Perutusan Pengarah Cawangan

  

border corner png download 116716941925rljlquij8 opposite

border corner png download 116716941925rljlquij8

 

pngtree assalamualaikum arab png png image 4764844 removebg preview

Selamat datang ke Laman Web Institut Aminuddin Baki

CAWANGAN SARAWAK


Pada 27 Disember 2005, IABCS beroperasi secara pentadbiran di Kuching dengan menggunakan dua buah bilik darjah di SK Sungai Maong Hilir. Kini, cawangan ini telah berpindah ke kampus tetap di Jalan Sultan Tengah, Santubong, pada 14 Oktober 2013 iaitu di atas lot 6955, 6956 dan sebahagian Lot 4432, Blok 9 Salak Land District, Santubong. Entrepreneur, Lecturer, & Business Coach. Projek pembinaan kampus tetap Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak adalah di bawah peruntukan Rancangan Malaysia ke-9 untuk Kementerian Pendidikan Malaysia. Pembinaannya dibuat atas tapak yang telah dikenalpasti di Salak Land District yang berkeluasan 106.92 ekar dengan tujuan menyediakan pusat Latihan kepimpinan dan pengurusan Pendidikan yang terunggul di Kawasan Borneo khususnya di Sarawak. Fasa pertama iaitu kerja-kerja membersihkan tapak telah disiapkan pada 16 November 2008, manakala fasa kedua iaitu kerja-kerja melibatkan pembinaan bangunan bermula selepas gapPDMS Sdn Bhd menerima Surat Setuju Terima daripada Kementerian Pelajaran Malaysia pada 20 Januari 2010. Mesyuarat penyerahan tapak telah disempurnakan pada 8 Februari, 2010.

Visi, Misi, Peranan dan Fungsi IAB Cawangan Sarawak adalah mengikut Visi, Misi dan Fungsi ibu pejabat
IAB di bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan iaitu:

VISI
Pusat Pembangunan Kepimpinan Pendidikan Yang Terbilang

MISI
Membangun Kepemimpinan Pendidikan Bagi MenghasilkanOrganisasi Berkualiti

PERANAN
IAB sebagai sebuah institusi latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan bagi membangunkan
keupayaan pengurus dan pemimpin pendidikan di semua peringkat KPM.

Peranan IAB Cawangan semakin berkembang merangkumi program-program bersepadu di peringkat institusi, daerah, kebangsaan dan antarabangsa serta kursuskursus khas pada peringkat serantau dan antarabangsa. Matlamat IAB adalah untuk membina dan membangunkan profesionalisme dalam kepemimpinan dan pengurusan pendidikan yang akan membantu membangunkan sistem pendidikan kebangsaan keseluruhannya. Bersama semangat Kebersamaan dan Berpasukan, marilah kita beriltizam untuk mengupayakan diri mengatasi segala cabaran sepanjang mengharungi tahun 2024 dengan mengoptimumkan potensi dankapasiti ke arah mencemerlangkan organisasi. Kita sepakat dan bermuafakat secara kolaboratif menjadi pasukan mantap dalam mencapai visi sebagai Pusat Latihan Kepimpinan Pendidikan Terunggul di Sarawak. Dalam skop wilayah geografi Sarawak yang luas dan khazanah alamnya yang memukau, tumpuan kita akan diperluas dalam mengupayakan kepimpinan di kawasan pedalaman sejajar dengan Pelan Induk Kecemerlangan yang telah digubal.

IAB Sarawak juga akan berperanan penting sebagai hub Kepimpinan Digital kepada bakal-bakal pemimpin sekolah yang akan menerima latihan. Semoga kita semua dapat melaksanakan setiap tugasan sebaik mungkin serta memenuhi aspirasi dan jangkaan masyarakat terhadap peranan IAB dalam menjulang pendidikan di Sarawak. 
 
Pengarah Cawangan Sarawak
Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak
Kementerian Pendidikan
 

ornaments border png clip free download png ornaments for photosho 11563586885vbpwiubmhc removebg preview 1

border corner png download 116716941925rljlquij8 opposite right

border corner png download 116716941925rljlquij8 opposite left