JABATAN PENYELIDIKAN PENDIDIKAN (JPP) ASAS PENYELIDIKAN ASAS PENYELIDIKAN Pengenalan: Program Penyelidikan dan Pembangunan menyediakan pelan bagi meneruskan dan mengukuhkan tradisi kecemerlangan IAB dalam bidang Kepemimpinan dan Pengurusan Pendidikan (Educational Leadership and Management) melalui tiga Bidang Keberhasilan Utama iaitu Pembangunan Pembelajaran, Pembangunan Master Trainer dan Pusat Rujukan. Matlamat: Aktiviti Program Penyelidikan dan Pembangunan akan menjurus kepada penghasilan penyelidikan yang berkualiti yang akan menyumbang kepada penghasilan model watan dalam bidang kepimpinan dan pengurusan pendidikan. Matlamat utama adalah untuk memperkayakan tubuh ilmu penyelidikan, membangunkan model watan dan membudayakan amalan kepemimpinan dan pengurusan pendidikan berasaskan kualiti penyelidikan dalam kalangan pensyarah seperti dalam Rajah 1. Rajah 1: SubKRA Penyelidikan dan Pembangunan Objektif: Peningkatan kompetensi pensyarah dalam penyelidikan dan pembangunan merupakan usaha yang perlu ditekankan selaras dengan peranan IAB sebagai bukan sahaja pusat latihan kepimpinan pendidikan tetapi merupakan sumber ilmu pengetahuan dalam bidang kepimpinan dan pengurusan pendidikan. Adalah diharapkan melalui Program Penyelidikan dan Pembangunan ini dua objektif utama daripada SubKRA Penyelidikan dan Pembangunan dapat dicapai iaitu: Memantapkan kompetensi penyelidikan pensyarah Meningkatkan kualiti dan kuantiti penyelidikan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan Strategi Pelaksanaan Program Penyelidikan dan Pembangunan IAB ini dijayakan melalui beberapa program iaitu, Kursus Penyelidikan, Program Mentor Penyelidik, Buku Manual Penyelidikan, Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Penyelidikan dan Pembangunan (JKTPP) dan Repositori dalam Talian. Semua program ini dilaksanakan secara serentak supaya hasil yang diharapkan dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan. Task Force Penyelidikan Task Force penyelidikan merupakan program tambahan bagi menyokong pencapaian matlamat yang ditetapkan. Strategi yang digunakan ialah dengan menggunakan kepakaran dalamam yang komited dengan penyelidikan bersama-sama merancang dan melaksanakan penyelidikan berimpak tinggi dalam bidang kepimpinan dan pengurusan pendidikan. Perbincangan kumpulan ini bertujuan: meluaskan bidang/skop penyelidikan menghasilkan kajian berimpak tinggi yang signifikan dengan fungsi IAB menghasilkan kajian yang boleh menjadi “tubuh ilmu” dalam kepimpinan pendidikan dan menghasilkan model kepimpinan watan. Sasaran: Pengetua, guru besar, guru penlong kanan, pegawai JPN, PPD KAJIAN TINDAKAN KAJIAN TINDAKAN PENGENALAN: Kajian Tindakan berfungsi untuk meningkatkan program pembangunan profesional yang relevan dan berkesan kepada organisasi pendidikan, khasnya di sekolah terutamanya bagi meningkatkan pengurusan dan kepimpinan sekolah. Dalam konteks ini, organisasi pendidikan bukan sahaja dapat meningkatkan pengurusan dan kepimpinan di organisasi pendidikan tetapi juga meningkatkan tahap profesionalisme pengurus sekolah dan guru. OBJEKTIF: Memahami konsep dan kepentingan Kajian Tindakan Memahami kerangka dan reka bentuk Kajian Tindakan Memahami kepentingan pelaksanaan Kajian Tindakan Memahami dan menghuraikan metodologi Kajian Tindakan Merangka kertas cadangan kajian dan membuat pembentangan Kandungan: Pengenalan dan Konsep Kajian Tindakan Kepentingan Kajian Tindakan Ciri-Ciri Kajian Tindakan Reka bentuk Kajian Tindakan Pelaksanaan Kajian Tindakan Teknik Mengumpul Data Penyediaan Kertas Cadangan Kajian Sasaran: Pengetua, guru besar, guru penlong kanan, pegawai JPN, PPD JABATAN PENILAIAN PENDIDIKAN PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH Pengenalan: Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan