Maklumat Ringkas berkaitan ODOS
Kaedah memohon:
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
Kursus yang ditawarkan :
Amalan Kepimpinan Instruksional
Tempoh: 6 Jam
Sinopsis Kursus
Dalam Pelan Transformasi Kerajaan, enam bidang keberhasilan utama nasional telah dinyatakan secara khusus. Bidang keberhasilan utama pendidikan adalah untuk meningkatkan pencapaian murid. Penambahbaikan pencapaian murid secara berkesan dapat dipercepatkan dengan memberi tumpuan terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu,sub modul ini memberi pendedahan kepada peserta selaku bakal-bakal pemimpin sekolah bagaimana untuk menetapkan matlamat sekolah masing-masing sebaik mungkin dalam bidang instruksional dan pencapaian bagi memastikan keberhasilan yang dihasratkan tercapai.
Komponen ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada para peserta darihal peranan kepimpinan instruksional yang memperlihatkan proses-proses utama yang perlu dilakukan oleh pemimpin-pemimpin sekolah untuk mewujudkan suasana serta cara pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang unggul di sekolah masing-masing. Proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) yang unggul berlaku melalui penyediaan ruang dan peluang untuk murid bagi penglibatan yang bermakna. Dengan memantau pencapaian murid, pemimpin sekolah dapat mengenalpasti tindakan penambahbaikan. Selain daripada itu, kajian turut menunjukkan bahawa pihak sekolah perlu mewujudkan suasana yang kondusif untuk proses P&P di samping membimbing dan mengupayakan guru dalam proses perancangan dan pelaksanaan kurikulum agar keberkesanan P&P dapat dipertingkatkan.
Objektif
ODOS:
i. Mengenal pasti amalan kepimpinan instruksional yang perlu dilaksanakan oleh pemimpin sekolah.
OLOS:
i. Memahami maksud pemimpin instruksional.
ii. Mengenal pasti ciri-ciri pemimpin instruksional.
Kandungan
1. Merangka Misi dan Matlamat Sekolah;
2. Mengurus Program Instruksional;
3. Menggalakkan iklim pembelajaran
4. Membentuk suasana sekolah yang mesra dan saling membantu
Kumpulan Sasaran
Pengetua, Guru Besar; Penolong Kanan Pentadbiran; Penolong Kanan Akademik; Penolong Kanan Hal Ehwal Murid; Penolong Kanan Kokurikulum; Penolong Kanan Petang; Guru Kanan Mata Pelajaran
Audit Kendiri (Self Audit)
Tempoh: 6 Jam
Coaching untuk Pemimpin-Pengurus Pendidikan
Tempoh: 6 Jam
Sinopsis Kursus
'Coaching untuk Pemimpin-Pengurus', kursus latihan satu hari di mana kami akan menunjukkan tentang latihan one to one; coaching eksekutif dan bagaimana untuk membangunkan seseorang dalam usaha untuk meningkatkan produktiviti dan motivasi. Kami akan menerangkan melalui perbincangan, main peranan dan kajian kes bagaimana untuk coach staf untuk mencapai sesuatu yang mustahil dari segi pembangunan pasukan dan prestasi organisasi.
Ia juga akan menunjukkan kepada mereka bagaimana untuk merancang, menyediakan dan melaksanakan program latihan untuk kursus-kursus induksi dan bagaimana untuk menilai kejayaannya. Ia juga melihat hubungan antara coaching, mentoring dan latihan.Menjadi coach yang berkesan bukan sahaja kemahiran yang ditetapkan, tetapi kepercayaan bahawa pembangunan staf adalah satu bahagian penting dalam membina keyakinan, kepercayaan dan motivasi di tempat kerja.
Pemimpin-pengurus masa kini perlu tahu bagaimana untuk membangunkan staf mereka. Kursus ini menunjukkan bagaimana untuk merancang, menyediakan dan melaksanakan coaching dan bagaimana untuk menilai kejayaannya. Ia juga melihat hubungan antara coaching, mentoring dan latihan.
Objektif
ODOS:
i. Menyatakan impak coaching terhadap kakitangan;
ii. Membezakan coaching daripada jenis perbualan lain;
iii. Menjelaskan beberapa model coaching;
iv. Menunjukkan kemahiran membina hubungan baik, mendengar dan bercakap;
v. Membina dan memilih soalan coaching yang sesuai;
vi. vii.Mengendalikan sesi coaching formal dan tidak formal.
OLOS:
i. Menguji kefahaman coaching melalui uji minda;
ii. Membezakan coaching dan mentoring;
iii. Mengetahui kepentingan coaching kepada pemimpin pendidikan.
Kandungan
1. Pengenalan - konsep dan faedah coaching
2. Proses dan kemahiran coaching
3. Praktis coaching
Kumpulan Sasaran
Pengetua, Guru Besar, Guru Penolong-penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia, Penilai-penilai Prestasi Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Penyelia Pengajaran dan Pemudahcaraan.
GSuite @ Digital Ink
Tempoh: 4 Jam
Sinopsis Kursus
Google Suite
Peserta akan didedahkan dengan penggunaan aplikasi asas yang ada di dalam Google Suite (G Suite). G Suite merupakan aplikasi yang disediakan oleh Google untuk membolehkan pengguna melakukan proses editing, komen, dan view satu dokumen dalam satu masa yang sama dari tempat yang berbeza. Aplikasi ini boleh dimanfaatkan oleh semua orang pada semua peringkat organisasi pekerjaan dan pembelajaran. Bahan berikut juga akan disynchronizekan dengan peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet. Aktiviti secara hands on juga akan dilaksanakan agar peserta akan dapat melakukan dengan lebih yakin.
Digital Ink
Secara mudah: penggunaan teknologi yang menggantikan papan hitam dan papan putih. Kursus Digital Ink memberi pendedahan kepada peserta untuk menggunakan kaedah digital dalam pengurusan kerja seperti pembelajaran di dalam kelas.
Objektif
ODOS:
i. Memahami verifikasi akaun dan daftar masuk dalam gmail;
ii. Mengetahui kandungan utama aplikasi Google;
iii. Mengetahui keistimewaan aplikasi Google.
OLOS:
i. Memahami dan tahu penggunaan G suite dalam pengurusan secara online;
ii. Memahami akan kepentingan G Suite dalam tugasan harian.
