JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENTAKSIRAN JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENTAKSIRAN 1. Kursus Data Driven Decision Making Pengenalan Kompetensi membuat keputusan merupakan kompetensi yang dikenalpasti sebagai kritikal bagi pengurus dan pemimpin sekolah. Oleh itu, modul ini bertujuan untuk melatih pemimpin pendidikan memfokuskan penggunaan data dan pemikiran sistem semasa membuat keputusan. Pemfokusan data secara sistematik dengan pemikiran sistem dapat membantu pengetua dan guru besar dalam membuat keputusan yang bermakna dan bermanfaat kepada sekolah dan pendidikan amnya. Objektif Mengenali (Mengenal pasti) ciri keputusan yang dihasilkan dengan menggunakan pendekatan pemfokusan data untuk membuat keputusan. Mengkonsepsikan pemfokusan data dan pemikiran sistem dalam membuat keputusan berasaskan kerangka Data Driven Decision Making (DDDM). Mengaplikasikan pemfokusan data dan pemikiran sistem dalam membuat keputusan. Kandungan Pendekatan dan pertimbangan dalam membuat keputusan Pemfokusan data dan pemikiran sistem dalam membuat keputusan berdasarkan kerangka Data Driven Decision Making (DDDM) Penggunaan data dalam membuat keputusan Penyediaan serta pembentangan pelan tindakan Sasaran Pengetua Guru Besar Penolong Kanan Pegawai JPN/PPD 2. Kursus Pentaksiran Berasaskan Kompetensi bagi Pentaksir dan Jurulatih Pengenalan Pendidikan berkualiti terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Dalam konteks ini, semua warga pendidikan bermula daripada pemimpin sekolah, pemimpin pertengahan, guru-guru dan staf sokongan berperanan untuk merealisasikannya. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memutuskan bahawa pemilihan dan pelantikan pemimpin sekolah berasaskan kompetensi dan berprestasi tinggi. Oleh itu, pengukuhan dalam pemilihan pengetua dan guru besar (PGB) antara inisiatif yang perlu dilaksanakan bagi melahirkan pemimpin berkualiti tinggi (Inisiatif ke-8; Piagam Pemimpin Sekolah). Sehubungan dengan itu, pentaksiran bagi pemilihan calon PGB dengan menggunakan syarat baharu telah dibangunkan bagi memenuhi hasrat ini. IAB telah diberi mandat untuk menyediakan proses pentaksiran melalui kapasiti pentaksiran di negeri. Ini membolehkan pihak negeri melaksanakan pentaksiran dengan lebih telus berdasarkan rubrik pentaksiran yang ditetapkan. Objektif Melatih bakal pentaksir dan jurulatih untuk mencapai standard kompetensi dalam pentaksiran Memastikan proses pentaksiran pemilihan calon PGB dapat dilaksanakan secara lebih berkesan Memastikan PGB yang dilantik merupakan pemimpin sekolah yang berkualiti tinggi Kandungan Konsep dan prosedur pentaksiran Peranan dan etika seorang pentaksir Frasa boleh dikodkan dan mengenal pasti indikator tingkah laku kompetensi Penggunaan rubrik analitik dalam pentaksiran berasaskan kompetensi Peranan jurulatih utama dalam pentaksiran Simulasi latihan kepada pentaksir Audit pemantauan: peranan dan proses kerja Perkongsian hasil audit pemantauan Kumpulan Sasaran Pentaksir dan jurulatih yang terdiri dalam kalangan pegawai, pengetua dan guru besar daripada: Jabatan Pendidikan Negeri; dan Bahagian yang mempunyai sekolah di KPM Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (BPSBP) Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional (BPLTV) Bahagian Sukan. Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas) JABATAN PENTAKSIRAN PEMIMPIN PENDIDIKAN JABATAN PENTAKSIRAN PEMIMPIN PENDIDIKAN 1. Kursus Data Driven Decision Making Pengenalan Kajian Kompetensi Berimpak Tinggi Pemimpin Sekolah, kompetensi membuat keputusan merupakan satu daripada lapan kompetensi yang dikenal pasti sebagai kompetensi kritikal bagi pengurus dan pemimpin sekolah. Oleh itu, kursus ini diadakan bagi meningkatkan kecekapan mereka dalam menggunakan pelbagai jenis data yang ada di sekolah bagi tujuan penambahbaikan. Penggunaan data yang sistematik mampu membantu pengurus dan pemimpin sekolah dalam membuat keputusan yang betul dan bermanfaat kepada sekolah. Objektif Pada akhir kursus, peserta akan dapat: membincangkan pendekatan utama dalam pembuatan keputusan menggunakan model pembuatan keputusan secara rasional dan membuat perbandingan dengan model pembuatan keputusan secara strategik membincangkan model pembuatan keputusan berasaskan data mengikut Model Mandinach & Honey (2000) dan aplikasinya di sekolah menyediakan pelan tindakan penggunaan data dalam pembuatan keputusan untuk organisasi sendiri Kandungan Pendekatan pembuatan keputusan dan faktor-faktor mempengaruhi pembuatan keputusan Rational Model Decision Making – kekuatan dan kelemahan Pembuatan keputusan secara strategik – Model Sloan Pembuatan keputusan berasaskan data menggunakan Model Mandinach & Honey Pembuatan keputusan berasaskan data di organisasi sendiri Pembudayaan pembuatan keputusan berasaskan