kemahiran kepada pengurus sekolah mengurus pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah secara berkesan. Kursus ini memberi penekanan dan kefahaman tentang konsep pentaksiran formatif selaras dengan transformasi pentaksiran berdasarkan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan. Objektif: Memahami konsep berkaitan pentaksiran Mengetahui Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) Memahami aspek penjaminan kualiti dan intergriti dalam pengurusan PBS Memahami konsep KBAT dan menjalankan pentaksiran berunsur KBAT dalam bilik darjah Mengetahui teknik pemarkahan rubrik dalam PBS Mengurus dan memimpin pelaksanaan PBS di sekolah Kandungan: Konsep Pentaksiran dalam Pendidikan SPPK dan Konsep PBS Memahami aspek penjaminan kualiti dan intergriti dalam pengurusan PBS Konsep KBAT dan teknik penyoalan Kaedah menjalankan pentaksiran berunsur KBAT dalam bilik darjah Teknik pemarkahan rubrik dalam PBS Pengurusan dan kepimpinan pelaksanaan PBS Sasaran: Pengetua, guru besar, dan penolong kanan pentadbiran Bahan-bahan yang terkini berkaitan PBS diperoleh daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia PENILAIAN KECEKAPAN ORGANISASI MENGGUNAKAN KAEDAH DEA PENILAIAN KECEKAPAN ORGANISASI MENGGUNAKAN KAEDAH DEA Pengenalan Data Envelopment Analysis (DEA) merupakan satu kaedah bukan parametrik yang telah diiktiraf sesuai untuk menilai kecekapan atau prestasi sesebuah organisasi seperti sekolah, universiti, hospital, kerajaan tempatan, pasukan keselamatan dan sebagainya. Laporan menunjukkan DEA juga digunakan dalam pentaksiran kecekapan dan produktiviti organisasi komersial dalam bidang seperti perbankan, pembuatan, pertanian dan penerbangan. Fitur utama atau kelebihan DEA mampu mengambil kira banyak input (seperti buruh dan perbelanjaan) dan output (seperti tahap pengeluaran dan perkhidmatan) dalam sesuatu model penganalisisan. Hal ini menjadikan DEA satu metodologi yang sangat menarik untuk menilai kecekapan organisasi pendidikan yang lazimnya melibatkan pelbagai indikator prestasi. Objektif Matlamat kursus ini adalah untuk memperkenalkan konsep kecekapan organisasi dan penilaian prestasi organisasi menggunakan model DEA berasaskan aplikasi yang sesuai. Pemahaman teoritis akan disokong oleh latihan praktikal menggunakan aplikasi DEA dalam menilai kecekapan organisasi dalam organisasi. Perisian DEAP akan digunakan dalam pengiraan indeks kecekapan. Kandungan Pengenalan kepada konsep kecekapan organisasi dan penentuan kecekapan organisasi melalui kiraan nisbah Output kepada Input. Pengenalan kepada kaedah Data Envelopment Analysis (DEA) dan model-model asas DEA (CCR dan BCC). Penentuan kecekapan organisasi melalui kaedah graf bagi DMU yang melibatkan satu Input dan satu Output. Penentuan kecekapan organisasi menggunakan aplikasi DEAP atau Win4DEAP untuk DMU yang melibatkan pelbagai output dan input. Mengenal pasti kedudukan (ranking) kecekapan DMU, nilai sasaran peningkatan output dan pengurangan input serta DMU sebaya untuk penandaarasan dan penambahbaikan prestasi. Sasaran Pegawai Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri , Pejabat Pendidikan Daerah , Pengetua dan Guru besar. PENILAIAN PROGRAM PENILAIAN PROGRAM Pengenalan: Kursus ini merupakan satu kursus pengenalan kepada Penilaian Program untuk pengurus-pengurus pendidikan di sekolah dan pegawai-pegawai pendidikan di JPN dan PPD. Dalam tempoh tiga hari, peserta akan diperkenalkan kepada konsep penilaian program, reka bentuk dan perancangan penilaian, pengumpulan dan penganalisaan data serta pelaporan penilaian program. Objektif: memahami konsep dan model-model penilaian program; memahami cara menulis objektif penilaian; menyenaraikan faktor kejayaan dan kegagalan sesuatu