Kandungan
1. Berkenalan dengan Google Suite
2. Pengurusan PDPC Abad Ke-21
3. Pengurusan dalam mempraktikkan gaya PDPC bertaraf dunia
4. Pengurusan dan mempraktikkan pelbagai APPS di dalam smartphone
Kumpulan Sasaran
Pengetua, Guru Besar, Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia.
Instruksional Coaching
Tempoh: 6 Jam
Sinopsis Kursus
Kursus Pembangunan PDPc guru melalui Instructional Coaching (IC) boleh membantu pemimpin pendidikan dalam membangunkan PDPc guru dan meningkatkan pembangunan profesional PDPc guru. Kursus ini memberi penekanan kepada proses membimbing PDPc/instruksional kepada pemimpin pendidikan.
Objektif
ODOS:
1. Menerangkan tentang konsep IC.
2. Membimbing peserta untuk memahami konsep IC
3. Mengenal pasti isu di sekolah dengan perkaitan daripada sumber SKPMG2.
4. Pembentangan dan galeri walk.
5. Simulasi Circle Model Instructional Coaching-Jim Knight, 2017.
OLOS:
Kandungan
1. Kepimpinan Instruksional
2. PDPC – PAK 21
3. Data driven Decision making/Bimbingan dan Penyeliaan
Kumpulan Sasaran
Pengetua, Guru Besar, Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia
Kepimpinan untuk Perubahan
Tempoh: 6 Jam
Sinopsis Kursus
Kursus Kepimpinan Untuk Perubahan (KUP) bertujuan membantu pemimpin pendidikan dalam:
1. Menganalisis keadaan organisasi dengan berkesan.
2. Mengaplikasi Model Pengurusan Perubahan 8-Langkah Kotter dengan berkesan dalam memimpin dan mengurus perubahan.
3. Mengenal pasti peranan masing-masing dengan berkesan dalam memimpin dan mengurus perubahan.
Kursus ini akan disampaikan menerusi kaedah berikut:
● Refleksi kendiri dalam mengenal pasti keperluan untuk melakukan perubahan berdasarkan senario pendidikan semasa.
● Perkongsian pengalaman semasa aktiviti perbengkelan untuk menyusun langkah-langkah Model Pengurusan Perubahan 8-Langkah Kotter.
● Perkongsian pengetahuan semasa aktiviti perbengkelan untuk menyelesaikan kehendak tugasan stimulus yang diberi.
● Mengenal pasti peranan yang perlu digalas dalam memimpin dan mengurus perubahan.
● Perbincangan kumpulan.
● Pelaksanaan aktiviti kumpulan.
● Pembentangan kumpulan.
● Syarahan.
● Soal jawab.
Objektif
ODOS:
i. Berkebolehan menganalisis keadaan organisasi dan menggunakan Model Pengurusan Perubahan 8-Langkah Kotter.
OLOS:
i. Berkebolehan mengenalpasti dinamika penting Model Pengurusan Perubahan 8-Langkah Kotter dan dinamika-dinamika lain dalam menerajui perubahan.
Kandungan
1. Analisis keadaan organisasi.
2. Konsep Pengurusan Perubahan 8-Langkah Kotter.
3. Peranan pemimpin pendidikan dalam memimpin dan mengurus perubahan.
Kumpulan Sasaran
Pengetua, Guru Besar, Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia
Komunikasi Berkesan
Tempoh: 6 Jam
Sinopsis Kursus
Kursus ini bertujuan untuk membantu pemimpin pendidikan memahami definisi komunikasi dan pola-pola komunikasi dalam organisasi. Di samping itu, mengenal pasti halangan komunikasi dalam organisasi serta memahami dan mempraktikkan strategi berkomunikasi dengan berkesan sama ada komunikasi lisan atau pun komunikasi bukan lisan. Kandungan kursus ini adalah seperti yang berikut:
i. Pengenalan komunikasi
ii. Pola-pola komunikasi
iii. Halangan dalam komunikasi
iv. Strategi berkomunikasi secara berkesan
v. Kemahiran berkomunikasi berkesan
vi. Komunikasi bertulis
vii. Penilaian bagi kursus melalui kuiz dan ujian bertulis pada akhir kursus.
Objektif
ODOS:
i. Menyatakan definisi komunikasi dalam organisasi.
ii. Menerangkan pola-pola komunikasi dalam organisasi.
iii. Menyatakan perbezaan antara komunikasi interpersonal dan intrapersonal.
iv. Mengenal pasti halangan komunikasi dalam organisasi.
v. Mempraktikkan strategi dan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan.
OLOS:
i. Menyediakan bahan bacaan (pekeliling berkaitan) sebagai memperkukuh pemahaman peserta.
ii. Menyediakan bahan penilaian tahap kefahaman peserta tentang peranan komunikasi berkesan.
Kandungan
1. Pengenalan komunikasi.
2. Pola-pola komunikasi.
3. Halangan dalam komunikasi.
4. Strategi berkomunikasi secara berkesan.
5. Kemahiran berkomunikasi berkesan.
6. Komunikasi bertulis.
Kumpulan Sasaran
Pegawai di PPD, JPN dan Bahagian KPM, Pengetua/Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan
Kepimpinan Pemimpin Pertengahan
Tempoh: 6 Jam
Sinopsis Kursus
LCML merupakan kursus untuk membangunkan kompetensi pemimpin pertengahan di sekolah bagi mencapai anjakan ke-5 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu mempastikan pemimpin berprestasi tinggi di setiap sekolah. Pemimpin pertengahan memainkan peranan penting sebagai pengantara antara pengurusan tertinggi (Pengetua/Guru Besar dan Guru Penolong Kanan) dan guru serta staf sekolah di bawah kawalan mereka. Sehubungan dengan itu, pemimpin pertengahan perlu memiliki pelbagai kompetensi. Pada masa yang sama Pemimpin Pertengahan perlu bijak dalam pengurusan kendiri (managing self), pengurusan tugas-tugas utama (managing task) dan pengurusan pasukan (managing people).
Objektif
ODOS:
i. Menentukan keutamaan tugas pemimpin pertengahan.
ii. Mengenalpasti strategi terbaik untuk melaksanakan penambahbaikan.