data Pelan tindakan sekolah Sasaran Guru Besar Pengetua 2. Kursus Pemimpin Pembelajaran (Learning Leaders) Pengenalan Learning Leaders adalah kursus yang diadakan dengan matlamat untuk Pengetua dan Guru Besar menambah ilmu dalam pengurusan sekolah secara berterusan. Di samping itu mereka dapat pengetahuan mengenai teori yang menyokong individu dengan mempelbagaikan gaya pengurusan sekolah. Seterusnya diharapkan Kursus ini dapat menggalakkan guru menambah ilmu pengetahuan secara langsung membangunkan staf secara profesional demi meningkatkan pencapaian murid. Objektif Pada akhir kursus, peserta akan dapat: Memahami definisi, jenis dan kepentingan pembelajaran. Mengenal pasti ciri-ciri pemimpin pembelajaran bagi pembangunan diri (ID) dan pembangunan organisasi(OD) Membuat refleksi kendiri berasaskan KOMPAS 2.0 Membangunkan pelan pembangunan diri dan pelan pembangunan organisasi bagi mewujudkan organisasi pembelajaran. Kandungan Program Definisi, jenis dan kepentingan pembelajaran Ciri-ciri dan kemahiran pemimpin pembelajaran Organisasi pembelajaran Standard Kompetensi Pemimpin Sekolah 2.0 (KOMPAS 2). Intervensi pembangunan ID dan OD. Sasaran Pengetua Guru Besar JABATAN PENTAKSIRAN MASTER TRAINER JABATAN PENTAKSIRAN MASTER TRAINER 1. Training of Trainer (ToT) Kursus Persediaan Pentaksiran bagi Pensijilan Program Master Trainer (4PMT) Pengenalan ToT Kursus Persediaan Pentaksiran bagi Pensijilan Program Master Trainer (4PMT) merupakan kursus yang membantu menyediakan barisan tenaga pengajar atau jurulatih yang kompeten bagi melatih calon pensijilan PMT membuat persediaan sebelum ditaksir. Peserta ToT 4PMT perlu menjalani latihan yang meliputi lima (5) submodul dan satu (1) submodul e-pembelajaran. Peserta yang berjaya melengkapkan ToT 4PMT layak untuk membimbing calon-calon yang bakal ditaksir empat (4) jenis pensijilan Program Master Trainer (PMT) iaitu Pensijilan Certified Trainer (CT); Certified Master Trainer (CMT); Certified Coach (CC) dan Certified Master Coach (CMC). Objektif Menyediakan barisan jurulatih dan pembimbing yang diperakui kompetensi mereka merujuk standard ditetapkan Pengukuhan ilmu dan kemahiran latihan serta bimbingan Pemahaman dan kesediaan terhadap prosedur pentaksiran bagi pensijilan Kandungan Konsep dan syarat pensijilan PMT Persediaan pentaksiran CT: Proses dan kaedah standard trainer Penyampaian latihan (Certified Trainer) Persediaan pentaksiran CC: Proses dan kaedah standard coach Dokumentasi sesi coaching Kemahiran coaching: Kemahiran mendengar dan kemahiran menyoal Sasaran Pensyarah IAB yang telah mempunyai pensijilan PMT 2. Training of Trainer (ToT) Kursus Pentaksir Program Master Trainer (2PMT) Pengenalan ToT Kursus Pentaksir Program Master Trainer (2PMT) merupakan kursus yang membantu menyediakan barisan tenaga pengajar atau jurulatih yang kompeten untuk melatih calon pentaksir bagi pensijilan PMT. Peserta ToT 2PMT perlu menjalani latihan yang meliputi tiga (3) submodul dan satu (1) submodul e-pembelajaran. Peserta yang berjaya melengkapkan ToT 2PMT layak untuk menjadi tenaga pengajar kepada bakal pentaksir empat (4) jenis pensijilan PMT iaitu Pensijilan Certified Trainer (CT); Certified Master Trainer (CMT); Certified Coach (CC) dan Certified Master Coach (CMC). Objektif Menyediakan kapasiti panel pentaksir terlatih dan kompeten bagi melaksanakan pentaksiran pensijilan PMT Memberi kefahaman konseptual dan kerja buat proses pentaksiran pensijilan PMT merujuk standard kompetensi yang ditetapkan Melatih para pentaksir mengaplikasikan kemahiran mengurus kendiri dan sosial beretika semasa berinteraksi dengan pelanggan Melatih para pentaksir agar berupaya memberikan penghakiman profesional semasa melaksanakan pentaksiran Kandungan Asas pentaksiran pensijilan PMT Pentaksiran CT/CMT Pentaksiran CC/CMC Peranan trainer 2PMT Sasaran Pensyarah IAB yang telah mempunyai pensijilan PMT dan berpengalaman dalam pentaksiran pensijilan PMT JABATAN PEPERIKSAAN JABATAN PEPERIKSAAN Bengkel Pembinaan Item Pengenalan Pembinaan Item merupakan satu proses mereka bentuk arahan, tugasan atau pernyataan item yang membolehkan peserta mempersembahkan respons yang merupakan bukti yang boleh digunakan sebagai asas dalam mengukur sesuatu konstruk. Bengkel Pembinaan Item bertujuan memberi pendedahan dan kemahiran kepada peserta untuk membina item Situational Judgement Test (SJT) secara tersusun dan menepati standard kompetensi program kepimpinan. Objektif Menjelaskan perbezaan jenis-jenis item dalam pentaksiran mengikut kamus kompetensi. Memberi panduan membina item SJT secara terperinci mengikut model. Mengaplikasi pelbagai komponen item Memantapkan proses pembinaan item pentaksiran supaya lebih teratur dan lebih berkualiti Kandungan Contoh kandungan soalan SJT Proses pembinaan item mengikut kompetensi Sasaran Pensyarah IAB