program; memahami jenis instrumen penilaian dan menulis soalan-soalan penilaian menyatakan pemboleh ubah dan kriteria penilaian: memahami kaedah pengumpulan dan analisis data menulis laporan penilaian program; membentang satu contoh penilaian program Kandungan: Konsep penilaian Perancangan penilaian Pengumpulan dan analisis data Pelaporan Pembentangan contoh penilaian program Sasaran: Pengetua, guru besar, dan penolong kanan pentadbiran, guru kanan matapelajaran, pegawai JPN dan PPD PENGURUSAN PROJEK PENGURUSAN PROJEK Pengenalan: Sekolah-sekolah seringkali mengadakan pelbagai projek di sekolah untuk menambahbaik, memulih atau memantapkan perjalanan pengurusan sekolah. Walau bagaimana pun mereka tidak dapat menjalankannya dengan sebaik mungkin kerana projek yang dijalankan tidak mengambilkira pelbagai faktor atau kadang-kadang hanya melepaskan batuk ditangga. Oleh itu, kursus ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan cara-cara menjalankan projek dengan lebih berkesan dan sistematik di sekolah. Objektif: Mengenalpasti punca masalah di sekolah supaya projek yang dijalankan adalah berasaskan punca masalah tersebut dan mencadangkan projek yang boleh dijalankan. Merancang dan mempersembahkan projrk menggunakan teori dan pengetahuan yang telah diperolehi. Menghasilkan jaringan kerja dan carta Gantt bagi projek yang dicadangkan dengan menggunakan Microsoft Project dan Visio. Menggunakan alat-alat atau tool yang bersesuaian dengan projek yang dicadangkan. Merangka langkah-langkah pengawalan projek serta bagaimana untuk menilai projek yang akan dilaksanakan. Kandungan: Pengenalan pengurusan dan perancangan projek Penggunaan Microsoft Project dan Microsoft Visio Alat-alat dalam pengurusan projek Pengawalan dan penilaian projek Perbengkelan dan Pembentangan Sasaran: Pengetua, guru besar, dan penolong kanan pentadbiran JABATAN PENGAJIAN KOMPARATIF KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN PROGRAM IMMERSION 2.0 PROGRAM IMMERSION 2.0 A. Pengenalan: Program Immersion 2.0 Kementerian Pendidikan Malaysia bertujuan memberi bimbingan kepada Pengetua / Guru Besar (PGB) lantikan baharu dalam proses membentuk mereka menjawat jawatan sebagai pemimpin sekolah buat kali pertama. Ia merupakan program transisi bakal PGB dalam memantapkan pelbagai kompetensi kepimpinan dan pengurusan yang diperlukan sejajar dengan peranan mereka sebagai pemimpin sekolah. PGB yang bakal dilantik memerlukan bimbingan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan di sekolah secara ‘hands-on’ dan perlu mempunyai pengetahuan asas berkaitan hal-ehwal dalaman sekolah seperti iklim dan budaya sebelum menjalankan tugas-tugas mereka. Sehubungan dengan itu, PGB yang bakal dilantik dapat menimba pengalaman daripada PGB yang akan bersara atau yang akan bertukar dan dapat memahami dan membiasakan diri dengan persekitaran dan iklim sekolah melalui program Residency. Selepas mengambil alih tugas sebagai pemimpin sekolah, PGB tersebut akan mendapat bimbingan profesional dalam program Immersion daripada Principal Coach (PC) yang merupakan Rakan Peningkatan Sekolah (SIP+). PC dapat membantu PGB Lantikan Baharu dengan berkongsi idea, pengalaman, dan kepakaran dalam pengurusan sekolah, di samping menjadi sumber penandaarasan. Justeru itu melalui Program Immersion 2.0 adalah diharapkan pemimpin sekolah berprestasi tinggi dapat dilahirkan dalam merealisasikan Anjakan ke-5 PPPM 2013 - 2025. B. Objektif: Memahami anjakan kelima PPPM. Mewujudkan situasi yang membawa kepada perancangan strategik bagi visi, misi dan matlamat sekolah. Mengenal pasti bidang-bidang pengurusan dan kepimpinan di sekolah yang bakal ditadbir. Mengenal pasti iklim dan budaya di sekolah yang bakal ditadbir. Mengenal pasti bidang-bidang pengurusan