OLOS:
Kandungan
1. Peranan dan tugas-tugas utama Pemimpin Pertengahan.
2. Pemfokusan Tugas-Tugas Utama
3. Tindakan penambahbaikan oleh Pemimpin Pertengahan.
Kumpulan Sasaran
Pengetua, Guru Besar, Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia
Learning Walk (Rondaan Pembelajaran)
Tempoh: 6 Jam
Sinopsis Kursus
Komuniti Pembelajaran Profesional (Profesional Learning Community- PLC) merupakan suatu keperluan bagi pihak sekolah dalam usaha sekolah untuk membuat penambahbaikan, terutamanya dalam bidang akademik. Salah satu pendekatan PLC yang boleh dilaksanakan dengan mudah oleh pihak sekolah adalah Rondaan Pembelajaran (Learning Walk – LW). Oleh itu, pemimpin sekolah perlu mempunyai kemahiran untuk menggunakan alat LW ini dalam menguruskan sekolah mereka.
Pada akhir sesi, para peserta akan dapat mengaplikasikan konsep Rondaan Pembelajaran (LW) dengan menggunakan instrumen kutipan data yang sesuai untuk menambah baik amalan pengurusan di organisasi masing-masing.
Objektif
ODOS:
i. Menyenaraikan 5 elemen dalam Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)
ii. Menjelaskan konsep Learning Walk
iii. Memasukkan data Learning Walk
iv. Menganalisis data Learning Walk
v. Menjanakan 2 graf bagi data Learning Walk
vi. Berkongsi dapatan LW kepada ahli organisasi
OLOS:
i. Memahami konsep learning walk.
ii. Menguji kefahaman berkaitan pelaksanaan learning walk yang berkesan.
iii. Berkongsi pandangan berkaitan sesi learning walk (lw) berdasarkan video.
Kandungan
1. 5 Elemen dalam Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)
2. Definisi Rondaan Pembelajaran (Learning Walk)
3. Pelaksanaan Rondaan Pembelajaran (Learning Walk)
4. Memasukkan Data LW
5. Menganalisi Data LW
6. Menghasilkan dua (2) graf bagi LW
Kumpulan Sasaran
Pengetua, Guru Besar, Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia
One Page Action Research (OPAR)
Tempoh: 6 Jam
Sinopsis Kursus
Fokusnya kajian tindakan bukan sahaja kepada pengajaran dan pembelajaran tetapi berkembang kepada bidang pengurusan dan kepimpinan sekolah. Konsep Kajian tindakan ini seharusnya dikuasai oleh pemimpin pelapis di Malaysia. Tujuan utama Kajian tindakan adalah untuk mengenal pasti ciri inkuiri refleksi yang tersusun. Kajian tindakan diamalkan untuk menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan dan kepimpinan di dalam bilik darjah dan satu proses yang direka bentuk untuk memberikan empowerment kepada semua ahli yang terlibat.
Objektif
ODOS:
i. Mengetahui proses asas melaksanakan KajianTindakan
ii. Mengenal pasti isu yang sesuai untuk melaksanakan Kajian Tindakan
iii. Menyediakan draf One Page Action Research dan Carta Gantt
OLOS:
Kandungan
1. Asas Kajian Tindakan
• Konsep asas penyelidikan
• Proses Kajian tindakan
• Kaedah Mengenal Pasti Isu
2. Perbengkelan/Pembentangan kumpulan
• Penyediaan draf pengurusan kajian tindakan menggunakan OPAR
• Penyediaan perancangan pengurusan kajian tindakan (Carta Gantt)
• Pembentangan kumpulan
Kumpulan Sasaran
Pengetua, Guru Besar, Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia
OPPM: Alat Bantu Pengurusan Sekolah
Tempoh: 6 Jam
Sinopsis Kursus
Pemimpin sekolah mestilah memainkan peranan dan memilih pendekatan yang lebih strategik dalam menerajui sekolah. Mereka perlu memainkan peranan yang lebih berkesan untuk merancang program yang sesuai di sekolah, mengkomunikasi status program dengan warga sekolah dan mengawal pelaksanaan program dengan sistematik. Bengkel ini adalah berfokus kepada penggunaan Tools for School Improvement berasaskan templat OPPM untuk memastikan pelaksanaan program sekolah yang sesuai.
Objektif
ODOS:
i. Menggunakan Data SKPM untuk melihat jurang yang ada untuk penambahbaikan.
ii. Menggunakan sPeCt sebagai alat untuk merancang program untuk meningkatkan prestasi sekolah.
iii. Menghasilkan pelan tindakan dengan menggunakan OPPM.
OLOS
i. Menguji kefahaman awal tentang penggunaan sPeCt dan OPPM
ii. Menjawab kuiz berpandukan pemahaman peserta
Kandungan
1. Analisis jurang data SKPM
2. sPeCt
3. PelanTindakan
Kumpulan Sasaran
Pengetua, Guru Besar, Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia
Pelan Intervensi Transformasi Sekolah (PInTaS)
Tempoh: 6 Jam
Sinopsis Kursus
Format yang membolehkan pengurus program atau pengurus projek merancang, memantau, menganalisis, menilai pelaksanaan dan keberkesanan program atau projek pada satu muka surat secara teratur berasaskan data. Perancangan intervensi berasaskan data yang realistik atau sebenar sehingga intervensi itu berjaya menyelesaikan masalah yang dikenal pasti pada proses kerja atau kompetensi kapasiti dalam organisasi. Pengurus projek dengan mudah dapat memantau pelaksanaan projek sehingga penentuan KPI yang diharapkan.
Objektif
ODOS:
i. Menyatakan konsep PInTaS;
ii. Menyatakan faedah menggunakan PInTaS;
iii. Merancang intervensi menggunakan PInTaS;
iv. Merancang Pemantauan intervensi menggunakan OPPM
OLOS:
i. Membuat latihan langkah demi langkah dengan betul;
ii. Menggunakan nota iringan sebagai rujukan;
iii. Menjawab kuiz kefahaman
Kandungan
1. Pengenalan PInTaS.
2. Konsep dan faedah menggunakanPInTaS.
3. Bidang keberhasilan PInTaSmengikut Program TransformasiSekolah (TS25).
4. Data SWOT sebagai data terkumpul PInTaS.
5. Perkaitan antara bidang fokus, inisiatif dengan kaedah pemantauan.
6. Perkaitan antara kriteria kejayaan dengan evidens.
7. Perkaitan antara PInTaSdengankaedahpemantauan OPPM.
Kumpulan Sasaran
Pengetua, Guru Besar, Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia.
