awan dan dikaitkan dengan akaun Google, pengguna dan pemilik Slaid Google boleh mengaksesnya di mana-mana komputer tanpa perlu membawa pemacu denyar. Di samping itu, sejarah semakan disimpan, yang membolehkan editor untuk mengakses sebarang versi pembentangan pada masa lalu dan juga menyimpan log siapa yang membuat pengeditan. Google Slaid juga boleh ditukar kepada format yang berbeza (seperti PowerPoint atau PDF) dan juga dapat mengedit pembentangan PowerPoint. Objektif: Mengetahui fungsi Menu Bar yang terdapat dalam Google Slide Presentation Mengenalpasti kaedah penyediaan Google Slide Presentation Menghasilkan Google Slide Presentation dengan mengintegrasikan elemen interaktif & multimedia Melaksanakan perkongsian Google Slide Presentation secara dalam talian Kandungan: Pengenalan kepada Google Docs (Slide Presentation) Melaksanakan ”Setting” untuk Slide Presentation Pemilihan ”Background & Themes” Penggunaan & fungsi fitur yang terdapat dalam Google Slide Memasukkan elemen multimedia (audio, grafik, video) Melaksanakan perkongsian (sharing). Memuat turun dokumen dari Google Drive kepada pelbagai format Sasaran: Staf ikhtisas baru IAB Kursus Asas Teknologi (Google Sites) Kursus Asas Teknologi (Google Sites) Pengenalan: Laman Google adalah alat untuk membuat dan menerbitkan laman web secara percuma sepenuhnya dalam talian dan sangat mudah digunakan. Objektif: Menghuraikan kegunaan dan kepentingan Laman Google dalam organisasi. Menyediakan (create) satu laman Google untuk kegunaan organisasi. Menggunakan semua fitur editor laman Google yang disediakan. Membuat perkongsian laman Google yang telah dibangunkan bersama warga IAB. Kandungan: Pengenalan kepada Laman Google (Google Sites). Mencipta Google site. Layout, latar belakang dan tema Suntingan kandungan dan setting laman Google. Memasukkan elemen multimedia (grafik,audio, video) Mencipta halaman (creating pages)- 4 jenis halaman (pages) Perkongsian Laman Google Sasaran: Staf ikhtisas baru IAB Kursus Asas Teknologi (Pembangunan Persembahan Bahan Digital/Multimedia : Prezi) Kursus Asas Teknologi (Pembangunan Persembahan Bahan Digital/Multimedia : Prezi) Pengenalan: Prezi adalah alat persembahan yang boleh digunakan sebagai alternatif kepada program pembuatan slaid tradisional seperti PowerPoint. Berbanding slaid, Prezi memanfaatkan satu kanvas besar yang membolehkan penggabungan pelbagai input dan mempersembahkan/dilayarkan) ke pelbagai bahagian kanvas untuk menekankan idea-idea yang disajikan. Objektif: Menerangkan tentang perisian Prezi dan konsep persembahannya. Mewujudkan akaun dalam perisian Prezi Menggunakan fitur-fitur asas dalam perisian Prezi secara hands-on Membangunkan bahan persembahan PdP menggunakan perisian Prezi dan membuat pembentangan Kandungan: Pengenalan kepada perisian Prezi Pendaftaran (sign up) perisian Prezi Pengenalan kepada fitur-fitur asas yang terdapat dalam perisian Prezi Menggunakan fitur-fitur yang telah dipelajari secara hands-on Pembangunan bahan persembahan PdP menggunakan perisian Prezi Pembentangan dan refleksi. Sasaran: Staf ikhtisas baru IAB Kursus Asas Teknologi (Pengenalan Kepada Aplikasi Smart Notebook) Kursus Asas Teknologi (Pengenalan Kepada Aplikasi Smart Notebook) Pengenalan: Smart Notebook merupakan perisian yang digunakan bersama Smartboard. Kursus ini memberi pendedahan bagaimana pembinaan bahan pengajaran dilakukan dengan perisian ini. Perisian interaktif ini menggabungkan penilaian, kolaborasi pelajar dan perisian pembelajaran berasaskan permainan untuk memberi pengalaman pembelajaran yang menarik. Objektif: Mengetahui fitur-fitur bagi aplikasi smart notebook. Mengenal pasti kaedah menggunakan aplikasi smart notebook. Kandungan: Fitur-fitur Templat aktiviti Sasaran: Staf ikhtisas baru IAB Kursus Asas Teknologi (Aplikasi Produktiviti Peranti Pintar) Kursus Asas Teknologi (Aplikasi Produktiviti Peranti Pintar) Pengenalan: Kursus ini mendedahkan kepada peserta beberapa aplikasi produktiviti peranti pintar. Aplikasi-aplikasi ini boleh digunakan untuk menghasilkan bahan pengajaran yang efektif dan menarik. Objektif: Mengetahui aplikasi produktiviti peranti pintar. Mengenal pasti kaedah menggunakan aplikasi produktiviti peranti pintar. Mengoperasi aplikasi produktiviti menggunakan peranti pintar. Kandungan: Jenis Aplikasi Produktiviti: Aplikasi reka bentuk grafik dan persembahan Aplikasi pengurusan maklumat Sasaran: Staf ikhtisas baru IAB Kursus Asas Teknologi (Penyuntingan Grafik/Infografik : Piktochart) Kursus Asas Teknologi (Penyuntingan Grafik/Infografik : Piktochart) Pengenalan: Piktochart adalah aplikasi infographic berasaskan web yang membolehkan pengguna yang tidak mempunyai pengalaman sebagai pereka grafik, untuk membuat maklumat grafik secara profesional dengan mudah menggunakan templat-templat bertema. Objektif: Menerangkan konsep Infografik, kegunaan dan kepentingan bahan Infografik/bahan visual dalam PdP dan untuk persembahan. Menyatakan ciri-ciri Infografik berkesan. Mengenal pasti pelbagai jenis dan fungsi Web 2.0 Infographics Tools yang terdapat dalam talian bagi menghasilkan bahan Infografik dalam bentuk statik atau animasi. Pengenalan kepada aplikasi Piktochart (salah satu aplikasi Infografik), kegunaan dan kepentingannya dalam PdP. Mewujudkan akaun dalam Piktochart Menggunakan fitur-fitur asas dalam Piktochart secara hands-on Membangunkan bahan Infografik menggunakan Piktochart dan membuat pembentangan Kandungan: Pengenalan kepada konsep infografik, kegunaan dan kepentingan Infografik/bahan visual dalam PdP dan untuk persembahan Ciri-ciri Infografik berkesan Pelbagai jenis dan fungsi Web 2.0 Infographics Tools Pengenalan kepada aplikasi Piktochart (salah satu aplikasi Infografik), kegunaan dan kepentingannya dalam PdP Pendaftaran (sign up) Piktochart Pengenalan kepada fitur-fitur asas dalam Piktochart Penggunakan fitur-fitur yang telah dipelajari secara hands-on Pembangunan bahan Infografik menggunakan Piktochart Pembentangan dan refleksi. Sasaran: Staf ikhtisas baru IAB