yang kritikal yang boleh ditambahbaik. Memberikan peluang kepada PGB lantikan Baharu memerhati dan mengalami sendiri suasana pengurusan dan kepimpinan di sekolah yang bakal ditadbir. Menyediakan ruang dan peluang kepada PGB lantikan baharu berbincang dengan PC dan Pensyarah IAB dalam perkara berkaitan pengurusan dan kepimpinan sekolah. C. Kandungan Kursus: Kesedaran Kendiri Cabaran Kepimpinan Kepimpinan Untuk Perubahan Pemikiran Sistem & Pemikiran Strategik Tanggungjawab Teras PGB (SKKSM & SKPMg2) Pelan Pembangunan Organisasi Pengurusan Kewangan D. Sasaran: Pengetua dan Guru Besar lantikan baharu. KURSUS PENGURUSAN QALBU KURSUS PENGURUSAN QALBU A. Pengenalan: Kursus Pengurusan Qalbu ialah kursus yang menggunakan suatu proses penerapan idea atau konsep kegiatan yang diterapkan oleh individu pemimpin untuk mengelola dan mengatur hati sehingga dapat mencapai sebagai insan kamil dan merealisasikan kecemerlangan organisasi pendidikan. B. Objektif: Pada akhir kursus ini, para peserta akan dapat: Mengetahui dan memahami hakikat kejadian insan. Membezakan pendekatan kaunseling semasa dan pendekatan al-Ghazali. Mengetahui dan memahami bahawa pembangunan kerohanian adalah asas pembinaan diri yang cemerlang. Menyediakan pelan tindakan pengurusan qalbu. C. Kandungan Kursus: Konsep pengurusan qalbu. Perbezaan pendekatan kaunseling semasa dan pendekatan al-Ghazali. Model Pendekatan al-Ghazali. Pelan tindakan - Amalan dan kaedah mengurus hati. D. Sasaran: Pengetua, Guru Besar dan Pegawai Pendidikan. KURSUS PENGURUSAN ALTRUISTIK KURSUS PENGURUSAN ALTRUISTIK A. Pengenalan: Kursus Pengurusan Altruistik mengambil Rasulullah SAW sebagi model. Kursus ini menghubungkaitkan kepimpinan Nabi Muhammad SAW dengan beberapa prinsip kepimpinan moden yang dikaji di sekolah-sekolah pengurusan pada hari ini. Kursus ini merangkumi konsep-konsep kepimpinan Rasulullah SAW yang menyeluruh berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah. B. Objektif: Pada akhir kursus ini, para peserta akan dapat: Meneliti prinsip-prinsip utama yang melibatkan proses syura, keadilan dan kebebasan bersuara sebagai garis panduan dalam amalan kepimpinan organisasi. Mengenal pasti pendekatan peribadi akhlak Rasulullah SAW apabila membuat keputusan dalam proses pengurusan. Membandingkan pendekatan Rasulullah SAW dengan amalan pengurusan moden sedia ada dan membentuk satu kaedah yang seiring. Mengamalkan pendekatan sunnah Rasulullah SAW dalam kaedah simulasi yang dibengkelkan. C. Kandungan Kursus: Pengenalan pengurusan altruistik. Model Kepimpinan Rasulullah SAW. Warkah Saidina Ali bin Abi Talib. Mengurus perubahan. Pelan tindakan. D. Sasaran: Pemimpin pendidikan di KPM, JPN dan PPD. Pengetua dan Guru Besar. Guru Penolong Kanan KURSUS PENGURUSAN KENDIRI KURSUS PENGURUSAN KENDIRI A. Pengenalan: Pengurusan kendiri merupakan satu kompetensi yang sangat penting dan perlu dikuasai oleh individu sebelum mengurus sebuah institusi atau projek. Penyediaan individu dalam menguasai kompetensi pengurusan kendiri akan membantu pemimpin pendidikan dalam mendepani pelabagai kemungkinan yang akan berlaku diluar jangkaannya. B. Objektif: Pada akhir kursus ini, para peserta akan dapat: Membuat penerokaan kendiri. Bertanggungjawab terhadap prestasi diri. Mengurus emosi yang destruktif. Mengekalkan piawaian dan integriti. Luwes (fleksibel) dalam menangani perubahan. Berasa selesa dan terbuka kepada idea-idea serta maklumat baru. C. Kandungan Kursus: Penerokaan kendiri dan menggerakkan diri daripada kepatuhan kepada iltizam. Aspek penting dalam pengurusan kendiri. Langkah-langkah proses pengurusan kendiri. Pengurusan kawalan diri. D. Sasaran: Pemimpin pendidikan. Pengetua dan Guru Besar. Guru Penolong Kanan Ketua Bidang dan Ketua Panitia Penyelaras