Pelan Pemajuan Sekolah Berasaskan Data SKPM (PrOD)
Tempoh: 4 Jam
Sinopsis Kursus
Pemimpin sekolah mestilah memainkan peranan dan pendekatan yang lebih strategik, bukan hanya sekadar memberi arahan kepada warga sekolah sahaja tetapi hendaklah memainkan peranan yang lebih berkesan untuk membimbing dan membangunkan kapasiti semua peringkat pemimpin (pemimpin peringkat pertengahan, peringkat permulaan dan peringkat murid) supaya mereka mahir dan berkesan semasa menjalankan tugas. Bengkel ini adalah berfokus kepada penggunaan Tools for School Improvement berasaskan data SKPM untuk merangka pelan penambahbaikan sekolah yang sesuai.
Objektif
ODOS:
i. Menggunakan Data SKPM untuk melihat jurang yang ada untuk penambahbaikan;
ii. Menggunakan sPeCt sebagai alat untuk merancang program untuk meningkatkan prestasi sekolah;
iii. Menghasilkan pelan tindakan dengan menggunakan OPPM.
OLOS:
i. Menguji kefahaman awal tentang penggunaan sPeCt dan OPPM;
ii. Menjawab kuiz berpandukan pemahaman peserta.
Kandungan
1. Analisis jurang data SKPM
2. sPeCt
3. PelanTindakan
Kumpulan Sasaran
Pengetua, Guru Besar, Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia
Penghasilan Bahan Persembahan Berkesan
Tempoh: 6 Jam
Sinopsis Kursus
Persembahan elektronik yang baik dan bermutu dengan menggunakan aplikasi komputer adalah perlu bagi menyampaikan maklumat yang berkesan dan berfokus. Sehubungan itu, kursus ini direka bentuk bagi melatih pemimpin pendidikan menghasilkan persembahan visual secara berkesan melalui penggunaan prinsip-prinsip rekaan dan elemen-elemen grafik serta multimedia. Konsep persembahan visual berkesan seharusnya dikuasai oleh pemimpin pendidikan bagi tujuan penyampaian maklumat yang tepat terutama dalam kepimpinan instruksional. Tujuan utama kursus ini adalah untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan persembahan terutama bahan slaid serta perkongsian tips bagi mengatasinya.
Objektif
ODOS:
i. Dapat membina persembahan visual yang berkesan melalui penggunaan aplikasi dan teknik yang sesuai.
OLOS:
i. Menyediakan bahan bacaan sebagai persediaan awal peserta sebelum memulakan kursus;
ii. Menyediakan bahan penilaian tahap kefahaman peserta tentang konsep persembahan berkesan;
iii. Membantu pelaksanaan aktiviti semasa kursus berjalan;
iv. Memberi maklumat rujukan tambahan yang lebih terperinci berkaitan pembinaan persembahan visual yang berkesan.
Kandungan
1. Teknik dan cara penyampaian yang berkesan.
2. Prinsip-prinsip rekaan dan elemen-elemen grafik dalam penghasilan persembahan elektronik/multimedia.
3. Teknik dan proses penyediaan bahan dalam membina persembahan elektronik/multimedia yang baik dan berkesan.
4. Perancangan dan pembangunan persembahan elektronik/multimedia menggunakan aplikasi tertentu.
Kumpulan Sasaran
Pengetua, Guru Besar, Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia
Pengurusan Aset Alih Kerajaan
Tempoh: 6 Jam
Sinopsis Kursus
Pengurusan Aset Alih Kerajaan merupakan satu kursus ODOS yang dilaksanakan secara bersemuka selama 6 jam. Bahagian bersemuka ini akan membincangkan topik Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan. Modul ini memfokus kepada perbincangan dalam kefahaman peserta prosedur pengurusan pendaftaran, senggara dan pelupusan terhadap aset alih kerajaan mengikut peraturan sedia ada. Objektif kursus ini ialah menerapkan kefahaman kepada peserta kursus berkaitan tatacara aset alih kerajaan dan meningkatkan akauntabiliti pengurusan sekolah terhadap pengurusan aset alih kerajaan. Kandungan kursus ini memfokus kepada isu-isu pegurusan aset alih kerajaan di sekolah yang dikemukakan oleh peserta kursus. Seterusnya, aktiviti dalam kursus ini merangkumi sesi perbincangan bagi menangani isu-isu tersebut. Hasl perbincangan mestilah berpandukan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA).
Objektif
ODOS:
i. Mengaplikasikan pengurusan aset alih kerajaan mengikut tatacara yang betul;
ii. Meningkatkan akauntabiliti pengurusan sekolah terhadap pengurusan aset alih kerajaan.
OLOS:
i. Membuat rujukan pada Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan dalam Portal Pekeliling Perbendaharaan;
ii. Membuat jadual perancangan pemeriksaan dan penyelenggaraan aset alih kerajaan.
Kandungan
1. Pendahuluan - Kepentingan pemimpin sekolah mempunyai pengetahuan mengenai aspek-aspek penting dalam pengurusan aset alih kerajaan.
2.0 Pengurusan Aset Alih Kerajaan:
2.1 Pengenalan kepada pengurusan Aset Alih Kerajaan.
2.2 Penerimaan (Borang KEW.PA-1)
2.3 Pendaftaran (Borang KEW.PA-2 hingga KEW.PA-8)
2.4 Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan (KEW.PA-9 hingga KEW.PA-13)
2.5 Penyelenggaraan (KEW.PA-14, KEW.PA-15, KEW.PA-16)
2.6 Pelupusan (KEW.PA-19, KEW.PA-20 dan KEW.PA-21)
2.7 Kehilangan dan Hapus Kira (KEW.PA-37)
2.8 Laporan Tahunan (KEW.PA-8, KEW.PA-13, KEW.PA-16, KEW.PA 32, KEW.PA-37)
Kumpulan Sasaran
Pengetua, Guru Besar, Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia
Pengurusan Difficult People
Tempoh: 4 Jam
Sinopsis Kursus
Kursus Pengurusan Difficult People bertujuan membantu pemimpin pendidikan dalam mengenali individu yang mempunyai ciri difficult dan kaedah menanganinya. Impak kursus yang telah dilaksana menunjukkan terdapat peningkatan pengetahuan yang tinggi bagi beberapa elemen antaranya konsep difficult people, cara tangani difficult people dan kaedah perundangan dalam menangani individu difficult.
Objektif
ODOS:
i. Menerangkan konsep difficult people;
ii. Mengenali ciri-ciri difficult people dalam organisasi;
iii. Membincangkan kesan difficult people terhadap organisasi;
iv. Menangani difficult people.
OLOS:
i. Memahami konsep difficult people;
ii. Menguji kefahaman mengenai difficult people;
iii. Menjawab kuiz berpandukan pemahaman peserta.
Kandungan
1. Konsep Difficult people
2. Tingkah laku Difficult people
3. Pendekatan kaunseling dalam mengurus Difficult people
4. Aspek perundangan dalam menangani difficult people
Kumpulan Sasaran
Pengetua, Guru Besar, Guru Kanan Mata Pelajaran,Ketua Panitia.
Pengurusan Kaunseling (Pengurusan Ujian Psikometrik)
Tempoh: 4 Jam
Sinopsis Kursus
Kursus ODOS Pengurusan Kaunseling (psikometrik) bertujuan membantu pemimpin pendidikan dan Guru Bimbingan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) dalam mengenal pasti kepentingan ujian psikometrik dan pengendalian ujian psikometrik dengan tepat. Impak kursus yang telah dilaksana menunjukkan terdapat peningkatan pengetahuan yang tinggi bagi kejelasan berhubung tujuan perlaksanaan ujian psikometrik, proses melaksana dan mentadbir ujian psikometrik, mengetahui kekuatan dan kelemahan diri melalui ujian psikometrik.
Objektif
ODOS:
i. Menjelaskan tujuan dan kepentingan Ujian psikometrik;
ii. Melaksanakan pentadbiran Ujian Psikometrik;
iii. Mengenal pasti potensi diri dan potensi orang lain menggunakan Ujian Psikometrik
OLOS:
i. Memahami konsep pentadbiran Ujian Psikometrik berpandukan video;
ii. Menguji kefahaman mengenai Pengurusan Psikometrik berpandukan nota yang diberi;
iii. Menjawab kuiz berpandukan pemahaman peserta.
Kandungan
1. Isu berhubung ujian psikometrik;
2. Psikometrik kepentingan kepada individu dan organisasi;
3. Pelaksanaan ujian psikometrik;
4. Mengenal potensi diri;
5. Rumusan
Kumpulan Sasaran
Pengetua, Guru Besar, Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia
Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Sekolah
Tempoh: 6 Jam
Sinopsis Kursus
Pengurusan kewangan sekolah sangat penting untuk memastikan sumber yang telah disalurkan kepada sekolah dapat memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit yang telah dilaburkan. Penyediaan dan pengurusan sumber kewangan yang berkesan adalah penting bagi menyokong dan membolehkan warga sekolah memberi tumpuan kepada tugas utama mereka dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai matlamat yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
Sejajar dengan itu, kursus sehari selama enam (6) jam ini melatih pengurus sekolah menguruskan peruntukan yang diterima mengikut prosedur yang ditetapkan . Pengisian kursus bermula daripada mengenal pasti dan menyemak bantuan yang diterima, membuat anggaran perbelanjaan mata pelajaran, memahami proses perolehan dan bayaran sehinggalah kepada akauntabiliti pengurus sekolah. Kursus ini diharap mampu melengkapkan diri peserta dengan ciri-ciri dan personaliti yang tinggi integriti dan akauntabiliti dalam memastikan pengurusan kewangan dan perakaunan sekolah diurus dengan efektif, efisien, berhemah dan akur dengan pekeliling kewangan semasa.
Objektif
ODOS:
i. Mengenal pasti kategori dan jenis bantuan persekolahan;
ii. Menyediakan anggaran perbelanjaan mata pelajaran mengikut keperluan dan keutamaan;
iii. Menyemak dokumen perolehan dan bayaran mengikut prosedur yang berkuat kuasa;
iv. Mengaudit pengurusan kewangan sekolah.
OLOS:
i. Mengetahui prosedur yang terkandung dalam pekeliling SPK 8/2012 ;
ii. Menjawab kuiz topikal yang disediakan
Kandungan
1. Pengurusan Peruntukan Bantuan Persekolahan.
2. Pengurusan Perolehan dan Bayaran.
3. Akauntabliti.
Kumpulan Sasaran
Pengetua, Guru Besar, Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia
Pengurusan Mesyuarat Berkualiti
Tempoh: 6 Jam
Sinopsis Kursus
Pengurusan Mesyuarat dan Penulisan Minit Mesyuarat merupakan komponen dalam pengurusan dan pentadbiran kerajaan. Keperluan latihan bagi pengurus pendidikan (Pengetua dan Guru Besar) dalam bidang pengurusan mesyuarat dan penulisan minit mesyuarat adalah penting dalam konteks melicinkan tadbir urus dan aktiviti rasmi jabatan. Kandungan kursus ini memenuhi aspirasi dan visi IAB selaku peneraju pengurusan dan kepimpinan pendidikan dengan memberi imput kepada pengurus pendidikan mempertingkat kualiti perkhidmatan pentadbiran di institusi pendidikan.
Objektif
ODOS:
i. Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pengurus pendidikan dalam merancang dan mengurus sesuatu mesyuarat dengan lebih berkualiti;
ii. Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pengurus pendidikan tentang kaedah merekod minit mesyuarat yang berkualiti;
iii. Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pengurus pendidikan tentang kaedah yang berkesan untuk mengesan dan mendapatkan maklum balas sesuatu keputusan mesyuarat;
iv. Membolehkan pengurus pendidikan menjadi tempat rujukan bagi peningkatan dan pengurusan mesyuarat yang berkualiti di institusi pendidikan.
OLOS:
i. Membuat latihan langkah demi langkah dengan penulisan minit mesyuarat;
ii. Menggunakan nota iringan sebagai rujukan;
iii. Menjawab kuiz kefahaman.
Kandungan
1. Definisi Mesyuarat
2. Isu-isu pelaksanaan mesyuarat di sekolah
3. Panduan Pengurusan Mesyuarat
4. PKPA 2/1991
5. Protokol mesyuarat
6. Format penulisan minit mesyuarat
7. Latih amal penulisan minit mesyuarat
8. Persembahan latih amal (bengkel)
9. Rumusan dan penilaian kursus
Kumpulan Sasaran
Pengetua, Guru Besar, Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia
Pengurusan Pejabat – Bab C Cuti
Tempoh: 6 Jam
Sinopsis Kursus
Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Pejabat khususnya Pengurusan Cuti dilaksanakan bagi menyediakan pengurus sekolah yang peka dengan pengurusan sumber manusia yang efektif. Kursus ini akan memberi kefahaman yang mendalam tentang pengetahuan dan pendedahan yang sangat diperlukan dalam pentadbiran pejabat khususnya pengurusan cuti bagi membolehkan peserta melaksanakan tugas mereka dengan cemerlang. Kursus ini juga merupakan satu usaha untuk melengkapkan diri para peserta dengan ciri-ciri pematuhan kepada pekeliling perkidmatan yang berkaitan dalam melaksanakan pengurusan cuti di sekolah. Di samping itu, kursus ini akan memberi peluang untuk bertukar-tukar pengalaman dan menjalinkan jaringan hubungan di peringkat nasional.
Objektif
ODOS:
i. Mengenal pasti kelayakan cuti setiap penjawat awam;
ii. Mengenal pasti prosedur permohonan cuti;
iii. Mengenal pasti kuasa yang meluluskan cuti;
iv. Mengenal pasti tentang jenis-jenis cuti;
v. Mengenal pasti kaedah selenggara rekod cuti dengan teratur dan kemas kini.
OLOS:
i. Menyatakan kepentingan pengurusan cuti staf;
ii. Menjawab kuiz topikal yang disediakan
Kandungan
1. Pengenalan
2. Kategori Cuti
Cuti Kerana Perkhidmatan
Cuti Atas Sebab-Sebab Perubatan
Cuti Menunaikan Haji
Cuti Kerana Berkursus
Cuti Tanpa Rekod
Kumpulan Sasaran
Pengetua, Guru Besar, Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia
Pengurusan Persekitaran Berkualiti Dalam Organisasi
Tempoh: 6 Jam
Sinopsis Kursus
Kursus Pengurusan Persekitaran Berkualiti bertujuan membantu pemimpin pendidikan dalam mengurus persekitaran organisasi bagi mewujudkan persekitaran berkualiti.
Pelaksanaan kursus melalui kaedah berikut:
● Refleksi pematuhan prosedur dalam pengurusan persekitaran.
● Perkongsian inisiatif yang telah dilaksanakan.
● Menyemak keberkesanan pengurusan persekitaran.
● Perbincangan dalam kumpulan.
● Pembentangan dalam kumpulan.
● Kuliah mini
● Soal jawab
● Analisis jurang
Kursus ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dan kemahiran kepada setiap pemimpin organisasi untuk mengambil berat mengenai persekitaran sekolah kerana persekitaran berkualiti turut menyumbang kepada kecemerlangan akademik dan sahsiah murid.
Objektif
ODOS:
Kursus ini memberi fokus kepada empat objektif utama iaitu:
1) Memahami konsep dan ciri persekitaran berkualiti
2) Mematuhi mandat mewujudkan persekitaran berkualiti dalam organisasi
3) Merancang inisiatif bagi mewujudkan persekitaran berkualiti dalam organisasi
4) Menyedari kepentingan persekitaran berkualiti dalam meningkatkan pencapaian
kecemerlangan organisasi
OLOS:
1) Menyenarai kandungan SPI berkaitan pengurusan persekitaran berkualiti
2) Menguji kefahaman peserta mengenai kepentingan mewujudkan persekitaran berkualiti di
organisasi
Kandungan
• Maksud dan ciri persekitaran berkualiti
• Isu-isu pengurusan persekitaran di sekolah
• Prosedur pelaksanaan pengurusan persekitaran berkualiti
• Implikasi pengurusan persekitaran yang tidak mematuhi prosedur
• Kaedah pengurusan persekitaran berkualiti
• Perancangan inisiatif mewujudkan persekitaran berkualiti
• Impak pengurusan persekitaran berkualiti dalam organisasi
Kumpulan Sasaran
Pengetua, Guru Besar, Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia
Pengurusan Projek
Tempoh: 6 Jam
Sinopsis Kursus
Kursus ini merupakan asas pengenalan terhadap pengurusan projek yang berasaskan sekolah kepada pemimpin sekolah. Ianya direka bentuk berasaskan kerangka konsep pengurusan projek profesional (Project Management Professional -PMP) dan Project Management Body of Knowledge (PMBOK) yang terdiri daripada empat fasa Pengurusan Projek. Komponen dalam kerangka ini disampaikan dalam mod kursus secara bersemuka selama 6 jam yang akan memberi tumpuan secara asas sahaja dalam pengurusan projek berasaskan sekolah.
Objektif
ODOS:
i. Mengetahui konsep pengurusan projek;
ii. Mengenal pasti kitaran pengurusan projek;
iii. Mengenal pasti projek yang ingin dilaksanakan melalui masalah dan punca masalah;
iv. Mengenal pasti pelbagai alat pengurusan kualiti yang diguna pakai dalam pengurusan projek.
OLOS:
i. Menyediakan bahan bacaan sebagai persediaan awal peserta sebelum memulakan kursus;
ii. Membantu pelaksanaan aktiviti semasa kursus berjalan;
iii. Menyediakan bahan penilaian tahap kefahaman peserta tentang konsep pengurusan projek;
iv. Memberi maklumat rujukan tambahan yang lebih terperinci berkaitan alat-alat pengurusan projek.
Kandungan
1. Konsep pengurusan projek
2. Kitaran pengurusan projek berasaskan sekolah
a) Perancangan- Identifikasi projek
b) Pelaksanaan
c) Pengawalan
d) Refleksi
3. Alat pengurusan kualiti yang digunapakai dalam pengurusan projek;
Kumpulan Sasaran
Pengetua, Guru Besar, Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan: Komponen Sasaran Keberhasilan (Komponen Keberhasilan)
Tempoh: 6 Jam
Sinopsis Kursus
PBPPP adalah penilaian baharu yang memberi fokus kepada elemen pembangunan kompetensi, potensi dan keberhasilan berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira kepelbagaian bidang tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP). Pelaksanaan Latihan Pegawai Penilai Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) oleh IAB adalah salah satu aktiviti yang dijalankan di bawah PPPM 2013-2025 yang menekankan peningkatan kualiti pendidikan negara. PP1, PP2 dan PYD hendaklah berbincang dan membuat persetujuan bersama bagi menetapkan sasaran keberhasilan berdasarkan tugas yang dilaksanakan. PP1, PP2 dan PYD boleh berbincang untuk menetapkan markah dengan adil, telus dan berintegriti bagi setiap sasaran keberhasilan PYD.
Objektif
ODOS:
i. Menjelaskan asas penilaian dalam komponen keberhasilan.
ii. Menetapkan sasaran keberhasilan dengan tepat.
iii. Mengaplikasikan teknik penilaian keberhasilan yang betul.
OLOS:
i. Menyediakan bahan bacaan sebagai persediaan awal peserta sebelum memulakan kursus
ii. Menjawab kuiz dalam talian menggunakan aplikasi Quizizz
Kandungan
1. Panduan penilaian komponen Keberhasilan
2. Surat arahan Pelaksanaan PBPPP, KPM, Tahun 2019
3. Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP Bil.2/2019)
4. Video Pengisian Borang Keberhasilan dan Penilaian Keberhasilan
Kumpulan Sasaran
Pengetua, Guru Besar, Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia
Penilaian Program
Tempoh: 6 Jam
Sinopsis Kursus
Penilaian program seringkali dilihat sebagai suatu kemestian bagi sesebuah organisasi yang ingin melihat kebaikan dan kelemahan aktiviti yang dilaksanakan. Terdapat organisasi yang menilai program sama ada di peringkat awal, pertengahan atau di akhir sesuatu aktiviti. Pemilihan waktu penilaian yang spesifik seperti ini seharusnya didasari oleh penelitian mendalam tentang maklumat yang mungkin diperolehi dalam usaha menambah baik sesuatu program. Di samping itu juga, kaedah mengumpul data yang paling berkesan seharusnya diberi penekanan kerana kaedah yang tepat akan menghasilkan data yang relevan, yang boleh diguna pakai oleh organisasi.
Sehubungan dengan itu, seseorang yang ditugaskan untuk menilai sesuatu program seharusnya mempunyai pengetahuan dan kemahiran khusus dalam membuat penilaian. Justeru itu, kursus ini merupakan pendedahan tentang penilaian program untuk pemimpin pertengahan di sekolah. Kursus latihan satu hari (4 jam) dapat memperkenalkan kepada konsep penilaian program, reka bentuk dan perancangan penilaian, pengumpulan dan penganalisaan data serta pelaporan penilaian program.
Objektif
ODOS:
i. Memberikan definisi dan konsep dan penilaian program;
ii. Menjelas model penilaian program yang dibincangkan;
iii. Memahami kaedah pengumpulan data dan pembinaan instrumen senarai semak;
iv. Membentang satu (1) contoh penilaian program.
OLOS:
Kandungan
1. Konsep penilaian
2. Perancangan penilaian
3. Pengumpulan dan analisis data
4. Pelaporan
5. Pembentangan pelan tindakan
Kumpulan Sasaran
Pengetua, Guru Besar, Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia
Penulisan Artikel Kajian Tindakan
Tempoh: 6 Jam
Sinopsis Kursus
Fokus penulisan kajian tindakan adalah bertujuan untuk melatih para pemimpin sekolah membuat penulisan artikel untuk kajian tindakan yang telah dilaksanakan di sekolah. Kursus penulisan artikel kajian tindakan ini dapatmembantu pemimpin sekolah untuk meningkatkan tahap kemahiran dalam penulisan artikel kajian tindakan. Kursus ini membolehkan pemimpin sekolah memahami cara membuat penulisan artikel dalam kajian tindakan mengikut subtopik yang diperlukan di dalam sesebuah artikel. Melalui kursus penulisan ini, pemimpin sekolah dapat merangka dan menulis kajian tindakan mengikut format yang telah ditetapkan. Dengan adanya penulisan yang baik dapat memberikan pemahaman yang jelas berkaitan kajian tindakan dan dapat dikongsikan dalam kalangan pemimpin pendidikan yang lain.
Objektif
ODOS
i. Mengenal pasti kandungan kajian tindakan;
ii. Mengenal pasti cara penulisan kandungan mengikut subtopik kajian tindakan; dan
iii. Merangka dan menulis kertas laporan kajian tindakan.
OLOS:
i. Menyediakan nota ringkas untuk pembacaan peserta; dan
ii. Menyediakan latihan kepada peserta berkaitan dengan penulisan artikel.
Kandungan
1. Pengenalan penulisan kajian tindakan;
2. Penerangan cara penulisan kandungan setiap sub topik bagi kajian tindakan;
3. Membuat penulisan bagi setiap sub topik kajian tindakan; dan
4. Menghasilkan satu laporan kajian tindakan
Kumpulan Sasaran
Pengetua, Guru Besar, Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia
Perundangan TORT Dalam Pengurusan HEM
Tempoh: 6 Jam
Sinopsis Kursus
Kursus ini memberi pendedahan berhubung isu dan tindakan perundangan yang boleh diambil akibat daripada kecuaian.Penekanan kursus adalah kepada kebolehan membezakan undang-undang jenayah dan tort, memahami dan mematuhi aspek perundangan untuk melindungi diri dan warga sekolah daripada tindakan undang-undang. Mengenal pasti tindakan pencegahan bagi mengelak kecuaian.
Objektif
ODOS:
i. Membezakan undang-undang jenayah dan undang-undang TORT;
ii. Memahami dan mematuhi aspek perundangan untuk melindungi diri dan warga sekolah daripada tindakan undang-undang;
iii. Mengenal pasti tindakan pencegahan bagi mengelak kecuaian.
OLOS:
i. Memahami konsep Perundangan Tort. berpandukan video;
ii. Menguji kefahaman mengenai perundangan Tort berpandukan nota yang diberi;
iii. Menjawab kuiz berpandukan pemahaman peserta.
Kandungan
1. Definisi dan konsep undang-undang
2. Sumber perundangan pendidikan
3. Undang-undang Tort dan asas dakwaan cuai
4. Liabiliti guru dan cara mengelak dakwaan cuai
Kumpulan Sasaran
Pengetua, Guru Besar, Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia, Guru-guru
Kursus Perundangan: Undang-Undang TORT
Tempoh: 6 Jam
Sinopsis Kursus
Kepimpinan sekolah perlu didedahkan dengan pengetahuan tentang aspek perundangan dalam pendidikan khasnya yang berkaitan kecuaian. Mereka terdedah dengan pelbagai situasi yang memungkinkan diri mereka serta warga sekolah disabitkan dengan sesuatu tindakan undang-undang. Sehubungan itu, pengetahuan dalam aspek perundangan dalam pendidikan dapat membantu seseorang pemimpin sekolah dan warga sekolah bertindak pada landasan yang betul dan mengikut prosedur, peraturan dan undang-undang yang sedang berkuat kuasa.
Objektif
ODOS:
i. Menggunakan pengetahuan perundangan sebagai alat untuk membuat keputusan;
ii. Mengambil langkah-langkah proaktif untuk mengelak sekolah daripada didakwa.
OLOS:
i. Menyediakan bahan bacaan sebagai memperkukuh pemahaman peserta;
ii. Menyediakan bahan penilaian tahap kefahaman peserta tentang tindakan yang betul untuk mengelak pihak sekolah didakwa.
Kandungan
1. Undang-Undang TOT
2. Perbincangan Isu
3. Senario/kajian kes kecuaian
Kumpulan Sasaran
Pengetua, Guru Besar, Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia
Protokol dan Etiket Sosial (ODOS)
Tempoh: 4 Jam
Sinopsis Kursus
Kursus Protokol dan Etiket Sosial (ODOS) diadakan bagi mendedahkan pemimpin pendidikan dengan konsep protokol dan etiket social, mengenali elemen-elemen dalam protokol dan etiket sosial (PES), mengenal pasti jenis-jenis majlis, mengsimulasikan persediaan dan pengurusan sesuatu majlis dan mengetahui serta mengamalkan etika berpakaian berdasarkan pekeliling yang sedang berkuat kuasa. Kandungan kursus terdiri daripada definisi protokol dan etiket sosial, jenis-jenis majlis, elemen-elemen protokol dan etiket sosial, simulasi pengendalian majlis rasmi, etika berpakaian dan rumusan. Kursus ini dilengkapkan dengan OLOS (aktiviti dalam talian). Penilaian kursus menggunakan kuiz dan soalan bertulis pada akhir kursus.
Objektif
ODOS:
i. Menyatakan maksud protokol dan etiket social;
ii. Menghuraikan elemen-elemen protokol etiket social;
iii. Mengkategorikan jenis-jenis majlis;
iv. Menyusun kerusi mengikut keutamaan tetamu, menyusun bendera mengikut kekananan dan menyusun gambar/ potret rasmi mengikut keutamaan;
v. Menghuraikan etika berpakaian penjawat amam waktu bertugas rasmi.
OLOS:
i. Memperoleh maklumat awal tentang protokol dan etiket sosial;
ii. Memperoleh maklumat tambahan berkaitan topik yang dipelajari.
Kandungan
1. Definisi protokol dan etiket sosial
2. Jenis-jenis majlis
3. Elemen-elemen protokol
4. Elemen-elemen etiket sosial
5. Simulasi pengendalian majlis rasmi
6. Etika berpakaian
7. Rumusan
Kumpulan Sasaran
Pengetua, Guru Besar, Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia
Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah (eSPKWS)
Tempoh: 6 Jam
Sinopsis Kursus
Bidang pengurusan kewangan dan perakaunan sekolah bagi pemimpin pendidikan adalah amat penting; selaku pegawai yang diamanahkan untuk menguruskan pentadbiran sekolah meliputi pengurusan kewangan dan perakaunan agar sentiasa teratur, kemas kini dan mematuhi peraturan semasa kewangan. Kursus selama satu hari ini berfokus kepada bidang kewangan memberi kefahaman tentang pengetahuan dan kepakaran dalam amalan pengurusan kewangan dan perakaunan di sekolah dengan menggunakan konsep atas talian berpandukan sistem eSPKWS. Ini dapat membantu peserta memahami tugas dan peranan pengurus sekolah dalam memastikan pengurusan kewangan dan perakaunan sekolah diurus dengan efektif, efisien, berhemah dan akur dengan pekeliling kewangan semasa.
Objektif
ODOS:
i. Mengenal pasti peranan pengurus sekolah dalam SistemPerakaunan Kumpulan Wang Sekolah (eSPKWS);
ii. Mengenal pasti kompetensi pengurus sekolah dalam merancang, mengawal dan menilai terimaan, pungutan dan bayaran secara atas talian dengan mematuhi peraturan yang berkuat kuasa;
iii. Mengenal pasti akauntabiliti pengurusan sekolah terhadap penyediaan Penyata Kewangan Tahunan Sekolah yang efektif.
OLOS:
i. Mengenal pasti modul yang terdapat dalam sistem eSPKWS;
ii. Mengetahui dan menyatakan peranan sebagai pengurus sekolah.
Kandungan
1. Pengenalan
2. Modul Permulaan
3. Modul Terimaan
4. Modul Daftar Bil
5. Modul Bayaran
6. Modul PWR
7. Modul Pindah Peruntukan
8. Modul Penutupan
9. Modul Penyesuaian Bank
10. Modul Laporan: a) Penyediaan Pensyata Terimaan dan Bayaran;Penyediaan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan; Kunci Kira-kira; Nota Kepada Akaun
11. Sistem Kawalan dan Rumusan
Kumpulan Sasaran
Pengetua, Guru Besar, Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia
Transformasi Diri Untuk Kecemerlangan Organisasi
Tempoh: 4 Jam
Sinopsis Kursus
Kejayaan sesebuah organisasi mempunyai kaitan yang kritikal dengan kualiti kepimpinan. Oleh itu, pemimpin sekolah perlu sentiasa membuat refleksi tentang keperluan untuk menjalankan amanah sebagai pemimpin sekolah. Mereka perlu bersedia membina kompetensi secara berterusan melalui perkongsian pengalaman, pembacaan dan aktiviti pembangunan yang lain. Kursus ini akan memberi pendedahan kepada pemimpin sekolah tentang transformasi diri ke arah kecemerlangan organisasi.
Objektif
ODOS:
i. Membuat refleksi diri sebagai pemimpin pendidikan;
ii. Menjelaskan ciri-ciri keperibadian pemimpin yang berkesan;
iii. Merancang pelan pembangunan kendiri dalam organisasi; (berdasarkan model bisnes kendiri - Bussiness Model You).
OLOS:
i. Memahami ciri-ciri pemimpin berkesan;
ii. Menjawab kuiz berpandukan pemahaman peserta.
Kandungan
1. Imperatif Moral sebagaiPemimpinSekolah
2. Idolakepimpinan
3. Ciri-cirikepimpinanberkesan
4. PelanpembangunanKendiri
Kumpulan Sasaran
Pengetua, Guru Besar, Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia